Dunia Puji Indonesia Atas Carian Pantas Pesawat AirAsia QZ8501 Yang Hilang. Serpihan pesawat AirAsia QZ8501 akhirnya berjaya dijumpai hari ini di perairan Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, pada pencarian hari ketiga yang diketuai oleh BASARNAS. Operasi pencarian ini dianggap sebagai pencarian yang paling cepat dan pantas sepanjang sejarah tragedi penerbangan dunia. Informasi lanjut dan terkini mengenai pesawat AirAsia QZ8501 ini boleh rujuk di SINI.
Media asing, Wall Street Journal (WSJ), seperti dipetik detikcom pada Selasa (30/12/2014), menyatakan bahawa Indonesia mempunyai keupayaan pencarian dan penyelamatan paling termaju di antara negara-negara Asia.
Kemampuan ini, menurut pemerhati asing yang dipetik dari WSJ, dirujuk dari pengalaman atas insiden pesawat dan kapal feri yang terjadi sebelumnya.
"Indonesia mempunyai banyak pengalaman dengan bencana. Satu hal, mereka sangat baik dalam menyiasat kemalangan," tutur Greg Waldron yang merupakan managing editor dari penerbitan industri FlightGlobal untuk wilayah Asia.
Waldron menambah, pasukan penyelidik Indonesia mempunyai hubungan mendalam dengan lembaga-lembaga yang menyiasat insiden penerbangan dunia, termasuk US National Transportation Safety Board (NTSB), sehingga siasatan yang dilakukan adalah sangat menyeluruh.
WSJ kemudian merujuk kepada insiden pesawat Lion Air pada 13 April 2013 lalu di Bali. Walaupun tidak ada yang mati, sebut WSJ, Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan (KNKT) telah mengeluarkan laporan selang sebulan, atau pada Mei 2013. Kemudian laporan awal insiden jatuhnya pesawat Sukhoi Superjet 100 pada Mei 2012 lalu, yang menewaskan 45 orang juga dikeluarkan pada Ogos 2013 , selang beberapa bulan sahaja.
"Indonesia sebenarnya mempunyai kenderaan laut tanpa pemandu yang boleh melakukan navigasi di dalam gelombang laut besar," ucap Mark Martin dari Martin Consulting yang merupakan syarikat perunding penerbangan bebas - lapor Detiknews
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI