Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 5604 articles
Browse latest View live

Siaran Langsung Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) TV3 2015

$
0
0
Live Streaming Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) TV32015. Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB), sebuah rancangan baru dengan gabungan dua genre iaitu lawak dan nyanyian bakal bersiaran secara langsung dan menemui penonton dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam bermula Ahad, 12 April 2015 pukul 9 malam di TV3.  

Live streaming QPBBB di Qu Puteh

QPBBB akan menyaksikan enam peserta termasuk seorang peserta solo yang dicungkil dari pertandingan Bintang Mencari Bintang (BMB). Kemunculan program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang adalah sebagai pemanas sebelum musim ketiga BMB menemui penonton pada penghujung tahun ini.

Tiga peserta daripada setiap musim BMB dipilih untuk menampilkan dua genre iaitu lawak dan nyanyian sebagai cabaran buat mereka untuk bersaing merebut hadiah wang tunai di mana pemenang utama akan menerima wang tunai RM50,000.

Senarai peserta termasuk enam kumpulan juga peserta solo bakal menyertai pertandingan seperti berikut :-
1) Achey (juara BMB)2) Abam dan Fad (Bocik)3) Ammar dan Issey (Titan)4) Izzu dan Pian (Kepoh - juara BMB 2)5) Ariff dan Kamal (Sumbu)6) Chiwan dan Achik (Chilok)
Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) TV3

Informasi Program Qu Puteh Bintang Bersama Bintang (QPBBB) 2015
- Bermula 12 April 2015 dengan 10 minggu episod.
- tiada sebarang penyingkiran peserta setiap episod sehingga peringkat akhir
- RM10,000 akan diberikan kepada juara mingguan setiap minggu
- Format : persembahan sketsa komedi selama empat minit dan nyanyian dua minit mengikut tema diberikan.
- Penaja utama :
Vida Beauty
- Juri : Pengasas produk Vida Beauty iaitu Datuk Seri Hasmiza Othman bersama dua juri jemputan setiap minggu.
- Hos : AG dan Yana Samsudin. Fizie (Hot FM) pengacara disebalik tabir.
- Permarkahan : Sebanyak 50 peratus markah akan diberikan oleh juri profesional manakala selebihnya dibuat menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS).

Semakan Keputusan UPU Sesi 2015/ 2016 Online

$
0
0
Semakan Keputusan Kemasukan UPU Atau IPTA Sesi Akademik 2015/ 2016 Secara Online. Bagi calon lepasan SPM, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf yang telah mengemukakan permohonan ke IPTA sesi 2015/ 2016, berikut adalah makluman tarikh-tarikh penting mengenai semakan keputusan kemasukan dan tarikh pendaftaran ke UPU sesi 2015/ 2016. Semakan keputusan berjaya layak ke UPU dijangka diumumkan pada awal Mei 2015

Selaras dengan pemberian status autonomi kemasukan ke USM iaitu Universiti-APEX mulai Sesi Akademik 2008/2009, permohonan ke USM dikemukakan terus melalui laman web https://pohon.usm.my dan permohonan ke UM mulai Sesi Akademik 2015/2016 bagi Kemasukan ke Program Pengajian Peringkat Ijazah Pertama bagi lepasan STPM / Matrikulasi KPM/ Asasi/ Setaraf dikemukakan terus melalui laman web MyUM-ID.um.edu.my.

Semakan Keputusan UPU Sesi 2015/ 2016 Online
result UPU Sesi 2015/ 2016 Online

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2015/ 2016 Online
NamaAlamat
18 Jan 2015Iklan Permohonan Dalam Akhbar Tempatan
19 Jan 2015Pembelian No Pin & Permohonan Kemasukan
Permohonan online UPU di upu.mohe.gov.my
12 April 2015 (600 petang)Tarikh tutup permohonan UPU
19 Jan 2015 - 12 April 2015Permohonan Fasa 1 - Cara kemaskini Borang Permohonan UPU online di Kemaskini UPU
Minggu pertama Mei 2015Hebahan keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA menerusi pengambilan UPU bagi sesi akademik 2015/2016. Link semakan akan dikemaskini dari masa kesemasa
1 hingga 6 Mei 2015Pengemaskinian maklumat permohonan Fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan STPM/setaraf
Minggu ke 2 Mei 2015Hebahan keputusan Kemasukkan ke Politeknik Konvensional/ Metro/ Kolej Komuniti dan ILKA menerusi pengambilan UPU tahun 2015
2 Jun 2015Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM / setaraf melalui UPU bagi Sesi Akademik 2015/ 2016
3 hingga 9 Jun 2015

Pengemaskinian permohonan Fasa 2 di buka bagi pemohon lepasan Matrikulasi / Asasi
Minggu ke 2 Jun 2015Hebahan keputusan Rayuan SPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016
15 Jun 2015Pendaftaran Pelajar Rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi akademik 2015/ 2016
23 Jun 2015Pendaftaran Pelajar Ke Kolej Komuniti menerusi pengambilan UPU bagi 2015
7 hingga 14 Julai 2015Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/ Metro dan ILKA kecuali CIAST menerusi pengambilan UPU 2015
Minggu ke 2 Ogos 2015Hebahan keputusan kemasukan STPM / Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi akademik 2015/ 2016
1 hingga 2 September 2015Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/ setaraf melalui UPU Bagi sesi Akademik 2015/ 2016
6 hingga 12 September 2015Hebahan keputusan rayuan kemasukan STPM/ setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/ 2016
17 September 2015Pendaftaran Pelajar Rayuan bagi kemasukan STPM/ setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/ 2016

* Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa

Untuk maklumat lanjut Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang. Anda juga boleh dapatkan informasi terkini di FB UPU BPKP JPT atau Laman Web Rasmi UPU.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Semakan Temuduga Diploma Dan Asasi UiTM 2015

Keputusan Man United Vs Man City Liga Perdana Inggeris 12 April 2015

$
0
0
Keputusan Penuh Man United Vs Man City Liga Perdana Inggeris 12 April 2015. Pertemuan menarik musuh setempat 'derby' berakhir dengan Manchester United mempamerkan persembahan bertenaga untuk mudah membenam Manchester City 4-2 di Old Trafford, malam tadi. Kemenangan ini sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris. Biarpun ketinggalan menerusi jaringan awal pelawat selepas Sergio Aguero mudah menolak masuk hantaran David Silva pada minit ketujuh, United berjaya membalas dua gol menerusi jaringan Ashley Young pada minit ke-13 dan tandukan Marouane Fellaini, minit ke-27 untuk tuan rumah mendahului 2-1 pada separuh masa pertama. 

Keputusan Man United Vs Man City eplBersambung babak kedua, anak buah Louis van Gaal terus garang apabila berjaya menambah dua lagi gol menerusi Juan Mata pada minit ke-66 dan tandukan Chris Smalling, minit ke-73 untuk membuatkan pengendali City, Manuel Pellegrini merah padam.

Namun Aguero berjaya menambah gol kedua City pada minit ke-88 untuk mengurangkan defisit gol. Dengan kemenangan itu, United kini 65 mata, hanya satu mata di belakang pasukan tangga kedua, Arsenal tetapi lapan mata di belakang pendahulu, Chelsea manakala City terus ketinggalan di tangga keempat, kini tercicir empat mata di belakang United. Chelsea malam tadi menewaskan QPR 1 - 0 hasil jaringan lewat permain Cesc Fabregas - Agensi

Panduan Beli Telefon Pintar Yang Terbaik

$
0
0
Panduan Membeli Telefon Pintar Smartphone Terbaik. Telefon pintar atau smartphone adalah satu barangan keperluan masa kini sesuai dengan kepesatan teknolgi abad kini. Smartphone kini menjadi kegilaan generasi baru dengan banyak model dan jenama dikeluarkan dari masa kesemasa dengan fungsi dan harga yang berbeza. Namun perlu diingat yang jangka hayat telefon pintar kini kebanyakannya tidak panjang seperti telefon mudah alih di zaman awal pengeluaran dulu. Selain aplikasi canggih dan menarik yang memakan penggunaan bateri, telefon pintar juga dikatakan mudah terdedah kepada virus yang diperoleh ketika melayari internet. Sebelum membeli, pastikan wang dilaburkan setimpal dengan fungsi, kegunaan, kualiti seterusnya pakej pelan ditawarkan telefon berkenaan. 

Berikut disertakan Panduan Membeli Telefon Pintar Yang Terbaik dan berbaloi yang mengambil kira banyak aspek seperti bajet, pakej, fungsi dan sebagainya :-

1. Bandingkan harga smartphone di banyak kedai
Keghairahan memiliki telefon pintar seperti mana diiklankan membawa kerugian jika tidak menepati selera dan keperluan. Lebih dikesalkan, ia dibeli dengan harga mahal sedangkan nilai di pasaran menunjukkan penurunan. Sebab itu, jangan terus beli sebaliknya kunjungi dua tiga kedai yang menawarkan telefon berserta aksesori terlebih dulu bagi membuat perbandingan harga. Pilih yang menawarkan harga paling rendah dan sebolehnya, cuba tawar-menawar untuk mendapatkan pembelian bernilai. 

Anda dinasihatkan tidak membeli telefon yang baharu saja dilancarkan di pasaran tetapi tunggu sehingga enam bulan. Biasanya harga telefon bimbit akan turun sebaik model baru dilancarkan. 
Panduan Beli smartphone
2. Membeli secara tunai
Teknologi dan aliran telefon pintar berubah saban minggu. Persaingan sengit dalam kalangan pelbagai jenama dan syarikat pengeluar gajet itu memungkinkan kemunculan model baru dalam tempoh singkat. Kecenderungan memiliki model telefon pintar terkini bukan saja mendorong pembeli berbelanja besar tetapi lebih parah, kerap menukar telefon demi mengejar aliran baharu. Ia mendatangkan kerugian terutama jika ia dibeli secara ansuran dengan tempoh penggunaan belum mencecah setahun. 

Sebaiknya, lakukan pembelian tunai manakala jika berkenan dengan model tertentu, tunggu sehingga harganya jatuh. Harga boleh turun sehingga RM300 dan lebih sebaik muncul model baharu yang menawarkan aplikasi lebih canggih. 

3. Pilih Pelan Pakej Komunikasi Yang Bersesuaian Dan Berpatutan
Telefon pintar menawarkan sambungan data yang membolehkan penggunanya melayari internet, laman sosial seperti Facebook dan Twitter selain berhubung menerusi aplikasi Whatsapp, Telegram, Line dan sebagainya. Pakej pelan internet itu meliputi 1MB (megabit), 2MB, 5MB dan seterusnya, namun semakin tinggi MB, semakin besar jumlah bil perlu dilunaskan. Memilih pelan paling mahal menyebabkan anda perlu membayar bil bulanan hingga mencecah ratusan ringgit sedangkan kadar penggunaan mungkin hanya separuh daripada pelan dipilih. Untuk lebih penjimatan, anda disarankan memilih pelan prabayar yang membolehkan anda melayari internet selama sebulan dengan harga belasan ringgit. 

4. Aksesori penting smartphone
Telefon pintar memerlukan pelindung skrin bagi melindungi skrin daripada calar, comot, malah retak. Namun, elakkan terpedaya dengan tawaran harga pelindung skrin yang ada kalanya tidak masuk akal. Berbanding memasang pelindung skrin berharga puluhan ringgit, rajinkan diri mencari kedai aksesori menawarkan harga berpatutan, misalnya tidak lebih RM30 berserta upah memasangnya. Aksesori lain wajib ada termasuk alat bebas tangan (handsfree), alat pengecas kuasa tambahan (power bank), sarung (casing) dan sebagainya yang amat diperlukan bagi telefon berbilang kegunaan seperti ini.

Membeli telefon nampak mudah tetapi kalau salah beli, buruk padahnya,berikut adalah panduan tambahan dan sedikit tips membeli telefon pintar yang kurang diendahkan pengguna.
1. Fikirkan Keperluan atau kehendak
Beringatlah! Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan serta perbelanjaan pula berbeza mengikut kemampuan individu, oleh itu bajet anda sepatutnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak.

Ada yang bertanya, bagaimana caranya untuk membezakan antara keperluan dan kehendak? Tentunya, banyak keperluan dan kehendak timbul dalam diri anda. Keperluan adalah sesuatu yang perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya. Betul, telefon adalah keperluan tetapi anda perlu beringat-ingat.

Sebagai contoh, telefon bimbit bukanlah keperluan bagi seorang individu kalau diikutkan 20 tahun lepas. Sebaliknya, di dunia moden hari ini, telefon bimbit sudah menjadi keperluan dan bukan lagi suatu kehendak. Namun, apabila anda memilih telefon bimbit yang mahal dengan ciri terkini yang anda sendiri jarang gunakan, anda sebenarnya sudah mengubah daripada keperluan kepada kehendak.

2. Jangan Terikut-ikut orang atau trend
Bak kata-kata dalam salah satu filem P Ramlee (tidak ingat pula saya tajuknya), 'Orang mahu radio, dia mahu radio...orang mahu motokar baru, dia mahu motokar baru...' kita terlalu ikut rentak orang di sekeliling sehingga lupa, selera kita tak sama dengan selera orang lain. Orang lain mungkin sesuai dengan Samsung dan kita pun turut beli produk Samsung walaupun sebenarnya kita lebih sesuai memakai Blackberry atau iPhone saja.
Terikut-ikut kawan berbeza dengan meminta nasihat dari mereka. 

Anda boleh bertanya tentang telefon pintar dari rakan anda tetapi tidak semestinya ia sesuai dengan keperluan anda. Misalnya, kawan anda beli jenama tersebut disebabkan mereka sudah biasa memakai produk syarikat tersebut. Anda pula terus membeli tanpa mengkaji terlebih dahulu. Akibtanya, wang beribu ringgit hangus dan anda bosan dengan telefon anda tidak sampai tiga bulan memakainya.

Kadang-kadang, lebih baik kita membeli model lama yang dikeluarkan enam bulan atau setahun lamanya yang lebih murah tetapi elok dipakai. Apatah lagi, harganya sudah jatuh sekitar RM300-RM500.



3. Pilih storan yang tidak mencukupi
Akibat kekurangan bajet, kita membeli telefon dengan kapasiti setoran minimum yang menyebabkan kekurangan ruang untuk menambah aplikasi-aplikasi menarik. Pada waktu sekarang, ada 16GB simpanan secara minimum untuk kebanyakan telefon pintar.
Ada juga yang bagi tambahan slot kad microSD tetapi lebih baik juga kalau gunakan khidmat storan cloud kalau boleh. Kalau anda pengguna yang tegar, beli kapasiti lebih iaitu sekitar 32GB.

4. Memilih saiz skrin
Ada yang sukakan saiz melebihi 4.0 inci, ada juga yang melebihi 5.5 inci, tetapi beli disebabkan suka saja mengakibatkan anda menyesal,. Mengapa? telefon sukar digenggam, tidak ergonomik, tidak muat dalam poket. Jadi pilih dengan berhati-hati, kalau saiz tangan anda kecil, beli telefon pintar berskrin 3.7 inci hingga 4.3 inci. Ia membolehkan anda mengoperasikan telefon hanya menggunakan satu tangan yang lebih baik. Saiz besar juga mengakibatkan poket terlalu penuh dan sukar ketika bergerak (untuk lelaki). Seperti yang disarankan dari awal, cuba dulu telefon tersebut sebelum membelinya.


Rayuan Kemasukan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016 Online

$
0
0
Rayuan Kemasukan Ke Matrikulasi Sesi 2015/ 2016 Online.  Umum sedia maklum yang keputusan tawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2015/ 2016 telah diumumkan pada 13 April 2015 Isnin yang boleh disemak bermula jam 1200 tengahari. Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka bermula 13 hingga 26 April 2015.

Rayuan Matrikulasi dibuat secara online di Bahagian Matrikulasi. Namun begitu,pemohon boleh membuat rayuan dengan cara lain :
a. Datang  sendiri  bersama  salinan  keputusan  SPM  yang disahkan  ke  Bahagian  Matrikulasi  KPM  untuk  mengisi  borang rayuan.


BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 6 & 7, BLOK E 15, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA   
Telefon: 03-8884 4083
Faks: 03-8884 4028
E-mel: webmaster.matrikulasi@moe.gov.my

 

b. Menulis  surat  permohonan  rayuan  secara  rasmi  dan perlu  dilampirkan  1  salinan  keputusan SPM  dan  kad pengenalan yang disahkan.
Rayuan Matrikulasi online
Untuk   mengetahui   keputusan   rayuan   kemasukan ke Kolej Matrikulasi,   bermula 6 Jun 2015 anda  boleh  menggunakan  salah  satu  daripada cara berikut untuk membuat semakan status rayuan :
1. Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4042 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
2. Semakan dalam laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia – www.moe.gov.my
3. SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. K.P dan hantar kepada
15888. 


* SEMAKAN KEPUTUSAN UPU SESI 2015/ 2016 ONLINE DI SINI

Contoh Surat Rayuan Permohonan Kolej Matrikulasi

$
0
0
Contoh Surat Rayuan Permohonan Ke Kolej Matrikulasi. Keputusantawaran kemasukan ke Program Matrikulasi KPM sesi 2015/ 2016 telah diumumkan pada 13 April 2015 Isnin yang boleh disemak bermula jam 1200 tengahari. Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka bermula 13 hingga 26 April 2015. Ryuan boleh di buat dengan 3 cara iaitu :-

1) Rayuan secara online di Bahagian Matrikulasi

2) Datang  sendiri  bersama  salinan  keputusan  SPM  yang disahkan  ke  Bahagian  Matrikulasi  KPM  untuk  mengisi  borang rayuan.

BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 6 & 7, BLOK E 15, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA   
Telefon: 03-8884 4083
Faks: 03-8884 4028
E-mel: webmaster.matrikulasi@moe.gov.my


3)  Menulis  surat  permohonan  rayuan Matrikulasi  secara  rasmi  dan perlu  dilampirkan  1  salinan  keputusan SPM  dan  kad pengenalan yang disahkan. 

Contoh Surat Rayuan Permohonan Kolej Matrikulasi

Berikut disertakan contoh surat  permohonan  rayuan Matrikulasi untuk panduan dan rujukan anda semua.

Ali Bin Ahmad
No. 88, Jalan Lumba 77
Kg Kereta 
..............................
...............................



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

BAHAGIAN MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 6 & 7, BLOK E 15, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA   
Telefon: 03-8884 4083
Faks: 03-8884 4028


13 APRIL 2015

TUAN,


RAYUAN UNTUK MEMASUKI KOLEJ MATRIKULASI SESI 2015/ 2016
 

Merujuk kepada perkara di atas, dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya xxxxxxx (NO K.P xxxxxxxxxx) ingin membuat rayuan sekali lagi untuk memasuki Kolej Matrikulasi bagi sesi pengajian 2015/ 2016. Jurusan yang saya memohon ialah Jurusan Perakaunan .
 

2. Saya telah memperolehi xA dan xB dalam Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ), dengan A dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan A- dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu . Selain itu,saya juga memperolehi keputusan A+ dalam mata pelajaran Matematik dan B+ dalam Matematik Tambahan.
 

3. Di samping itu,saya aktif melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang diadakan oleh pihak-pihak tertentu. Saya pernah menyertai .............................. (Kesenian,Kebudayaan Dan Warisan). Saya juga pernah menyertai Program Pendidikan Kepelbagaian Biologi peringkat Kebangsaan dan menjadi fasilitator dalam Kursus Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) Sekolah Menengah peringkat daerah dan peringkat sekolah.Pada tahun 2013, saya mencapai kejayaan tempat ketiga dalam Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah.
 

4. Pada tahun 2014 iaitu sewaktu saya Tingkatan Lima,saya pernah menjawat jawatan Pengerusi dalam Pasukan Pengakap Sekolah dan menjawat jawatan Naib Pengerusi dalam Kelab Pembimbing Rakan Sebaya Sekolah serta memegang jawatan Bendahari dalam Kelab Permainan Petanque Sekolah.Sehubungan itu, saya pernah menjadi Penolong Setiausaha dalam Lembaga Pengawas Sekolah.

5. Bersama-sama surat rayuan ini disertakan satu salinan kad pengenalan beserta satu salinan keputusan peperiksaan SPM yang telah disahkan untuk rujukan Tuan.
 

6. Pertimbangan pihak tuan amat dihargai .Dengan tulus ikhlasnya saya memohon kepada jasa baik Tuan supaya memberi peluang kepada saya untuk meneruskan pelajaran saya di mana-mana Kolej Matrikulasi.
Sekian dimaklumkan,atas jasa baik Tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Yang Benar,


...................................................
xxxxxxxx
13 APRIL 2015



Siaran Langsung JDT Vs Kitchee 14 April 2015 AFC Cup

$
0
0
Live Streaming JDT Vs Kitchee 14 April 2015 AFC Cup. Perlawanan keempat peringkat Kumpulan F, Piala AFC 2015 akan berlangsung malam esok dengan perlawanan tumpuan adalah di antara 2 pasukan teratas kumpulan iaituJDT dari Malaysia dan Kitchee SC dari Hong Kong. Perlawanan akan berlangsung di Stadium Larkin bermula jam 845 malam. 

Perlawanan ini adalah peluang terbaik buat JDT untuk membalas dendam atas kekalahan 0-2 kepada lawan sama pada 17 Mac 2015 yang lalu. 

LINK LIVE STREAMING JDT VS KITCHEE 14 APRIL 2015 845 MALAM
Klik TV9

live streaming jdt vs kitchee

CARTA KEDUDUKAN TERKINI AFC CUP KUMPULAN F & G SEBELUM PERLAWANAN
Carta kumpulan F 2015 AFC Cup


Semakan Panggilan Temuduga Politeknik Sesi Jun 2015

$
0
0
Semakan Panggilan Temuduga Politeknik Sesi Jun 2015. Berikut makluman rasmi seperti dipetik dari Portal Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar KPM Politeknik, calon-calon yang telah mengemukakan permohonan Politeknik sesi Jun 2015 untuk program-program berikut dipelawa untuk membuat semakan panggilan ke sesi temuduga mulai 13 April 2015.:

  • Diploma Kejuruteraan Perkapalan
  • Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
  • Diploma Lanjutan Rangkaian

Politeknik Sesi Jun 2015
Untuk makluman, sesi temuduga akan diadakan pada tarikh berikut:
ProgramTarikh
Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat20/04/2015
Diploma Kejuruteraan Perkapalan21/04/2015
Diploma Lanjutan Rangkaian28/04/2015

Semakan Keputusan Politeknik Sesi Jun 2015 Online

$
0
0
Semakan Keputusan Kemasukan Ke Politeknik Sesi Jun 2015 Secara Online. Dipetik dari makluman rasmi di Portal Bahagian Pengambilan Pelajar Politeknik Malaysia, semakan keputusan temuduga serta semakan keputusan kemasukan ke Politeknik untuk pengajian sesi Jun 2015 boleh disemak secara online seperti tarikh berikut :-
Diploma Sesi Jun 2015
  • Lulusan SPM - Semakan pada 6 Mei 2015
  • Lulusan Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Lulusan SKM, IKM / Institut Pertanian / PERDA-Tech - Semakan pada 18 Mei 2015 
Diploma (Mod Separa Masa) Jun 2015
Lulusan SPM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, SKM, IKM / Institut Pertanian / PERDA-Tech - Semakan pada 29 Mei 2015

Semakan Keputusan Politeknik Sesi Jun 2015 Online
Untuk pengajian Diploma Lanjutan untuk Lulusan Diploma Politeknik, Pra Diploma untuk Lulusan SPM, Diploma untuk lulusan Pra Diploma serta Sijil Kemahiran Khas untuk Lulusan Sekolah Pendidikan Khas, keputusan boleh disemak pada 18 Mei 2015

Permohonan kemasukan ke Politeknik Sesi Jun 2015 di atas boleh disemak di www.politeknik.edu.myseperti tarikh yang tertera di atas.Calon-calon yang berjaya boleh mencetak SURAT TAWARAN pada tarikh keputusan semakan boleh di buat.


Harga Dan Spesifikasi Samsung Galaxy S6 Baru

$
0
0
Harga Dan Spesifikasi Samsung Galaxy S6 Baru 2015. Samsung telah memperkenalkan peranti baru smartphoneSamsung S6 dan S6 Edge yang kini boleh ditempah dengan harga RM2,599 dan RM3,099 sebelum ia mula dijual 17 April 2015 ini. Samsung Galaxy S6 ini bukan saja kuasa dalaman malah reka bentuk luaran yang mengalami perubahan radikal dan ekstrem apabila Samsung menggunakan rekaan unibodi dan mengorbankan kebolehan mencabut penutup belakang dan menukar bateri.

Ia dikuasakan CPU keluaran Samsung sendiri, Exynos tetapi dengan rekaan 14mm yang lebih efisien tenaga serta berprestasi tinggi di samping RAM 3GB DDR4 lebih pantas daripada biasa digandingkan bersama setoran UFS2.0 dikhabarkan lebih laju daripada storan eMMC 5.0 yang biasa.

Samsung Galaxy S6 Baru
S6 turut diberi binaan baru dengan penggunaan gelas Corning Gorilla 4 bukan saja di depan tetapi di belakang bagi memberi rupa bentuk premium.

Manakala S6 Edge tampil dengan rekaan lengkung di kiri dan kanan membuka inovasi mantap dari syarikat Korea terbabit.

Harga Samsung Galaxy S6 Dan S6 Edge

Harga runcit bagi Samsung Galaxy S6 adalah RM2,599 manakala Samsung Galaxy S6 Edge RM3,099, termasuk enam peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan opsyen storan 16GB. 

Harga runcit bagi pad mengecas pula adalah RM232. Pilihan warna bagi Samsung Galaxy S6 adalah White Pearl, Black Sapphire, Gold Platinum dan Blue Topaz. Samsung Galaxy S6 Edge pula ditawarkan dalam warna Green Emerald. Pengguna boleh membuat pra tempahan Samsung Galaxy S6 dan Samsung Galaxy S6 Edge bermula 3 hingga 16 April di laman web Samsung.

Spesifikasi Samsung Galaxy S6
specs samsung galaxy s6
SUMBER

Keputusan Undian Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019

$
0
0
Keputusan Undian Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019. Laluan sukar menanti skuad Harimau Malaya selepas tamat undian kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini. Keputusan undian meletakkan Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama dua kuasa besar bolasepak Asia iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi. Pasukan lain dalam kumpulan sama adalah Palestin dan Timor-Leste, dua pasukan yang memiliki ranking yang lebih baik dari Malaysia. Walau pun tiada Jepun, Korea Selatan atau Australia dalam kumpulan Malaysia, misi layak ke Piala Dunia dan Piala Asia memang nampak mustahil kecuali persembahan skuad Dollah Salleh mampu mencipta kejutan.
Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019
Undian kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 kali ini membabitkan 40 pasukan dengan Malaysia yang menghuni ranking ke-164 dunia berada dalam Balang Lima bersama Hong Kong, Bangladesh, Yaman, Guam, Laos, Kemboja dan Taiwan.

Daripada lapan pasukan yang berada dalam Balang A, UAE berada di ranking kelima terbaik Asia di kedudukan ke-68 dunia manakala Arab Saudi di Balang B menghuni ranking ke-95 dunia. Palestin pula berada di ranking ke-140 dunia berada dalam Balang Tiga dengan Timor-Leste di kedudukan ke-152 dunia di Balang Empat. 


Juara kumpulan dan empat pasukan terbaik iaitu 12 pasukan akan melangkah ke pusingan akhir Piala Asia 2019 dan pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018. Dua puluh empat pasukan terbaik seterusnya akan bersaing untuk merebut baki 12 tiket ke Piala Asia yang berlangsung di UAE pada tahun berikutnya. 

Berikut adalah keputusan undian kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019 :-
  • Group A: 1. UAE 2. Saudi Arabia 3. Palestine 4. Timor-Leste 5. Malaysia 
  • Group B: 1. Australia 2. Jordan 3. Tajikistan 4. Kyrgyzstan 5. Bangladesh
  • Group C: 1. China 2. Qatar 3. Maldives 4. Bhutan 5. Hong Kong
  • Group D: 1. Iran 2. Oman 3. India 4. Turkmenistan 5. Guam
  • Group E: 1. Japan 2. Syria 3. Afghanistan 4. Singapore 5. Cambodia
  • Group F: 1. Iraq 2. Vietnam 3. Thailand 4. Indonesia 5. Chinese Taipei
  • Group G: 1. Korea Republic 2. Kuwait 3. Lebanon 4. Myanmar 5. Laos
  • Group H: 1. Uzbekistan 2. Bahrain 3. Philippines 4. DPR Korea 5. Yemen
Kelayakan Piala Dunia 2018 Dan Piala Asia 2019
Jadual Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2019
Matchday 1 – June 11, 2015 = 3 v 2 and 5 v 4
Matchday 2 – June 16, 2015 = 4 v1 and 5 v 3
Matchday 3 – September 3, 2015 = 1 v 5 and 2 v 4
Matchday 4 – September 8, 2015 = 5 v 2 and 3 v1
Matchday 5 – October 8, 2015 = 4 v 3 and 2 v 1
Matchday 6 – October 13, 2015 = 2 v 3 and 4 v 5
Matchday 7 – November 12, 2015 = 1 v 4 and 3 v 5
Matchday 8 – November 17, 2015 = 5 v 1 and 4 v 2
Matchday 9 – March 24, 2015 = 2 v 5 and 1 v 3
Matchday 10 – Match 29, 2015 = 3 v 4 and 1 v 2


Panduan Dan Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2015

$
0
0
Panduan Dan Borang Rayuan Tingkatan 6 Sesi 2015/ 2016 - Kemasukan Dan Tukar Jurusan. Semakan tawaran keputusan kemasukan ke Tingkatan Enam Bawah (Form 6) Sesi akademik 2015/ 2016 telah diumumkan pada 15 April 2015 bermula jam 1201 pagi. Pendaftaran pelajar adalah pada 5 Mei 2015. Bagi mereka yang gagal, anda boleh membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 6 dengan mengisi borang rayuan dan mengikuti panduan serta langkah-langkah berikut:-

CARA BUAT RAYUAN KE TINGKATAN 6 TAHUN 2015
Terdapat tiga ketegori rayuan Tingkatan 6 2015 iaitu :-

1. BORANG T6BKK- untuk MURID  SEKOLAH  BANTUAN  KERAJAAN yang  hendak membuat rayuan memasuki Tingkatan Enam Tahun 2015 kecuali MBK.

2. BORANG T6BCP - untuk CALON   PERSENDIRIAN, SEKOLAH   SWASTA & SEKOLAH  MENENGAH  AGAMA  NEGERI yang  memohon  memasuki  Tingkatan  Enam Tahun 2015 di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan.

3. BORANG T6BRTJ - untuk MURID SEKOLAH BANTUAN KERAJAAN yang hendak
membuat rayuan tukar jurusan Tingkatan Enam Tahun 2015


* Untuk panduan lengkap dan muat turun (download) borang, sila klik Rayuan Tingkatan 6
Borang Rayuan Kemasukan Tingkatan 6 2015

PANDUAN MENGISI BORANG 
1. Borang  ini  hendaklah  disertakan  bersama  salinan  dokumen-dokumen  yang  telah  disahkan seperti berikut:
i. Keputusan peperiksaan SPM 2014
ii. Sijil kelahiran,
iii. Kad pengenalan/passport
iv. Sijil Berhenti Sekolah; dan
v. Dokumen-dokumen lain yang berkenaan.


2. Borang  ini  hendaklah  dikembalikan  kepada Pengetua  sekolah  asal.    Pengetua    sekolah bertanggungjawab  mengemukakan  semua  borang  rayuan  murid  kepada
Bahagian  (kecuali Sekolah  Menengah  Harian  dan  Sekolah    Menengah  Teknik)/
Jabatan Pendidikan Negeri/ Pejabat Pendidikan Daerah berkenaan.
 

3. Tarikh  tutup  permohonan  ialah  pada 4 Jun 2015.  Permohonan  yang  lewat  tidak
akan dipertimbangkan.
 

4. Pertimbangan hanya diberikan kepada permohonan yang memenuhi syarat-syarat berikut:
i. Lulus dalam peperiksaan SPM 2015 dengan memperolehi pencapaian akademik yang
telah ditetapkan dan penglibatan dalam kegiatan kokurikulum;
ii. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu dan dua kepujian lagi dalam mana-mana
mata pelajaran lain;
iii. Tidak melebihi had umur yang ditetapkan dalam syarat am; dan
iv. Mendapat  sokongan  penuh  daripada  Pengetua  sekolah  dan  perakuan  rekod  disiplin
yang baik
 

5. Kelulusan permohonan ini bergantung juga kepada kekosongan tempat belajar.
 

6. Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada semua calon mulai 4 Jun 2015.
 

7. Murid hendaklah melapor diri mulai 25 Jun  2015 dan selewat-lewatnya  dalam  tempoh  
7 hari  bekerja.  Sekiranya  calon  tidak  melapor  diri  dalam  tempoh  yang  ditetapkan,  calon dianggap sebagai menolak tawaran.
 

8. Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Siaran Langsung Pahang Vs South China 15 April 2015

$
0
0
Live Streaming Pahang Vs South China 15 April 2015 AFC Cup. Pahang akan bertandang ke Stadium Mong Kok, Hong Kong malam ini dengan harapan untuk menewaskan pendahulu kumpulan, South China FC. Perlawanan akan berlangsung jam 800 malam dan TV9 akan menyiarkan siaran tertunda perlawanan pada jam 900 malam. Difahamkan yang Fox Sports Malaysia akan menyiarakan perlawanan ini secara langsung. 

Skuad kendalian jurulatih, Zainal Abdidin Hassan perlu meraih 3 mata penuh untuk bersaing menjadi juara peringkat Kumpulan G Piala AFC 2015. Pahang kini meraih 4 mata dari 3 perlawanan manakala South China mengutip 9 mata penuh. Dua lagi pasukan di kumpulan sama adalah Global FC dan Yadanarbon FC.
Pahang Vs South China 15 April 2015
Saksikan perlawanan Pahang FA menentang South China FC pada perlawanan peringkat kumpulan G  Piala AFC 2015 pada 15 April Rabu ini 8.00malam. Malam tadi JDT membenam satu lagi wakil Hong Kong, Kitchee 2-0 di Larkin.
LINK LIVE STREAMING PAHANG VS SOUTH CHINA 18 MAC 2015 - KLIK AFC CUP


FOX SPORTS


LIVE LINK 3


Kod Etika Pakaian Baru Tingkatan 6

$
0
0
Kod Etika Pakaian Baru Tingkatan Enam Form 6 Bermula Sesi Persekolahan 2015.Keputusan tawaran ke Tingkatan 6 2015 boleh disemak bermula hari ini seperti dikongsikan di Tingkatan 6 2015. Umum sedia maklum yang Kementerian Pendidikan melalui Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan yang sekolah tidak lagi boleh mengarahkan pelajar Tingkatan Enam (6) supaya memakai pakaian mengikut standard.
Kementerian Pendidikan mengesahkan pelajar yang akan penyambung pengajian ke Form 6 Tingkatan Enam dibenarkan memakai pakaian tradisonal atau pakaian lain, sebagai sebahagian daripada kod pakaian baru bermula musim persekolahan 2015 yang merupakan sebahagian daripada 'penjenamaan semula' Tingkatan Enam.
Kod Etika Pakaian Baru Tingkatan 6
Antara kod etika pakaian baru Tingkatan Enam untuk sesi persekolahan bermula 2015 adalah seperti berikut :-
1) Dibenarkan untuk memakai pakaian batik ke sekolah
2) Pelajar lelaki juga akan dibenarkan memakai baju dan seluar berwarna cerah dan seluar ke sekolah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau rekaan lain
3) Bebas untuk memilih warna baju mereka, tetapi ia perlu pastikan tidak mempunyai corak. Namun baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan
4) Pelajar masih lagi boleh memakai uniform walaupun ianya tidak dinyatakan dalam arahan.
5) Panjang seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat. Pelajar juga dibenarkan memakai tali pinggang tetapi saiz 'buckles' tidak boleh melebihi 5 sentimeter.
6) Pelajar dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada bahan denim.
7) Pelajar wanita selain baju kurung, mereka juga akan dibenarkan memakai seluar panjang. Mereka juga akan dibenarkan memakai blaus berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut.
8) Seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak dibenarkan.
9) Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memakai kemeja-T dan pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian ketat.
10) Pelajar lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking manakala perempuan hanya boleh memakai kasut yang menutupi kaki mereka. Selipar, terompah atau sandal tidak dibenarkan.
11) Bagi aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek.
12) Kemeja-T yang dipakai tidak boleh mempunyai imej politik, ganas, kesat atau apa-apa yang dianggap negatif.
Untuk panduan lengkap, pelajar boleh memuat turun atau download Pekeliling KPM diEtika Kod Pakaian 

Keputusan Undian Bolasepak Sukan SEA 2015 Singapura

$
0
0
Keputusan Undian Kumpulan Bolasepak Sukan SEA 2015 Singapura. Dipetik dari FB Rasmi FAM, keputusan undian peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan SEA 2015 Singapura menyaksikan Malaysia diletakkan  di Kumpulan B bersama juara  dan semi finalist  Suzuki Cup 2014, Thailand dan Vietnam. Undian telah diadakan pada hari ini, 15 April 2015. Semalam juga diadakan undian kelayakan Piala Dunia 2018 dan Piala Asia 2015 di mana Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A

Untuk Sukan SEA 2015 kali ini, jurulatih Datuk Ong Kim Swee telah menyenaraikan barisan terkuat untuk skuad Malaysia U23 (Sukan Sea) 2015 yang bakal diadakan pada 5 hingga 16 Jun 2015. Timbalan Pre­siden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Mohamad Norza Zakaria pula telah dilantik sebagai Chef de Mission (CDM) Sukan SEA Singapura 2015 oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Aksi peringkat kumpulan acara bola sepak Sukan SEA 2015 akan berlangsung di Stadium Jalan Besar dan Stadium Bishan, manakala final di Stadium Nasional Kallang.

Bolasepak Sukan SEA 2015 Singapura
Berikut adalah keputusan undian peringkat kumpulan bolasepak Sukan SEA 2015 Singapura : -

KUMPULAN A
Singapura, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Filipina

KUMPULAN B
Thailand, MALAYSIA, Vietnam, Laos, Brunei, Timor Leste



Jadual Siaran Langsung Liga Super 18 April 2015

$
0
0
Jadual Siaran Langsung Liga Super 18 April 2015. Liga Super 2015 memasuki perlawanan kelapan Sabtu ini dengan 6 perlawanan akan berlangsung. Persaingan liga tahun ini sungguh sengit dengan hanya 3 mata membezakan pasukan di tangga pertama dan pasukan di tangga ketujuh. Pendahulu liga, Selangor dengan rekod prestasi terkini yang terbaik akan menerima kunjungan Lions XII di Stadium Shah Alam. Terengganu pula akan menjadi tuan rumah kepada Felda United, perlawanan membabitkan pasukan di tangga kedua dan ketiga liga. Perlawanan paling hot dan menarik dengan aksi pemain import terbaik minggu ini pastinya di antara JDT dan Kelantan di Larkin. Difahamkan, ketiga-tiga perlawanan ini akan disiarkan secara langsung ke kaca TV anda melalui rangkaian TV Media Prima dan RTM TV1.

Berikut adalah jadual penuh perlawanan berserta jadual siaran langsung perlawanan untuk panduan peminat bolasepak di Malaysia :-

18.04. 20:45    Johor DT vs   Kelantan   
18.04. 20:45    Sarawak FA vs   ATM FA   
18.04. 20:45    Selangor  vs  LionsXII   
18.04. 20:45    Sime Darby vs   PDRM FA   
18.04. 20:45    Terengganu  vs  FELDA

jdt vs kelantan 18 April 2015
Jadual Siaran Langsung Liga Super 18 April 2015

TV1 | Terengganu lwn Felda Utd
TV3 | Johor DT lwn Kelantan
 TV9 | Selangor lwn Lions XII

* Sebarang perubahan rancangan akan diupdate dari masa kesemasa

CARTA KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 2015 SEBELUM PERLAWANAN 18-4-2015
carta terkini liga super 2015

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Semakan Keputusan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 20 April 2015

$
0
0
Semakan Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27. Dipetik dari FB Rasmi SPA,  Peperiksaan Online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 telah berjaya dijalankan pada 15 April 2015 (Rabu). Seramai 7,888 calon telah menduduki peperiksaan dengan jayanya dengan SPA menerima sebanyak 180,808 permohonan bagi jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 ini.

Keputusan Peperiksaan Online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Bagi Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 akan diumumkan pada 20 April 2015 (Isnin) jam 1200 tengahari. Semakan boleh di buat di Portal Rasmi SPA di http://www.spa.gov.my/Portal/

Semakan Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 20 April 2015

KLIK APPLIKASI SEMAKAN - http://e-semakan.spa.gov.my/

Semakan Keputusan Peperiksaan Penolong Pegawai Penerangan 2015

H1N1 Selsema Babi Simptom Dan Cara Pencegahan

$
0
0
H1N1 Selsema Babi Simptom Dan Cara Pencegahan. Virus influeza A (H1N1) yang sangat merbahaya didakwa menjadi punca  kematian murid Tahun Lima Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pay Teck di Melaka minggu ini. Walau bagaimanapun, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Ghazali Othman berkata Jabatan Kesihatan negeri masih lagi menyiasat punca sebenar. Beliau berkata kes membabitkan murid lelaki itu disifatkan sebagai terpencil, berikutan virus itu bertindak terlalu cepat sehingga mangsa turut menerima serangan radang pada otak.

Untuk panduan semua, berikut adalah serba sedikit informasi berkenaan Virus influeza A (H1N1). Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.
H1N1 Selsema Babi
Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.


Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1)  ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan. Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?
Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.

Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain  bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema? 
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat.  Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini? 
CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini.  Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.

Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan  dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).

Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?
Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan? 
Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.

Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin. 
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.

Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.

Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.
H1N1 Selsema Babi Simptom Dan Cara Pencegahan
Sumber grafik BH Online

Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius  dan satu kematian. 

Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.

Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.

TINDAKAN SERTA-MERTA KEMENTERIAN KESIHATAN
• Kementerian Kesihatan menguat kuasa serta-merta empat langkah pencegahan:-

i. Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia mengaktifkan Bilik Gerakan untuk membuat pemantauan situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) dengan pihak WHO bagi memastikan tindakan-tindakan proaktif diambil untuk melindungi kesihatan awam penduduk Malaysia.

ii. Semua Pengamal Perubatan termasuk di sektor swasta yang merawat kes-kes yang mempunyai tanda-tanda atau gejala ‘influenza-like illness’ atau ‘severe pneumonia’ dan mempunyai sejarah melawat Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009 diminta untuk memaklumkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat dengan serta merta melalui telefon untuk tindakan pencegahan dan kawalan.

iii. Saringan tanda-tanda jangkitan Virus Influenza A (H1N1) di semua pintu masuk negara untuk pelawat atau warga Malaysia yang ada melawat ke negara Mexico, California, Kansas, Ohio, Texas, New York atau Kanada selepas 17 April 2009.

iv. Membuat kenyataan akhbar dari masa ke semasa situasi wabak Virus Influenza A (H1N1) untuk maklumat orang awam di Malaysia dan langkah kawalan dan pencegahan yang diambil oleh Kerajaan.
• Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menyatakan pada Sidang Media pada 26 April 2009 mengenai wabak berkenaan amat berbahaya kerana ia tersebar melalui manusia bukannya haiwan seperti selesema burung atau ‘avian flu’ yang pernah melanda negara ini.
• Beliau bagaimanapun meminta rakyat negara ini supaya tidak panik kerana Kerajaan sentiasa berwaspada terhadap apa jua wabak yang boleh menyebabkan kematian.
• Pengawasan itu membabitkan pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai antaranya mereka yang menunjukkan tanda-tanda demam panas.
• Pengawasan di semua pintu masuk negara diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan wabak selesema babi dari merebak ke dalam negara terutama penumpang penerbangan dari luar negara termasuk AS.
• Orang awam yang ingin mendapat maklumat lanjut berkaitan dengan wabak Virus Influenza A (H1N1) ini boleh mendapatkan maklumat tersebut melalui talian 03-88810200 atau 03-88810300 pada waktu pejabat atau di laman web Kementerian http://www.moh.gov.my

Sumber : PMR Penerangan



Semakan Keputusan Temuduga Penolong Pegawai Penyelidik Dan Perangkaan April 2015

$
0
0
Semakan Keputusan Temuduga Penolong Pegawai Penyelidik Dan Perangkaan April 2015 Secara Online. Dipetik dari makluman rasmi FB Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), keputusan temuduga untuk jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q27 dan Penolong Pegawai Perangkaan Gred E27 kini boleh di semak di laman web SPA

KEPUTUSAN TEMU DUGA
1.PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK GRED Q27
(INSTITUT PENYELIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI PERTAHANAN (STRIDE), KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA)


2. PENOLONG PEGAWAI PERANGKAAN GRED E27
(JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA)


Sila layari laman web SPA untuk semakan: 


Link semakanhttp://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-keputusan-temu-duga
semakan keputusan temuduga spa
Viewing all 5604 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>