Dua Hospital Baru Kerajaan Bakal Di Bina Di Iskandar Malaysia | Dua hospital kerajaan akan dibina di kawasan Iskandar Malaysia di bawah Rancangan Malaysia Ke -11 (RMK11) bagi menampung keperluan penduduk yang semakin padat.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri telah memohon pembinaan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Dua di atas tapak milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Tampoi dan Pasir Gudang.
“Pada masa ini kita mempunyai tiga hospital kerajaan di kawasan Iskandar Malaysia termasuk HSA, Hospital Sultan Ismail (HSI) dan di Kulaijaya.
“Keperluan hospital kerajaan di kawasan Iskandar ini merupakan keutamaan kita kerana HSA tidak mampu menampung jumlah pesakit yang semakin ramai,” katanya selepas menghadiri Majlis Perasmian Hopsital Pakar KPJ Pasir Gudang, semalam.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat, Pengerusi KPJ Healthcare Berhad, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim dan Presiden KPJ Healthcare Berhad, Amiruddin Abdul Satar.

Sementara itu, dalam ucapannya, Mohamed Khaled turut memberitahu, Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) telah menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji pelan tindakan menjadikan Johor sebagai Hab Kesihatan di rantau ini.
“Enam kluster telah dikenal pasti sebagai fokus kita termasuk perkhidmatan kesihatan, perkhidmatan sokongan, penjagaan orang tua, modal insan, perkilangan serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
“Setakat ini kita mempunyai 15 hospital di sekitar kawasan Iskandar dan dijangka akan bertambah menjadi 20 hospital, ini merupakan peluang Johor menjadi Hab Kesihatan di rantau ini dengan kehadiran banyak pakar perubatan,” katanya.

Dalam pada itu katanya, kepesatan pembangunan infrastruktur perubatan di negeri ini membuka lebih banyak peluang ekonomi dan menggesa sektor korporat dan swasta untuk sama-sama memainkan peranan.
“Bagi membangunkan Hab Kesihatan ini bukan hanya peranan pihak kerajaan tetapi juga swasta perlu sama memberi sokongan.
“Contohnya pembukaan kilang membekalkan bahan-ubatan untuk keperluan hospital. Mungkin kita akan pertimbangkan sokongan dalam bentuk insentif,” katanya - Sinar Harian

Follow @rossacalla