Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Kisah Pencari Madu Terselamat Jatuh Dari Pokok 100 Kaki

$
0
0
Kisah Pencari Madu Terselamat Jatuh Dari Pokok 100 Kaki
Gambar hiasan

Kisah Pencari Madu Terselamat Jatuh Dari Pokok 100 Kaki BESUT - Berpantang maut, sebelum ajal. Begitulah nasib seorang lelaki berumur 42 tahun di sini yang masih hidup selepas terjatuh dari sebatang pokok setinggi 100 kaki dan merangkak lapan jam di dalam hutan ketika mencari madu lebah.

Dalam kejadian 11 pagi Isnin minggu lepas itu, mangsa Budin Mamat, 42, yangpatah kaki kirinya dan retak tulang belakangnya terpaksa merangkak sendirian di dalam hutan tebal sebelum menghanyutkan dirinya di sebatang sungai sejauh 3 kilometer sebelum terdampar di tebing pasir dalam sebuah ladang kelapa sawit  hingga ditemui penduduk.

Adik mangsa Mat Yeh Mamat, 40, yang ditemui di Kampung Gong Tok Tor, TokRaja di sini hari ini berkata abangnya seorang pencari madu lebah keluar rumah seorang diri Isnin minggu lalu menuju ke sebuah kawasan hutan pendalaman di Dolok jauh dari Kampung Beliku, Kampung La di Hulu Besut.

Beliau berkata abangnya yang masih bujang itu menemui sebuah sarang lebah di sebatang pokok setinggi 100 kaki lalu memanjatnya untuk mengambil madu lebah berkenaan.

“Setelah siap mengambil madu dari sarang lebah di situ dan ketika hendak turun dia terjatuh dari atas pokok berkenaan hingga menyebabkan kaki kirinya patah dan tulang belakangnya retak,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya mangsa pengsan beberapa minit sebelum dia mengambil keputusan menyelamatkan diri dengan merangkak dalam keadaan kesakitan untuk mencari bantuan.

Mat Yeh berkata setelah lebih lapan jam merangkak dalam kegelapan malam diabertemu sebatang sungai dan menghanyutkan dirinya sebelum terdampar di tebing pasir dalam sebuah ladang kelapa sawit tengah hari keesokannya.

Beliau berkata dengan bantuan penduduk yang menemui abangnya, dia dihantar ke Hospital Daerah Besut untuk rawatan kecemasan sebelum dihantar bagi mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Baharu.

Katanya mengikut penduduk yang menjumpai abangnya, jarak dari pokok tempat Budin jatuh hingga ke tebing pasir semasa dia ditemui ialah kira-kira 3kilometer. - Bernama





Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>