Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 5604 articles
Browse latest View live

Semakan Keputusan STPM Ulangan Penggal 3 2014

$
0
0
Semakan Keputusan STPM Ulangan Penggal 3 (U3) 2014.  Dipetik dari makluman rasmi Portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) yang memaklumkan bahawa Semakan Keputusan STPM Ulangan Penggal 3 (U3) 2014 boleh disemak secara online atau SMS bermula esok.

Tarikh : 8 APRIL 2015 (Rabu)

Semakan secara On-Line : www.mpm.edu.my mulai jam 10:00 pagi , 8 April 2015

Semak melalui SMS:
taip STPM [jarak] RESULTU3 [jarak] No. K/P dan hantar ke 15888


Semoga berjaya
result STPM Ulangan Penggal 3 2014

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Maklumat Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

$
0
0
Dipetik dari FB SPA memaklumkan yang peperiksaan online bagi memasuki Perkhidmatan Awam untuk Jawatan PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN GRED S27 akan diadakan pada 15 APRIL 2015 (RABU). SILA KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK MAKLUMAN LANJUT:

http://e-semakan.spa.gov.my/jadual

Berikut adalah maklumat jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27, skop kerja, tangga gaji dan sebagainya untuk makluman pemohon.

Penolong Pegawai Penerangan Gred S27           
  •     Kumpulan: Sokongan             
  •     Kem/Jab: Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan             
  •     Jadual Gaji:      
Penolong Pegawai Penerangan Gred S27
Gaji Minimum     Gaji Maksimum     Kadar Kenaikan Gaji Tahunan
RM1,362.00          RM5,092.00         RM145.00
   
  Syarat Lantikan:  

    Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
    Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
    Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
    [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
    Diploma Komunikasi dan Media yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
    [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
    lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

     Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):    
       
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penerangan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
   
          i.     mempunyai kelayakan di atas; dan    
          ii.     lulus Peperiksaan Khas; dan    
          ii.     berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.    
                           
    Deskripsi Tugas :    
       
          i.     Kementerian Penerangan    
          Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif Jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap dan ‘Adhoc' di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisa-analisa berhubung dengan isu-isu semasa.    
                           
          ii.     Kementerian Kesihatan    
                a)     Menyelia perkhidmatan tabung darah, peralatan teknikal tabung darah
dan mengurus bekalan dan menyimpan inventori tabung darah.    
                b)     Merangka program Kempen Menderma Darah, pameran dan ceramah serta
mengurus kebajikan para penderma darah.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Cara Bayar Fidyah Kerana Tinggalkan Puasa Wajib

$
0
0
Hukum Dan Cara Bayar Fidyah Tinggal Puasa Wajib. Ramadhan semakin menghampiri kita. Jika dirujuk kepada Kalendar Islam 2015, Awal Ramadhan atau mula puasa untuk tahun 2015 atau 1436 Masehi adalah bermula pada 18 Jun 2015. Oleh itu bagi mereka yang belum sempat mengqadakan atau mengganti puasa wajib bolehlah berbuat sekarang sebelum Awal Ramadhan menjelang tiba. Berikut dikongsikan apa itu Fidyah, Hukum dan cara membayar fidyah kerana meninggalkan Puasa Wajib.

FIDYAH
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

HUKUM FIDYAH
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.

bayar fidyah
PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH
Perkiraan dan bayaran fidyah boleh dibuat di Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-negeri.

Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat. Pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin.

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH

1. Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3. Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

TAKSIRAN FIDYAH

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

KADAR BAYARAN FIDYAH

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian, berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 1435H, secupak beras bersamaan dengan 567.5 gram dinilai dengan kadar RM1.80.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM1.80 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun =RM16.20

* Jumlah hari puasa yang wajib di qadha tetap 3 hari sahaja. Hanya bayaran fidyah sahaja digandakan.

FB JAKIM

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Semakan Panggilan Temuduga Maktab Perguruan 2015

$
0
0
Semakan Panggilan Temuduga Maktab Perguruan IPG 2015 Program Guru KPM Online. Umum sedia maklum yang Permohonan Calon Guru Maktab Perguruan PISMP 2015 telah di tutup pada 9 Mac 2015 yang lalu (jam 1159 malam). Selepas permohonan, Ujian kelayakan Calon Guru atau UKCG akan diadakan pula temuduga IPG atau interview di mana semakan dijangka boleh di buat secara online dari 24 Mac hingga 12 April 2015
Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian pula akan menyusul dan dijangka di umumkan pada 20 April 2015 seperti makluman di Kalendar Aktiviti PISMP 2015. Pemohon yang berjaya di panggil untuk temuduga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Borang Butiran Diri melalui laman sesawang KPM.

SESI TEMU DUGA PISMP 2015 
  • Calon yang lulus UKCG akan dipanggil untuk sesi temu duga. 
  • Temu duga akan dilaksanakan pada hari yang berasingan dengan UKCG. 
PEMILIHAN - Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan, adalah bergantung kepada keputusan UKCG, prestasi dan skor merit semasa temu duga serta perakuan panel (Kelulusan oleh Ahli Mesyuarat  Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM adalah muktamad).Permohonan Maktab Perguruan 2015
Semakan nama calon berjaya ditemuduga secara dalam talian PISMP 2015 Online.
Link applikasi semakan nama calon yang berjaya dipanggil temuduga akan diumumkan (dijangka pada 20 April 2015) di  Laman Web KPM di www.moe.gov.my

Untuk panduan pemohon semua, berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi Permohonan Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) Ambilan 2015. Kalendar aktiviti penuh Permohonan Guru IPG 2015 boleh layari di IPG.

15 Feb 2015 - Iklan permohonan PPISMP Ambilan Jun 2015 dalam akhbar tempatan
17 Feb hingga 8 Mac 2015 - Permohonan secara online di buka
24 hingga 30 Mac 2015 - Semakan nama calon berjaya untuk menduduki UKCG
30 Mac hingga 9 April 2015 - Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)
20 April 2015 - Semakan nama yang berjaya di temuduga secara dalam talian
27 April hingga 7 Mei 2015 - Sesi temuduga 
29 Mei hingga 21 Jun 2015 - Semakan tawaran calon yang berjaya ke IPG 2015 
22 Jun 2015 - Pendaftaran calon di IPG

* Tarikh tertakluk kepada perubahan

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Siaran Langsung Lions XII Vs JDT II 8 April 2015 Piala FA

$
0
0
Live Streaming Lions XII Vs JDT II 8 April 2015 Piala FA Suku Akhir Pertama. Lions XII akan bertemu dengan pasukan seberang Tambak, JDT II malam ini dalam perlawanan peringkat Suku Akhir Pertama Piala FA 2015. Semalam 3 perlawanan telah berlangsung dengan semua pasukan berjaya membawa bekalan untuk bertandang di perlawanan kedua yang bakal berlangsung pada 21 dan 22 April 2015 untuk menentukan pasukan yang layak ke Separuh Akhir Piala FA 2015. Pahang menewaskan Pulau Pinang 2-0 manakala Terengganu dan Sime Darby FC seri 1-1 dengan lawan masing-masing iaitu Perak dan Kelantan.

Tiada siaran langsung akan disiarkan di kaca TV anda malam ini tetapi TV9 akan menyiarkan siaran tertunda pada jam 900 malam nanti.
 
8 APRIL 2015 (SUKU AKHIR PERTAMA)
LIONS XII FC mln JOHOR DARUL TA'ZIM II - LIVE STREAMING DI TV9
7.45 mlm
Stdm Jalan Besar, Singapura
 
Lions XII Vs JDT II

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan Piala FA 2015 Suku Akhir pertama pada 7 April 2015:-

7 APRIL 2015 (SUKU AKHIR PERTAMA)
PAHANG mln PULAU PINANG
2 - 0 (Hafiz Kamal min 7, Nwakaeme min 14)
8.45 mlm
Stdm Darul Makmur, Kuantan

KL SIME DARBY FC mln KELANTAN
1 - 1 (Nemanja Vidakovic min 45 & Erwin Carrillo min 44)
8.45 mlm
Stdm Majlis Perbandaran Selayang

TERENGGANU mln PERAK
 
1 - 1 (Paulo Rangel - PEN min 90 + 5 & Zubir Azmi - OG min 44) Kad Merah kepada Ismail Faruqi min 55
8.45 mlm
Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Cara Mandi Wajib Ikut Sunnah Rasulullah SAW

$
0
0
Cara Mandi Wajib/ Junub Yang Betul Ikut Sunnah Rasulullah SAW. Sebagaimana yang kita ketahui apabila hendak mengerjakan solat, selain menghilangkan hadas kecil dengan wudhu, sahnya juga harus suci dari hadas besar. Cara menghilangkan hadas besar adalah dengan mandi wajib atau mandi junub, iaitu membasuh seluruh tubuh dari atas kepala hingga hujung kaki dengan air atau kalau tidak ada air dengan tayammum.
Cara Mandi Wajib yang betul
Kebersihan dan kesucian adalah perkara yang sering diambil ringan oleh sebahagian umat Islam, sedangkan ia adalah perkara besar dalam ajaran agama. Antaranya Rasulullah s.a.w mengajarkan umatnya bagaimana cara mandi janabah/junub/wajib. Mungkin kita boleh baiki cara mandi kita agar mengikut ajaran Rasulullah s.a.w iaitu dengan menonton video ini. Moga bermanfaat!

https://www.youtube.com/watch?v=hH3dHg-P9tE


Video Cara Mandi Wajib/ Junub Ikut Sunnah Rasulullah SAW


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Tarikh PRK Permatang Pauh 2015 Pulau Pinang

$
0
0
Tarikh PRK Parlimen Permatang Pauh 2015 Pulau Pinang. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)melalui Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof telah mengumumkan ketiga-tiga tarikh bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini selepas mempengerusikan mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh dan persiapan PRK itu di Putrajaya. 

Tarikh PRK Parlimen Permatang Pauh 2015 Pulau Pinang
Hari Pengundian - 7 Mei 2015
Hari penamaan calon - 25 April 2015 

PRK Permatang Pauh 2015 Pulau Pinang
Pengundian awal - 3 Mei 2015

Kerusi Parlimen Permatang Pauh diumumkan kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau.

Pada 16 Mac lalu, Lembaga Pengampunan Diraja menolak rayuan anak dan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah dan dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan 10 Mac lalu kerana kesalahan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008. Sehubungan dengan itu, selaras dengan Artikel 54 (1) Perlembagaan Persekutuan telah wujud kekosongan luar jangka - BH online


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Baca Novel Isteri Separuh Masa Dari Suri Ryana

$
0
0
Baca Novel Isteri Separuh Masa Dari Suri Ryana Secara Online. Isteri Separuh Masa merupakan drama adaptasi novel karya Sharifah Nurilyana Syed Fesal yang menggunakan nama pena Suri Ryana dalam bidang penulisan. Isteri Separuh Masa hasil tangan yang kedua selepas MAID. Novel setebal 551 muka surat cukup menghiburkan kepada sesiapa yang mengikuti novel ini. Drama Isteri Separuh Masa menyaksikan gandingan Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong sebagai peneraju utama. Drama arahan Micheal Ang. Nantikan drama ini di Astro Ria menggantikan drama Suamiku Encik Sotong.

Novel Isteri Separuh MasaAnda boleh membaca novel Isteri Separuh Masa ini secara online. Novel ini mengisahkan Medina Izwani anak angkat kepada keluarga Dato Abdullah dan Datin Aliyah. Kerana tidak mahu kehilangan dan terlalu sayangkan Medina Izwani Nenek menjodohkan Nazrin Shah anak Dato’ Abdullah sebagai pasangan hidup. Oleh kerana tidak mahu dikatakan tidak mengenang budi Medina Izwani menurut sahaja cadangan nenek. Tetapi tidak pada Nazrin Shah. Nazrin menganggap Medina Izwani sebagai musuh kerana Medina Izwani pernah memberitahu keluarga angkatnya kecurangan kekasihnya Zita hingga keluarga Nazrin melarang perhubungan itu. Sejak itu perang dingin berlaku diantara Medina dan Nazrin tak pernah surut. Nazrin akur untuk berkahwin dengan Medina Izwani kerana kesihatan nenek.

Hidup Medina menjadi huru hara bila Nazrin menjadi tutorial dalam salah satu subjek yang diambil. Watak Megat Shasril, Alif, Zafril adalah memangkin dalam kesinambungan cerita antara Medina dan Nazrin.

ISTERI SEPARUH MASA
EPISOD : 20
TARIKH :16/3/ 2015
SIARAN : Astro Ria & Maya HD
NOVELIS : Suri Ryana
PENGARAH : Micheal Ang
PELAKON : Aiman Hakim Ridza, Emma Maembong, Ziha, Ayda Jebat, Sharifah Shahora, Erwin Dawson, Mahmud Ali Bashah, Normah Damanhuri, Lia Natalia, Natasha Elyzza, Ziha, Nadya Syahera, Syafiq Kyle

WATAK PELAKON
Aiman Hakim Ridza sebagai Nazrin Shah
Emma Maembong sebagai Medina Izwani
Syafiq Kyle sebagai Zafril
Ziha sebagai Husna
Anda boleh membaca novel Isteri Separuh Masa ini secara online dengan mengklik link di bawah ini

        
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Gangguan Bekalan Air Di JB Dan Kota Tinggi April 2015

$
0
0
Gangguan Bekalan Air Di JB Dan Kota Tinggi April 2015. Dipetik dari FB Setitis YANG Bermakna memaklumkan akan berlakunya gangguan bekalan air di dia daerah di Johor iaitu daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi. Telah berlaku beberapa kali gangguan bekalan air di Johor sejak awal tahun 2015 ini. Dan kini yang terbaru akan dianggarkan kira-kira 215,000 pengguna dari dua daerah di negeri ini mengalami gangguan bekalan air sejak petang semalam dan Syarikat Air Johor Holdings Sdn Bhd (SAJ) tidak pasti bila ia akan berakhir. 

Untuk makluman, Loji Rawatan air (PUB) masih lagi tidak dapat beroperasi.
Pihak kami akan memaklumkan seterusnya situasi semasa.
Untuk makluman lanjut, sila hubungi SAJiC di Talian 1800 88 7474.

Pengguna yang dihormati,
Dimaklumkan Loji Rawatan Air Tai Hong kendalian Public Utilities Board (PUB) di Kota Tinggi telah ditutup operasinya jam 3.30 petang tadi. Situasi ini menyebabkan pihak SAJ Holdings tidak menerima bekalan air terawat secara normal untuk diagihkan kepada penduduk di sebahagian kawasan bandar Kota tinggi, Ulu Tiram dan sebahagian di kawasan Johor Bahru. Penduduk di kawasan terbabit dijangka akan mengalami gangguan bekalan air. Info terperinci tentang kawasan yang terlibat akan dimaklumkan kelak. Punca kejadian masih dalam siasatan lanjut. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi SAJ Info Center di Talian 1800 88 7474 atau SMS 019 772 7474 dan emel di customer.care@saj.com.my
Gangguan Bekalan Air Di Johor
Ketua Komunikasi Korporatnya, Jamaluddin Jamal, berkata gangguan itu berikutan penutupan Loji Rawatan Air Tai Hong yang dikendalikan Public Utilies Board (PUB) di Kota Tinggi, sejak 3.30 petang semalam. Beliau berkata, penutupan loji itu mungkin disebabkan kerja-kerja pembersihan setelah menemui pencemaran minyak di Sungai Johor baru-baru ini.

"Situasi ini menyebabkan SAJ tidak menerima bekalan air terawat secara normal dari PUB untuk disalurkan kepada penduduk di sebahagian kawasan Kota Tinggi, Ulu Tiram dan Johor Baharu.

"SAJ masih tidak pasti bila bekalan air itu pulih, namun kita telah mengambil langkah awal dengan menyediakan 10 lori tangki air untuk diagihkan kepada pengguna jika keadaan berlarutan sehingga lewat petang ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Jamaluddin berkata, pengagihan air lori tangki akan diutamakan kepada kawasan kritikal seperti hospital, sekolah dan untuk majlis kematian serta perkahwinan.

Pengguna dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan gangguan air itu di laman web SAJ di www.saj.com.my. - BERNAMA


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Check Traffic Summons Malaysia Online

$
0
0

Check Traffic Summons Malaysia Online PDRM, JPJ And AES. Pay outstanding traffic summonses either PDRM (Royal Malaysian Police), JPJ (Road Transport Department) or the Automated Enforcement System (AES) is really easy now. No exception, now you can check and pay traffic online summonses for the PDRM, JPJ as well as AES in several ways either on the website or through short messaging system (SMS).

1) CHECK TRAFFIC SUMMONS VIA ONLINE
There are 3 portal that provides free online checking traffic summonses as below:
a. MyEG Services

The summons issued by the PDRM, JPJ and AES can be checked online at MyEG's website. Follow step by steps actions as below:
  •     Browse https://www.myeg.com.my/
  •     You must register first if you are using this service for the first time.
  •     Login using your username and password.
  •     Click EServices on the menu and select JPJ or PDRM. Kindly choose JPJ for AES  summons
  •     Select the appropriate link for the next payment action

Traffic Summons PDRM, JPJ and AES
MYEG also provide service that sends alerts to your email when there are new summons. This is a free subscription service.

b. Rilek e-Services
You can check the summons issued by Police only.
  •     Kindly visit PDRM Summons and register (if you yet to do so)
  •     Login using your username and password.
  •     Click "Check / Pay Summons (es)" in the dropdown menu.
  •     You can also make payments using this page via internet banking using CIMB, MAYBANK and RHB.

c. JPJ

Only for summons issued by JPJ only.
  •     Kindly visit JPJ Portal Summons   
  •     Fill in all necessary data, followed by a security code (captcha).
  •     Finally click the "Check". Review results will be displayed at the bottom, under the heading "Results".

2) CHECK SUMMONS VIA Short Messaging System (SMS)

You may check summons using mySMS service. A service charge of 15 cents will be charged for each delivery and 20 cents for each message received.

Here's how to check traffic summonses via SMS:
a) Check PDRM summons via SMS

    Type:    POLIS <space> SAMAN <space> [NRIC or No vehicles]
    on mobile phones and send SMS to 15888 or 32728.

    Example:
    POLIS SAMAN 880101108777 or
    POLIS SAMAN WWW3333

    If you want more detailed informations, type the message as follows:

    POLIS <space> SAMAN <space> [NRIC or No vehicles] <space> [email]
    and send to 32728. Detailed summons will be sent to the email address that you provide.

