Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Gambar Pesawat AirAsia EZD 272 Terbabas Di Lapangan Terbang Kalibo Filipina

$
0
0
Gambar Pesawat AirAsia zest

Gambar Pesawat AirAsia Zest EZD 272 Terbabas Di Lapangan Terbang Kalibo Filipina 30-12-2014. Minggu yang malang bagi pesawat AirAsia. Kali ini pesawat AirAsia EZD 272 pula terbabas sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Kalibo, Filipina pada petang Selasa, 30 Disember 2014.

BERITA TERKINI MENGENAI PESAWAT AIRASIA QZ8501 YANG TERHEMPAS DI SINI

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) berkata, pesawat AirAsia itu membawa seramai 153 penumpang dan enam anak kapal terbabas di Landasan 23 pada pukul 5.43 petang.

Jurucakap CAAP, Eric Apolonio berkata, kesemua penumpang dalam penerbangan EZD 272 dari Manila ke Kalibo selamat.

Gambar Pesawat AirAsia zest

Pengurus CAAP kawasan Visayas Barat, Percy Malonesio berkata, operasi lapangan terbang dihentikan sementara bagi membolehkan pasukan mengalihkan pesawat itu untuk landasan dapat digunakan semula.

Menurut CAAP, punca pesawat Airbus A320 yang dipandu oleh juruterbang Antonio Miguel Halaguena terbabas dari landasan masih dalam siasatan.

Gambar Pesawat AirAsia EZD 272 Terbabas Di Lapangan Terbang Kalibo Filipina

Pengurus Lapangan Terbang Antarabangsa Kalibo, Cynthia Asperas dalam satu temuramah berkata, "angin kencang" mengakibatkan pesawat itu terbabas dari landasan.

Cuaca buruk di Filipina telah menjejaskan perjalanan udara di negara itu, dan dilaporkan sekurang-kurangnya empat penerbangan dibatalkan. - lapor mStar online,/Philippine Daily Inquirer/ ANN

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>