Siaran Langsung Kejohanan Badminton Dunia 2014 Denmark | Live streaming Li-Ning BWF World Championships 2014 - 'Detik terakhir' hadir secara kebetulan untuk dua personaliti badminton negara - Datuk Lee Chong Wei dan Rashid Sidek di Kejohanan Dunia di Copenhagen.
Rashid yang difahamkan bakal meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), akhir tahun ini mahu membantu Chong Wei menjadi juara kerana beranggapan ia sebagai peluang terakhir untuk jaguh kebangsaan berbuat demikian tahun ini pada usia 32 tahun.
Kedua-dua adalah jaguh dalam acara perseorangan pada era berbeza tapi memiliki pencapaian hampir sama, termasuk menjadi pemain nombor satu dunia - cuma Chong Wei dapat bertahan lebih lama, iaitu sejak 21 Ogos 2008.
Kedua-dua ikon ini juga memenangi pingat di Sukan Olimpik (Rashid menang gangsa pada 1996 di Atlanta dan Chong Wei menang perak dua kali di Beijing 2008 dan London 2012).
Senarai penuh pemain Malaysia ke Kejohanan Badminton Dunia 2014 di SINI
Senarai penuh pemain Malaysia ke Kejohanan Badminton Dunia 2014 di SINI
Saksikan LIVE STREAMING Badminton Kejohanan Dunia 2014 di Denmark di LINK 1
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINIFollow @rossacalla