    Example:
    POLIS SAMAN 880101108777 ferra88@gmail.com

b) Check JPJ Summons via SMS
    Type -    JPJ <space> SAMAN <space> [NRIC or No vehicles]
    on mobile phones and send SMS to 15888.

    Example:
    JPJ SAMAN 880101108777 or
    JPJ SAMAN WWW3333

3) For Android Smartphone Users
Application can download HERE


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Biodata Matthew Davies Pemain Baru Pahang FA 2015

$
0
0
Biodata Matthew Davies Pemain Baru Pahang FA 2015. Pemain muda dari Australia, Matthew Davies menjadi tonggak baru pasukan bola sepak Pahang untuk mengukuhkan posisi pertahanan dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2015 ini.

Matthew Davies, 20, berkata keputusan untuk menyertai pasukan Tok Gajah dibuat selepas mendapatkan nasihat dari bekas pemain Australia yang pernah menabur bakti di sini seperti Alan Davidson dan Anthony Milicic. Katanya, Malaysia bukan asing bagi dirinya memandangkan ibunya berasal daripada Sabah manakala bapanya rakyat Australia.

Pemain kelahiran Perth, Australia itu berkata dia lebih teruja untuk bermain selepas menyaksikan Pahang menewaskan Pulau Pinang 2-0 pada perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Makmur di sini, semalam. 


Matthew Davies Pahang FA 2015
BIODATA MATTHEW DAVIES
Nama Penuh :     Matthew Davies
Tarikh Lahir :    7 Februari 1995 (umur 20 tahun)
Tempat lahir :     Perth, Australia
Tinggi  :     1.79 m (5 ft 10 in)

Posisi :   Bek kanan
Lain-lain : Bapa Australia dan Ibu dari Sabah

Sementara itu jurulatih skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee menafikan slot terakhir untuk senarai 30 pemain bagi pendaftaran awal ke Sukan SEA 2015 di Singapura, Jun ini sudah sah menjadi milik pemain tempatan baru Pahang, Matthew Davies secara automatik.

Semalam, Davies, 20, bekas pemain pertahanan kanan Perth Glory FC kelahiran Australia yang bapanya rakyat Australia tetapi ibunya berasal dari Sabah diperkenalkan sebagai pemain baharu Pahang untuk didaftarkan pada perpindahan kedua yang dibuka dari 1 April lalu hingga 28 April ini.

Namun, Kim Swee mahu melihat terlebih dahulu persembahan Davies apabila Pahang turun bertemu Kelantan di Kota Bharu, Sabtu ini sebelum membuat keputusan akhir untuk menyenaraikan namanya dalam skuad Sukan SEA - BH online


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Tarikh Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2015

$
0
0
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58 Tahun 1436H. Wilayah Persekutuan akan menjadi tuan rumah bagi Musabaqah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-58 tahun 2015 ini. Ianya bakal disertai oleh 28 orang Qari dan Qariah dari 14 buah negeri.
 
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-58 Tahun 1436H
Tarikh - 20 hingga 25 April 2015
Lokasi - Dewan Muktamar,Menara Pusat Islam KL, Jalan Perdana KL
Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2015
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Keputusan Bidaan Tender No Plat Kenderaan RM

$
0
0
Keputusan Bidaan Tender No Plat Kenderaan RM. Nombor pendaftaran kenderaan siri RM dari Negeri Perlis telah menjadi rebutan pemilik kenderaan di seluruh negara susulan nombornya dikaitkan dengan singkatan Ringgit Malaysia atau RM. Keputusan bidaan nombor pendaftaran kenderaan RM yang dijalankan oleh Jabatan Pe­ngangkutan Jalan (JPJ) negeri selama sebulan bermula 23 Februari lalu, mencatat sejarah tersendiri apabila mengutip sebanyak RM7 juta. Jumlah itu merupakan yang tertinggi bagi negeri ini berbanding nombor pendaftaran RL iaitu hanya mengutip RM1.7 juta sahaja.

Bidaan nombor pendaftaran ter­tinggi adalah untuk plat RM8 iaitu RM297,000 diikuti RM2, RM5 dan RM6 masing-masing sebanyak RM264,000; RM3 (RM200,000), RM9 (RM168,190) dan RM99 (RM159,000).


Berikut adalah Keputusan Tender No.Plat siri RM seperti dipetik dari FB JPJ. Tahniah pada yang berjaya.


plat rm perlis

plat rm perlis

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Permohonan Jawatan Kosong PDRM Secara Online

$
0
0
Permohonan Jawatan Kosong Polis PDRM Secara Online. Dipetik dari makluman dari Portal Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memakluman yang TIADA PENGAMBILAN TERBUKA JAWATAN PDRM.  Warganegara Malaysia yang berminat menjawat jawatan di dalam PDRM boleh memohon melalui pendaftaran secara 'online' (Borang SPA8) di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang telahpun dilaksanakan sejak 20 Mac 2012.
Cara Buat Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia Secara Online
  • Daftar Pekerjaan Di Perkhidmatan Awam (SPA 8i) Secara Online :- Layari Pendaftaran Pekerjaan SPA8i dan ikut langkah-langkah yang diberi
    Pemohon dinasihatkan merujuk kepada Panduan Pengguna untuk lebih memahami bagaimana proses pendaftaran dapat dilakukan tanpa masalah  

Rujuk Soalan Lazim SPA Pendaftaran di FAQ
Permohonan PDRM Secara Online

Syarat-syarat Permohonan
  • Pendaftaran permohonan jawatan adalah sepanjang masa dan hanya diterima melaui online sahaja
  • Sebarang surat menyurat dan penghantaran resume tidak diperlukan
  • Tempoh sah laku permohonan adalah lima tahun
  • Urusan pengambilan adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan yang dilaporkan oleh Kementerian/Jabatan dan hanya calon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temuduga

Untuk maklumat jawatan di Suruhanjaya Pasukan Polis seperti Inspektor, Sarjan dan Konstabel, syarat lantikan dan deskripsi tugas, pemohon boleh klik Di Suruhanjaya Pasukan Polis. Ianya akan memaparkan senarai jawatan sertakan maklumat terperinci mengenai tugas, kelayakan dan gaji permulaan untuk setiap jawatan


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Siaran Langsung Hoki Malaysia Vs Korea Selatan 9 April 2015

$
0
0
Live Streaming Malaysia Vs Korea Selatan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015. Malaysia akhirnya berjaya mencatat kemenangan pertama di Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 selepas menewaskan musuh tradisi dari Asia iaitu India 3-2 malam tadi di Stadium Azlan Shah, Ipoh. Selepas tewas dua perlawan pertama sebelum ini kepada New Zealand dan Australi, Mohammad Shahrun Nabil muncul wira pasukan dengan gol kemenangan dua minit sebelum tamat permainan.  Ketika perlawanan seperti mahu berakhir dengan keputusan seri 2-2 di Stadium Azlan Shah, di sini, Shahrun tampil menolak masuk bola umpanan daripada Faizal Saari untuk mengecewakan juara Asia itu.

Malam ini jam 810 malam, Malaysia akan bertemu jaguh Asia, Korea Selatan untuk perlawanan keempat kejohanan setiap pasukan. Perlawanan akan disiarkan secara langsung di Asro Arena 801.


Berikut adalah carta kedudukan pasukan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015  selepas 3 perlawanan berakhir. Keputusan perlawanan sebelum ini klik Result Hockey . Kemenangan malam ini akan membolehkan Malaysia memintas Korea Selatan di carta kedudukan pasukan :-  
carta kedudukan pasukan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015
KHAMIS, 9 APRIL 2015
4.10ptg India vs Kanada
6.10ptg New Zealand vs Australia
8.10mlm MALAYSIA vs Korea Selatan 


LIVE STREAMING MALAYSIA VS KOREA SELATAN KLIK HOKI SULTAN AZLAH SHAH 2015

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Senarai Gaji Perdana Menteri Tertinggi Di Dunia 2015

$
0
0
Senarai Gaji Perdana Menteri (PM) Tertinggi Di Dunia 2015. Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, tersenarai sebagai pemimpin negara yang memperoleh gaji tahunan paling tinggi di kalangan pemimpin dunia sebanyak AS$1.7 juta (RM6.1 juta). Laporan International Business Times menyebut pendapatan Hsien Loong itu dianggap tinggi untuk pemimpin sebuah negara yang kecil. Ia memerlukan gabungan pendapatan pemimpin Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom (UK) untuk menyamai pendapatan Hsien Loong. 

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama berada di tempat kedua dengan pendapatan sebanyak AS$400,000 (RM1.4 juta) setahun, diikuti Perdana Menteri Kanada, Stephen Harper dan Canselor Jerman, Angela Merkel dengan masing-masing memperoleh pendapatan tahunan sebanyak AS$260,000 (RM942,232) dan AS$234,400 (RM849,459) - AFP

Berikut adalah Senarai Gaji Perdana Menteri Tertinggi Di Dunia 2015
1) Lee Hsien Loong - Singapura
2) Barack Obama - USA
3) Stephen Harper - Kanada
4) Angela Merkel - Jerman
5) Jacub Zuma - Afrika Selatan
6) David Cameron - Great Britain
7) Shinzo Abe - Jepun
8) Francois Hollande - Perancis
9) Vladmir Putin - Russia
10) Matteo Renz - Itali
11) Narendra Modi - India
12) Xi Jinping - China

Gaji Perdana Menteri

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Jadual Siaran Langsung Liga Super 11 April 2015

$
0
0
Jadual Live Streaming Liga Super 11 April 2015. Liga Super Malaysia 2015 perlawanan ke 7 akan menemui penonton Sabtu ini dengan 3 perlawanan akan disiarkan secara langsung ke kaca TV anda melalui rangkaian RTM dan Media Prima. PDRM kini mendahului carta Liga dengan 12 mata hasil daripada 6 perlawanan. Perak, Selangor, JDT, Terengganu dan Felda United menghuni tangga liga seterusnya dengan semua mengutip sama mata iaitu 11 mata. Persaingan sengit ini dijangkakan akan mengubah carta kedudukan liga selepas perlawanan tamat minggu ini.

Berikut adalah Jadual Siaran Langsung perlawanan Liga Super pada Sabtu, 11 April 2015. Siaran langsung perlawanan adalah di antara Kelantan-Pahang (TV3), Felda United-PDRM (TV9) dan ATM-Selangor (TV1). 

Jadual Perlawanan Liga Super 11 April 2015

LIONS XII Vs JDT

SARAWAK VS SIME DARBY

ATM VS SELANGOR - LIVE DI RTM TV1

KELANTAN VS PAHANG - LIVE DI TV3

PERAK VS TERENGGANU

FELDA UNITED VS PDRM  - LIVE DI TV9

Live streaming Liga Super 11 April 2015

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Tarikh Hari Ibu 2015 Di Malaysia

$
0
0
Tarikh Hari Ibu 2015 Di Malaysia. Happy Mother’s Day atau Hari Ibu ialah hari pengiktirafan untuk kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang di sambut setiap tahun di seluruh dunia. Tarikh sambutan Hari Ibu 2015 di Malaysia bakal diraikan pada minggu kedua bulan Mei 2015 iaitu tahun ini pada hari Ahad, 10 Mei 2015.

HARI IBU - SAMBUTAN YANG DIANJUR MENURUT PERSPEKTIF ISLAM 

1. Sambutan yang dilakukan sebaik-baiknya secara sederhana, tidak melalaikan tanggungjawab seorang Muslim terhadap Allah s.w.t. dan tidak bersifat membazir.

2. Sambutan yang baik  adalah dengan cara mengasihi sesama sanak saudara melalui amalan ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka, menzahirkan rasa syukur jika senang dan bertakziah  atau bersimpati apabila ditimpa sebarang musibah. 

Hari Ibu 2015 Malaysia
3. Sebaik-baik sambutan adalah dengan mengadakan sembahyang berjamaah bersama ahli keluarga, majlis tahlil dan doa selamat, pesanan dan nasihat yang baik serta dalam suasana yang mahabbah.

4. Setiap ibu bapa perlu merenung kembali dan muhasabah diri ke atas amanah serta tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Adakah kita telah memainkan peranan sebagai pemimpin keluarga dengan penuh kasih sayang, melalui jalan kebenaran untuk menikmati kedamaian hidup di dunia dan kebahagiaan akhirat.

5. Setiap ibu bapa perlu menyayangi dan melindungi ahli keluarga mereka daripada segala bentuk ancaman akidah dan kelalaian dunia. Ibu bapa perlu menjadi contoh terbaik di dalam keluarga dan disegani, dihormati serta disayangi oleh ahli keluarga.

6. Setiap ibu bapa perlu mewujudkan persekitaran yang baik dan selesa agar ahli keluarga merasa selamat,  dihargai dan dihormati dalam usaha melahirkan insan syumul.

7. Setiap ibu bapa perlu prihatin dan memainkan peranan bersama untuk membabitkan diri dalam membanteras gejala sosial dan maksiat yang berleluasa dalam masyarakat, melalui program amar makruf nahi mungkar bagi melindungi ahli keluarga daripada terjebak.

8. Setiap ibu bapa perlu memperingatkan dirinya perihal pentingnya peranan mereka dalam menyemaikan nilai-nilai etika dan spiritual yang tinggi dalam kalangan ahli keluarga mereka.

9. Setiap ibu bapa mestilah mengambil langkah-langkah proaktif bagi mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran keibubapaan (parenting skills) bagi menyediakan anak-anak mereka untuk lebih berupaya menghadapi cabaran masa kini.

10. Didikan agama yang sempurna  adalah satu faktor perlindungan (protective factor) yang mampu menyelamatkan manusia dari terjebak ke dalam perbuatan keji yang hanya akan merosakkan dirinya sendiri. Apabila pegangan serta keutamaan tidak lagi berkisarkan kepada tunjang agama yang kukuh, dengan mudah sahaja seseorang itu melakukan sesuatu perbuatan yang merugikan diri, keluarga, masyarakat dan negaranya - Jabatan Mufti Selangor

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Panduan Cara Kurangkan Cukai Pendapatan di Malaysia

$
0
0
Panduan Cara Kurangkan Cukai Pendapatan di Malaysia. Tarikh tutup penghantaran Borang BE (Penggajian/Individu) akan ditutup biasanya pada hujung April setiap tahun. Pembayar cukai digalakkan menggunakan e-filling untuk kemudahan yang pantas dan mudah. Sebagai seorang pembayar cukai, mahu tidak mahu anda perlu mengetahui cara mengurangkan jumlah cukai pendapatan yang perlu dibayar dengan mengenalpasti pelepasan cukai yang diberikan oleh LHDN.


Cara Kurangkan Cukai Pendapatan

Kurangkan cukai pendapatanAntara perbelanjaan anda yang boleh mendapat pelepasan cukai ialah:
1.       Zakat – Ini adalah kelebihan yang ada pada orang muslim. Anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak jumlah zakat yang ada bayar.

2.       Pendidikan Anak – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000 sekiranya anda menyimpan melalui Pelan Insurans Pendidikan Anak-Anak, Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

3.       Bantuan Kebajikan – Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti MERCY dan MAKNA

4.       Pembelian Buku, Journal, Majalah – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.

5.       Melanjutkan Pelajaran Post Graduate – Pelepasan cukai maksimum RM5000 setahun. Sila semak syarat-syaratnya di laman web LHDN .

6.       Pembelian Barangan Sukan – Pelepasan cukai maksimum RM300

7.       Insuran Hayat/Takaful Keluarga – Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF).

8.       Bayaran Perubatan untuk Ibu Bapa – Pelepasan cukai maksimum RM5000.

9.       Pembelian Komputer - Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)

10.   Full Medical Check Up. Maksimum RM500 seorang untuk full medical checkup dan RM 5000 untuk penyakit kritikal dan peralatan bantuan asas (basic supporting equipment)


Peringatan:

Pastikan anda menyimpan semua resit dan bukti untuk tujuan pelepasan cukai. Lebih elok lagi kalau anda sediakan satu fail khusus untuk Cukai Pendapatan Peribadi. Layari laman web LHDN untuk informasi dan maklumat yang lebih lanjut.

Untuk yang lebih lagi dikongsikan slide presentation yang amat berguna berkenaan 26 cara-cara mengurangkan cukai pendapatan di Malaysia di SINI (Sumber: Personal Money Magazine March 2008). 

Tarikh PRK Rompin Pahang 5 Mei 2015

$
0
0
Tarikh PRK Rompin Pahang 5 Mei 2015. Nampaknya Malaysia akan ada dua pilihanraya kecil kerusi Parlimen pada bulan Mei 2015 nanti apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin akan diadakan pada 5 Mei 2015. Hari penamaan calon pula adalah pada 22 April 2015. Perkara itu diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR di Putrajaya sebentar tadi. Abdul Aziz berkata, tarikh pengundian awal pula ditetapkan pada 30 April ini. Sebanyak 42 pusat mengundi akan dibuka bagi tujuan pengundian. Sebelum ini SPR telah menetapkan PRK Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang akan diadakan seperti tarikh berikut :-
 Tarikh PRK Parlimen Permatang Pauh 2015 Pulau Pinang
Hari Pengundian - 7 Mei 2015
Hari penamaan calon - 25 April 2015
Pengundian awal - 3 Mei 2015
Tarikh PRK Rompin Pahang 5 Mei 2015

Tarikh PRK Rompin Pahang 5 Mei 2015. Untuk makluman, jumlah pengundi bagi Parlimen Rompin adalah 53,294 orang. SPR akan menggunakan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Rompin sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan undi rasmi. PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, baru-baru ini. Nahas itu turut mengorbankan lima yang lain, termasuk Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias dan pengawal peribadi Jamaluddin, Razkan Seran. 

SPR pada mulanya bercadang untuk mengadakan PRK itu serentak dengan PRK Permatang Pauh pada 7 Mei, namun diputuskan supaya diadakan dua hari lebih awal kerana 7 Mei adalah Hari Hol bagi negeri Pahang. "Hari Hol adalah cuti umum bagi negeri Pahang dan banyak program penting diadakan membabitkan kerabat diraja, pihak istana serta ketua jabatan, justeru 7 Mei adalah tidak sesuai (diadakan PRK Rompin). "Selain itu, tiada halangan untuk mengadakan PRK itu lebih awal dari PRK Permatang Pauh asalkan ia mematuhi syarat," katanya - BH online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI
Viewing all 5604 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>