Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 5604 articles
Browse latest View live

Refund Cukai Terlebih Bayar Tidak Kena GST

$
0
0
Refund Cukai Income Tax Terlebih Bayar Tidak Kena GST. Pembayar cukai kini boleh menarik nafas lega apabila Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan yang pembayar cukai boleh mendapat bayaran balik cukai terlebih bayar dalam masa dua hari selepas menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), kata Ketua Pegawai Eksekutif/Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar.
  
Beliau berkata, bayaran balik cukai terlebih bayar kepada LHDN boleh dilakukan dalam masa dua hari jika segala maklumat yang diberikan adalah betul.
  
"Bila maklumat yang diberikan adalah betul kita akan proses dengan cepat. Tapi bila hantar borang dengan maklumat yang tidak lengkap ini akan menyebabkan LHDN makan masa untuk proses. "Secara purata kalau hari ini hantar, esok proses, lusa dia (pembayar cukai) dapat (bayaran cukai terlebih bayar). Bagaimanapun, semua ini bergantung kepada jumlah BNCP yang diterima," katanya ditanya mengenai tempoh pembayaran balik cukai terlebih bayar.
income tax gst
Lanjutan daripada pelaksanaan GST pada 1 April 2015, terdapat beberapa maklumat salah telah disebarkan di media sosial mengenai amaun cukai terlebih bayar yang dipulangkan semula (bayaran balik cukai) kepada pembayar cukai akan dikenakan cukai barang & perkhidmatan (GST).

Berikut PENAFIAN REFUND LHDNM KENA GST seperti dipetik dari status FB Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah mengesan beberapa maklumat salah yang disebarkan di media sosial mengenai amaun cukai terlebih bayar yang dipulangkan semula (bayaran balik cukai) kepada pembayar cukai telah dikenakan cukai barang & perkhidmatan (GST).

Adalah ditegaskan bahawa pemprosesan bayaran balik cukai tidak dikenakan GST mahu pun apa-apa caj oleh LHDNM. Justeru, LHDNM menasihatkan pihak-pihak berkenaan agar membuat pembetulan dan tidak sesekali menyebarkan fitnah berkenaan. LHDNM tidak teragak-agak untuk menggunakan peruntukan Undang-Undang Malaysia yang ada bagi memastikan hanya maklumat yang tepat dan benar sahaja dikongsikan.
Sekian, terima kasih.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Gambar Feri Krabi Ke Phuket Thailand Terbakar 8 April 2015

$
0
0
Berita Terkini Feri Krabi Ke Phuket Thailand Terbakar. Sebuah feri pelancong, Feri Ao Nang Princess membawa lebih 100 orang termasuk pelancong asing terbakar di Laut Andaman, Bahagian selatan Thailand ketika dalam pelayaran dari Krabi ke Phuket. Ia membawa kira-kira 115 orang dengan seorang kanak-kanak disahkan maut. Menurut Pejabat Gabenor Krabi, kanak-kanak yang terbunuh dikenali Shami Aril, berusia 12 tahun dari Israel.Operasi dilancarkan sejurus feri tenggelam. Semua mangsa yang diselamatkan dibawa ke Krabi dan punca kebakaran masih disiasat.

Mangsa ditemui sehari selepas lebih 100 pelancong asing terjun ke dalam Laut Andaman bagi menyelamatkan diri selepas feri yang dinaiki mereka terbakar kira-kira jam 1100 pagi hari Rabu 8 April 2015.

Feri Krabi Ke Phuket Thailand Terbakar
Pada mulanya polis memberitahu bahawa semua penumpang feri berkenaan terselamat sebelum mangsa dilaporkan hilang. Usaha mencari dan menyelamat dihentikan kelmarin akibat arus deras serta cuaca gelap sebelum disambung semula awal pagi semalam.

Feri berkenaan membawa pelancong asing dari Britain, Switzerland, Amerika Syarikat dan China. Kemalangan membabitkan pengangkutan awam seperti bas dan feri sering berlaku di Thailand akibat standard keselamatan yang lemah. Feri atau bot pelancongan juga sering karam akibat sikap tamak operator yang mahu mengaut keuntungan dengan membawa penumpang berlebihan ketika kemuncak musim pelancongan.

Pada 2013, tiga pelancong asing antara enam yang maut selepas feri yang sarat dengan penumpang karam berhampiran pusat pelancongan Pattaya. - AFP & myMetro


Gambar Feri Krabi Ke Phuket Thailand Terbakar 8 April 2015
Feri Krabi Ke Phuket Thailand Terbakar
Feri Krabi Ke Phuket Thailand Terbakar

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Keputusan Liga Perdana Jumaat 10 April 2015

$
0
0
Result Keputusan Penuh Liga Perdana 10 April 2015. Empat perlawanan Liga Perdana Malaysia 2015 akan berlangsung pada hari Jumaat, 10 April 2015 dengan dua lagi baki perlawanan melibatkan JDT II lawan Kedah serta NS Matrix dan Pulau Pinang telah ditunda ke hari Ahad disebabkan komitmen JDT II dan Penang dalam Suku Akhir Pertama Piala FA 2015. Setelah 6 perlawanan berlangsung, Pulau Pinang kini menerajui carta Liga Perdana 2015 dengan 14 mata diikuti oleh Sabah, NS Matrix dan T-Team masing-masing dengan 12 dan 11 mata. 

Keputusan Liga Perdana 2015
Perlawanan tumpuan Liga Perdana minggu ini adalah di antara NS Matrix lawan Penang, JDT II lawan Kedah dan Sabah lawan PKNS FC. Berikut adalah jadual dan keputusan terkini/ penuh Liga Perdana 10 April 2015 :-

16:45    DRB-Hicom   vs  T-Team    1 - 2 DRB (m90+4) T-Team (Farhod Tadjiev mm41/69)
16:45    SPA Putrajaya   vs  Kuala Lumpur    0 - 1 (Kalle Sone m70)
16:45    UiTM   vs  Kuantan FA   3 - 2  UiTM (Abdi Kassim Sadallah m15, Dao Bakary m39, 72 -pen) Kuantan (Milan Purovic m84, Fabrice Noel m87)

20:15    Sabah   vs  PKNS FC   

AHAD - 12 April 2015
20:45    Johor DT II   vs Kedah
20:45    NS Matrix  vs  Penang

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Biodata Nadzmi Adhwa Pelakon Baru Meningkat Naik

$
0
0
Biodata Nadzmi Adhwa Pelakon Baru Meningkat Naik. Nadzmi Adhwa jika disebut mungkin ramai yang tidak mengenali beliau. Tetapi bagi mereka yang meminati Drama bersiri Slot Akasia TV3 - Hati Perempuan pasti mengenal wajah beliau. Nadzmi Adhwa yang dikenali selesa dengan penampilan rambut kembangnya yang dibiarkan bersahaja tanpa didandan. Rasanya itulah kelebihan beliau yang berjaya menambat hati ramai penonton.

Beliau adalah penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dan Multimedia, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam. Berikut adalah biodata / profil Nadzmi Adhwa
Biodata Nadzmi Adhwa

Nama Komersial :  Nadzmi Adhwa

Nama Penuh : Nadzmi Adhwa Nor Adzmi

Umur  : 23 Tahun

Kelahiran : Kuala Lumpur

Pendidikan : Penuntut jurusan Ijazah Sarjana Muda Rekaan Grafik dan Multimedia, UiTM Shah Alam.

Drama : Toll Gate Asmara

Filem : Langit Cinta

Telefilem : Jalan Taubat, Hati Perempuan


Instagram : https://instagram.com/nadzmiadhwa/

Twitter : https://twitter.com/nadzmiadhwa


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Semakan Tawaran Keputusan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016

$
0
0
Semakan Keputusan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016. Calon-calon SPM yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi KPM Kementerian Pendidikan Malaysia sesi kemasukan 2015/ 2016 pasti berdebar-debar menunggu keputusan tawaran kemasukan ke Kolej Matrikulasi. Semakan tawaran keputusan Kolej MatrikulasiKementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2015/2016  boleh disemak mulai 13 April 2015 jam 12 tengah hari  sehingga 23 Mei 2015 jam 11.59 malam.  Sebarang pertanyaan  sila hubungi  Bahagian Matrikulasi di talian 03 8884 4083 atau layari laman sesawang www.moe.gov.my.

Cara Buat Semakan Tawaran Keputusan Matrikulasi Sesi 2015/ 2016
Semakan secara online boleh dibuat pada 13 April 2015 di laman http://www.moe.gov.myatau melalui applikasi semakan http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran iaitu selepas applikasi semakan di buka.

Semakan secara SMS pula boleh di buat dengan menaip  

MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada 15888
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083/4040/4036 pada waktu pejabat bermula 8.30 pagi – 4.30 petang.
 

Pemohon perlu melayari laman sesawang kerana calon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan dokumen untuk dibawa semasa mendaftar di kolej matrikulasi.

Rayuan Program Matrikulasi 2015/ 2016 bagi calon yang gagal boleh terus dibuat melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia  http://www.moe.gov.my pada tarikh applikasi semakan matrikulasi dibuka.

semak kolej matrikulasi 2015
KALENDAR AKADEMIK SESI 2015/ 2016 PROGRAM MATRIKULASI SATU TAHUN & PROGRAM MATRIKULASI DUA TAHUN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

LIONS XII Vs JDT Liga Super 11 April 2015

$
0
0
Live Streaming LIONS XII Vs JDT Liga Super 11 April 2015. Perlawanan Liga Super di antara jiran Seberang Tambak iaitu Lions XII lawan JDT malam esok dijangka menarik. Perlawanan ini adalah diantara 6 perlawanan yang bakal berlangsung esok yang merupakan perlawanan ke tujuh untuk kedua-dua pasukan. Walau bagaimanapun, perlawanan ini tidak akan disiarkan secara langsung ke kaca TV anda melalui rangkaian RTM dan Media Prima sebaliknya, 3 perlawanan lain telah terpilih iaitu perlawanan Liga Super 11 April 2015.

Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk mengikuti update terkini perlawanan Liga Super Malaysia 2015 antara pasukan Lions XII dan Johor Darul Ta'zim pada 11hb April 2015 di sini. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Jalan Besar, Singapura jam 7.45 malam. Keputusan penuh dan terkini semua perlawanan hari ini di Liga Super 11 April 2015 

Keputusan Terkini LIONS XII Vs JDT Liga Super 11 April 2015
LIONS XII    0
JDT    0

LIONS XII: Izwan Mahbud (C), Madhu Mohana, Hafiz Sujad, Faritz Hameed, Khairul Nizam, Nazrul Nazari, Izzdin Shafiq, Raihan Rahman, Faris Ramli, Zulfahmi Arifin, Firdaus Kasman
 
JDT: Farizal Marlias, Asraruddin Putra Omar, Safiq Rahim (C), Alhaji Kamara, Patito Rodríguez, S. Kunanlan, Hariss Harun, Shakir Shaari, Amri Yahyah, Junior Eldstàl, Fadhli Shas

LIONS XII Vs JDT Liga Super 11 April 2015

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Siaran Langsung Kelantan Vs Pahang 11 April 2015

$
0
0
Live Streaming Kelantan Vs Pahang 11 April 2015. Liga Super Malaysia 2015 perlawanan ke 7 akan menemui penonton Sabtu ini dengan 3 perlawanan akan disiarkan secara langsung ke kaca TV anda melalui rangkaian RTM dan Media Prima. Pertemuan menarik minggu ini pastinya pertembungan di antara jaguh Pantai Timur, Kelantan lawan Pahang di Kota Bharu. Kelantan di bawah jurulatih baru nampaknya masih bergelut dengan prestasi tak menentu manakala Pahang kini mula menampakkan taringnya sejak beberapa perlawanan terkini. 

PDRM kini mendahului carta Liga dengan 12 mata hasil daripada 6 perlawanan. Perak, Selangor, JDT, Terengganu dan Felda United menghuni tangga liga seterusnya dengan semua mengutip sama mata iaitu 11 mata. Persaingan sengit ini dijangkakan akan mengubah carta kedudukan liga selepas perlawanan tamat minggu ini.


Berikut adalah Jadual Siaran Langsung perlawanan Liga Super pada Sabtu, 11 April 2015. Siaran langsung perlawanan adalah di antara Kelantan-Pahang (TV3), Felda United-PDRM (TV9) dan ATM-Selangor (TV1). 
Live streaming Kelantan Vs Pahang 11 April 2015
Jadual Siaran Langsung Perlawanan Liga Super 11 April 2015
LIONS XII Vs JDT
SARAWAK VS SIME DARBY
ATM VS SELANGOR - LIVE DI RTM TV1
KELANTAN VS PAHANG - LIVE DI TV3
PERAK VS TERENGGANU
FELDA UNITED VS PDRM  - LIVE DI TV9


Keputusan penuh dan terkini semua perlawanan hari ini di Liga Super 11 April 2015 

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Koleksi Kad Ucapan Hari Ibu Yang Menarik

$
0
0
Koleksi Kad Ucapan Hari Ibu 2015 Yang Menarik.Hari Ibu 2015 di Malaysia akan disambut pada 10 Mei 2015. Happy Mother’s Day atau Selamat Hari Ibu diucapkan kepada semua individu yang bergelar seorang ibu di seluruh dunia. Ibu (juga emak dan bonda) adalah seorang perempuan yang melahirkan dan membesarkan seseorang dan memiliki peranan yang sangat penting dalam membesarkan anak dalam sesebuah keluarga. Sesebuah keluarga tidak akan lengkap tanpa kehadiran seorang ibu.

Berikut dikongsikan koleksi kad ucapan Hari Ibu yang menarik untuk ditujukan kepada ibu tercinta yang disayangi :-

Hari Ibu

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Keputusan Penuh Liga Super Malaysia 11-4-2015

$
0
0
Keputusan Penuh Dan Terkini Liga Super Malaysia 11 April 2015. Malam ini akan berlangsung enam perlawanan Liga Super Malaysia untuk perlawanan ke 7 dengan 3 perlawanan akan disiarkan secara langsung ke kaca TV anda melalui rangkaian RTM dan Media Prima. Kedudukan sengit carta Liga dijangka berubah sekali lagi dengan pertemuan menarik minggu ini pastinya di antara jiran Pantai Timur, Kelantan lawan Pahang di Kota Bharu. 

PDRM kini menghuni carta terats Liga dengan 12 mata hasil daripada 6 perlawanan. Perak, Selangor, JDT, Terengganu dan Felda United menghuni kedudukan tangga liga seterusnya dengan semua mengutip sama mata iaitu 11 mata. Berikut adalah Jadual Siaran Langsung dan keputusan perlawanan Liga Super pada Sabtu, 11 April 2015.

result Liga Super Malaysia 11-4-2015

Keputusan Dan Jadual Siaran Langsung Perlawanan Liga Super 11 April 2015
 

LIONS XII Vs JDT - Live update di SINI
0 - 0

 
SARAWAK VS SIME DARBY
0 - 0

ATM VS SELANGOR - LIVE DI RTM TV1 
1 - 1 (Afiq Azmi min 8, Karlovic min 25)

KELANTAN VS PAHANG - LIVE DI TV3
0 - 0
 

PERAK VS TERENGGANU
1 - 0

FELDA UNITED VS PDRM  - LIVE DI TV9
1 - 2
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Baca Cerpen Hello My Slave Drama Ayuni Safira TV9

$
0
0
Baca Cerpen Hello My Slave Drama Ayuni Safira TV9. Sebuah lagi drama terbaharu slot Ratu TV9 iaitu Ayuni Safira telah menemui penonton pada 9 April 2015 lalu. Drama Ayuni Safira adalah adaptasidaripada cerpen Hello My Slave karya Shuhadatul Ain Zakaria. Drama 14 episod ini adalah lakonan utama Siti Saleha dan Aqasha dan diarahkan oleh Keoi Hj Khalid. Tayangannya bermula 9 April 2015, setiap Khamis dan Jumaat jam 8.30 malam di slot Ratu TV9.
SINOPSIS AYUNI SAFIRA
Mengisahkan seorang wanita iaitu Ayuni Safira yang berkahwin dengan Zafran. Zafran pada mulanya berkahwin atas sebab ibunya ingin membalas dendam kepada ibu Ayuni Safira. Lama-kelamaan timbul perasaan cinta kepada Ayuni Safira. Apakah yang terjadi seterusnya? Nantikan.


Baca cerpen Hello My Slave di  Penulisan2u
Hello my slave
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Keputusan Kes Doping Lee Chong Wei April 2015

$
0
0
Keputusan Kes Doping Lee Chong Wei April 2015. Umum sedia maklum yang jaguh perseorangan badminton negara iaitu, Datuk Lee Chong Wei, 33 telah digantung sementara oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kerana gagal ujian doping dan didapati positif 'dexamethasone' pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Ogos tahun lepas. Naib juara Olimpik Beijing 2008 dan London 2012 itu kemudiannya digantung BWF mulai 11 Nov lalu sementara menantikan kesnya didengar di Amsterdam, Sabtu ini. Chong Wei telah tiba di Amsterdam bersama Pengurus Besar Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Kenny Goh, ahli majlis BAM, Jadadish Chandra dan peguam peribadinya, Brian Song bagi menghadapi perbicaraan membabitkan kes doping beliau. 


Kes Doping Lee Chong Wei
Chong Wei akan berdepan tiga panel bebas yang dilantik Persekutuan Badminton Dunia (BWF) - dua dari Eropah dan satu dari India dalam perbicaraan yang akan berlangsung di Hotel Sheraton Amsterdam Airport bermula pukul 10 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia) esok.

Oleh itu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengajak seluruh rakyat Malaysia khususnya peminat sukan badminton mendoakan agar keputusan pendengaran kes doping jaguh negara Datuk Lee Chong Wei mencapai keputusan yang positif.

Timbalan Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata dengan keputusan positif yang dicapai nanti, bekas pemain nombor satu dunia itu dapat meneruskan cabaran yang lebih besar khususnya membawa pulang pingat emas Sukan Olimpik kepada negara.


Terkini
Sesi pendengaran membabitkan kes doping jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berehat seketika untuk makan tengah hari selepas berlangsung selama tiga jam setengah bermula sejak pukul 9.25 pagi waktu tempatan (3.25 petang waktu Malaysia). Ia dijangka kembali bersambung selepas jam 2 petang waktu tempatan (8 malam waktu Malaysia).KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Berita Terkini Kejadian Letupan Di Sibu Sarawak 11 April 2015

$
0
0
Berita Terkini Kejadian Letupan Di Sibu Sarawak 11 April 2015. Satu kejadian letupan di flat HDC Terrace Garden, Sibu Jaya, Sarawak telah berlaku awal pagi ini ketika orang ramai sedang nyenyak tidur. Dipetik dari Astro Awani, sebelas penduduk dilaporkan cedera dan ada yang melecur. Letupan dipercayai berlaku di salah sebuah rumah di tingkat bawah flat berkenaan yang juga dikatakan merupakan sebuah kedai runcit. Menurut Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalib Rashid, letupan berlaku sekitar pukul 2.48 pagi tadi.

Kejadian letupan Sibu Jaya ini turut menyebabkan tiga unit kediaman lain di flat empat tingkat itu mengalami kerosakan teruk. Flat itu mempunyai 40 unit kediaman.  Anggota bomba telah diarahkan untuk mengawal dan mengeluarkan semua penduduk dari kediaman mereka selain mengenal pasti semua penduduk di flat berkenaan. Ia bagi memastikan tiada mangsa yang tertimbus akibat runtuhan tersebut.

Letupan Di Sibu Sarawak 11 April 2015
Pasukan bomba kini masih mencari bahan bukti dan punca berlakunya letupan itu selain berusaha untuk  mengenal pasti jenis bahan letupan yang terlibat. Semua mangsa yang cedera telah dihantar ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut.

Berikut antara gambar kejadian letupan di Sibu Jaya awal pagi ini, Sabtu, 11 April 2015 :-
Letupan Di Sibu Sarawak 11 April 2015
Letupan Di Sibu Sarawak 11 April 2015

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Hukum Meninggalkan Solat Kerana Malas Dan Lalai

$
0
0
HUKUM SOLAT YANG DITINGGALKAN KERANA MALAS DAN LALAI. Dikongsikan satu soal jawab agama mengenai solat seperti dipetik dari FB JAKIM. Solat fardu diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh dan berakal sebanyak 5 kali sehari pada waktu-waktu tertentu. Solat fardhu merupakan Rukun Islam yang ke-2 dari lima Rukun Islam. Solat fardhu yang wajib didirikan ialah solat lima waktu sehari semalam, iaitu subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardhu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Soalan : Adakah kita perlu mengqada’ solat yang tertinggal dengan sengaja, malas dan cuai? Bagaimana dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh? Apakah kita hanya dituntut supaya bertaubat dan tidak perlu mengqada’nya?

