Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Senarai Lokasi Kamera AES Di Malaysia

$
0
0
Lokasi AES Di Malaysia. AES dan Kejara akan dilaksanakan bulan Mac nanti? Ya, Kerajaan akan melaksanakan semula AES atau Sistem Penguatkuasaan Automatik dan Sistem Kejara (Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalanraya) serentak selewat-lewatnya pada bulan Mac 2016 bertujuan untuk mengurangkan kadar nahas/ kemalangan jalan raya yang semakin meningkat masa kini.
  • CARA SEMAK SAMAN PDRM, JPJ DAN AES ONLINE DI SINI 

Pelaksanaan AES Dan KEJARA Mac 2016

Berikut di antara maklumat penting mengenai pelaksanaan AES dan Kejara pada Mac 2016 ini yang dikongsikan dari BH Online.  
  1. Keputusan pelaksanaan akan dibawa ke Kabinet untuk dibincangkan dalam masa terdekat sebelum dilaksanakan.
  2. AES dan Kejara adalah langkah berkesan kurangkan nahas jalan raya
  3. Peguam Negara telah memutuskan pada 18 Disember 2012 supaya pelaksanaan AES dikaji semula berikutan tentangan hebat daripada rakyat.
  4. Terdapat 14 kamera AES yang masih berfungsi seperti dikongsikan di bawah ini. 
pelaksanaan aes dan kejara mac 2016

Senarai Lokasi Kamera AES Di Malaysia

Berikut merupakan 14 lokasi sedia ada kamera AES sebagai panduan buat semua:
  • 1. KM 375.9 Lebuhraya PLUS - Slim River (Arah Utara)
  • 2. KM 7 Jalan Maharajalela - Teluk Intan (Arah ke Bagan Datoh)
  • 3. KM 91 Jalan Ipoh - Butterworth (Arah ke Selatan)
  • 4. KM 26 Jalan Ipoh - Kuala Kangsar (Persimpangan Kg Kerdah)
  • 5. KM 85.5 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
  • 6. KM 204.6 Lebuhraya PLUS - Taiping (Arah ke Utara)
  • 7. Jalan Pasir Putih - Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
  • 8. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu)
  • 9. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian, Sentul)
  • 10. KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
  • 11. KM 301.6 Lebuhraya PLUS - Kajang (Arah ke Utara)
  • 12. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
  • 13. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
  • 14. KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
Sumber Astro Awani

Lokasi kamera AES dari sumber JPJ

lokasi aes malaysia
Semoga Senarai Lokasi Kamera AES Di Malaysia ini bermanfaat buat semua. Diharapkan kita dapat sama-sama memandu berhati-hati bukan sahaja di lokasi ini malah ketika kita memandu di jalan raya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>