Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Harga Perodua Viva Selepas Pengurangan Harga 17 Jun 2014

$
0
0
Harga Perodua Viva Selepas Pengurangan Harga 17 Jun 2014
Harga Perodua Viva Selepas Pengurangan Harga 17 Jun 2014PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengurangkan harga di atas jalan bagi semua varian model Viva keluaran syarikat itu sehingga RM5,300 bagi memberikan lebih nilai kepada pelanggannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pengurangan harga itu dapat dilakukan kerana usaha penjimatan kos syarikat itu sejak 2011.

“Pengurangan harga ini juga bertepatan kerana ia menjadikan Perodua Viva kereta aras permulaan paling mampu milik di negara ini, selain selari dengan aspirasi kerajaan untuk menghasilkan lebih banyak kereta mampu milik untuk rakyat Malaysia.

“Pelanggan kami juga dapat pakej servis percuma selama tiga tahun yang kini ditawarkan kepada semua pelanggan baharu Perodua,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengurangan harga itu bermula hari ini di semua 181 pusat jualan Perodua di seluruh negara.

Harga Jualan Terkini Perodua Viva Selepas Pengurangan Sehingga RM5,300
1) Model Viva AM6BXD kini berharga RM22,000 (selepas pengurangan RM3,000) dan 

2) Viva AM1EZD RM36,800 (selepas pengurangan RM4,500) manakala 

3) model Viva AM8EXD, AM1BZD dan AM1GXD pula masing-masing berharga RM27,900, RM29,900 dan RM32,900 selepas harga jualannya dikurangkan sebanyak RM5,300.

Selain pengurangan harga itu, Perodua akan memberi bonus tunai RM800 kepada pembeli yang mendaftarkan kereta Viva antara 17 Jun dan 31 Ogos tahun ini - Sinar Harian




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>