Jawapan:
Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱلصَّلَو‌ٰةَ كَانَتْ عَلَى ٱلْمُؤْمِنِينَ كِتَـٰبًا مَّوْقُوتًا

Maksudnya: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.
(Surah al-Nisa: 103)


Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan.

Sebelum saya menjawab permasalahan ini, suka dinyatakan berkenaan dengan hukum meninggalkan solat. Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut: Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.

Hukum Meninggalkan Solat Kerana Malas Dan Lalai

Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat dan tidak boleh membiarkannya demikian sehingga dia bertaubat dan kembali mendirikan solat. Jika dia terus mengingkarinya, dia akan dihukum bunuh sebagai seorang murtad dan mayatnya tidak boleh dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan. Juga tidak harus dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam kerana dia bukan lagi di kalangan mereka.

Sementara orang yang meninggalkan solat kerana malas tetapi masih meyakini hukum wajibnya, pihak pemerintah hendaklah memaksanya mengqada’kan solat dan bertaubat daripada kesalahan meninggalkannya. Jika masih ingkar untuk mengqada’nya, maka dia wajib dihukum bunuh mengikut hukuman yang disyariatkan atas orang Islam yang melakukan maksiat. Hal ini kerana hukuman ke atas orang yang meninggalkan perkara fardhu adalah wajib diperangi tetapi selepas dibunuh dia masih dianggap seorang Islam. Oleh itu, jenazahnya, pengebumian dan pembahagian hartanya hendaklah diuruskan menurut syariat Islam.

Berkenaan dengan soalan di atas, pendapat yang masyhur dalam Mazhab Syafie hendaklah diqada’kan solat yang telah ditinggalkan walaupun bukan dengan sebab tertidur atau lupa. Ini kerana hutang Allah SWT lebih utama dibayar. Berkenaan dengan solat yang ditinggalkan semenjak aqil baligh, maka hendaklah diqada’ semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai, di samping bertaubat kepada Allah SWT. Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqada’kan semua solat yang pernah ditinggalkan.

Walaupun begitu kita yakin dengan sifat keampunan Tuhan dan penerimaan taubatnya di samping beriman dengan firman Allah SWT:

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
(Surah al-Baqarah: 286) 


Berkenaan dengan qada’ amalan sunat hukumnya sunat, seperti yang pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW. Adapun taubat juga perlu tetapi tidak memadai dengannya sahaja, mesti diqada’ juga berdasarkan arahan Rasulullah SAW.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

DITERBITKAN DI DALAM IRSYAD FATWA -muftiwp.gov.my
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Siaran Langsung ATM VS Selangor Liga Super 11-4-2015

$
0
0
Live Streaming ATM VS Selangor 11 April 2015 Liga Super Malaysia. Perlawanan ketujuh Liga Super malam ini menyaksikan 6 perlawanan akan dilangsungkan. Perlawanan ATM VS Selangor di Stadium Paroi jam 8:45 malam ini merupakan salah satu perlawanan yang disiarkan secara langsung ke kaca TV anda. Perlawanan di antara pasukan ATM VS Selangor akan disiarkan secara langsung di RTM 1 bermula jam 8:40 malam. 

Berikut adalah Jadual Siaran Langsung perlawanan Liga Super pada Sabtu, 11 April 2015.

LIONS XII Vs JDT

SARAWAK VS SIME DARBY

ATM VS SELANGOR - LIVE DI RTM TV1
Kesebelasan utama 

Selangor  - Syamim, Azrif, Cornthwaite, Rizal (c), Raimi, Andik, Leandro, Nazmi, Hazwan, 
Afiq, Guilherme De Paula. 
ATM - Razi, Thinagaran, Norfazly, Nwaneri (c), Riduwan, Azreen, Affize, Karlovic, Christie, Abdulafees, Palacios
 
KELANTAN VS PAHANG - LIVE DI TV3

PERAK VS TERENGGANU

FELDA UNITED VS PDRM  - LIVE DI TV9

Keputusan penuh dan terkini semua perlawanan hari ini di Liga Super 11 April 2015 
Siaran Langsung ATM VS Selangor Liga Super 11-4-2015
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Senarai Perpindahan Pemain April 2015

$
0
0
Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia Jendela April 2015.Perpindahan pemain fasa kedua April telah di buka pada 1 April 2015. Ini merupakan masa terbaik kepada Jurulatih dan pengurusan pasukan di Liga Super dan Perdana Malaysia dan juga liga Malayia lain untuk membeli atau mengganti pemain untuk beraksi sehingga hujung musim 2015 ini. Musim perpindahan pemain kali pertama telah di buka pada 22 September 2014 hingga 5 Disember 2014 yang lalu. Musim perpindahan pemain April 2015 ini akan bermula pada 1 April sehingga 28 April 2015.

Berikut adalah antara senarai pemain yang telah berpindah ke pasukan baru untuk jendela perpindahan pemain April 2015 :-
Senarai Perpindahan Pemain April 2015
Senarai Perpindahan Pemain Liga Malaysia Jendela April 2015

JDT
Patito Rodriquez (Santos, Brazil) -Penyerang - Pinjaman
Alhaji Kamara (Sierra Leone) - Penyerang - Pinjaman

SABAH
Joel Chianese (Auckland City FC) - pemain import ke 4 


KEDAH
Sandro Mendonca (Brazil) - Attacking midfielder 

Liridon Krasniqi (Kosovo,Serbia) - Midfielder

PAHANG
Matthew Davies (Australia) - Bek Kanan - SAH

SIME DARBY FC
Reinaldo Elias da Costa - Penyerang (Brazil punyai passport Australia) - Kouta Asia ganti pemain Uzbekistan, Dilshod Sharofetdinov - SAH

TERENGGANU
Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo) - ATM ke Terengganu - SAH

PERAK
Horace James (Jamaica) - Perak

KELANTAN
Austin Amutu - Nigeria

TERENGGANU
Issey Nakajima Farran (Canada) - Terengganu

T-TEAM
Josip Milardovic (Croatia) - T-Team

KUANTAN FA
Fabrice Noel (Haiti) - Kuantan FA

 
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Keputusan Terkini Liga Perdana 12 April 2015

$
0
0
Result Keputusan Penuh Dan Terkini Liga Perdana 12 April 2015. Dua perlawanan Liga Perdana Malaysia 2015 akan berlangsung pada hari Ahad, 12 April 2015 membabitkan perlawanan JDT II lawan Kedah serta NS Matrix dan Pulau Pinang yang sebelum ini ditunda disebabkan komitmen JDT II dan Penang dalam Suku Akhir Pertama Piala FA 2015. Setelah mengharungi 7 perlawanan, pasukan T-Team kini menerajui carta Liga Perdana 2015 dengan 14 mata diikuti oleh Penang, Sabah dan UiTM.

JST II Vs Kedah
Perlawanan malam ini dijangka hebat kerana jika Penang menang atau seri, mereka akan merampas kembali pendahulu Liga Perdana.  NS Matrix, JDT II dan Kedah pula berpeluang untuk merapatkan diri dengan pendahulu liga jika menang perlawanan ini. 

Berikut adalah jadual dan keputusan terkini/ penuh Liga Perdana 12 April 2015. Keputusan 10 April 2015 boleh layari di LP 2015 :-

AHAD - 12 April 2015
20:45    Johor DT II   vs Kedah - Stadium MPPG 845 malam
20:45    NS Matrix  vs  Penang - Stadium Paroi 845 malam


CARTA KEDUDUKAN TERKINI LIGA PERDANA 12 APRIL 2015
carta terkini liga perdana 2015
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Harga Lesen Memandu Terkini 2015 Selepas GST

$
0
0
Harga Lesen Memandu Terkini 2015 Selepas GST. Selepas pelaksanaan GST bermula 1 April 2015 yang lalu banyak barangan dan perkhidmatan yang naik harga. Tidak terkecuali yang turun harga dan ada juga yang kekal dengan harga lama. Berikut adalah Harga Terkini kadar bayaran bagi Lesen memandu Kenderaan yang dipetik dari Portal JPJ. Kadar terkini ini tiada kenaikan selepas GST.


Kadar Bayaran Bagi Pelesenan Pemandu
Jadual kadar bayaran yang ditetapkan bagi urusan yang melibatkan perlesenan pemandu. Sumber JPJ

JENIS LESENKADAR BAYARAN (RM)TEMPOH
LESEN L (BARU) LDL

Kelas B2 (tanpa memiliki apa-apa kelas lesen memandu)2.003 bulan
Kelas B2 (tanpa memiliki apa-apa kelas lesen memandu)4.006 bulan
Kelas B (penuh)20.00 3 bulan
Kelas B (penuh)40.006 bulan
Kelas D dan lain-lain30.003 bulan
Kelas D dan lain-lain60.006 bulan
LESEN PERCUBAAN (PDL)

Kelas B2 (tanpa memiliki apa-apa kelas lesen memandu)2.002 tahun
Kelas B (penuh)40.002 tahun
Kelas D dan lain-lain kelas60.002 tahun
LESEN MEMANDU KOMPETEN(CDL)

Kelas B2 (tunggal)20.001 tahun
Kelas B (penuh)20.001 tahun
Kelas D dan lain-lain kelas30.001 tahun
Lesen Kenderaan Barang-barang (GDL)20.001 tahun
Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV)20.001 tahun
Permohonan Maklumat Lesen Memandu10.00
Lesen Memandu Antarabangsa (IDP)150.001 tahun
SALINAN LESEN MEMANDU

Lesen LDL20.00
Lesen Percubaan (PDL)20.00
Lesen Memandu Malaysia (CDL)20.00
Lesen GDL/PSV5.00
Gantian Lesen Memandu (LDL/PDL/CDL)
(untuk kes ragut sahaja)
PERCUMA
Harga Lesen Memandu Terkini Selepas GST
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Biodata Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan Malaysia

$
0
0
Biodata Datuk Ahmad Maslan. Nama Datuk Ahmad Maslan memang penuh kontroversi dan trending masa kini gara-gara beliau dikiritik apabila menyarankan pelajar-pelajar universiti agar selalu mengamalkan masak sendiri dari makan di luar. Saranan ini diberi beliau bertujuan bagi mengurangkan beban cukai barang dan perkhidmatan (GST) di kalangan pelajar.

Saranan dari Timbalan Menteri Kewangan tersebut dilakukan di dalam forum penerangan berkenaan GST kepada pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam pada Sabtu, 11 April 2015.Namun begitu, rata-rata pelajar universiti berpendapat bahawa saranan Ahmad itu mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar ini untuk masak di dalam kampus. Malah ada pelajar berkata peralatan memasak dan alat pemanas air juga tidak dibenarkan dibawa ke dalam kampus.
Datuk Ahmad Maslan

Untuk mereka yang ingin tahu lebih dekat siapa dia Yang Berhormat Datuk Ahmad Maslan, berikut adalah serba sedikit biodata / profil menarik beliau :-

Datuk Ahmad Maslan telahdilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Dato' Sri Najib Tun Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya.Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara. Di peringkat akar umbi, beliau adalah Ahli Parlimen Pontian. Beliau dilahirkan di Parit Haji Yusof, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor.

Beliau bersekolah SK Seri Bahagia Lubok Sipat ,Benut, Pontian dan menjadi Tokoh Murid sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang.Sekali lagi beliau menerima anugerah Pelajar Terbaik SRP dan Pembahas Piala Perdana Menteri.

Seterusnya belajar di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Victoria New Zealand (1986 - 1988). Ketika mengambil Sarjana Pentadbiran Perniagaan, (MBA), UKM Bangi (2001-2003) beliau menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik. Beliau menamatkan pembelajarannya di sana dengan CGPA 3.85

BIODATA DATUK AHMAD MASLAN
Nama Penuh: Datuk Hj. Ahmad bin Hj. Maslan

Tarikh Lahir: 30-4-1966

Tempat Lahir: Benut, Pontian, Johor

Ayah Hj Maslan (arwah) & Ibu Hajah Aminah adalah penoreh getah yg miskin pada ketika muda hingga umur mereka 50an di kampung yang daif tiada bekalan letrik, air paip, jalan raya & tiada telefon sehinggalah tahun 1996.

Pendidikan:
SK. Seri Bahagia. Lubuk Sipat, Benut, Pontian
(1973-1978 menerima anugerah Tokoh Murid)
SM. Sains Johor, Kluang (Asrama Penuh)
1979-1983 Anugerah Pelajar Terbaik SRP & Pembahas Piala Perdana Menteri)
Rosehill College, Auckland New Zealand (1985)
Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik)
Universiti Victoria, New Zealand (1986- 1988)
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)-(UKM Bangi)
Anugerah Emas Siswa Terbaik drpd 177 pelajar)

Alamat Pejabat:
Pejabat Timbalan Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan
Aras 11, Kompleks Kementerian Kewangan
Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 Putrajaya

Tel: 03-8882 3000
Fax: 03-8882 4242

Pengalaman Pekerjaan:
Pengurus Operasi
Persatuan Pertubuhan Islam New Zealand, Wellington, New Zealand
(1989-1990)

Penolong Pengarah
Biro TataNegara, Jabatan Perdana Menteri
(1991-1994)

Setiausaha Sulit Kanan kepada YB. Dato' Mustapa bin Mohamed (Timb. Menteri Kewangan)
(1994-1995)

Setiausaha Politik kepada YB. Dato' Mustapa bin Mohamed (Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi)
(1995-2000)

Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Restu (Shah Alam, Melaka & P.Pinang)
(2000-2005)

Pengarah SERANTA (FELDA)
Jabatan Perdana Menteri
(March 2005 - Feb 2008)

8/3/08 - KINI: Ahli Parlimen Pontian
9/4/2009 - 14/5/2013: TIMBALAN MENTERI DI JPM
15/5/2013 - hingga kini:  TIMBALAN MENTERI KEWANGAN

JAWATAN DALAM POLITIK (sekarang)
1. Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Lubuk Sipat, Benut (Sejak 1996)
2. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pontian (Sejak 2009)
3. Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Restu (Sejak 2005)
4. Pengerusi Alumni Kelab UMNO Luar Negara (Sejak 2010)
5. Timb. Pengerusi Biro Latihan UMNO Malaysia (Sejak 2009
6. Ketua Penerangan UMNO Malaysia (Sejak 2009)
7. Pengerusi Biro Publisiti dan Penerangan Barisan Nasional (Sejak 2012)
8. Ahli Parlimen Pontian (Mulai 8 Mac 2008)

JAWATAN DALAM POLITIK (Sebelum ini)
1. AJK Kelab UMNO Wellington, New Zealand (1986-1988)
2. Pengerusi Kelab UMNO Wellington, New Zealand (1989-1990)
3. AJK Biro Penerangan UMNO Bahagian Sg.Benut (1991-1993)
4. AJK UMNO Bahagian Sg.Benut (1993-2003)
5. AJK Biro LATIHAN Pemuda UMNO Malaysia (1991)
6. AJK Biro Penerangan Pemuda UMNO Malaysia (1993)
7. AJK Biro Sains & Teknologi Pemuda UMNO Malaysia (1995)
8. Timb. Pengerusi Majlis Integrasi Pemuda UMNO Malaysia (1995)
9. AJK Biro Agama & Pendakwah Pemuda UMNO Malaysia (1996)
10. Naib Pengerusi Biro Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Malaysia (1996)
11. AJK Malaysia-Saudi Arabia Business Council (1998)
12. Ketua Penerangan UMNO Bah. Pontian (2004-2009)
14. Setiausaha Penerangan UMNO Negeri Johor (2006-2009)
15. AJK Alumni Kelab UMNO Luar Negara (Sejak 2000)
16. AJK Pelaksana Penerangan UMNO Malaysia (Sejak 2006)
17. Ahli Lembaga Pemegang Amanah DAMAI (Dewan Amal Islam Hadhari) sejak 200
18. Ketua Penerangan Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) 2008-2009
19. Ketua Penerangan UMPG (UMNO Member of Parliament Group) 2008-2009
SUMBER

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Senarai Peserta Kilauan Emas 5 Tahun 2015

$
0
0
Senarai Peserta Kilauan Emas 5 Tahun 2015. Program realiti popular, Kilauan Emas akan kembali dengan musim kelima tahun 2015 ini. Seramai 10 orang peserta telah dipilih daripada enam buah lokasi seluruh Malaysia untuk bersaing dalam program realiti Kilauan Emas musim kelima yang bakal membuka tirai pada 15 April 2015 ini. Daripada yang berjaya, tiga daripada 10 peserta mempunyai pengalaman dalam bidang seni selain seorang doktor.Pada tahun 2014, Arip telah menjadi juara Kilauan Emas musim 4.


Kilauan Emas Musim 5 Tahun 2015 
  • Tarikh bersiaran - Bermula 15 April 2015, setiap Rabu, pukul 9 malam di Astro Prima (105) dan Maya HD (135)
  • Juri Tetap - Datuk Hattan dan Erra Fazira
    Tenaga Pengajar - Ayai (Ilusi) dan guru vokal iaitu Siti Hajar dan Syafi
    Format rancangan - pemarkahan iaitu 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus undian penonton
Hadiah Kilauan Emas Musim 5
  • Juara - Hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro
  • Naib juara - Hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi
  • Tempat ketiga dan keempat masing-masing memenangi wang tunai RM30,000 dan RM10,000.
Kilauan Emas Musim 5
Senarai Peserta
1) Wan Muhammad Logan, 44, berasal dari Johor, pernah bergelar penyanyi dengan nama komersialnya, Elji dan merakam sebuah album terbitan Polygram Records.
 

2) Shahrul Zaman Kamaludin, 49, dari Kuala Lumpur adalah seorang pelakon dan merupakan adik kepada pengarah drama terkenal Along Kamaludin.

3) Nurashikin Ibrahim, 46, dari Selangor adalah seorang doktor.

4) Mursalim Muhidin, 44, dari Sabah, 


5) Wan Mohd Hasbi, 40, (Kedah),  

6) Dzulkifli Jalil, 54, (Selangor) 

7) Hassan Idris, 68, (Kuala Lumpur).
 

8) Hazlina Wati Zainuddin, 42, (Johor), 

9) Noor Hayati Slamat, 54, (Perak), 

10) Norasmah Ibrahim, 51, (Perak).

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Permohonan Program Diploma Separuh Masa UTM Space Jun 2015

$
0
0
Permohonan Kemasukan Program Diploma Separuh Masa UTM Space 2015 Secara Online. Dipetik dari FB Universiti Teknologi Malaysia (UTM),  dimaklumkan yang permohonan bagi Pengambilan UTM SPACE JUN 2015 telah di buka bermula 1 MAC 2015 sehingga 30 APRIL 2015. Berikut adalah panduan bagi mereka yang berminat untuk untuk membuat permohonan. 

Permohonan UTM Space Jun 2015Panduan Permohonan
1) Permohonan bagi Pengambilan JUN 2015  bermula 1 MAC 2015 sehingga 30 APRIL 2015
2) Sila semak Penawaran Program bagi pengambilan Jun 2015 di Kursus UTM SPACE
3) Sila semak syarat kemasukan program sebelum membuat permohonan

           3.1 Lepasan SPM/Setaraf dan Sijil - Klik Semak Syarat

4) Sila buat pembayaran Wang Proses RM 50 (Tidak akan dipulangkan) bagi setiap permohonan yang dihantar

           4.1 Secara ONLINE melalui Web Permohonan Kemasukan
           4.2 Melalui pemindahan Wang ke ACC CIMB UTMSPACE : 8601518228 (Resit/bukti pembayaran perlu di pos bersama dokumen diminta)
           4.3 Wang Pos atas nama "UTMSPACE" (Wang Pos perlu di Pos bersama dokumen dinimta)

5) Sila ke Applikasi Permohonan Kemasukan UTM SPACE Jun 2015 untuk membuat permohonan. Hanya permohohonan berserta DOKUMEN SOKONGAN yang lengkap diterima sebelum 5 MEI 2015 sahaja akan diproses

6) Dokumen Sokongan/Akademik perlu di pos ke :
   
Seksyen Kemasukan dan Rekod     

Pusat Pengajian Separuh Masa,     
UTMSPACE     
No 34-50 Jalan Kebudayaan 1
Taman Universiti, 81300,     
Skudai, Johor.

7) Semakan Status Permohonan bermula 25 MEI 2015 sehingga 6 JUN 2015

8) Hadir Pendaftaran (Tarikh dan tempat akan dimaklumkan kemudian)

(Perkara di atas Tertakluk pada pindaan)

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Viewing all 5604 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>