Berita Terkini Pesawat AirAsia QZ8501 Sah Terhempas 301-12-2014. Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia menemui serpihan pesawat dan enam mayat dipercayai penumpang penerbangan QZ8501 di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.
Sebelum ini, Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia mengesahkan bahawa serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501.
Lokasi Penemuan Serpihan Dan Mayat Pesawat AirAsia QZ8501 Yang Hilang
Sejumlah objek gelongsor kecemasan dan pintu dipercayai milik pesawat AirAsia QZ8501, dikesan ketika misi pencarian melalui udara dijalankan oleh pasukan penyelamat, lapor pihak berkuasa Indonesia hari ini.
Pegawai Tentera Udara Indonesia, Agus Dwi Putranto dalam sidang akhbar berkata, pihaknya mengesan kira-kira 10 objek besar dan banyak lagi objek kecil berwarna putih di kawasan pencarian, kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat yang membawa 162 penumpang itu dikesan radar.
Beliau turut menunjukkan 10 objek yang merupakan pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan objek berbentuk kotak.
Antara objek yang ditemui di sekitar pesawat AirAsia Terhempas
Seorang jurugambar AFP yang menyertai misi pencarian berkata, dia turut melihat sejumlah objek yang menyerupai rakit getah, jaket keselamatan dan tiub panjang berwarna jingga.
Kru kapal perang Indonesia, KRI Bung Tomo sudah membawa naik lebih 40 mayat dari laut dalam operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501, menurut jurucakap tentera laut Indonesia.
"Berdasarkan hubungan radio tentera laut, dilaporkan kapal perang Bung Tomo sudah membawa naik 40 mayat dan bilangannya semakin bertambah. Mereka amat sibuk sekarang," kata Manahan Simorangkir. - AFP
* Terkini Jumlah Mayat Yang Ditemui- Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) pada Selasa berkata, hanya tiga mayat yang ditemui setakat ini dalam operasi mencari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, selepas pegawai lain menyatakan 40 mayat dijumpai.
"Hari ini (Selasa) kita telah membawa tiga mayat dan kesemuanya kini di dalam kapal perang Bung Tomo," kata F.H Bambang Soelistup pada sidang media di Jakarta.
Beliau menambah, tiga mayat itu terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki.
Terdahulu, jurucakap tentera laut Indonesia, Manahan Simorangkir memberitahu AFP bahawa menurut radio tentera laut, sebuah kapal perang telah menemui lebih 40 mayat di perairan, tetapi kemudiannya berkata bahawa laporan itu merupakan satu salah faham dengan pegawainya.
Pesawat Airbus A320-200 yang membawa 162 orang terhempas pada Ahad, dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura, dengan bangkai pesawat ditemui dekat lokasi ia terputus hubungan. - AFP
Kenyataan Dari AirAsia
Syarikat penerbangan AirAsia dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, serpihan pesawat itu ditemui di Selat Karimata kira-kira 110 batu nautika barat daya Pangkalan Bun.
"Pesawat itu merupakan Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC. Terdapat 155 penumpang dan tujuh anak kapal dalam pesawat itu.
"Pada ketika ini, operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan dan siasatan lanjut terhadap serpihan yang ditemui masih sedang berjalan," katanya.
Menurut kenyataan itu, kakitangan AirAsia Indonesia telah dihantar ke lokasi penemuan serpihan dan akan bekerjasama dengan Basarnas.
Tambahnya, Jawatankuasa Nasional Keselamatan Pengangkutan (KNKT) Indonesia akan melakukan siasatan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, "Saya berasa amat dukacita. Ini merupakan saat yang paling sukar buat kami di AirAsia di mana kami menunggu perkembangan lanjut mengenai operasi mencari dan menyelamat, namun keutamaan kami pada masa ini adalah memastikan kebajikan ahli keluarga mereka yang terlibat dengan nahas QZ8501."
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko pula berkata: "Kami di sini pada hari ini dengan perasaan yang sedih disebabkan keadaan yang tragis ini. Kami menghulurkan simpati kepada keluarga dan sahabat handai mereka yang terbabit dengan nahas QZ8501. Kami juga menghulurkan simpati buat keluarga kepada kakitangan kami.”
Menurut kenyataan AirASia, syarikat penerbangan itu akan menjemput ahli keluarga mangsa ke Surabaya, di mana pasukan penyedia penjagaan yang khusus akan ditugaskan kepada setiap keluarga bagi memastikan segala keperluan dipenuhi.
"Kaunselor, pegawai keagamaan dan kerohanian turut dijemput ke pusat keluarga bagi memberikan perkhidmatan yang diperlukan," tambahnya.
Pesawat QZ8501 terputus hubungan pada pagi Ahad lalu dalam penerbangannya dari Surabaya ke Singapura - mStar online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI