Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 5604 articles
Browse latest View live

Panduan Temuduga Institut Pendidikan Guru (IPG)

$
0
0
Panduan Temuduga / Interview Institut Pendidikan Guru (IPG) Maktab Perguruan.Buat lepasan SPM terutamanya, dan pada mereka yang telah membuat permohonan kemasukkan ke Maktab Perguruan, semakan panggilan temuduga IPG akan diumumkan pada 20 April 2015. Bagi mereka yang berjaya sudah tentu juga anda memerlukan tips-tips untuk temuduga bukan? InsyaAllah, kat sini ada beberapa tips temuduga IPG Maktab KPLSPM yang mungkin dapat membantu adik-adik masa ditemuga nanti.

Okay, kita teruskan. sebelum dipilih masuk ke IPG mesti ada temuduga kan? So, aku ada la buad research sikit tips nak menghadapi sesi temuduga tu nanti. Ternyata susah la gak. Harap dapat membantu.
 
Panduan Temuduga Institut Pendidikan Guru (IPG) Maktab Perguruan
Persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, segala isu-isu semasa terutama isu-isu pendidikan, barisan kabinet negara atau segala hal berkaitan Kementerian Pelajaran Malaysia. 
Panduan Temuduga IPG Maktab perguruanBerdasarkan pengalaman, kebiasaannya soalan yang ditanya semasa temuduga tersebut ialah isu semasa dan bagaimana kita jika sebagai guru mengatasi masalah tersebut dengan rasional dan berhemah tanpa melanggar etika seorang guru. selain itu juga, soalan yan di tanya juga berkisarkan barisan kabinet negara contoh seperti "siapakah Menteri Pelajaran pada 2007' dan soalan-soalan lain.
Pemakaian yang sopan, berketrampilan, kemas dan menampakkan ciri-ciri seorang guru.
Semasa menghadiri temuduga, perkara pertama yang menjadi pandangan mata penemuduga adalah cara kamu berpakaian. bagi perempuan pastikan berbaju kurung atau baju yang tidak terlalu menjolok mata, mesti berkasut hitam bertumit, memakai stokin dan bersolek sedikit. Solekan tidak perlu terlalu tebal hingga nampak macam hantu cina atau kuih tepung gomak. Kalau lelaki, rambut tak perlulah macam artis, anda perlu datang dengan rambut pendek dan kemas. Pakai tie dan baju kemeja plain. Kalau berjalur tak perlu la jalur macam tikar getah.

Keyakinan diri yang tinggi.


Setiap soalan yang diajukan oleh penemuduga, hendaklah kamu jawab dengan penuh keyakinan. Reaksi muka tanpa ragu-ragu, kamu tidak perlu tergagap atau menunjukkan yang kamu seolah-olah tidak tahu perkara itu. Jika kamu memang tidak boleh menjawab, cuba juga untuk menjawab tetapi pastikan reaksi muka kamu dalam keadaan yakin. Jika penemuduga bertanya kamu, "betul kah apa yang dinyatakan kamu sebentar tadi". Kamu perlu jawab "saya yakin dengan jawapan saya". Jika dia menidakkan atau membidas, anda perlu akur dan jawablah dengan berhemah.

Senyuman dan suara yang jelas dan lantang
Sepanjang temuduga berlangsung pastikan anda murah senyuman. Tetapi tidak perlulah senyum tidak bertempat hingga orang lain kata anda manusia tiga suku. Anda senyum apabila perlu. Selain itu, semasa menjawab sebarang pertanyaan atau sesi temuduga bersama penemuduga, suara anda perlulah jelas dan lantang. Tak perlu juga untuk anda terjerit-jerit hingga mengganggu rakan anda berdikusi. Cukuplah sekadar 1 bilik temuduga itu jelas tentang apa yang kamu perkatakan.

Jangan ego atau membidas pandangan orang lain dengan biadap.
Seperti anda ketahui, temuduga bagi bakal guru pelatih nanti akan berada dalam 2 sesi. sesi 1 adalah individu dimana ia bertanyakan kelebihan dan tahap kemampuan anda. Pencapaian anda di sekolah atau apa-apa sahaja yang menujukkan anda lebih dari orang lain. Anda perlu tegaskan perkara tersebut. Sesi 2 pula ialah perbincangan. Penemuduga akan memberi 1 isu dan minta anda dan rakan dalam kumpulan untuk bincangkannya. Semasa perbincangan, anda perlu menghormati pendapat rakan. Jika anda hendak mebidas pastikan kata-kata membidas itu berhemah. Contoh " maafkan saya, boleh saya mencelah" atau, "saya menyokong pendapat saudara. Tetapi bagi pendapat saya pula... ".. dan sebagainya.... lagi satu, anda tidak perlulah conquer kesemua perbincangan tersebut hingga rakan lain tidak berpeluang untuk bercakap.
(Untuk lebih jelas, sila scroll ke bawah)

Perlu tahu apa itu perbezaan bidang perguruan dengan profesion keguruan.
Kedua-dua perkara ini selalu dibahaskan oleh beberapa pihak terutama dalam temuduga. Penemuduga hendak melihat sejauh mana pengetahuan kita tentang profesion tersebut. dan saya sendiri juga kadang-kadang keliru. Jadi saya minta anda bertanya kepada golongan lebih arif tentang perkara ini. Saya juga risau apa yang saya nyatakan kelak menjadi tidak kungruen dengan penytaan anda.

TINGKAH LAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA
  • Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  • Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  • Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  • Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
  • Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
  • Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
  • Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  • Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
  • Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua PanelGunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
  • Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  • Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  • Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  • Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  • Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.
SEBELUM KE SESI TEMUDUGA TERSEBUT PASTIKAN ANDA :

1.     Sebelum datang, check fail, susun sijil ikut keutamaan. Untuk helaian pertama letak surat tawaran temuduga, seterusnya disusuli dengan sijil SPM, surat berhenti sekolah dan lepas itu baru letak sijil-sijil kokurikulum. Sijil-sijil ini perlu diletakkan mengikut ketinggian misalnya peringkat kebangsaan dahulu, then peringkat negeri, peringkat daerah dan akhir sekali peringkat sekolah. Hal ini akan memudahkan penemuduga untuk menilai anda.

2.     Then, isi borang yang memerlukan kita buat karangan untuk menyatakan sebab kita minat dalam bidang profesion perguruan ini. Karang dan buat sehabis baik dan letak sebab-sebab yang relevan mengapa anda ingin menjadi guru kerana penemuduga membaca setiap patah yang anda tulis. Contoh; saya minat bidang perguruan ini kerana minat dari kecil lagi..

3.     Pakai pakaian yang kemas dan mesti ala-ala cikgu! Nak jadi cikgu kan? Kalau boleh pakai baju kemeja lengan panjang lengkap dengan tali leher (mesti match dengan warna baju), tali pinggang, stokin dan kasut hitam bertutup. Perempuan pula, cukup dengan baju kurung, tudung senada dengan warna baju dan kasut bertutup. Gosok pakaian anda.
Perhatian : Pelajar yg memakai baju t-shirt confirm permohonan ditolak. (Sudah dijelaskan di atas)

4.     Minta restu ibu bapa dan keluarga sebelum temuduga agar memudahkan perjalanan temuduga anda nanti.

SETERUSNYA ANDA HARUS BERSEDIA UNTUK :

5.     Sesi temuduga terbahagi kepada 3 bahagian. Ujian INSAK, Temuduga Individu dan Temuduga Berkumpulan.

6.      Ujian INSAK.

Anda perlu menjawab 135 soalan dalam masa 30 minit. Ujian ini berdasarkan personaliti anda sama ada sesuai atau tidak dengan profesion perguruan ini. Mudah saja soalan Ujian INSAK ini. Tak perlu risau sangat. Jawab dengan santai saja. Lebih kurang macam soalan ujian personaliti. So, cari jawapan yang baik-baik saja. Jangan fikir lama sangat nanti tak sempat jawab semua soalan.

7.     Sesi Individu. 

Anda hanya akan ditanya mengenai latar belakang pendidikan, keluarga dan juga sebab mengapa anda minat bidang keguruan ini. Penemuduga juga akan tanya aktiviti yang anda minat, aktiviti yang telah anda sertai di sekolah dan juga mengenai sijil-sijil yang telah anda perolehi. Relax dan jawab dengan penuh yakin tanpa ragu-ragu walaupun anda berdebar sebenarnya. Jangan gugup, kalau terlampau nervous. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus dan start again!

Bagi yang mengambil minor Bahasa Inggeris, anda akan turut ditanya soalan dalam bahasa Inggeris dan perlu menjawab dalam Bahasa Inggeris. Kalau yang terpilih dalam SJK(C), mesti ada yang terselit-selit bahasa Mandarin sikit. Same goes to SJK(T), so.... make a complete preparation. Pastikan senyuman sentiasa terukir di bibirdan JANGAN SESEKALI BUAT MUKA BLURR OR TIDAK TAHU. Kadang-kadang kita akan di suruh berkawat, bernyanyi, menari juga tau. So berlatih dari sekarang.

8.     Sesi berkumpulan. 

Seramai 6 orang (maksimum) akan turut serta dalam sesi ini. Anda akan diberi tajuk. (beri perhatian kepada isu-isu semasa yang berlaku dalam negara dan global) Jadi, banyakkan baca surat khabar! Anda akan diberi masa selama 1 minit untuk bersedia. Seterusnya anda perlu mengutarakan point/hujah anda. Tak kisah point anda itu baik atau tidak. Just cakap dengan berkeyakinan saja. Penemuramah hanya melihat cara anda berkomunikasi. Tidak ada markah isi. Yakin, yakin, dan yakin serta cakap banyak-banyak ok! Yang penting be as friendly as you could! Pastikan anda paling menyerlah dalam kumpulan tersebut! InsyaAllah, pasti anda berjaya!

Berikut adalah beberapa soalan popular ketika temuduga IPG.
1. Bebanan kerja guru semakin bertambah,bagaimanakah caranya?
2.  Budaya buli di sekolah semakin serius,apakah puncanya?
3. Mengapakah kamu memohon IPG?
4. Apakah tanggungjawab seorang guru?
5. Apakah tujuan program PLKN dilaksanakan?
6. Apakah objektif KBSR,KBSM,KSSR?
7. Jika kamu diminta mengajar di luar bandar,bagaimana kamu menghadapi masalah kehidupan di situ?
8. Sanggupkah kamu ditempatkan di luar bandar?
9. Objektif utama hari guru?
10. Bagaimanakah kamu meningkatkan ilmu dan kemahiran supaya menjadi guru yang cemerlang?
11. Fungsi utama PIBG?
12. Guru mempunyai banyak masa lapang,tidak banyak tugas.setuju atau tidak?
13. 5 sebab mengapa kamu perlu dipilih untuk menjadi guru?
14. Apakah yang akan kamu lakukan jika pelajar menentang kamu?
15. Yang mana lebih penting?tugas atau keluarga?
16. Apakah cabaran terhebat perguruan pada masa kini?
17. Berikan 3 tugas lain seorang guru selain daripada mengajar?
18. Guru kencing berdiri,anak kencing berlari,adakah kamu setuju?Mengapa?
19. Remaja kini semakin liar dan ganas.Apa pendapat anda?
20. Bagaimana cara efektif membendung masalah gengsterisme?

Penemuduga selalu juga tanya mengenai :
  • SEKOLAH WAWASAN.
  • SEKOLAH PENYAYANG.
  • PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN.
  • JUMLAH IPG DI MALAYSIA. (Jumlah IPG sebanyak 27 buah kampus kesemuanya.)
    Click here untuk senarai IPG di Malaysia.
  • PERANAN SEORANG GURU
  • PROGRAM2 YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH
  • ISU-ISU SEMASA SEKOLAH
Credit to : Mohd Farid, Cikgu Loh, Mohd Adha Mohd Zain, CikMas dan Max Elity.

SUMBER

Siaran Langsung Terengganu Vs Kelantan 4 April 2015

$
0
0
Live Streaming Terengganu Vs Kelantan 4 April 2015. Pertemuan menarik Liga Super Malaysia 2015 minggu ke 6hari ini,  4 April 2015 bakal menyaksikan pertembungan 2 kuasa pantai Timur iaiatu Terengganu lawan Kelantan di Kuala Terengganu jam 845 malam. PDRM kini berada di atas carta liga diikuti oleh Felda United dan Selangor. Carta kedudukan terkini Liga Super di SINI.

Perlawanan tumpuan lain adalah pertemuan di antara JDT lawan ATM. JDT meletakkan pemain baru,  Alhaji Kamara di bangku simpanan dengan Patito akan bermain. Perlawanan Pahang dan LIONS XII akan disiarkan secara langsung di TV3 manakala TV9 pula akan menyiarkan siaran langsung perlawanan di antara JDT dan ATM.

Live streaming Terengganu Vs Kelantan di RTM TV1. Link live streaming klik SINI
Siaran Langsung Terengganu Vs Kelantan 4 April 2015
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Keputusan Liga Super Malaysia 4 April 2015

$
0
0
Keputusan Result Liga Super Malaysia 4 April 2015. Lima perlawanan berlangsung malam ini dan perlawanan PDRM lawan Sarawak yang berlangsung semalam telah berakhir dengan kemenangan kepada PDRM seterusnya melayakan PDRM ke carta Liga Super 2015 buat seketika. Perlawanan tumpuan malam ini adalah di antara Terengganu vs Kelantan, JDT vs ATM dan Pahang vs Lions XII yang semuanya disiarkan secara langsung ke kaca TV anda melalui rangkaian RTM dan Media Prima.

Berikut adalah keputusan terkini dan penuh perlawanan Liga Super 4 April 2015 untuk panduan peminat bolasepak semua :-
  

3 April 2015 (Jumaat)  PDRM     Vs    Sarawak 845 malam  1 - 0
 
 
4 April 2015 (Sabtu) 
PAHANG......................3 LIONS XII ................2

Pahang (Matias Conti,m-35, R Gopinathan,m-65,Azidan Sarudin,m-76)

Lions (Muhamad Faris Ramli,m-14, Khairul Nizam Zainal,m-90)

JDT ...............................2 ATM.......................1

JDT (Amri Yahyah,m-36, Safiq Rahim,m-57)

ATM (Jerry Palacois,m-22)

SELANGOR...................3 KL SIME DARBY....2

Selangor (Andik Vermansah,m-54, Hazwan Bakri,m-59, Robert Cornthwaite,m-78)

Sime Darby (Nemanja Vidakovic,m-69 (pen), Dishod Sharofetdinov,m-90+4)

FELDA United................1 PERAK......................4

Perak (Charles Chad Souza,m-5,51,90 (pen), Namkung Woong,m-82)

FELDA (Edward Junior Wilson,m-48)

TERENGGANU................2 KELANTAN ...............1

Terengganu (Ismail Faruqi,m-50, Muhamad Shahrin Sapien,m-78)

Kelantan (Mohd Badhri Radzi,m-75) 

Result Liga Super Malaysia 4 April 2015
CARTA KEDUDUKAN PASUKAN LIGA SUPER TERKINI
carta Liga Super Malaysia 4 April 2015

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Berita Terkini Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015

$
0
0
Helikopter Awam Terhempas Di Semenyih, 6 Maut. Sebuah helikopter terhempas pada kejadian petang tadi yang mengorbankan 6 penumpang termasuk Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Jamaluddin Jarjis yang merupakan antara orang kenamaan yang berada dalam helikopter yang terhempas. Perkara ini disahkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Helikopter jenis AS3655N2 Dauphin (9M-1GB) terhempas ketika dalam penerbangan dari Kuantan ke Subang.

Senarai Mangsa Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015
1) Tan Sri Jamaluddin Jarjis - Ahli Parlimen Rompin dan Pengerusi PR1MA
2) Datuk Robert Tan - ahli perniagaan dari Kedah dan Pengarah Urusan Kumpulan IGB
3) Datuk Seri Azlin Alias - Ketua Setiausaha Sulit Di Pejabat Perdana Menteri
4) Ajdiana Baiziera - Co Pilot
5) Pilot Capt Cliff Fournier 
6) Mohd Raskan Seran, 32 - Bodyguard.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kajang, helikopter itu terhempas dan terbakar pada 4.55 petang tadi dan ianya berlaku di Kampong Pasir Baru, Semenyih. Jurucakap pasukan penyelamat Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata kemalangan itu berlaku ketika hujan dan angin kencang. Dalam pada itu, seorang saksi mendakwa melihat helikopter malang itu meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih petang tadi.

Gambar Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015

Berita Terkini Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015


Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015
Berita Terkini Helikopter Terhempas Di Semenyih 4 April 2015
Pasukan bomba Kajang dihantar ke lokasi sejurus kemudian untuk usaha menyelamat. Semua enam mayat mangsa nahas helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, di sini sudah ditemui dan akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam ini.

Mayat mangsa terakhir ditemui pada jam 8.15 malam oleh anggota bomba dan penyelamat di bawah bangkai helikopter. Kini, usaha membawa keluar semua mayat mangsa sedang dijalankan.

Terkini
Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Tan Sri Jamaluddin Jarjis, dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias antara penumpang helikopter yang terhempas di Semenyih petang tadi.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata berdasarkan maklumat awal daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), nama mereka terdapat dalam senarai penumpang helikopter berkenaan - Sumber BH online

Nahas helikopter Semenyih: Mayat pertama berjaya dibawa keluar dari lokasi kejadian pukul 11.25 malam - Bomba

5 April 2015
Jenazah Ahli Parlimen Rompin Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis telah selamat disemadikan di Masjid Negara kira-kira pada pukul 5.15 petang tadi.

Sebelum ini, jenazah Allahyarham telah dimandikan di Hospital Kuala Lumpur disolatkan di Masjid Taman TAR, Ampang.

Selepas disolatkan, jenazah telah dibawa ke rumah arwah di The Mines, sebelum dibawa ke Masjid Negara.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Senarai Pemenang ABPBH 2014 Anugerah Bintang Popular BH

$
0
0
Keputusan Rasmi Senarai Pemenang ABPBH 2014 Anugerah Bintang Popular BH 5 April 2015. Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014Edisi ke 28 malam ini di Arena of Stars, Genting Highlands pasti hebat. Pencarian Bintang Popular untuk setiap 15 kategori yang dipertandingkan dan Bintang Paling Popular telah bermula dari 18 Februari hingga 25 Mac 2015 dan keputusan akan diketahui malam ini. ABPBH 2014 kali ini akan dihiburkan oleh persembahan dari penghibur seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Aweera, Lefthanded, Faizal Tahir, Azlan & The Typewriter, Ayda Jebat, Akim, Mark Adam, Elizabeth Tan, Azmil dan Black. 

Amy Mastura, AG HotFM dan Sherry Alhadad akan hadir selaku pengacara majlis untuk tahun ini. ABPBH edisi ke-28 menampilkan pentas cukup unik dengan berkonsepkan origami bagi menterjemahkan unsur cinta yang dipilih sebagai tema penganjuran musim ini.

LIVE STREAMING / SIARAN LANGSUNG ABPBH 2014 KLIK ABPBH
ABPBH 2014 Anugerah Bintang Popular BH
Berikut adalah senarai calon 5 teratas dan pemenang untuk 15 kategori yang dipertandingkan di ABPBH 2014 pada 5 April 2015 :-1 - Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam

Hisyam Hamid
Nazrief Nazri
Shukri Yahaya
Syarul Ridzwan

2 - Artis Baharu Wanita Popular
Aisyah Aziz
Amyra Rosli
Ayda Jebat
Indah Ruhaila
Puteri Balqis

3 - Pengacara TV Lelaki Popular
AG
Awal Ashaari
Datuk AC Mizal
Datuk Aznil Nawawi
Zizan Razak

4 - Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana
Heliza Helmi
Jihan Muse
Neelofa
Scha Alyahya

5 - Penyanyi Lelaki Popular
Aizat Amdan
Akim
Asfan
Hafiz
Hazama

6 - Penyanyi Wanita Popular
Adira
Alyah
Dayang Nurfaizah
Fynn Jamal
Stacy

7 - Artis Duo/Berkumpulan Popular
6ixth Sense
Akim & The Magistrate
Azhael
Black & RJ
Hijjaz

8 - Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Amar Baharin
Shah Iskandar
Sharnaaz Ahmad

9 - Pelakon TV Wanita Popular
Atikah Suhaime
Ayda Jebat
Emma Maembong
Nad Zainal
Siti Saleha

10 - Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Shaheizy Sam
Zizan Razak
Zul Ariffin

11 - Pelakon Filem Wanita Popular
Atikah Suhaime
Cristina Suzanne
Neelofa
Sara Ali
Siti Saleha

12 - Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Achey
Jep Sepahtu
Shuib Sepahtu
Zizan Razak

13 - Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Dottie
Enot
Ifa Raziah
Jihan Muse

14 - Penyampai Radio Lelaki Popular
AG (Hot)
Deen (Hot)
Ebby Halim (Klasik)
Johan (Era)
Salih Yaccob (Sinar)

15 - Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana (Sinar)
Adibah Noor (Suria)
Anisma Azwati Ahmad (Klasik)
Dina Nadzir (Era)
Fara Fauzana (Hot)


Kategori Online Finalis ABPBH 2014:

1. Personaliti Popular
Bossned
Faiz Dickie
Felicia Yeap
Mat Lutfi
Wak Doyok

2. Artis Paling Kontroversi
Hanez Suraya
Nabila Huda
Nora Danish
Rozita Che Wan
Sharnaaz Ahmad

3. Pasangan Selebriti Romantis
Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya
Johan dan Ozlyn Wati
Lisa Surihani dan Yusry
Mizz Nina dan Noh Salleh
Zahiril Adzim dan Shera Aiyob

4. Artis Lelaki Stailo
Keith Foo
Nazim Othman
Shukri Yahya
Zizan Razak
Zul Ariffin

5. Artis Wanita Stailo
Datuk Siti Nurhaliza
Emma Maembong
Fazura
Neelofa
Nora Danish

6. Gandingan Serasi Di Layar
Adi Putra dan Zara Zya
Amar Baharin dan Izreen Azminda
Atikah Suhaimie dan Syafiq Kyle
Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose
Zul Ariffin dan Ayda Jebat


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Semakan Keputusan Peperiksaan Pembantu Tadbir Gred N17 6 April 2015

$
0
0
Semakan Keputusan Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 6 April 2015. Peperiksaan Online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Bagi Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) telah berjaya dijalankan pada 3 April 2015 (Jumaat). Seramai 26, 192 calon telah menduduki peperiksaan dengan jayanya dengan SPA menerima sebanyak 553,791 permohonan bagi jawatan Pembantu Tadbir  Gred N17 ini.

Keputusan Peperiksaan Online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) Bagi Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 akan diumumkan pada 6 April 2015 (Isnin) jam 1200 tengahari. Semakan boleh di buat di Portal Rasmi SPA di http://www.spa.gov.my/Portal/

Semakan Keputusan Peperiksaan Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 6 April 2015

KLIK APPLIKASI SEMAKAN - http://e-semakan.spa.gov.my/online/
Semakan Pembantu Tadbir Gred N17
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Video Gol Dan Highlight Perlawanan Liga Super 4 April 2015

$
0
0
Video Gol Dan Highlight Perlawanan Liga Super 4 April 2015. PDRM kekal sebagai pendahulu Liga Super Malaysia 2015 selepas tamat perlawanan ke 6 selepas Felda United tewas 4-1 kepada Perak di Stadium Selayang malam tadi. Selangor, Pahang, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu pula menceriakan penyokong masing-masing selepas menang ke atas lawan mereka malam tadi. Selangor menewaskan Sime Darby 3-2 di Stadium Shah Alam manakala JDT menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 di Larkin.

Pahang turut mencatat kemenangan di Kuantan menewaskan Lions XII 3-2 dengan Terengganu membenam pasukan tetangga, Kelantan 2-1 di Kuala Terengganu.

Berikut adalah carta kedudukan terkini dan keputusan penuh perlawanan Liga Super 4 April 2015 untuk panduan peminat bolasepak semua :-

carta terkini liga super 2015
3 April 2015 (Jumaat)     
PDRM     Vs    Sarawak 845 malam  1 - 0
 
4 April 2015 (Sabtu) 
PAHANG......................3 LIONS XII ................2
Pahang (Matias Conti,m-35, R Gopinathan,m-65,Azidan Sarudin,m-76)
Lions (Muhamad Faris Ramli,m-14, Khairul Nizam Zainal,m-90)


JDT ...............................2 ATM.......................1
JDT (Amri Yahyah,m-36, Safiq Rahim,m-57)
ATM (Jerry Palacois,m-22)


SELANGOR...................3 KL SIME DARBY....2
Selangor (Andik Vermansah,m-54, Hazwan Bakri,m-59, Robert Cornthwaite,m-78)
Sime Darby (Nemanja Vidakovic,m-69 (pen), Dishod Sharofetdinov,m-90+4)


FELDA United................1 PERAK......................4
Perak (Charles Chad Souza,m-5,51,90 (pen), Namkung Woong,m-82)
FELDA (Edward Junior Wilson,m-48)


TERENGGANU................2 KELANTAN ...............1
Terengganu (Ismail Faruqi,m-50, Muhamad Shahrin Sapien,m-78)
Kelantan (Mohd Badhri Radzi,m-75)


Saksikan video gol dan highlight perlawanan di BPTV.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Biodata Ayda Jebat Pelakon Wanita Popular Malaysia

$
0
0
Biodata Ayda Jebat Pelakon Wanita Popular Malaysia. Ayda Jebat atau nama sebenarnya Nur Suhada Binti Jebat adalah seorang pelakon yang sedang meningkat naik dan popular masa kini di Malaysia selepas membintangi drama Rindu Awak 200% bersama pelakon kacak, Zul Ariffin. Kerjaya Ayda Jebat sebagai anak seni bermula apabila Ayda membintangi program realiti Akademi Fantasia untuk musim ke 9.

Ayda Jebat pernah menjadi pelajar UiTM dan menariknya wajah beliau seakan-akan sama dengan pelakon cantik dari Sabah iaitu Wawa Zainal.  Ayda merupakan kakak kepada seorang penyanyi juga kelahiran AF9, Fina AF9. Ayda Jebat merupakan anak sulung daripada 4 beradik (3 Perempuan & 1 Lelaki).
Ayda Jebat
BIODATA AYDA JEBAT
Nama : Nur Suhada Binti Jebat
Tarikh Lahir : 17 Mac 1992 (umur 23 tahun - 2015)
Tempat Lahir : Melaka
Nama lain    : Ayda Jebat, Aida AF9
Pendidikan   :  UiTM Diploma Seni Muzik
Pekerjaan     : Penyanyi, Pelakon, Model
Tahun aktif     : 2009 – kini
Popular kerana :    Akademi Fantasia & Drama Drama Rindu Awak 200%

Profile Rasmi Facebook:  https://www.facebook.com/aidaaf9
Profil Rasmi Intsgram : instagram/aydajebat

Profil Rasmi Twitter https://twitter.com/Ayda_Jebat

Drama: Cinta 200 Peratus, Anugerah Terindah, Aku Ada Wali, Ride (TV9), Cinta Antara Kita, Apam Lemak Manis, Geng Zul Teksi, Mira Sofea, Calon Menantu ,Epilog Cinta Khirana, Cintapucchino, LA SO FA ALOHA, Langit Ke 7,Anak Dara Mak Wok, Tiara, Harapan, Rindu Awak 200%, Isteri Separuh Masa, Suami Sebelah Rumah

Telemovie: D'Pantai, Melodi Sepi, Cer Citer Cinta, Diva

Filem: Oh Mak Kau!, Cinta Antara Kita


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Baca Novel Hati Perempuan Secara Online

$
0
0
Baca Novel Hati Perempuan Secara Online. Sebuah lagi novel telah diadaptasi ke drama bersiri di slot Akasia TV3 iaitu Hati Perempuan karya Nur Ain Al-Abbas. Drama terbitan Creative Skills Sdn Bhd dan arahan Kas Roshan ini telah ditayangkan di kaca TV anda bermula 30 Mac 2015 iaitu selepas tamatnya drama Teman Lelaki Upahan. Hati Perempuan menampilkan gandingan pelakon baru iaitu Syarul Ridzwan, Mia Ahmad, Hafreez Adam dan Nadzmi Adhwa. Saksikan drama ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis di Slot Akasia TV3 bermula jam pukul 6.55 petang.

SINOPSIS HATI PEREMPUAN 
Novel Hati PerempuanHati Perempuan mengisahkan pengalaman lalu yang telah dilalui mengajar Yuhanis tentang erti perbezaan taraf kehidupan. Akhirnya Yuhanis menjadi seorang wanita yang terlalu berhati-hati dan mementingkan rasional berbanding emosi. Kerana sikapnya itu, dia terlepas pandang terdapat insan yang menyayanginya dalam diam. Namun, pemberian kotak kecil berbalut rapi dengan ikatan reben berwarna keemasan tanpa nama penerima amat mengejutkan Yuhanis.

Bertambah tidak percaya apabila kata-kata lamaran disertakan sebentuk cincin yang ada di dalam kotak kecil tersebut datang daripada sang pria terhangat di pasaran. Mampukah cinta yang harus memiliki itu dapat dirasai oleh Yuhanis dan Tengku Zaril? Atau mungkin Yunanis masih ada kesangsian cinta Tengku Zaril terhadap dirinya? 

Anda boleh membaca novel Hati Perempuan ini secara online dengan mengklik link di bawah ini
Hati Perempuan 1
Hati Perempuan 2
Hati Perempuan 3
Hati Perempuan 4
Hati Perempuan 5
Hati Perempuan 6
Hati Perempuan 7
Hati Perempuan 8
Hati Perempuan 9
Hati Perempuan 10
Hati Perempuan 11
Hati Perempuan 12
Hati Perempuan 13
Hati Perempuan 14
Hati Perempuan 15
                
Anda juga boleh membeli Novel Hati Perempuan ini secara online di Hati Perempuan

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Siaran Langsung ABPBH 5 April 2015

$
0
0
Live Streaming ABPBH 2014 Anugerah Bintang Popular BH 5 April 2015. Siapakah bakal dinobatkan sebagai bintang popolar 2014 malam ini? Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2014Edisi ke 28 yang bakal dipancarkan dari Arena of Stars, Genting Highlands ada jawapannya. 

Siaran Langsung ABPBH 2014 Anugerah Bintang Popular BH 5 April 2015
Pengacara / Hos - Amy Mastura, AG HotFM dan Sherry Alhadad

Persembahan dari artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Aweera, Lefthanded, Faizal Tahir, Azlan & The Typewriter, Ayda Jebat, Akim, Mark Adam, Elizabeth Tan, Azmil dan Black. 

Senarai penuh pencalonan dan pemenang Anugerah Bintang Popular di ABPBH 2014.

ABPBH edisi ke-28 menampilkan pentas cukup unik dengan berkonsepkan origami bagi menterjemahkan unsur cinta yang dipilih sebagai tema penganjuran musim ini.

LIVE STREAMING / SIARAN LANGSUNG ABPBH 2014 KLIK ABPBH


ABPBH 2014
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Permohonan Egtukar Guru Sesi Jun 2015 Online

$
0
0
Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2015 Melalui egtukar Secara Online. Dipetik dari Applikasi Permohonan egTukar KPMPermohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Sesi Jun 2015 untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG29, DG32 (KUP Time-based), DG34 (KUP Time-based), DG38 (KUP Time-based), DG41, DG42, DG44 (KUP Time-based), DG48 (KUP Time-based), DG52 (KUP Time-based) dan DG54 (KUP Time-based) kini dibuka mulai 01 hingga 25 April 2015.

Pengemaskinian maklumat diri melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Modul Pengurusan Guru e-OPERASI adalah tanggungjawab pemohon sebelum permohonan pertukaran guru melalui Modul e-GTukar dibuka.
egtukar
Sila hubungi Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan Negeri atau Bahagian masing-masing jika terdapat sebarang masalah berkaitan dengan permohonan pertukaran. (dapatkan no. telefon di 'Bantuan').

SILA AMBIL PERHATIAN BAHAWA PERTUKARAN YANG DILULUSKAN TIDAK BOLEH DIBATALKAN.

Applikasi Permohonan egTukar secara online sesi Jun 2015

Tarikh tutup 25 April 2015

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Keputusan Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015

$
0
0
Keputusan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015. Kejohanan Hoki berprestij dunia, Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015 bermula hari ini. Enam pasukan bertanding pada  Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-24 sehingga 12 April 2015.




Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015

  • Tarikh : 5 hingga 12 April 2015
  • Pasukan : Malaysia, Australia, India, Korea Selatan, New Zealand dan Kanada
Kejohanan itu menjadi medan terbaik buat pengendali sementara skuad kebangsaan, Tai Beng Hai untuk menguji barisan pemain bagi mempersiapkan pasukan negara menghadapi pusingan ketiga Liga Hoki Dunia di Belgium pada Jun 2015 depan. Manakala pasukan lain  sedang mempersiapkan diri untuk beraksi di Sukan Olimpik.

result Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015
Jadual Dan Keputusan Perlawanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2015

 AHAD, 5 APRIL 2015
4.10ptg Australia vs Kanada   7 - 0
6.10ptg Korea Selatan vs India  2 - 2
8.10mlm New Zealand vs MALAYSIA  4 - 2

ISNIN, 6 APRIL 2015
4.10ptg Kanada vs Korea Selatan
6.10ptg New Zealand vs India
8.10mlm Australia vs MALAYSIA

RABU, 8 APRIL 2015
4.10ptg Kanada vs New Zealand
6.10ptg Korea Selatan vs Australia
8.10mlm India vs MALAYSIA

KHAMIS, 9 APRIL 2015
4.10ptg India vs Kanada
6.10ptg New Zealand vs Australia
8.10mlm MALAYSIA vs Korea Selatan

SABTU, 11 APRIL 2015
4.10ptg Australia vs India
6.10ptg Korea Selatan vs New Zealand
8.10mlm MALAYSIA vs Kanada

AHAD, 12 APRIL 2015
3.40ptg Tempat 5 & 6
4.10ptg Tempat 3 & 4
8.40mlm Akhir


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Senarai Harga Baru Pos Laju Selepas GST

$
0
0
Senarai Harga Baru Pos Laju Selepas GST. Selaras dengan pelaksanaan Cukai GST bermula 1 April 2015 di seluruh Malaysia, berikut adalah senarai harga baru produk Pos Laju selepas pelaksanaan GST yang dipetik dari FB Pos Laju. Untuk sebarang pertanyaan dan maklumbalas berkaitan produk atau perkhidmatan Pos Laju, sila hantar Private Message (PM) di www.facebook.com/PosMalaysiaBerhad atau emel ke care@pos.com.my

Senarai Produk dan Perkhidmatan Pos Laju Yang Tidak Dikenakan GST

pos laju

Senarai Harga Baru Pos Laju Selepas GST

Senarai Produk dan Perkhidmatan Pos Laju Yang Dikenakan GST
Senarai Harga Baru Pos Laju Selepas GST
Senarai Harga Baru Pos Laju Selepas GST
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Tema Hari Guru 2015 Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak

$
0
0
Tema Hari Guru 2015 Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.Tarikh 16 Mei setiap tahun dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee) sebagai dasar pelajaran negara kita. 
Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.

Tahun ini Hari Guru 2015 akan jatuh pada 16 Mei 2015 dengan tema - Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Hari Guru 2015
Objektif Hari Guru Malaysia
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Berikut adalah huraian tema Hari Guru 2015
Tema Hari Guru 2015
Tema Hari Guru 2015
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Semakan Keputusan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29

$
0
0
Semakan Keputusan Peperiksaan Penolong Penguasa Bomba Gred KB29. Berita baik seperti dipetik dari FB Rasmi SPA memaklumkan yang keputusan periksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan bagi memasuki perkhidmatan awam bagi jawatan PENOLONG PENGUASA BOMBA GRED KB29 kini boleh disemak.

SILA KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

SPA Penolong Penguasa Bomba

Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Siapa Aidana Baizieva Wanita Misteri Insiden Helikopter Terhempas?

$
0
0
Siapa Aidana Baizieva Wanita Misteri Insiden Helikopter Terhempas? Status penumpang wanita dikenali Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih, di sini masih lagi menjadi misteri. Ini berikutan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang pada awalnya kini disahkan sebagai seorang kakitangan Syarikat Penerbangan Cempaka.
Pada insiden Sabtu lalu, enam orang termasuk seorang wanita misteri, Aidana Baizieva terkorban apabila helikopter Dauphin AS365N2 yang dinaiki mereka dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur, terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang. Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut.
Aidana Baizieva
Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai ‘tidak diketahui’. Difahamkan, pihak berkuasa hanya akan mendedahkan maklumat wanita itu selepas identiti wanita tersebut disahkan.

Terkini dipetik dari mStar Online, jasad seorang warganegara Kyrgystan, Aidana Baizieva yang terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih Sabtu lalu telah dituntut seorang wanita dipercayai ahli keluarga atau rakannya di Hospital Kuala Lumpur hari ini . Difahamkan wanita terbabit tiba untuk menuntut jasad Aidana pada jam 10.45 pagi tadi. Wanita itu dipercayai ditemani seorang lelaki dari kedutaan Kyrgystan di Kuala Lumpur. Terdahulu, seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia untuk seketika.

"Rekod menunjukkan beliau berada di Malaysia sekurang-kurang selama setahun," 

Kedutaan Kyrgystan kini dalam proses mengumpul maklumat lanjut dan akan memberi perkembangan tentang identiti sebenar Aidana selepas mengemas kini butirannya.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Jadual Siaran Langsung Piala FA 7 April 2015 Suku Akhir Pertama

$
0
0
Jadual Siaran Langsung Piala FA 7 April 2015 Suku Akhir Pertama. Persaingan merebut kejuaraan Piala FA 2015 akan bersambung esok dengan tiga perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA akan berlangsung pada 7 April manakala baki satu lagi perlawanan akan berlangsung pada hari Rabu (8 April) melibatkan pasukan Lions XII menentang Johor DT II.

Dua perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA 2015 esok akan di siarkan secara langsung di RTM TV1 & Media Prima. Berikut adalah jadual siaran langsung perlawanan Piala FA Suku Akhir Pertama :-


7 APRIL 2015 (SUKU AKHIR PERTAMA)
PAHANG mln PULAU PINANG - LIVE RTM TV1
8.45 mlm
Stdm Darul Makmur, Kuantan

KL SIME DARBY FC mln KELANTAN - LIVE TV9
8.45 mlm
Stdm Majlis Perbandaran Selayang

TERENGGANU mln PERAK
8.45 mlm
Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah


8 APRIL 2015 (SUKU AKHIR PERTAMA)
LIONS XII FC mln JOHOR DARUL TA'ZIM II
7.45 mlm
Stdm Jalan Besar, Singapura

 Piala FA 7 April 2015 Suku Akhir Pertama

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Siaran Langsung Terengganu Vs Perak 7 April 2015 Piala FA Suku Akhir

$
0
0
Live Streaming Terengganu Vs Perak 7 April 2015 Piala FA Suku Akhir Pertama. Perlawanan Piala FA Pusingan Suku Akhir Pertama di antara dua pasukan Liga Super pasti sengit malam esok di Kuala Terengganu jam 845 malam. Dua lagi perlawanan Suku Akhir juga akan berlangsung pada Selasa 7 April manakala baki satu lagi perlawanan akan berlangsung pada hari Rabu (8 April) melibatkan pasukan Lions XII menentang Johor DT II.

Dua perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA 2015 esok akan di siarkan secara langsung di RTM TV1 & Media Prima. Tiada pengesahan samada perlawanan Terengganu lawan Perak akan disiarkan secara langsung ke kaca TV anda atau tidak.Berikut adalah jadual siaran langsung perlawanan Piala FA Suku Akhir Pertama :-
Terengganu Vs Perak 7 April 2015 Piala FA Suku Akhir
7 APRIL 2015 (SUKU AKHIR PERTAMA)
PAHANG mln PULAU PINANG - LIVE RTM TV1
8.45 mlm
Stdm Darul Makmur, Kuantan

KL SIME DARBY FC mln KELANTAN- LIVE TV9
8.45 mlm
Stdm Majlis Perbandaran Selayang

TERENGGANU mln PERAK - LIVE SCORE
8.45 mlm
Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah

8 APRIL 2015 (SUKU AKHIR PERTAMA)
LIONS XII FC mln JOHOR DARUL TA'ZIM II
7.45 mlm
Stdm Jalan Besar, Singapura


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Semakan Keputusan UPU Sesi 2015/ 2016 Online

$
0
0
Semakan Keputusan Kemasukan UPU Atau IPTA Sesi Akademik 2015/ 2016 Secara Online. Bagi calon lepasan SPM, Diploma, Matrikulasi, STPM dan setaraf yang telah mengemukakan permohonan ke IPTA sesi 2015/ 2016, berikut adalah makluman tarikh-tarikh penting mengenai semakan keputusan kemasukan dan tarikh pendaftaran ke UPU sesi 2015/ 2016. Semakan keputusan ke UPU dijangka diumumkan pada awal Mei 2015

Selaras dengan pemberian status autonomi kemasukan ke USM iaitu Universiti-APEX mulai Sesi Akademik 2008/2009, permohonan ke USM dikemukakan terus melalui laman web https://pohon.usm.my dan permohonan ke UM mulai Sesi Akademik 2015/2016 bagi Kemasukan ke Program Pengajian Peringkat Ijazah Pertama bagi lepasan STPM / Matrikulasi KPM/ Asasi/ Setaraf dikemukakan terus melalui laman web MyUM-ID.um.edu.my.

Semakan Keputusan UPU Sesi 2015/ 2016 Online
result UPU Sesi 2015/ 2016 Online

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2015/ 2016 Online
NamaAlamat
18 Jan 2015Iklan Permohonan Dalam Akhbar Tempatan
19 Jan 2015Pembelian No Pin & Permohonan Kemasukan
Permohonan online UPU di upu.mohe.gov.my
12 April 2015 (600 petang)Tarikh tutup permohonan UPU
19 Jan 2015 - 12 April 2015Permohonan Fasa 1 - Cara kemaskini Borang Permohonan UPU online di Kemaskini UPU
Minggu pertama Mei 2015Hebahan keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA menerusi pengambilan UPU bagi sesi akademik 2015/2016. Link semakan akan dikemaskini dari masa kesemasa
1 hingga 6 Mei 2015Pengemaskinian maklumat permohonan Fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan STPM/setaraf
Minggu ke 2 Mei 2015Hebahan keputusan Kemasukkan ke Politeknik Konvensional/ Metro/ Kolej Komuniti dan ILKA menerusi pengambilan UPU tahun 2015
2 Jun 2015Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM / setaraf melalui UPU bagi Sesi Akademik 2015/ 2016
3 hingga 9 Jun 2015

Pengemaskinian permohonan Fasa 2 di buka bagi pemohon lepasan Matrikulasi / Asasi
Minggu ke 2 Jun 2015Hebahan keputusan Rayuan SPM/Setaraf menerusi pengambilan UPU Sesi Akademik 2015/ 2016
15 Jun 2015Pendaftaran Pelajar Rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf melalui UPU bagi sesi akademik 2015/ 2016
23 Jun 2015Pendaftaran Pelajar Ke Kolej Komuniti menerusi pengambilan UPU bagi 2015
7 hingga 14 Julai 2015Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/ Metro dan ILKA kecuali CIAST menerusi pengambilan UPU 2015
Minggu ke 2 Ogos 2015Hebahan keputusan kemasukan STPM / Setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi akademik 2015/ 2016
1 hingga 2 September 2015Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/ setaraf melalui UPU Bagi sesi Akademik 2015/ 2016
6 hingga 12 September 2015Hebahan keputusan rayuan kemasukan STPM/ setaraf menerusi pengambilan UPU bagi sesi Akademik 2015/ 2016
17 September 2015Pendaftaran Pelajar Rayuan bagi kemasukan STPM/ setaraf melalui UPU bagi sesi Akademik 2015/ 2016

* Tarikh adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa

Untuk maklumat lanjut Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi UPU di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777. Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang. Anda juga boleh dapatkan informasi terkini di FB UPU BPKP JPT atau Laman Web Rasmi UPU.


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Keputusan Terkini Piala FA 7 April 2015

$
0
0
Keputusan Terkini Piala FA 7 April 2015 Suku Akhir Pertama. Persaingan merebut kejuaraan Piala FA 2015 kini memasuki peringkat Suku Akhir Pertama dengan 4 perlawanan bakal berlangsung iaitu 3 perlawan pada 7 April manakala baki satu lagi perlawanan akan berlangsung pada hari Rabu (8 April) melibatkan pasukan Lions XII menentang Johor DT II.

Jika melihat dari keputusan undian di bawah ini, Pahang dan Kelantan adalah pasukan favourite untuk bertemu di peringkat Separuh Akhir Piala FA 2015. Terengganu dan Lions XII pula dijangka bertemu di peringkat sama. Apa-apa pun bola itu bulat, mana-mana pasukan boleh layak ke peringkat seterusnya.

Berikut adalah keputusan penuh dan terkini perlawanan Piala FA 2015 Suku Akhir pertama :-
Keputusan Terkini Piala FA 2015

7 APRIL 2015 (SUKU AKHIR PERTAMA)
PAHANG mln PULAU PINANG - LIVE RTM TV1
8.45 mlm
Stdm Darul Makmur, Kuantan

KL SIME DARBY FC mln KELANTAN - LIVE TV9
8.45 mlm
Stdm Majlis Perbandaran Selayang

TERENGGANU mln PERAK
8.45 mlm
Stdm Sultan Ismail Nasiruddin Shah

8 APRIL 2015 (SUKU AKHIR PERTAMA)
LIONS XII FC mln JOHOR DARUL TA'ZIM II
7.45 mlm
Stdm Jalan Besar, Singapura


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

Viewing all 5604 articles
Browse latest View live


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>