Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 5604 articles
Browse latest View live

Harga Pakej Jalur Lebar Internet Turun 2015

$
0
0
Harga Pakej Jalur Lebar Broadband Internet Turun 2015. Langkah enam syarikat penyedia jalur lebar utama di negara ini mengumumkan penurunan antara 14 hingga 57 peratus bagi kos pakej jalur lebar asas (broadband) untuk perkhidmatan mudah alih dan tetap masing-masing merupakan berita baik bagi pengguna internet di Malaysia. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penurunan harga tersebut pada masa ini hanya melibatkan pakej jalur lebar asas untuk kedua-dua perkhidmatan tersebut.

Beliau berkata, pengurangan ketara itu merupakan komitmen kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai negara digital dan lebih ramai rakyat mendapat manfaat menerusi pelaksanaan tersebut.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar pengurangan harga untuk pakej asas jalur lebar mudah alih dan perkhidmatan tetap di Putrajaya, Rabu 16 April 2015.

Hadir sama ialah Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr. Halim Shafie dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad.

Harga Pakej broadband 2015
PENURUNAN HARGA PAKEJ JALUR LEBAR ASAS 2015
Perkhidmatan Jalur Lebar Mudah alih (Mobile)
Melibatkan 4 syarikat penyedia perkhidmatan iaitu :-
  • Celcom Axiata Bhd. (Celcom)
  • Digi Telecommunications Sdn. Bhd. (Digi), 
  • Maxis Bhd. (Maxis)
  • U-Mobile Sdn Bhd (UMobile)

Harga pakej asas kini turun kepada RM25 bagi data bulanan sebanyak 1GB dan sekurang-kurangnya 3G HSPA. Pengurangan ini dianggarkan 14% lebih rendah daripada harga semasa

Contoh penurunan harga pakej broadband

Secara terperinci Maxis sebelum ini menawarkan perkhidmatan jalur lebar bagi pakej terbabit dengan harga RM30 kini menurunkan kepada RM25 iaitu penurunan sebanyak 20 peratus, Celcom menurunkan harga kepada RM25 (16.7 peratus), Digi kekal pada harga RM25 manakala UMobile turun daripada RM28 kepada RM25 (11 peratus).

Perkhidmatan Jalur Lebar talian tetap 

Melibatkan syarikat 
  • Telekom Malaysia (TM) 
  • TIME dotCOM Bhd. 
Telekom Malaysia (TM) tidak lama lagi akan menawarkan pakej jalur lebar asas pada harga RM38 sebulan untuk 1Mbps penggunaan data percuma sehingga 1GB. Harga terbaharu ini adalah 57% lebih rendah daripada harga semasa iaitu RM88 untuk pakej asas.

Time dotCom pula bersetuju untuk menawarkan pakej asas pada harga RM38 sebulan untuk 1Mbps dan kadar RM179 untuk perkhidmatan 10Mbps. Katanya, sebelum ini harga semasa yang ditawarkan bagi kedua-dua pakej terbabit masing-masing ialah RM88 dan RM199.

Penetapan harga terbaru bagi pakej jalur lebar asas talian tetap itu kini lebih rendah sehingga 57 peratus daripada harga semasa.

Dalam pada itu, Ahmad Shabery berkata, semua harga baru itu akan berkuatkuasa selewat-lewatnya dalam tempoh dua bulan lagi bagi perkhidmatan jalur lebar mudah alih, manakala bagi perkhidmatan tetap dijangka mengambil tempoh lebih lama lagi.

Beliau berkata, langkah itu diambil bagi memberi peluang kepada syarikat telekomunikasi terbabit membuat penukaran sistem dan perisian baharu. Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga akan meneruskan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi terbabit pada masa hadapan supaya perkhidmatan jalur lebar yang disediakan berkualiti tinggi dan laju.
Sumber: Utusan Online & Astro Awani

 

Video Konsert Kilauan Emas 5 Minggu 1

$
0
0
Tonton Video Konsert Prolog Kilauan Emas 5 (2015) Minggu 1Online. Rancangan hiburan untuk otai-otai iaitu Kilauan Emas kembali dengan musim kelima tahun 2015 bermula dengan Konsert Prolog Kilauan Emas Minggu 1 pada 15 April 2015. 10 orang peserta telah mempersembahkan bakat masing-masing dengan hebat sekali. Persembahan band jemputan adalah dari Kelembai Band. Hos Kilauan Emas, Raja Azura mengumumkan tiada penyingkiran di minggu pertama ini yang bermakna kesemua peserta Kilauan Emas Musim 5 layak beraksi di minggu kedua Konsert Kilauan Emas 2015.

Kilauan Emas Musim 5 Tahun 2015
  • Tarikh bersiaran - Bermula 15 April 2015, setiap Rabu, pukul 9 malam di Astro Prima (105) dan Maya HD (135)
  • Juri Tetap - Datuk Hattan dan Erra Fazira
    Tenaga Pengajar - Ayai (Ilusi) dan guru vokal iaitu Siti Hajar dan Syafi
    Format rancangan - pemarkahan iaitu 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus undian penonton
konsert kilauan emas 2015
Hadiah Kilauan Emas Musim 5
  • Juara - Hadiah wang tunai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro
  • Naib juara - Hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi
  • Tempat ketiga dan keempat masing-masing memenangi wang tunai RM30,000 dan RM10,000.
VIDEO KONSERT KILAUAN EMAS 5 Tahun 2015


Semakan Keputusan Permohonan Diploma Eksekutif UM 2015

$
0
0
Semakan Keputusan Permohonan Diploma Eksekutif Universiti Malaya 2015 (UMCCed) Online. Berikut adalah perkongsian dari FB Universiti Malaya memaklumkan yang status Permohonan DIPLOMA EKSEKUTIF (Program Separuh Masa Untuk Warga Bekerja) bagi Ambilan April 2015 boleh disemak di laman web UMCCed.

Tahniah kepada semua bakal pelajar Program Diploma Eksekutif Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).



Link Applikasi Semakan UMCCeD
Klik UMCCeD Ambilan April 2015

Program Diploma Eksekutif Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).  
Bentuk Pengajian:     Separuh Masa
Tempoh Pengajian:     4 Semester (2 Tahun)
Tempat Pengajian:     Wisma R&D Universiti Malaya, Jalan Pantai Baru, 59990, Kuala Lumpur (Tertakluk kepada perubahan)

UMCCeD 2015
Yuran Pengajian
(Keseluruhan):     Diploma Eksekutif Pengurusan (Pentadbiran & Operasi)(UFA) ~ RM13,600.00
Diploma Eksekutif Pengurusan (Sumber Manusia)(UFB) ~ RM13,600.00
Diploma Eksekutif Pengurusan (Perniagaan) (UFC)~ RM13,600.00


Siaran Langsung JDT Vs Kelantan 18 April 2015

$
0
0
Live Streaming JDT Vs Kelantan Liga Super 18 April 2015. Perlawanan Liga Super di antara JDT dengan Kelantan Sabtu ini di Stadium Larkin pasti menarik dengan aksi di dalam dan luar padang. JDT sebagai tuan rumah pasti mengharapkan kemenangan untuk mengejar pendahulu Liga iaitu Selangor yang dibezakan dengan 2 mata sahaja. Dengan berbekalkan kemenangan semangat ketika membenam Kitchee pada AFC Cup Selasa lalu, JDT pasti mempunyai kelebihan untuk mengatasi Kelantan kali ini. 

Skuad Kelantan kendalian Azraai Khor Abdullah kini bergelut dengan prestasi tidak menentu dan perlawanan dengan JDT ini dirasakan tidak berapa sesuai dengan masa ketika mereka masih lagi tercari-cari rentak kemenangan. 

Saksikan Live streaming perlawanan JDT dan Kelantan pada Sabtu 18 April 2015 jam 845 malam di TV3. 
Live streaming JDT Vs Kelantan 18 April 2015

Berikut adalah jadual penuh perlawanan untuk panduan peminat bolasepak di Malaysia. Jadual siaran langsung lain-lain perlawanan pada 18 April 2015 sila klik di Liga Super 2015 :- 
18.04. 20:45    Johor DT vs   Kelantan    LIVE DI TV3
18.04. 20:45    Sarawak FA vs   ATM FA   
18.04. 20:45    Selangor  vs  LionsXII   
18.04. 20:45    Sime Darby vs   PDRM FA   
18.04. 20:45    Terengganu  vs  FELDA


Semakan Keputusan Layak Memohon Ke Timur Tengah 2015

$
0
0
Semakan Keputusan Layak Memohon Ke Universiti Di Timur Tengah 2015 Secara Online. Dipetik dari Portal Rasmi KPM, sukacita dimaklumkan bahawa keputusan layak memohon ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi kemasukan 2015/2016 boleh disemak secara online bermula pada 17 April 2015 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari.


Klik Link Applikasi SemakanKeputusan Layak Memohon Ke Timur Tengah 2015 -  

http://app.moe.gov.my/timurtengah/pengumuman2.php

Pelajar yang layak memohon perlu menghantar  slip permohonan dan dokumen seperti di dalam senarai semak (rujuk permohonan dalam talian) kepada Bahagian Education Malaysia selewat-lewatnya pada 08 Mei 2015 (Jumaat) sebelum jam 5.00 petang

Semakan Keputusan Ke Universiti Di Timur Tengah 2015
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan bolehlah merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6627/6226.

Bahagian Education Malaysia

Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya.


Panduan Cara Niat Puasa Ganti Qada' Ramadhan

$
0
0
Lafaz Niat Puasa Ganti Qada' Ramadhan. Puasa qada atau ganti adalah menggantikan puasa yang difardhukan (Ramadhan). Atau lebih jelas lagi menggantikan puasa yang terbatal pada bulan Ramadhan diatas sebab-sebab yang diharuskan berbuka oleh syara’

Hukum Qada’ Puasa Ramadhan - Wajib menggantikan puasa Ramadhan bagi yang membatalkan puasa Ramadhannya samaada kerana keuzuran ataupun tanpa sebarang keuzuran

Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.

(Surah Al-Baqarah Ayat 184)

lafaz Niat Puasa Ganti Qada' Ramadhan


  • Lafaz niat puasa Qhada’ Ramadhan : Cara Dan Lafaz Niat Ganti Puasa Ramadhan


  • نويت صوم غد عن قضاء فرض رمضان لله تعالى

    Nawaitu sauma ghodin an’ qada’e fardhu ramadhona lillahi taala

    Maksud : Sahaja aku puasa esok hari kerana ganti fardhu Ramadhan kerana Allah Taala

    Doa Ketika Berbuka Puasa

    doa berbuka puasa

    Allahumma laka shumtu wa bika amantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

    Ertinya : Ya Tuhanku keranamu jua aku berpuasa dan denganmu aku beriman dan di atas rezekimu aku berbuka dengan belas kasihanmu Ya Allah yang amat mengasihani.

    Waktu Qada’ Puasa Ramadhan
    Waktunya selepas bulan Ramadhan sehingga ke bulan Ramadhan yang berikutnya walaubagaimanapun qada’ puasa yang dilakukan dalam masa dilarang berpuasa adalah tidak sah contohnya seperti di hari raya.
            

    Adapun bagi orang yang mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi maka ia wajib qada’ dan membayar fidyah.
     

    Kifarah Puasa
    Ialah seseorang yang merosakkan puasanya dalam bulan Ramadhan dengan jalan melakukan jima’ maka ia wajib membayar kifarah (denda) iaitu si suami wajib mengeluarkan kifarah & qada’ puasa yang terbatal kerana jima’ walaubagaimanapun si isteri tidak wajib mengeluarkan kifarah tetapi wajib qada’ puasa yang terbatal.

    Kifarah bagi puasa yang batal atau rosak ialah :

    • Membebaskan seorang hamba yang beriman
    • Jika tiada hamba untuk dibebaskan, wajib ke atasnya  berpuasa 2 bulan berturut-turut
    • Jika tidak mampu berpuasa, wajib dia memberikan makan 60 orang fakir miskin setiap seorang mendapat secupak makanan asasi negeri itu.

    Fidyah
    Ialah bayaran denda dengan memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) dengan sebab-sebab tertentu atau mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi. Satu cupak bersamaan dengan 620 gram.

    Hukum Fidyah
    Wajib di keluarkan berdasarkan Firman Allah Ta’ala :

    Maksudnya : “(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu maka sesiapa diantara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain dan wajib ke atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tuanya dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin (secupak bagi tiap-tiap satu hari yang tidak dikerjakan puasa) maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang di tentukan itu maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah) kalau kamu mengetahui ”.

    (Surah Al-Baqarah Ayat 184)

    Sebab-sebab wajib Fidyah

    • Tidak mampu melakukan ibadah puasa
    • Sakit yang tidak mampu untuk sembuh
    • Perempuan hamil atau menyusukan anak iaitu jika berpuasa mendatangkan mudharat kepada anak yang di kandung dan boleh mengurangkan air susu

    Mengakhirkan qada’ Ramadhan tanpa uzur sehingga Ramadhan yang berikutnya datang lagi.

    Soalan Lazim FAQ Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2015

    $
    0
    0
    Soalan Lazim FAQ Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2015. Umum sedia maklum yang keputusan semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam (Form 6) 2015 telah diumumkan pada 15 April 2015 yang lalu. Anda boleh menyemak di Ting 6. Tahniah kepada yang berjaya tetapi untuk yang gagal, anda boleh membuat rayuan sehingga 4 Jun 2015. Panduan membuat rayuan di Rayuan Ting 6. Berikut adalah soalan-soalan lazim yang ditanya oleh pemohon untuk Kemasukan Murid Ke Tingkatan Enam:

    1. Adakah  perlu  memohon  untuk  masuk  ke Tingkatan  Enam Bawah  selepas  keputusan SPM diumumkan?
    Tidak  perlu.  Lepasan  SPM  yang  layak  dan  mencukupi  syarat  ke  Tingkatan  Enam  akanditawarkan  secara  automatik. Semakan  boleh  dilakukan  melalui  laman  web  KPM  dalam tempoh 30 hari bekerja selepas keputusan SPM diumumkan.

    2. Bagaimana  untuk  mendapatkan  Surat  Tawaran  Kemasukan  ke Tingkatan  Enam bagi tujuan pendaftaran masuk?
    Surat tawaran boleh dimuat turun dan dicetak di halaman laman web KPM. Semua  maklumat  tawaran  termasuk  sekolah  yang  ditempatkan  serta  makluman  yang  perlu
    diberi perhatian akan dinyatakan dalam laman web dan surat tawaran yang dimuat turun
    Soalan Lazim FAQ Kemasukan Ke Tingkatan Enam 2015

    3. Apakah syarat-syarat kelayakan masuk ke Tingkatan Enam?
    • Syarat  am  (kecuali  Murid  Bekeperluan  Khas)  adalah Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia (SPM) dengan  mendapat  sekurang-kurangnya kepujian bagi  mata  pelajaran Bahasa Melayu.
    • Berumur di antara 17 hingga 20 tahun pada 1 Januari tahun 2015.
    • Syarat khas mengikut jurusan boleh dirujuk di laman web KPM
    4. Bagaimana  mengira  nilai  wajaran  unit  mata  kognat untuk  kiraan  bagi  kemasukan  ke Tingkatan Enam?
    Wajaran Mata Gred Sijil Pelajaran Malaysia
    5. Sekiranya ingin menukar jurusan yang ditawarkan. Bagaimanakah caranya?
    Calon  yang  layak  dikehendaki  mendaftar  di  sekolah  yang  ditawarkan  terlebih  dahulu. Kemudian,  lengkapkan Borang  Permohonan    Rayuan  Tukar  Jurusan  Tingkatan  Enam (T6BRTJ)  di  sekolah  tersebut - dapatkan  pengesahan Pengetua.  Pastikan  alasan  yang
    diberikan untuk bertukar jurusan adalah kukuh dan boleh diterima oleh Panel Jawatankuasa
    Rayuan.  Alasan ‘Tidak Berminat' dan  seumpamanya  tidak  diterima.  Hantar  borang T6BRTJ yang  telah  lengkap  ke  Jabatan Pendidikan Negeri  melalui  sekolah  masing-masing.  Patuhitarikh   tutup   yang   ditetapkan   bagi   penghantaran   dokumen. Permohonan   yang   layak dipertimbangkan  adalah  tertakluk  kepada  kekosongan  tempat  di  Sekolah  Pusat  Tingkatan Enam.

    6. Sekiranya  jumlah  mata  kognat  melebihi  sepatutnya  (tidak  layak),  bolehkah  merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?
    Anda   boleh   membuat   permohonan rayuan dengan menggunakan   Borang   Rayuan Kemasukan    Ke  Tingkatan  Enam  Tahun  2015  Bagi  Calon  Sekolah  Kerajaan  Berdasarkan Pencapaian Kokurikulum (T6BKK) melalui sekolah asal di mana SPM diambil. Patuhi syarat-syarat  yang  ditetapkan  pada  borang  tersebut. Patuhi  tarikh  tutup  yang  ditetapkan  bagi penghantaran  dokumen  Permohonan  yang  layak  dipertimbangkan  adalah  tertakluk  kepada kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Hantar borang yang lengkap melalui sekolah kepada: 

    (a) Jabatan  Pendidikan  Negeri  /  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD) untuk Sekolah Menengah   Harian, Sekolah   Menengah   Teknik dan   Program   Pendidikan   Khas Integrasi
    (b) Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan
    Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
    (c) Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas

    7. Bolehkah  lepasan  SPM  dari  calon  persendirian/    sekolah  swasta/  Sekolah  MenengahAgama Negeri memohon untuk masuk ke Tingkatan Enam di sekolah kerajaan?
    Anda boleh membuat permohonan dengan menggunakan Borang Permohonan Kemasukan
    Tingkatan  Enam  Tahun  2015  Bagi  Calon    Persendirian,  Sekolah  Swasta   &  Sekolah
    Menengah  Agama  Negeri  (T6BCP).  Patuhi  syarat -syarat  yang  ditetapkan  pada  borang tersebut. Permohonan  yang  layak  dipertimbangkan  adalah  tertakluk  kepada  kekosongan tempat di Sekolah Pusat Tingkatan Enam. Borang yang lengkap disi hendaklah dikembalikan kepada:

    (a) Jabatan  Pendidikan  Negeri  /  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD) untuk Sekolah
    Menengah   Harian, Sekolah   Menengah   Teknik dan   Program   Pendidikan   Khas Integrasi
    (b) Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan
    Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
    (c) Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas

    8. Seseorang  yang  telah  ditawarkan  ke  Tingkatan  Enam  tetapi  berhasrat  untuk  bertukar sekolah  pusat  atas  sebab-sebab  tertentu,  seperti  mata  pelajaran  yang  ingin  diambil tidak ditawarkan di sekolah tersebut dan sebagainya; bagaimanakah caranya?
    Sila buat permohonan pertukaran murid secara biasa iaitu mengisi Borang PU(A) 275 Jadual Ketiga  [Permohonan  Untuk  Bertukar  Sekolah  Oleh  Murid  Warganegara].  Serahkan  borang tersebut  kepada  Bahagian  (kecuali  Sekolah  Menengah  Harian  dan  Sekolah  Menengah Teknik)  /  Jabatan  Pendidikan  Negeri  (JPN)/  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD)  masing-masing  untuk  pertimbangan.  Sekiranya  pertukaran  melibatkan  pertukaran  daerah  /  negeri, serahkan borang kepada JPN/ PPD di daerah sekolah yang ingin diMohon itu berada.

    (a) Jabatan  Pendidikan  Negeri  /  Pejabat  Pendidikan  Daerah  (PPD) untuk Sekolah
    Menengah   Harian, Sekolah   Menengah   Teknik dan   Program   Pendidikan   Khas Integrasi
    (b) Bahagian Pendidikan Islam untuk SMKA, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) dan
    Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu.
    (c) Bahagian Pendidikan Khas untuk Sekolah Menengah Pendidikan Khas

    9. Saya bukan warganegara Malaysia. Apakah prosedur permohonan untuk ke Tingkatan  Enam?
    Bagi  murid  bukan  warganegara  ke  Tingkatan  Enam  adalah  merujuk kepada  seksyen  130 Akta   Pendidikan   1996   Peraturan-peraturan   Pendidikan   (Penerimaan   Masuk   Murid   ke Sekolah, Penyimpanan Daftar dan Syarat Bagi Pengekalan Murid Belajar Di Sekolah) 1998 serta tertakluk kepada syarat am yang telah ditetapkan. Anda boleh membuat permohonan dengan   mengisi   borang   P.U(A)275-Jadual   Pertama   yang   boleh   diperoleh   di   Unit Perhubungan  dan  Pendaftaran,  Sektor  Pengurusan  Sekolah,  JPN  (Sila  lihat Rujukan 2). 

    Pastikan  segala  butiran  diisi  dengan  lengkap.  Dokumen - dokumen  yang  diperlukan  perlu disahkan  seperti  Surat Beranak  murid,  kad  pengenalan  murid,  ibu  dan  bapa  serta  paspot  murid,  ibu  dan  bapa.  Jika  ibu  bapa  murid  bekerja  di  negara  ini,  sila  kemukakan  bersama salinan  pas  pengajian,  salinan  pas  tanggungan  dan  surat  majikan  yang  telah  disahkan. 

    Sekiranya  permohonan  bukan  dari  ibu  bapa  murid,  sila  kemukakan  dokumen-dokumen sendiri yang telah disahkan (surat beranak murid, kad pengenalan murid, ibu dan bapa, serta paspot murid, ibu dan bapa) dan salinan surat keterangan hubungan dengan murid tersebut yang telah ditentusahkan

    10. Saya terima tawaran ke Tingkatan Enam tetapi tiada penempatan. Apa yang harus saya lakukan?
    Anda perlu segera ke JPN untuk maklumat lanjut.

    11. Apakah pakaian murid Tingkatan Enam?
    Boleh  dengan  berpandukan  kepada  Surat  Pekeliling  Ikhtisas  Bilangan  2  Tahun  2014  Etika Pakaian  Murid  Tingkatan  Enam.  Pakaian  murid  lelaki  ialah  baju  kemeja  berseluar  panjang lengkap dengan kasut dan stoking. Pakaian murid perempuan ialah baju kurung, gaun, gaun abuh/  jenis  jubah/  maksi, two-piece/  three  piece  suit  pants lengkap  dengan  kasut  atau pakaian tradisional kaum masing-masing yang bersesuaian dan lengkap. Sebarang pakaian yang  menggunakan  material  jenis  denim  tidak  dibenarkan.
    Jeans, cargo  pants,  seluar pendek,  atau leggings tidak  dibenarkan.  Apa-apa  pakaian  yang  menutup  muka  tidak dibenarkan.  Murid  dilarang  memakai  kemeja-T  semasa  menghadiri  kelas.  Murid  hendaklah berpakaian  kemas,  sopan  dan  tidak  mencolok  mata.  Pakaian  yang  jarang  dan  ketat  juga tidak  dibenarkan. Walau  bagaimanapun,  murid  juga  boleh  mengenakan  pakaian  seragam sekolah sekiranya perlu (hak memilih terletak kepada murid).

    12. Saya   telah   menolak   tawaran   Matrikulasi/IPTA/IPTS,   bolehkah   saya   memohon   ke  Tingkatan Enam?
    Calon yang  menolak  tawaran  Matrikulasi/IPTA/IPTS boleh membuat  rayuan  ke Jabatan Pendidikan  Negeri  berkenaan  menggunakan borang T6BRU. Borang  permohonan  yang lengkap  hendaklah  dihantar  ke  Jabatan  Pendidikan  Negeri  sebelum  tarikh  yang  telah ditetapkan.  Kegagalan  berbuat  demikian  akan  menyebabkan  permohonan  anda  tidak dipertimbangkan. 

    13. Saya  tidak  menamatkan  pengajian  di  Matrikulasi/IPTA/IPTS,  bolehkah  saya  merayu untuk masuk ke Tingkatan Enam?
    Calon tidak  menamatkan  pengajian  di Matrikulasi/IPTA/IPTS boleh membuat  rayuan  ke
    Jabatan Pendidikan Negeri berkenaan menggunakan borang T6BRU. Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri selewat-lewatnya pada 4 Jun  2015. Kegagalan  berbuat  demikian  akan  menyebabkan  permohonan  anda  tidak dipertimbangkan.

    14. Saya  telah  ditawarkan  ke Tingkatan  Enam,  bolehkah  saya  memohon  penangguhan kerana  kerjaya/kursus/masalah peribadi/kesihatan?
    Tiada  penangguhan/  pengulangan  untuk  masuk  ke  Tingkatan  Enam.  Calon  hanya  boleh masuk ke Tingkatan  Enam  bermula dengan Penggal  Satu  (1)  setiap  tahun.  Jika anda tidak menerima  pada  tawaran  pada  tahun  semasa,  bermakna  anda  menolak  tawaran  tersebut. Bagi  calon  yang  menolak  tawaran  pada  tahun  semasa anda boleh  membuat  permohonan rayuan  memasuki  Tingkatan  Enam  pada  tahun  berikutnya  tertakluk  kepada  syarat  am  dan syarat  khas  yang  telah  ditetapkan  serta  kekosongan  tempat  di  Sekolah  Pusat  Tingkatan Enam

    15. Saya calon Sekolah Integriti bolehkah saya memohon untuk ke Tingkatan Enam?
    Permohonan  ke  Tingkatan  Enam  boleh  dimohon  menerusi  Sekolah  Integriti  masing-masing dan tertakluk di bawah kawalan Kementerian Dalam Negeri.


    Perbandingan Kos Dan Kelajuan Jalur Lebar Internet Malaysia Dengan Negara Lain

    $
    0
    0
    Perbandingan Kos Dan Kelajuan Jalur Lebar Internet Malaysia Berbanding Negara Lain. Malaysia mensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju dalam masa lima tahun lagi iaitu pada tahun 2020. Dan biarpun rakyat negara ini semakin celik IT, hakikatnya kadar kelajuan jalur lebar broadband internetdi negara ini masih rendah. Ini diburukkan lagi dengan kos langganan jalur lebar yang dilihat sangat tinggi berbanding negara-negara serantau yang lain.

    Jika dilihat pada kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini, negara-negara seperti Singapura dan Thailand lebih ke hadapan dari segi kos dan kepantasan jalur lebar. Singapura dan Thailand, masing-masing secara purata memiliki kepantasan jalur lebar 61 megabits per saat (Mbps) dan 17.7Mbps. Ini diikuti Vietnam (13.1Mbps) dan Kemboja (5.7Mbps). Malaysia pula, mempunyai kepantasan 5.5Mbps.

    Kos Dan Kelajuan Jalur Lebar Internet Malaysia
    Perbandingan Kadar Kelajuan Jalur Lebar Broadband Internet Di Asia Tenggara
    NegaraKepantasan Jalur Lebar (Mbps)
    Singapura61
    Thailand17.7
    Vietnam13.1
    Kemboja5.7
    MALAYSIA5.5
    Asia Tenggara12.4
    * Kadar purata kepantasan Internet di negara-negara Asia Tenggara ialah 12.4Mbps, dan ini meletakkan negara kita di bawah kadar purata.

    Kos jalur lebar 10Mbps di Malaysia pula dianggarkan RM199 (TM, September 2014). Di Singapura, kos jalur lebar 15Mbps ialah RM95.15 manakala di Thailand, kos jalur lebar 12Mbps ialah RM79.30.
    Perbandingan Kadar Harga Pakej Jalur Lebar Broadband Internet Di Dunia
    NegaraKos
    Malaysia10Mbps - RM199
    Singapura15Mbps - RM95.15
    Thailand12Mbps - RM79.30
    Korea Selatan100Mbps - RM98.88
    USA45Mbps - RM330

    Agak menarik juga untuk melihat bagaimana perkembangan jalur lebar di Korea Selatan yang diiktiraf negara dengan kelajuan Internet terpantas. Korea Selatan tahun lalu, memperkenalkan jalur lebar dengan kelajuan 10Gbps, yang berupaya memuat turun fail dengan saiz 1GB dalam masa 0.8 saat. Secara purata, kos jalur lebar 100Mbps di Korea Selatan ialah US$27 (RM98.88).

    Amerika Syarikat pula, biarpun memegang status negara maju, turut berdepan situasi yang sama dengan Malaysia. Untuk jalur lebar dengan kelajuan 45Mbps, pengguna di sana perlu membayar kira-kira US$90 (RM330).

    Pada Hari Rabu 16 April 2015, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mengumumkan penurunan kadar kos jalur lebar dalam masa dua bulan lagi. Kadar terbaharu itu menyaksikan penurunan di antara 10 peratus dan 57 peratus dari kadar sedia ada.

    Tarif asas berharga RM25 untuk 1GB akan ditawarkan oleh semua pembekal perkhidmatan.

    SUMBER



    TMJ Minat Dengan Penyerang Paulo Rangel

    $
    0
    0
    TMJ Minat Dengan Penyerang Paulo Rangel. Berikut dikongsikan status dari FB Johor Southern Tigers , di mana TMJ menaruh minat minat kepada gaya permainan penyerang berbisa Terengganu, Paulo Rangel. Beliau dikenali sebagai penyerang semulajadi kerana mempunyai skill menggelecek dan ketepatan dalam menjaringkan banyak gol di dalam kawasan kotak penalti.

    SAYA MEMINATI PAOLO RANGEL - DYAM TMJ
    Saya menaruh minat terhadap gaya permainan pemain import Terengganu iaitu Paolo Rangel. Saya rasa dia adalah pemain yang bagus dan cukup konsisten serta merupakan antara pemain yang sangat serasi dengan corak permainan Liga Malaysia.

    DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

    I'M A FAN OF PAULO RANGEL - HRH TMJ
    I am a fan of Terengganu import player Paulo Rangel. I feel that he's a good and consistent player and fits right in with the playing style of the M-League.

    HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, the Crown Prince of Johor

      TMJ
    Dalam pada itu, semalam telah berlangsung SESI TAKLIMAT BERSAMA DYAM TUNKU ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, TUNKU MAHKOTA JOHOR MERANGKAP PRESIDEN PBNJ

    Berikut adalah antara isu yang dibincangkan seperti dipetik dari FB Brotherhood Johor :
    ■ Penjaga gawang JDT II, Anis Faron tidak lagi bersama Johor FA.

    ■ Perlawanan persahabatan JDT bertemu Borussia Dortmund pada July nanti.

    ■ Nama cadangan untuk stadium baru, Sultan Ibrahim Larkin Stadium.

    ■ Sesi promo pasukan JDT kepada penyokong luar di Borussia Dortmund pada awal Mei nanti.

    ■ Penambahbaikan fasiliti tempat duduk penonton di dalam stadium .

    ■ Harga tiket dikekalkan tanpa GST atau kenaikan harga untuk stadium Larkin dan stadium baru nanti.

    ■ Cadangan untuk penggabungan Piala FA dan Piala Malaysia untuk elakkan kepadatan jadual perlawanan bagi pemain untuk misi mewalili negara.

    ■ Isu "Broadcasting Rights" dan pembahagian royalti kepada FA secara telus dan profesional.

    ■ Fenomena positif bagi pembaikan fasiliti stadium oleh pasukan-pasukan FA negeri lain dengan mencontohi apa yang telah PBNJ lakukan.

    ■ Memberi keutamaan kepada penjagaan padang dan rumput di stadium Larkin bagi keselesaan pemain ketika perlawanan.

    ■ Merancang pengaliran dana dan sumber kewangan secara lebih efisen dalam pembangunan bolasepak di Johor.


    Keputusan Terkini JDT 2 Vs Kuala Lumpur 17 April 2015

    $
    0
    0
    Keputusan Terkini Liga Perdana 17 April 2015. Enam perlawanan Liga Perdana Malaysia 2015 akan berlangsung hari Jumaat, 17 April 2015 untuk perlawanan kelapan liga. Pasukan T-Team kini mendahului liga dengan 14 mata sama dengan Pulau Pinang yang kekurangan satu perlawanan. Perlawanan tumpuan minggu ini adalah di antara JDT II vs Kuala Lumpur, Sabah lawan Penang serta Kedah bertemu NS Matrix.


    Berikut adalah jadual dan keputusan terkini/ penuh Liga Perdana 17 April 2015 :-
         

    17.04. 16:45    Kuala Lumpur   vs  Johor DT II    1 - 1  (Hattaphon min 18 & Mohd Zameer OG min 28)


    KUALA LUMPUR
    Muhaimin ( PG), Muhammad Syazwan (K), Shamirul, Hattaphon, Masue Kalle Sone, Ogunboye, Choi Hyunyeon, Naufal, Zammer, Ekoule, Sumindran

    JDT II
    Afif Aizad (PG), Zaquan, Izuan, Nicolas Delmonte , Leandro Sebastian, Akram , Shahril Ishak (K) , Mohd Alif , Syafuan, Mohd Afiq, Shafiq Shaharudin
     
        17.04. 16:45    PKNS FC   vs DRB-Hicom   0 - 0
        17.04. 20:15    Sabah    vs Penang   
        17.04. 20:45    Kedah   vs NS Matrix   
        17.04. 20:45    Kuantan   vs SPA Putrajaya   
        17.04. 20:45    T-Team   vs UiTM

    Keputusan terkini perlawanan klikLiga Perdana 2015
    Liga Perdana Malaysia 2015

    Apa Perbezaan Masuk Matrikulasi, Asasi IPTA, Tingkatan 6 Dan Diploma IPTA

    $
    0
    0
    Apa Perbezaan Masuk Matrikulasi, Asasi IPTA, Tingkatan 6 Dan Diploma IPTA. Berikut adalah perbezaan masuk matrikulasi, IPTA, dan Tingkatan 6 KPM. Bagi calon lepasan SPM yang sedang menunggu atau ingin mengambil keputusan menyambung pelajaran, dibawah adalah perbezaan antara ketiga-tiga institusi milik kerajaan yang paling digemari ramai.

    Matrikulasi vs Asasi IPTA vs Tingkatan 5 Vs Diploma IPTA

    Kelebihan Tingkatan 6
    Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, di antaranya adalah;
    * Ianya diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.
    Matrikulasi, Asasi IPTA, Tingkatan 6 Dan Diploma IPTA* Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya dapat 4 prinsipal atau 3 prinsipal 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.
    * Kiraan pointer STPM berdasarkan campur kesemua pointer subjek diambil bahagi dengan 4 sahaja. Kalau dapat 3.00 ke atas tu kira ok.Pointer nak masuk universiti guna STPM ni tak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti. Orang cakap sebelah kaki kat u kalau masuk form six ni. Itu sebab subjeknya walaupun ambil 4 atau 5 subjek bebannya lagi susah kerana perlu belajar sangat mendalam dalam setiap subjek malah ada budak matrikulasi pun belum tentu dapat skor bila jawab soalan STPM ni.
    * Setiap sujbek majoriti kena ambil 4 kertas atau bahagian bergantung ikut subjek.

    Apa Perbezaan Masuk Matrikulasi, Asasi IPTA, Tingkatan 6 Dan Diploma IPTA

    Matrikulasi KPM
    Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. 

    Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

    Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

    Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

    Asasi IPTA
    Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

    Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

    Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

    Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.
    Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

    Diploma IPTA
    Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

    Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

    Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

    Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
    Sumber: Dikongsikan dari facebook & Cikgu Kaunseling



    Siaran Langsung Selangor Vs Lions XII Liga Super 18 April 2015

    $
    0
    0
    Live Streaming Selangor Vs Lions XII Liga Super 18 April 2015. Perlawanan malam ini di antara Selangor lawan Lions XII akan menguji sejauh mana keupayaan Selangor untuk terus kekal di takhta liga yang dipegang mereka sekarang selepas 7 perlawanan. Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Shah Alam bermula jam 845 malam pasti menarik kerana jika Selangor menang, takhta liga kekal kepada mereka. Jika kalah pasukan di bawah seperti Terengganu dan JDT pasti berpeluang untuk melonjak naik.

    Saksikan Live streaming perlawanan Selangor vs Lions Xii pada Sabtu 18 April 2015 jam 845 malam di TV9. 
    Live Streaming Selangor Vs Lions XII Liga Super 18 April 2015
    Berikut adalah jadual penuh perlawanan untuk panduan peminat bolasepak di Malaysia. Jadual siaran langsung lain-lain perlawanan pada 18 April 2015 sila klik di Liga Super 2015 :-  

    18.04. 20:45    Johor DT vs   Kelantan    LIVE DI TV3
    18.04. 20:45    Sarawak FA vs   ATM FA   
    18.04. 20:45    Selangor  vs  LionsXII    - LIVE DI TV9
    18.04. 20:45    Sime Darby vs   PDRM FA   
    18.04. 20:45    Terengganu  vs  FELDA
    - LIVE DI RTM TV1


    Keputusan Terkini Liga Super 18 April 2015

    $
    0
    0
    Result Keputusan Terkini Liga Super 18 April 2015. Perlawanan kelapan Liga Super pasti malam ini, 18 April 2015 diramalkan akan menarik dan menjanjikan drama kerana kedudukan pasukan di carta Liga sangat rapat dibezakan hanya 3 mata dari pasukan pertama hingga ketujuh. Selangor, Terengganu, Felda United dan JDT merupakan 4 pasukan teratas liga berpeluang untuk menjadi pendahulu liga selepas tamat perlawanan malam ini. 

    Perlawanan menarik minggu ini adalah 3 perlawanan yang bakal disiarkan secara langsung ke kaca TV anda iaitu Selangor vs Lions XII, JDT vs Kelantan dan Terengganu vs Felda United.
    Result Liga Super 18 April 2015
    Berikut adalah jadual penuh perlawanan untuk panduan peminat bolasepak di Malaysia. Jadual siaran langsung lain-lain perlawanan pada 18 April 2015 sila klik di Liga Super 2015 :-  

    18.04. 20:45    Johor DT vs   Kelantan    3 - 1   

    (JDT - Hariss Harun min 19, Alhaji Kamara min 23 & Amri Yahyah min 43. KEL - Austin Amutu min 10)
    18.04. 20:45    Sarawak FA vs   ATM FA 1 - 1    

    (SAR - Ryan Griffiths min 66 & ATM - Nelson Palacios min 68 - PEN)
    18.04. 20:45    Selangor  vs  LionsXII    4 - 0   

    (Mohd Afiq Azmi min 7, 11, 15 & Guilherme de Paula min 78)
    18.04. 20:45    Sime Darby vs   PDRM FA  1 - 4  

    (SIME - Reinaldo min 76 & PDRM - Ali Ashfaq min 36, 47, Mamadou min 52 & Fauzi Majid min 94)
    18.04. 20:45    Terengganu  vs  FELDA 
    1 - 3 

    (TER - Rangel min 63 & FEL - Syamin Yahya min 21, Ndumba min 80 & Zah Rahan min 84)


    CARTA KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 18 APRIL 2015
    Carta Terkini Liga Super 18 April 2015

    Semakan Panggilan Temuduga Jururawat USM 2015 Online

    $
    0
    0
    Semakan Panggilan Temuduga Jururawat USM 2015 Online.  Bagi mereka yang telah membuat permohonan Diploma Kejururawatan Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi akademik 2015/ 2016 yang telah ditutup pada 6 April 2015 yang lalu, semakan panggilan temuduga dijangka diumumkan pada minggu keempat April 2015. Berikut adalah tarikh-tarikh penting berkenaan permohonan Diploma Kejururawatan USM 2015 sebagai panduan kepada yang memohon.

    Applikasi Semakan - Klik Panggilan Temuduga Jururawat USM 2015

    TARIKH-TARIKH PENTING
    TARIKH AKTIVITI
    25 Februari 2015Permohonan Online Dibuka
    06 April 2015Permohonan & Pembelian No. Pin USM-JURURAWAT ditutup
    April 2015Hebahan Panggilan Temuduga Secara Online
    Mei 2015Temuduga
    September 2015Pendaftaran
    # Tertakluk kepada sebarang perubahan

    diploma jururawat usm 2015

    Borang Rayuan Permohonan Ke Timur Tengah Sesi 2015/ 2016

    $
    0
    0
    Rayuan Permohonan Melanjutkan Pengajian Ke Timur Tengah Sesi Kemasukan 2015/ 2016. Dipetik dari Portal Rasmi KPM, sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pengajian Tinggi  akan membuka rayuan kepada pemohon yang TELAH membuat permohonan atas talian bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) sesi kemasukan 2015/2016 bermula pada 20 April 2015 sehingga  26 April 2015. 

    Untuk makluman rayuan adalah dibuka bagi memberi peluang kepada pemohon untuk menukar negara, bidang dan universiti tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan.

    Syarat-Syarat Rayuan Permohonan Ke Timur Tengah    
    Rayuan dibuka kepada pemohon yang TELAH MEMBUAT PERMOHONAN ATAS TALIAN SAHAJA. Pemohon perlu mengisi borang permohonan rayuan yang telah dimuatnaik dan mengemukakan semua dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut;

    • Borang Rayuan Timur Tengah
    • Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    • Salinan Kad Pengenalan
    Rayuan yang tidak memenuhi syarat dan tidak lengkap dengan dokumen yang diperlukan AKAN DITOLAK SECARA AUTOMATIK. Keputusan rayuan adalah MUKTAMAD.
    Borang Rayuan Permohonan Ke Timur Tengah

    Muat turun Borang Rayuan
    Klik Timur Tengah 2015 untuk download


    Tempoh Rayuan

    Tempoh rayuan adalah dari 20 April 2015 sehingga 26 April 2015 DAN borang rayuan berserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada 27 April 2015 (Isnin) sebelum pukul 5.00 petang.

    Pengarah
    Bahagian Education Malaysia
    Jabatan Pendidikan Tinggi
    Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 4, No 2, Menara 2, Jalan P5/6
    Presint 5, 62200 PUTRAJAYA


    Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi di talian; 03-8870 6226 / 6627 dan No. Faks: 03-8870 6853.



    Semoga berjaya
     


    Senarai Harga Telefon Samsung Terkini Malaysia 2015

    $
    0
    0
    Senarai Harga Telefon Samsung Terkini Malaysia 2015. Mempunyai sebuah smartphone atau telefon pintar hari ini menjadi satu keperluan untuk setiap manusia di zaman moden ini. Siapa pengemar smartphone yang tidak kenal jenama Samsung dari Korea Selatan ini. Smartphone atau telefon termasuk tablet dari jenama Samsung amat popular bukan sahaja di Malaysia malahan serata dunia. Menurut sumber IDC mengikut statistik tahun 2014, Samsung adalah jenama paling popular di dunia mengatasi pesaing terdekatnya Apple yang mengeluarkan iPhone di kedudukan kedua. Lain-lain jenama yang popular adalah Huawei, Lenovo, LG dan Nokia.

    Baru-baru ini Samsung telah melancarkan smartphone terbaru iaitu Samsung Galaxy S6 dan Samsung Galaxy Edge untuk bersaing dengan kehebatan iPhone 6 dan iphone 6 plus.

    Harga Telefon Samsung Terkini
    Berikut adalah senarai harga smartphone atau telefon Samsung terkini Malaysia 2015 yang dikongsikan dari Mobile88.com. Bagi mengelakan ditipu, anda boleh semak keaslian telefon Samsung di Cara Kenalpasti Samsung Original.
    ModelHarga
    Samsung Galaxy S6 EdgeRM3,099 hingga RM3,179
    Samsung Galaxy S6RM2,599 hingga RM2,679
    Samsung Galaxy A3RM953 hingga RM983
    Samsung Galaxy A5RM1,251 hingga RM1,331
    Samsung Galaxy A7RM1,589 hingga RM1,669

    ModelHarga
    Samsung Galaxy Ace 3RM581 hingga RM596
    Samsung Galaxy AlphaRM1,399 hingga RM1,479
    Samsung Galaxy Camera 2RM1,165 hingga RM1,195
    Samsung Galaxy Core 2RM423 hingga RM438
    Samsung Galaxy K ZoomRM1,376 hingga RM1,456

    ModelHarga
    Samsung Galaxy Mega 2RM975 hingga RM1,005
    Samsung Galaxy Mega 5.8RM941 hingga RM971
    Samsung Galaxy Note 10.1RM1,800 hingga RM1,880
    Samsung Galaxy Note 2RM1,250 hingga RM1,280
    Samsung Galaxy Note 3RM1,801 hingga RM1,881

    ModelHarga
    Samsung Galaxy Note 3 NeoRM1,143 hingga RM1,173
    Samsung Galaxy Note 4RM2,501 hingga RM2,581
    Samsung Galaxy Note EdgeRM3,179 hingga RM3,259

    Biodata Mohd Afiq Azmi Penyerang Selangor

    $
    0
    0
    Biodata Mohd Afiq Azmi Penyerang Selangor. Nama penyerang sensasi Selangor, Afiq Azmi kini menjadi bualan peminat the Red Giants angkara prestasi menakjubkan beliau bersama Selangor musim 2015 ini. Hatrik dalam tempoh sembilan minit Mohd Afiq Azmi di Stadium Shah Alam membantu Selangor mencatat kemenangan besar 4-0 ke atas Lions XII pada perlawanan Liga Super pada 18 April 2015. Afiq sebelum ini turut meledak dua gol ketika menentang ATM, minggu lalu dan hatrik ketika membenam Lions XII menyaksikannya mengumpul keseluruhan tujuh gol yang meletakkan namanya selaku penjaring kedua terbanyak Liga Super di belakang pemain PDRM, Mamadou.

    Afiq AzmiMuhammad Afiq Azmi merupakan penyerang untuk Selangor FA dalam Liga Super Malaysia.2015. Dia sebelum ini bermain untuk KSK Tambun Tulang FC, Kuala Lumpur FA dan Kelantan FA. Dilahirkan di Kangar, Perlis, Afiq bermain dua musim untuk Kuala Lumpur FA dan merupakan penjaring terbanyak dalam pasukannya. Ketika tempoh pinjamannya bersama Kelantan FA, dia menunjukkan aksi cemerlang dalam perlawanan persahabatan sebelum kempen Piala Malaysia 2012 bermula. Dia menjaringkan gol hatrik ketika kemenangan 3-0 ke atas Pattani FC dan membantu pasukannya untuk seri 1-1 dengan PBDKT T-Team FC. Dia kemudiannya menyertai Selangor FA.

    BIODATA MOHD AFIQ AZMI PENYERANG SELANGOR

    Nama penuh    :  Muhammad Afiq Azmi
    Tarikh lahir     : 05 Januari 1989 (26 tahun)
    Tempat lahir     : Kg Batu Hampar Seriab, Perlis
    Tinggi     : 1.85 m 

    Berat    : 81 kg
    Posisi   :    Penyerang
    Nombor :     19

    Kelab terdahulu :  Perlis, KL dan Kelantan
    Laman Facebook : https://www.facebook.com/AfiqAzmi89

    Koleksi Kertas Soalan Sebenar Fizik SPM 2014

    $
    0
    0
    Koleksi Kertas Soalan Sebenar Fizik SPM 2014. Peperiksaan SPM 2015 bertulis akan di adakan pada 2 November hingga 8 Disember 2015. Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, adalah perlu untuk anda membuat ulangkaji mata pelajaran dan melihat serta kembali koleksi peperiksaan tahun lepas. Berikut disertakan koleksi soalan peperiksaan sebenar SPM tahun 2014 untuk mata pelajaran Fizik. Semoga bermanfaat
    SPM Past Year Question 2014 Physics - kredit SPM Soalan

    Kertas soalan Fizik SPM 2014





    KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

    Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Ulangan 2015

    $
    0
    0
    Jadual Waktu Peperiksaan SPMU Ulangan 2015. Perhatian kepada calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia SPM Ulangan (SPMU) yang telah mendaftar pada Mac yang lalu2015, jadual SPMU 2015 telah dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Peperiksaan SPM(U) 2015 hanya melibatkan maksima 3 kertas subjek iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah yang dijadualkan berlangsung pada 8 hingga 11 Jun 2015.

    spmu 2015
    Nota dan arahan
    Calon wajib menduduki  semua kertas  peperiksaan bagi  mata  pelajaran  yang didaftar. Calon yang tidak dapat menduduki mana-mana kertas  peperiksaan bertulis atau melaksanakan ujian lisan khusus calon persendirian akan dianggap TIDAK   HADIR bagi mata   pelajaran   berkenaan.   

    Calon   yang tidak dapat menduduki atau    tidak    hadir sesuatu kertas    peperiksaan dikehendaki mengemukakan dokumen  sokongan seperti  surat perakuan doktor atau  surat kebenaran  khas  Pengarah  Peperiksaan.  Dokumen  sokongan  ini  hendaklah diserahkan   kepada Ketua   Pengawas  Peperiksaan sebelum   tamat   tempoh peperiksaan SPM (Ulangan) 2015.

    Calon hendaklah menyemak butiran pada Kenyataan Kemasukan Peperiksaan sebelum   peperiksaan.   Calon   hendaklah   memaklumkan   kepada pihak   JPN sekiranya   terdapat   kesilapan   maklumat dan mengisi   Borang   Pembetulan Maklumat Calon.  

    Calon  dikenakan  bayaran RM  30.00. Pembayaran hendaklah dibuat kepada pihak JPN atas nama Pengarah Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar menggunakan Kiriman Wang/Wang Pos.

    Calon  hendaklah  membaca  Garis  Panduan  dan  Arahan  Peperiksaan  yang dinyatakan   dalam   Jadual   Waktu   Peperiksaan SPM   (Ulangan) 2015 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon.
    JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN  SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (ULANGAN) 2015* Jadual SPMU 2015 boleh di muat turun di LPM
     jadual spmu 2015

    Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Edisi Kedua 2015

    $
    0
    0
    Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Edisi Kedua 2015. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan Garis panduan Hiburan yang baru edisi kedua pada awal minggu ini selepas diluluskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan ke-107 pada Februari 2015. Antara lain, Jakim telah mengeluarkan peraturan mengasingkan antara penonton lelaki dan perempuan di konsert dan persembahan pentas.

    JAKIM turut tidak membenarkan muzik dan lirik yang mempunyai unsur "menyembah " dan dianggap suci bagi penganut agama selain Islam.


    Garis  Panduan  Hiburan  Dalam  Islam  ini disediakan  untuk  memberi  panduan  kepada  pihak berkuasa,  penganjur,  penerbit  dan  pihak  yang  terlibat  dalam  aktiviti  dan  industri  hiburan. Garis panduan ini juga dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam.Garis panduan tersebut boleh didapati dalam bentuk dokumen di Garis Panduan Hiburan Dalam Islam Edisi Kedua
    JAKIM
    Sebelum ini pihak berkuasa agama mengkritik aksi gadis-gadis bertudung yang memeluk dan mencium penyanyi kumpulan B14A pada satu konsert mini di Live Centre di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, Januari lalu.

    Perilaku mereka dikatakan keterlaluan dan bertentangan dengan ajaran Islam, serta menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini. 

    Viewing all 5604 articles
    Browse latest View live


    <script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>