Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Cerita Suami Sabar Menunggu Malam Pertama

$
0
0
Malam Pertama
Cerita Suami Sabar Menunggu Malam PertamaSiapa pun tidak mudah percaya dengar pengakuan yang seperti ini. Begitulah juga saya. Kisahnya adalah mengenai seorang kawan - usia 41 tahun - yang baru berkahwin. Ini perkahwinannya yang pertama. Isterinya pula anak dara, baru 25.

Sebagai kawan yang prihatin, seminggu selepas dia berkahwin, saya cuba merisik 'khabar' ketika kami minum kopi di sebuah kedai mamak. Saya bertanya, tidakkah selepas berkahwin dia rasa menyesal kerana membazirkan masa yang begitu lama untuk menikmati saat bahagia ini. Walaupun sudah berusia 41, kawan saya itu seperti juga pengantin baru lain, tetap malu-malu apabila disentuh hal yang itu.

"Tak adalah, tak adalah ...," katanya sambil tergelak-gelak dan cuba mengelak.

Bukan saya sahaja yang mengusiknya, dua lagi rakan juga tidak mahu ketinggalan. Saya masih ingat suatu anekdot yang popular ketika remaja dahulu. Kononnya, seseorang pengantin  akan rasa menyesal selepas melalui malam pertamanya.

Penyesalannya itu kerana dia selama ini tidak tahu betapa seronoknya malam pertama hingga dia berasa, kalaulah dia tahu lebih awal, sudah lama dia berkahwin malah sebelum ibu dan bapanya sendiri berkahwin.

Jenaka itu turut jadi bahan  kami mengusik kawan yang seorang ini. Apa lagi dia sendiri berkahwin dalam usia yang lewat, sedangkan saya yang sebaya ini pun sudah beranak empat. Kami terus juga mengusik, merisik 'khabar' bagaimana dia melalui pengalaman yang hanya sekali seumur hidup itu.

Alangkah terkejutnya saya apabila dia membalas usikan kami dengan jawapan: "Belum!"
"What??? Bellumm?"

"Aku tak percayalah," kata saya .

"Masakan sudah tidur sebelah menyebelah pun masih belum. Tobat lahum aku tak percaya."

"Betul, aku cakap betul. Belum lagi..." katanya.

"Aku pun tak percaya, tapi tak apalah... katakanlah aku percaya, aku nak tanya, apa kau memang tak 'berasa'... ataupun kau ni memang ada masalah ke apa?" kata kawan yang seorang lagi pula.

"Lagi pun, kau ni bukan ke dah lama sangat menunggu? Kau cakap la apa pun, memang aku tak percaya ..." kata saya.

Si pengantin yang tadinya diam, hanya tersenyum. Tidak lama kemudian, dia bersuara: "Aku cakap apa yang betul. Terpulanglah korang nak percaya ke tidak. Aku kata belum, belumlah!
Walaupun memang tidur sebelah menyebelah, tapi ada banyak sebab untuk aku tangguh dulu hal itu. Orang kahwin bukan semata-mata sebab seks bro."

Nah!
Kemudian dia menyambung lagi: "Ya, aku memang sudah lama menunggu. Korang sudah beranak pinak, aku baru jadi pengantin. Kalau selama ini aku boleh bersabar, mengapa seminggu dua ini tak boleh? Kalau boleh, aku mahu tunggu seminggu dua lagi, aku mahu betul-betul enjoy debaran ini.

"Tetapi itu bukan sebab utama.  Sebenarnya, aku mahu antara aku dengan isteri aku, benar-benar saling mengenali. Biar kenal betul hati budi masing-masing. Biar penyerahan antara kami  bukan hanya pada raga tetapi keseluruhannya. Nak kata aku tidak ada perasaan, come onlah, aku sihat walafiat la bro.

"Banyak lagi agenda aku dalam perkahwinan ni, bukan untuk nafsu semata-mata. Aku mahu didik isteri aku dulu. Biar dia tahu bahawa suami dia ni bukan kaki gelojoh tetapi penyabar.
"Aku nak dia yakin pada aku. Keyakinan ini hanya boleh ditanam sekali saja dalam hidup dia dengan aku. Dan inilah masanya.

"Apa yang penting bagi aku, sekarang dia boleh lihat diri aku luar dalam bagaimana. Aku lebih utamakan solat jemaah setiap kali masuk waktu. Didikan di awal hidup sebagai suami isteri ini bagi aku lebih penting daripada aktiviti atas katil. Insya ALLAH ini akan jadi bekalan yang meyakinkan dia kepada diri aku seumur hidup."

Panjang lebar syarahannya.

FUHHH! Ketiga-tiga kami hanya diam membatu. Masing-masing terkedu. Seperti saya, saya percaya dua lagi rakan juga turut rasa terpukul. Apa lagi nak dikatakan kerana apa yang diceramahkannya itu memang betul.

"Akhirnya di celah-celah runtuhan rasa ego kononnya kami sebagai 'otai' yang masing-masing sudah hampir 20 tahun berumah tangga dan berniat pula mahu mengusik seorang kawan yang baru berkahwin, saya bangun bertanya: "Buku mana yang kau baca hingga kau dapat idea nak buat macam ini?"

"Buku apa pulak? Ini aku sendiri yang fikirlah. Aku sendiri yang kaji kerana aku mahu betul-betul puas hati apabila aku buat keputusan nak kahwin. Aku juga mahukan yang terbaik daripada perkahwinan ini," katanya.

Luar biasa. Tiba-tiba saya teringat ungkapan yang sering disebut Pak Legisan Sugimin dalam setiap sesi ESQ.

Walaupun saya masih cuba berlagak ego di hadapan pengantin baru itu, hati saya sebenarnya sudah tertunduk malu sekali gus akur atas keluarbiasaan pendekatannya menunggu malam pertama - Sinar Harian

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604