Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Senarai Peserta MLM 2016 Maharaja Lawak Mega

$
0
0
Senarai Peserta MLM 2016 Maharaja Lawak Mega. Program komedi popular Malaysia terbitan Astro, Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM 2016) kembali lagi. Program realiti bersiri bersiaran secara langsung ini akan mengabungkan beberapa pelawak lama dan baru berkumpulan dan solo. Nama-nama besar yang tidak bertanding kali ini adalah Kumpulan Sepahtu, Jozan, Nabil Ahmad dan Zero. Beberapa pelawak terkenal yang bertanding telah bergabung membentuk kumpulan baru seperti Rahim R2, Ajak Shiro, Tauke Jambu dan Syuk SYJ. 

Berikut adalah Senarai Peserta MLM 2016 Maharaja Lawak Mega yang bakal bersiaran secara langsung LIVE setiap Jumaat jam 1000 malam bermula 29 Januari 2016 di Astro Warna 132 dan Astro Mustika HD saluran 134. Untuk makluman, pemilihan peserta MLM 2016 kali ini dibuat lebih awal tanpa menggunakan format ‘Hotseats’ atau Kerusi Panas kerana juara, pemenang tempat kedua dan ketiga Projek Komedi Warna secara automatik layak untuk menyertai MLM 2016. 

Peserta MLM 2016 Maharaja Lawak Mega

Senarai Peserta MLM 2016 Maharaja Lawak Mega

Berikut senarai 15 peserta MLM 2016 merangkumi 13 peserta kumpulan dan 2 solo.
  1. Kumpulan Awok
  2. Kumpulan Bocey
  3. Kumpulan Bora
  4. Kumpulan Bos
  5. Kumpulan Cham (Along dan Azrul)
  6. Kumpulan Chilok
  7. Kumpulan Enjen
  8. Kumpulan Jaros (Shuk SYJ, Rahim R2 dan Joey Jalor)
  9. Kavin Jay
  10. Kumpulan LOL (Angah Raja Lawak, Tauke Jambu dan Ajak Shiro)
  11. Kumpulan Puteh
  12. Reza Mukmin
  13. Kumpulan Saywho
  14. Kumpulan Shake
  15. Kumpulan Xola

Informasi Maharaja Lawak Mega 2016

Hadiah

  1. Juara : wang tunai RM500,000 beserta trofi
  2. Naib juara (Kedua) : RM250,000
  3. Ketiga : RM150,000
  4. Keempat : RM50,000
  5. Kelima : RM15,000

Waktu Siaran

  1. Setiap Jumaat bermula 29 Januari 2016 (Jam 1000 malam)
  2. Siaran Langsung di Astro Warna saluran 132 dan Astro Mustika HD saluran 134

Misi Lawak

  • Slot istimewa akan diperkenalkan dan akan bersiaran selama 15 minit sebelum siaran langsung MLM 2016

Hos

  • Datuk AC Mizal

Barisan Juri

  • Empat barisan juri tetap akan diketahui pada episod pertama MLM 2016 

Semoga Senarai Peserta MLM 2016 Maharaja Lawak Mega ini mampu memberikan persembahan terbaik buat semua peminat program lawak no 1 di Malaysia ini. Sila layari www.maharajalawakmega.com.my untuk sebarang pengumuman dan aktiviti terkini.


Sumber : Astro Gempak



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>