Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Pelepasan Cukai Pendapatan Individu LHDN

$
0
0
Pelepasan Cukai Pendapatan Individu LHDN Terkini. Anda seorang pembayar cukai? Jika anda adalah seorang individu pemastautin di Malaysia, anda layak untuk menuntut pelepasan, potongan dan rebat cukai untuk beberapa perbelanjaan yang disenaraikan di bawah ini. Umum sedia maklum dan kebiasaannya pada tarikh 30 April setiap tahun adalah merupakan tarikh akhir untuk memfailkan cukai tahunan BE anda sama ada memfailkan cukai secara manual di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau menggunakan kemudahan e-filing. Sebagai seorang pembayar cukai, berikut disenaraikan perbelanjaan individu yang diberikan pelepasan cukai oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang seterusnya mampu mengurangkan jumlah cukai pendapatan anda. 

Maklumat penting di bawah ini mengandungi informasi berkenaan dengan jenis potongan rebat, had potongan dan jumlah amaun dalam Ringgit Malaysia. Berikut dikongsikan juga beberapa langkah yang mudah untuk tuntut pelepasan cukai seperti dikongsikan dari BNM & Gabungan Persatuan Penggunan Malaysia.
jenis Pelepasan Cukai Pendapatan Individu

Langkah Mudah Menuntut Pelepasan Cukai Pendapatan 

  • 1. Memaksimumkan potongan untuk buku, insurans dan komputer
  • 2. Anak melayakkan anda mendapat pelepasan RM1,000
  • 3. Pembelian peralatan sukan
  • 4. Memfailkan cukai secara berasingan sekiranya anda berkahwin
  • 5. Pembantu  Rumah  bagi  penjagaan  khas terhadap ibu bapa anda

Senarai Pelepasan Cukai Individu Pemastautin

Untuk Tahun 2010, 2011, 2012, 2013, 2014 & 2015

Pelepasan Cukai Individu Pemastautin

Bil. Jenis Potongan Individu Amaun (RM)
1Individu dan saudara tanggungan9,000

Pelepasan Khas RM2,000 diberi kepada pembayar cukai yang berpendapatan sehingga RM8,000 sebulan (Pendapatan Aggregat sehingga RM96,000 setahun.) Pelepasan ini hanya diberi untuk Tahun Taksiran 2013 sahaja.
2Perbelanjaan Perubatan Ibu Bapa5,000 (Terhad)
3Peralatan Sokongan Asas (untuk individu kurang upaya atau untuk isteri, anak atau ibubapa kurang upaya)i) 5,000 (Terhad) - tahun taksiran 2014 dan sebelum


ii) 6,000 (Terhad) - mulai tahun taksiran 2015
4Individu Kurang Upaya6,000
5Yuran Pendidikan (Sendiri)5,000 (Terhad)
6Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak)i) 5,000 (Terhad) - tahun taksiran 2014 dan sebelum





ii) 6,000 (Terhad) - mulai tahun taksiran 2015
7Pemeriksaan perubatan penuh500 (Terhad)
8Pembelian buku, majalah, jurnal dan penerbitan1,000 (Terhad)
9Pembelian komputer peribadi untuk individu (sekali setiap 3 tahun)3,000 (Terhad)
10Tabungan bersih dalam skim SSPN3,000 (Terhad)
11Tabungan bersih dalam skim SSPN (berkuatkuasa Tahun Taksiran 2012 - 2017)6,000 (Terhad)
12Pembelian peralatan sukan untuk aktiviti sukan300 (Terhad)
13Yuran langganan Jalur Lebar (Berkuatkuasa Tahun Taksiran 2010 - 2012)500 (Terhad)
14Faedah pembelian rumah. Potongan cukai terhad kepada RM10,000 setiap tahun asas bagi 3 tahun taksiran berturut-turut bermula dari tarikh faedah mula dibayar.10,000

Syarat kelayakan:(Terhad)

(i) pemastautin warganegara Malaysia;

(ii) pembelian rumah kediaman terhad kepada satu unit sahaja;

(iii) perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10 Mac 2009 sehingga 31 Disember 2010; dan

(iv) rumah kediaman tersebut tidak disewakan.

Di mana:

(a) 2 atau lebih individu layak menuntut potongan bagi sebuah rumah kediaman; dan

(b) jumlah faedah yang dibelanjakan oleh kesemua individu berkenaan melebihi amaun yang dibenarkan dalam tahun itu. Setiap individu dibenarkan suatu potongan bagi setiap tahun mengikut formula berikut:

A = jumlah faedah dibenarkan dalam tahun berkenaan;

B = jumlah faedah dibelanjakan oleh individu berkenaan dalam tahun berkenaan;

C = jumlah faedah dibelanjakan oleh kesemua individu
15Suami/Isteri/Bayaran alimoni kepada bekas isteri3,000 (Terhad)
16Suami/Isteri kurang upaya3,500
17Anak di bawah umur 18 tahun1,000
18Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas dan menerima pendidikan sepenuh masa (peringkat A-Level, sijil, matrikulasi, persediaan atau pra-ijazah)1,000
19Anak yang belum berkahwin dan berumur 18 tahun dan ke atas tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) mengikuti kursus di peringkat diploma dan ke atas di institusi pengajian tinggi dalam Malaysia (tidak termasuk kursus matrikulasi/pra-ijazah).i. 4,000 (tahun taksiran 2012 dan sebelum)

(ii) mengikuti kursus di peringkat ijazah dan ke atas di institusi pengajian tinggi luar Malaysia.

(iii) kursus dan institusi pengajian tinggi diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.ii. 6,000 (berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2013 dan seterusnya)
20Anak Kurang upayai) 5,000 - tahun taksiran 2014 dan sebelum





ii) 6,000 - mulai tahun taksiran 2015

Pelepasan tambahan sebanyak RM4,000 bagi anak kurang upaya berumur 18 tahun dan ke atas, belum berkahwin dan mengikuti diploma ke atas di dalam Malaysia @ peringkat ijazah ke atas di luar Malaysia dalam kursus dan di IPT yang diiktiraf oleh pihak berkuasa Kerajaan yang berkaitan.




(Berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2013 Pelepasan tambahan adalah sebanyak RM6,000)
21Insuran nyawa dan KWSP6,000 (Terhad)
22Skim anuiti baru atau tambahan jumlah anuiti sedia ada dan bayaran di buat mulai 01/01/2010 (apa-apa lebihan daripada premium anuiti baru atau tambahan melebihi RM1,000 boleh dituntut dan diambil kira bersama-sama jumlah premium insurans nyawa) - tidak terpakai mulai Tahun Taksiran 2012 - 20211,000 (Terhad)
23Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Tertunda (Deferred Annuity) - berkuatkuasa mulai Tahun Taksiran 2012 hingga tahun taksiran 2021.3,000 (Terhad)



24Insurans pendidikan dan perubatan3,000 (Terhad)
Sumber : LHDN

Semoga panduan Pelepasan Cukai Pendapatan Individu LHDN ini bermanfaat buat semua pembayar cukai.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604