Harga Terkini Minyak RON95 RON97 Diesel Januari 2015 Malaysia. Harga RON 95 dan diesel dijangka akan turun kepada di antara RM1.90 dan RM1.95 seliter mulai 1 Januari 2015.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan di twitter beliau berkata pengumuman itu akan dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).
"Ia dijangka RON 95 dan diesel akan menjadi antara RM1.90 dan RM1.95 seliter berkuatkuasa 1 Jan 2015.Walau bagaimanapun, beliau tidak ada menyatakan tentang harga minyak RON 97 yang sekarang dijual pada harga runcit di RM2.46 seliter bulan Disember 2014.
"Pengumuman itu akan dibuat oleh KPDNKK,"
Harga runcit bagi RON95 adalah RM2.26 seliter manakala diesel adalah RM2.23 seliter pada bulan Disember 2014.
Pada 21 Nov yang lalu, kerajaan telah memutuskan bahawa subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Dis berikutan pelaksanaan sistem apungan terurus.
Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.
Awal bulan ini, harga RON 95 dan RON 97 dikurangkan sebanyak empat sen dan sembilan sen, menjadikan harga masing-masing kepada RM2.26 seliter dan RM2.46 seliter.
Walau bagaimanapun, harga diesel telah dinaikkan sebanyak tiga sen daripada RM2.20 seliter.
Terkini
Harga petrol RON95 dan RON97 akan menurun sebanyak 35 sen seliter manakala diesel turun 30 sen, mulai 1 Januari 2015.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, dengan penurunan itu, harga minyak seliter kini RM1.91 untuk petrol RON95, RM2.11 (RON97) dan RM1.93 bagi diesel.
* Harga runcit minyak Malaysia Untuk Bulan Januari 2015 RON95 - RM1.91 (turun 35 sen seliter)
RON97 - RM2.11 seliter (turun 35 sen seliter)
Diesel - RM1.93 seliter (turun 30 sen seliter)
kredit grafik dari myMetro
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI