Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 5604 articles
Browse latest View live

Permohonan Pinjaman TEKUN Nasional

$
0
0
Borang Dan Syarat Pinjaman TEKUN Nasional. Anda minat berniaga tetapi tiada modal. Bagaimana cara mengatasinya? Ya memang ramai yang berminat untuk berniaga tetapi modal perniagaan adalah merupakan masalah atau penghalang utama dalam memajukan atau memulakan sesuatu perniagaan. Kini anda tidak perlu risau lagi, kerana anda boleh membuat pinjamanTEKUN Nasional. Baca panduan pinjaman di bawah ini untuk keterangan yang lebih lanjut.
borang Permohonan Pinjaman TEKUN Nasional
Berikut disertakan informasi dan panduan penting berkenaan skim pinjaman Tekun Nasional meliputi syarat dan prosedur pinjaman yang dikongsikan dari Portal Rasmi TEKUN Nasional.

Borang Permohonan Pinjaman TEKUN Nasional

  • Anda boleh mendapatkan borang permohonan pinjaman TEKUN Nasional di mana-mana pejabat TEKUN kawasan, Pusat Pembangunan Usahawan TEKUN Nasional (Business Centre), Pusat Khidmat Bergerak (TEKUN Mobile) atau dimana-mana kaunter perkhidmatan TEKUN Nasional. 
  • Permohonan hendaklah dihantar ke pejabat TEKUN kawasan parlimen di lokasi premis perniagaan / projek anda

Kadar Faedah Atau Caj Perkhidmatan

  • Peminjam dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% setahun

Jumlah Pinjaman Tekun

Jenis Pinjaman Jumlah PinjamanTempoh Bayaran
Skim Pinjaman Mikro ( SPM )RM 1,000 – RM5,000Sehingga 3 tahun
Skim Pinjaman Mikro ( SPM )>RM 5,000 – RM10,000Sehingga 5 tahun
Skim Pinjaman Kecil ( SPK )>RM 10,000 – RM50,000Sehingga 5 tahun
Skim Pinjaman Sederhana (SPS )>RM 50,000 – RM100,000Sehingga 10 tahun


Jumlah Pinjaman Jumlah Bayaran Proses
RM 1,000 – RM 5,000RM 50
> RM 5,000 – RM 10,000RM 100
> RM 10,000 – RM 20,000RM 150
> RM 20,000 – RM 30,000RM 200
> RM 30,000 – RM 40,000RM 250
> RM 40,000 – RM 50,000RM 300
> RM 50,000 – RM 100,000RM 500

Tempoh Bayaran Balik

  • Tempoh bayaran balik pinjaman adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun.

Cara Bayaran Balik

  • Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh.

Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN

  • Usahawan diminta membayar Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN sebanyak 4% daripada nilai pinjaman setiap tahun sepanjang tempoh pinjaman. Bayaran sumbangan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.

Simpanan

  • Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai pinjaman setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.

Perlindungan Insurans

Usahawan TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Pinjaman dan Insuran Hayat & Kemalangan ( peminjam ) yang ditetapkan oleh TEKUN Nasional dalam tempoh pinjaman.

Syarat Kelayakan Asas Pinjaman TEKUN Nasional

  1. Bumiputera dan Masyarakat India ( Program Khas Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India - SPUMI )
  2. Berumur 18 – 65 tahun.
  3. Telah menjalankan perniagaan atau mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
  4. Mempunyai lesen / Permit  / Daftar Perniagaan yang sah ( Pinjaman di bawah RM 5,000 tidak perlu Pendaftaran Perniagaan [ SSM ]  ).
  5. Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak ( mobile ).
  6. Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan ( Pinjaman sehingga RM 5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga secara sambilan )
  7. Satu pinjaman bagi satu isi rumah ( kecuali perniagaan yang berasingan dan rekod bayaran balik yang baik bagi isirumah ).
  8. Bayaran balik pinjaman RM 20,000 sehingga RM 100,000 menggunakan bayaran Cek Tertunda Tarikh ( Post- Dated Cheque ).
  9. Bayaran balik satu bulan permulaan akan ditolak daripada pinjaman yang diluluskan.
  10. Pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal sendiri sebanyak 20% daripada keperluan pinjaman / perniagaan sebagai komitmen untuk menjalankan perniagaan ( kecuali permohonan di kalangan siswazah ).
  11. Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 100,000.
Selamat memohon buat peniaga yang berminat dengan Permohonan Pinjaman TEKUN Nasional dalam memulakan atau memperkembangkan perniagaan mereka.



Kalendar Puasa Sunat Dan Wajib 2016

$
0
0
Kalendar Jadual Puasa Sunat Dan Wajib 2016. Berikut adalah perkongsian tentang kalendar/ jadual puasa wajib dan sunat 2016 untuk simpanan agar menjadi panduan pada kita untuk melaksanakan ibadah mulia ini. Untuk tarikh penting Islam, sila rujuk Kalendar Islam 2016. Ibadah puasa mengandungi faedah dan manfaat yang besar, malah selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan elok juga melakukan puasa sunat yang terdapat dalam sepanjang tahun hijrah.

Kalendar Dan Tarikh Puasa Sunat Dan Wajib 2016

jadual dan tarikh Puasa Sunat Dan Wajib 2016

Puasa Sunat yang elok diamalkan

1. Puasa Isnin dan Khamis

Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi).

2. Puasa tiga hari setiap bulan

Ini mungkin senang sikit nak diamalkan. Tak kisah hari apa atau tarikh bila. Dalam sebulan ada 30 hari. Ambil tiga hari sahaja untuk berpuasa. Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan. Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Itu pasal nama ‘Hari Putih’

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi)

Inginkan Anak Cemerlang? Klik Disini! 

3. Puasa hari ini, esok tak puasa

Lusa puasa semula, tulat tak puasa. Ini maknanya puasa sehari, tak puasa sehari. Selang seli antara keduanya. Ini juga termasuk puasa sunat yang afdal.

Sabda Nabi s.a.w: Maksudnya “Seafdal-afdal ialah fesyen puasa Nabi Daud. Adalah Nabi Daud berpuasa sehari dan berbuka puasa sehari” (Riwayat Bukhari)

4. Puasa pada hari Arafah

Bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah ini ialah Sembilan Zulhijjah. Puasa pada hari tersebut  besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan.
Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)

5. Hari kelapan Zulhijjah

 
Amat elok berpuasa pada hari kelapan Zulhijjah  iaitu maknanya dua hari berturut-turut. Ini kerana ada keazaman Nabi s.a.w untuk berpuasa pada sembilan Zulhijjah.

6. Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah

Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.

Sabda Nabi s.a.w  maksudnya:  “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim)

7. Puasa bulan Syaaban

Ini juga besar fadilatnya. Nabi s.a.w memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya Aishah r.ha. (Riwayat Bukhari)

8. Puasa ‘Asyura

Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan iaitu Hari Tasu'a. 
  • Niat puasa Hari Tasu'a dan Asyura (9 & 10 Muharram) di Niat Puasa
‘Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh.

Kalendar Takwim Puasa Sunat dan wajib tahun 2016 :

jadual dan tarikh Puasa Sunat Dan Wajib 2016


Untuk panduan umat Islam juga berikut disertakan hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

Hari Makruh berpuasa sunat

  •  Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
  •  Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
  •  Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)
  •  Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)

Hari haram berpuasa sunat

  •     Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
  •     Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
  •     Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
  •     Hari wanita sedang uzur syari’I iaitu kedatangan
  •     Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
  •     Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban

Semoga Kalendar Puasa Sunat Dan Wajib 2016 ini bermanfaat buat semua dan boleh dijadikan panduan.

 

Permohonan Kemasukan UiTM Ijazah Sarjana Muda Online

$
0
0

Permohonan Kemasukan UiTM Ijazah Sarjana Muda Secara Online

Anda berminat memasuki UiTM untuk menyambung pengajian tinggi anda? Permohonan adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Cara buat permohonan UPU ke IPTA/UA, Politeknik & ILKA SEsi 2016/ 2017 sila klik Permohonan UPU 2016

permohonan uitm online

PERMOHONAN KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) ONLINE

AMBILAN SESI 2 2015/ 2016

KEPUTUSAN PERMOHONAN KE PROGRAM SARJANA MUDA LEPASAN STPM/SETARAF SESI 2 2015/2016 (KEMASUKAN MAC 2016) BOLEH DISEMAK MULAI 5 FEBRUARI 2016 (JUMAAT) JAM 3.00 PETANG.
Untuk semakan keputusan sila klik UiTM Online

Panduan Permohonan Program Sarjana Muda Lepasan STPM 

  • 1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui http://online.uitm.edu.my bermula 28 September hingga 30 Oktober 2015.
  • 2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan  program yang ingin dimohon di http://www.selangkah.uitm.edu.my/
  • 3. Pemohon dikehendaki membeli No. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking.
  • 4. Sila nyatakan Peringkat Program (SARJANA MUDA/ PENERAPAN/ PROFESIONAL/ PLK) seperti jadual di bawah semasa pembelian No. Slip di BSN.
  • 5. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. TIADA PEMULANGAN BAYARAN sekiranya berlaku sebarang  kesilapan pembelian No. Slip.

SYARAT KEMASUKAN KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM): 

  • 1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup  permohonan.
  • 2. Bumiputera Warganegara Malaysia.
  • 3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon.
  • 4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
  • 5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.

PERMOHONAN ONLINE DIBUKA MULAI :

29 SEPTEMBER 2015 HINGGA 30 OKTOBER 2015

NOTA PENTING 

MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET)

BAGI SEMUA CALON YANG INGIN MEMOHON KE PROGRAM SARJANA MUDA UITM KEMASUKAN MAC 2015 DISYARATKAN TELAH MENGAMBIL MALAYSIAN UNIVERSITY ENGLISH TEST (MUET) DAN MENCAPAI SEKURANG-KURANGNYA MUET BAND SATU (1) KECUALI PROGRAM DI BAWAH:
BAND/TAHAP MUET
PROGRAM
KOD PROGRAM
4
1) SARJANA MUDA PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN (PENGAJARAN BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA (TESL)
ED241
2) SARJANA MUDA PENGAJIAN UNDANG-UNDANG (KEPUJIAN)
LW224

4 ATAU 3

(DENGAN UJIAN/ TEMUDUGA)
1) SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASA GUNAAN (BAHASA INGGERIS UNTUK KOMUNIKASI PROFESIONAL)
LG240
3
1) SARJANA MUDA PERUBATAN DAN SARJANA MUDA PEMBEDAHAN
MBBS240
2) SARJANA MUDA PEMBEDAHAN PERGIGIAN
DS240
3) SARJANA MUDA FARMASI (KEPUJIAN)
PH240
4) SARJANA MUDA PERAKAUNAN (KEPUJIAN)
AC220
2
1) SARJANA MUDA KEJURURAWATAN (KEPUJIAN)
HS240
2) SARJANA MUDA PENGAJIAN BAHASAN GUNAAN DENGAN KEPUJIAN (BAHASA ARAB UNTUK KOMUNIKASI PROFESIONAL)
LG242
3) SARJANA MUDA PENTADBIRAN KORPORAT (KEPUJIAN)
AM225
4) SARJANA MUDA SAINS PENTADBIRAN (KEPUJIAN)
AM228
5) SEMUA PROGRAM SARJANA MUDA DI FAKULTI MUZIK
MU220 / 221 / 222 / 223
1
SEMUA PROGRAM SELAIN DI ATAS


BAGI KEPUTUSAN MUET YANG AKAN DIUMUMKAN PADA JANUARI 2015, PERMOHONAN CALON AKAN DIPERTIMBANGKAN SEMASA PROSES RAYUAN PADA BULAN MAC 2015 BERDASARKAN KEKOSONGAN TEMPAT.


Pendaftaran Murid Tahun 1 Selangor Putrajaya 2017/ 2018 Online

$
0
0
Borang Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 2017 Dan 2018 Online. Anda ingin mendaftar anak anda ke sekolah rendah kerajaan tahun 2017 dan 2018 nanti? Permohonan pendaftaran murid ke tahun satu (Darjah 1) di Negeri Selangor dan Putrajaya tahun 2017 dan 2018 akan di buka secara online pada 1 Mac 2016 menerusi makluman Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT)KPM.
Permohonan ke Tahun Satu bagi negeri Selangor dan Putrajaya ambilan 2017 dan 2018 akan dibuka pada 1 Mac 2016.

Umum sedia maklum yang mulai tahun 2016, Jabatan Pendidikan di semua negeri akan menggunakan sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang akan membolehkan ibu bapa mendaftarkan anak mereka secara dalam talian menggantikan Sistem Pengurusan Murid Tahun Satu Online (ESPPSEL)yang akan dihentikan bermula 4 Januari 2016.  
Pendaftaran Murid Tahun 1 Selangor Putrajaya Online

Cara Buat Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Online

  1. Kawasan : Negeri Selangor Dan Putrajaya
  2. Tarikh Buka Permohonan : 1 Mac 2016
  3. Applikasi Permohonan : https://public.moe.gov.my/
  4. Panduan permohonan online : Klik FAQ
Berikut diantara soalan lazim berkenaan permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Selangor Putrajaya 2017/ 2018 Online :-
  • 1. Sistem Pendaftaran Atas Talian ini diwujudkan bagi memudahkan permohonan ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.
  • 2. Ibu bapa perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri sebelum membuat permohonan ke tahun 1.
  • 3. Hanya Ibu bapa dan penjaga yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna.
  • 4. Cara untuk mendaftar sebagai pengguna baru    
  • Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
  • Sila daftar dengan menggunakan No. Mykad yang betul    
  • 5. Cara untuk mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa    
  • Tekan Lupa Katalaluan -> Isi semua medan Maklumat Diri dan Maklumat Akuan-> Semak Jawapan.
  • 6. Jika terdapat sebarang masalah sila hubungi :-   
  • Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan Malaysia
    Aras 4, Blok E2, Kompleks E, 62604 PUTRAJAYA
    Unit ICT
    No. Tel. : 03-88849415 & 03-88849458
    E-mel :kmp.kawalan@moe.gov.my

Selamat memohon buat ibu bapa semua. Moga sistem permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Selangor Putrajaya 2017/ 2018 Online dapat mempercepatkan dan memudahkan permohonan semua.


LTDL 2016 Jadual Dan Keputusan Perlumbaan

$
0
0
Jadual Laluan Dan Keputusan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2016. Siapa juara LTDL 2016? Jelajah berbasikal terunggul di Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL), edisi ke-21 akan kembali bermula dari 24 Februari hingga 2 Mac 2016. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah penaja utama LTdL 2016 dengan Ciclista Sports Sdn Bhd akan menjadi penganjur. Menurut Laman Web Rasmi LTdL, jarak keseluruhan adalah sejauh 1,182.4 kilometer iaitu bermula dari Kangar dan berakhir di Melaka. 

Jadual perlumbaan LTdL 2016 boleh dirujuk di bawah ini manakala keputusan perlumbaan akan dikemaskini dari masa kesemasa.

keputusan ltdl 2016


Jadual Laluan Perlumbaan LTDL 2016

Berikut adalah laluan perlumbaan LTdL 2016 yang akan dimulakan pada hari Selasa untuk pengenalan pasukan. Perlumbaan akan dilangsungkan selama 8 peringkat bermula dari Kangar pada Rabu, 24 Februari dan berakhir di Melaka pada hari Rabu, 2 Mac 2016.

NOPERINGKATTARIKHNAMA LALUANJARAK DALAM KM
1Peringkat 1 24 FEBRUARI 2016KANGAR KE BALING165.5
2Peringkat 225 FEBRUARI 2016SUNGAI PETANI KE GEORGETOWN159.8
3Peringkat 3 26 FEBRUARI 2016KULIM KE KUALA KANGSAR107
4Peringkat 4 27 FEBRUARI 2016IPOH KE CAMERON HIGHLANDS129.5
5Peringkat 528 FEBRUARI 2016TAPAH KE KUALA LUMPUR149.9
6Peringkat 6 24 FEBRUARI 2016PUTRAJAYA KE REMBAU147.6
7Peringkat 7 1 MAC 2016SEREMBAN KE PARIT SULONG203.2
8Peringkat 82 MAC 2016BATU PAHAT KE MELAKA119.9

Keputusan Perlumbaan LTDL 2016

* akan dikemaskini semasa kejohanan berlangsung


Apa yang menarik kali ini adalah tiadanya laluan di Langkawi dan buat pertama kalinya Melaka dipilih sebagai destinasi terakhir LTdL 2016. Ini merupakan peluang terbaik buat Melaka yang merupakan destinasi cuti sekolah terbaik di Malaysia.

Selamat berjuang buat semua pelumba profesional dari Malaysia dan seluruh dunia untuk menjadi juara LTdL 2016 yang berprestij di Asia ini.


Syarat Baru Keputusan MUET Ke IPTA Bermula 1 Januari 2015

$
0
0
Syarat Baru Keputusan MUET Ke UA/ IPTA Bermula 1 Januari 2015 Berikut adalah syarat baru MUET untuk memasuki UA/ IPTA terkini seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri dalam BAJET 2015. Beliau mencadangkan untuk peningkatkan syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) serta syarat untuk pengijazahan.

syarat muet untuk masuk universiti

Syarat Baru MUET Untuk Masuk Universiti

Syarat baru terkini MUET untuk masuk ke Universiti adalah lulus Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada tahap-tahap tertentu berdasarkan kursus-kursus tertentu. Syarat-syaratnya adalah seperti dalam jadual di bawah:

muet ipta 2015

Syarat Masuk IPTA

  • a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 2
  • b) Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM – Band 3
  • c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 4

Syarat Pengijazahan

  • a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 3
  • b) Pengajian STEM – Band 4
  • c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 5

Institusi pengajian tinggi swasta juga digalakkan melaksanakan langkah yang sama kerana pada masa kini syarat kemasukan am ke IPTA memerlukan pemohon mencapai tahap minimum MUET iaitu Band 1.

MUET mula diperkenalkan sebagai syarat wajib masuk universiti pada tahun 2000. Pada mulanya, calon ke IPTA hanya perlu menduduki saja peperiksaan itu untuk dapat tempat. Kini segalanya telah berubah dan ditambah baik.



muet ipta 2015

Bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah di kalangan graduan secara umumnya rendah adalah isu yang sudah dipersetujui bersama oleh banyak pihak. Kita juga bersetuju bahawa ini adalah isu yang akan jadi beban kepada negara sekiranya tidak ditangani dengan betul dan perlu ditangani segera.

PM dalam ucapannya pada pembentangan Bajet 2015 menyebut lagi betapa dianggarkan kira-kira 53,000 graduan masih belum dapat kerja biarpun enam bulan selepas habis belajar. Langkah menaikkan tahap lulus MUET itu adalah untuk membantu graduan lebih yakin diri dan ada kemahiran komunikasi untuk masuk ke pasaran kerja.

Isunya ialah penguasaan Bahasa Inggeris yang perlu diperingkatkan. Ini isu kita bersama. Ini isu yang sedang menghantui kita sekarang dan akan terus menghantui kita bertahun-tahun akan datang jika tidak dicarikan penyelesaiannya dengan segera.

Semoga Syarat Baru Keputusan MUET Ke IPTA Bermula 1 Januari 2015 ini mampu dijadikan panduan untuk terus berusaha lebih gigih lagi dalam memperbaiki keputusan peperiksaan pelajar. Semoga berjaya.

Senarai Pemain Felda United 2016

$
0
0
Senarai Rasmi Pemain Felda United 2016. Pasukan Felda United FC (FUFC) merupakan salah satu pencabar Juara Liga Super 2016 melihat kepada prestasi mereka dalam beberapa musim kebelakangan ini. Walaupun mereka tidak sehebat Selangor dalam pembelian pemain dalam musim perpindahan pemain 2016, skuad kendalian Irfan Bakti masih dianggap kuat kerana mampu mengekalkan beberapa pemain utama musim ini.

Pemain Felda United 2016

Skuad Felda United masih belum lengkap lagi dan dijangka beberapa pemain termasuk pemain import baru akan diumumkan sebelum tarikh perpindahan pemain tamat. Kehilangan tonggak utama, Nduma Makeche ke Sarawak pasti tidak terasa jika mereka mampu mencari pemain baru yang lebih hebat.

Berikut adalah senarai pemain Felda United untuk musim 2016 Liga Malaysia.

SENARAI PEMAIN SKUAD FELDA UNITED 2016

PENJAGA GOL
Mohd. Fairul Azwan Shahrullai
Mohd. Soffuan Towil
Mohd. Farizal Harun
Suffian Abdul Rahman
PERTAHANAN
Adib Aizuddin Abdul Latiff
Mohammad Khairul Ismail
Mohd. Shukor Adan (Ketua Pasukan)
Mohd. Airulridzwan Razali
Firdaus Faudzi
Hasni Zaidi Jamian
Norfazly Alias
Mohd. Idris Ahmad
TENGAH
Zah Rahan Krangar (Liberia)
Ahmad Syamim Yahya
Hadin Azman
Cristie Jayaseelan
Abdul Syukur Jusoh
Lutfulla Turaev (Uzbekistan)
Ahmad Ezrie Shafizie
S.Sivanesan
PENYERANG
Bobby Gonzales
Thiago Augusto (Brazil)
Mohd. Ferris Daniel

Pemain terkini

  • Gilberto Carlos Marangoni (Brazil - Pertahanan Tengah) - Pemain import keempat

* senarai pemain akan dikemaskini dari masa kesemasa

Semoga Senarai Pemain Felda United 2016 ini mampu melonjakkan pasukan Felda United dalam Liga Malaysia tahun 2016 nanti. Semoga berjaya.



Kebaikan Dan Keburukan Shopping Online

$
0
0
Apa Kelebihan Shopping ONLINE? Hari ini dengan internet mudah alih yang begitu mudah diakses, lebih ramai pengguna kini beralih kepada pembelian barangan secara talian (shopping online) untuk semua keperluan mereka. Pakaian, kasut, produk elektrik, malah barangan runcit kini boleh dibeli melalui internet. Disamping anda berbelanja, anda juga boleh membuat duit secara online dengan mempromosikan barangan tertentu di internet melalui program affiliate terbaik Malaysia.
panduan Shopping Online terbaik

Trending Shopping Online Masa Kini

Banyak kebaikan menggunakannya antaranya seperti berikut :-
  1. tanpa perlu keluar daripada rumah atau menempuh kesesakan trafik
  2. anda boleh membeli-belah dari keselesaan rumah anda di computer atau tablet, lebih mudah untuk melakukan perbandingan
  3. diskaun
  4. anda boleh membeli-belah pada SEBARANG masa 

Kita semua tahu sebab-sebab yang tersendiri untuk membeli-belah dalam talian. Kedai perabot, elektrik, barangan sukan online juga meningkat sejak akhir-akhir ini disebabkan sambutan menggalakan pengguna. Ianya diramal akan terus meningkat sejajar dengan keselamatan bertransaksi internet dan juga perkembangan industri telekomunikasi masa kini.

Laman Web Untuk Pembelian Barangan Secara Online

Antara laman-laman web/blog yang bereputasi tinggi dan dipercayai untuk pembelian online adalah seperti berikut :

1. Zalora Malaysia

2. Lazada Malaysia 

Yang disenaraikan di bawah ini pula adalah barangan wanita muslimah meliputi baju kurung, blouse, jubah, tudung dan lain-lain lagi.


Tudung : AKED TUDUNG  
Baju Kurung & Jubah Moden Serta Blouz Murah Berkualiti dan Terkini: Myboutique2u.com  
Pakaian Muslimah : Mizna Online shop  
Pakaian Wanita : KZNabihah Boutique  
Fesyen Muslimah Terbaik : TerbaikDariLadang  


KELEBIHAN SHOPPING ONLINE

  1. Anda boleh mencari apa yang anda ingin cari samada barangan tempatan ataupun luar negara. Terdapat banyak kedai-kedai online yang pakar dalam jenis tertentu sofa atau gaya fesyen pakaian yang anda ingin cari. Jika anda suka mengetahui gaya terbaru, atau mempunyai keinginan ingin tahu apa yang terbaharu di pasaran maka membeli-belah dalam talian adalah yang terbaik.
  2. Menjimatkan masa dan kos dari perjalanan, petrol, tambang teksi dan sebagainya. Anda boleh melayari laman web/blog kedai-kedai yang berkaitan bila-bila masa.
  3. Lebih mudah untuk mencari diskaun barangan yang ditawarkan oleh laman web yangberkaitan. Kedai online biasanya menawarkan harga istimewa di talian jika sambutan yang diterima adalah menggalakan.

KEBURUKAN SHOPPING ONLINE

  • Anda biasanya perlu menunggu jangka masa yang lama untuk menerima barangan anda. Kadang-kadang, ini juga boleh mengambil masa sehingga sebulan atau lebih lama jika dihantar dari luar negara. Mungkin terdapat kelewatan dalam penghantaran, atau salah faham dan anda tidak boleh pergi bersemuka dengan pemilik kedai untuk penjelasan.
  • Kos Penghantaran pada barangan adalah ditanggung oleh pengguna kecuali melalui pembelian yang banyak atau tawaran percuma daripada penjual. Kadang-kadang kos akan menjadi tinggi yang menjadikan pembelian di talian tidak berbaloi.
  • Anda tidak dapat menguji produk sebelum anda membeli. Unsur penipuan mungkin boleh terjadi jika penjual tidak jujur. Apa yang kelihatan cantik di dalam gambar mungkin tidak secantik atau sebaik yang kita inginkan.
  • Orang risau tentang penipuan atau kecurian pembelian dengan kad kredit. Pastikan setiap laman web anda berurusan, keselamatan disahkan selamat dan dilindungi dan mempunyai maklumat ini dipaparkan dengan jelas di laman web mereka. Juga, membaca dasar privasi pada laman web untuk melihat apa yang mereka akan lakukan dengan maklumat anda. Sila berurusan dengan lawan web perniagaan yang telah terbukti keberkesanannya. 

PENDAPAT SAYA

Saya fikir membeli-belah dalam talian adalah hebat dan akan HIT pada masa hadapan. Internet adalah pusat membeli-belah anda! Membeli dalam talian adalah menyeronokkan, dan ianya adalah cara yang mudah untuk membeli-belah bagi pengguna yang kesuntukan masa. Nasihat saya pastikan laman web online yang dilayari adalah selamat, bereputasi tinggi dan jujur dalam urusniaga.

SELAMAT BERURUSNIAGA DI TALIAN!Semoga panduan Kebaikan Dan Keburukan Shopping Online ini bermanfaat buat semua.


Tips Penjagaan Bateri Handphone Yang Betul

$
0
0
Tips Penjagaan Bateri Handphone Yang Betul. Ingin Tahu Panduan Terbaik Cara Nak Panjangkan Hayat Bateri Telefon Bimbit anda?Bateri handphone adalah salah satu komponen utama yang penting untuk telefon. Tanpanya, telefon tidak boleh berfungsi. Kita dan telefon bimbit pasti tidak boleh dipisahkan. Betul tak? Kini telefon bimbit atau smartphone sudah menjadi antara keperluan asas yang penting. Dari golongan dewasa sampailah ke budak sekolah pun pasti memiliki sebuah telefon bimbit tak kisahlah dari jenama apa sekalipun. Dari jenama Samsung dan Apple yang popular hingga Lenovo dan jenama lain dari China adalah pilihan pengguna di Malaysia.

tips terbaik jaga bateri handphone

Cara Terbaik Menjaga Bateri Handpone

Namun semakin canggih pengunaan telefon tersebut terutama smartphone, semakin cepat habis hayat bateri tersebut. Kalau dulu dua tiga hari sekali baru dicas, sekarang ini mungkin anda perlus mengecas dalam sehari atau lebih kerap penggunaanya, mungkin 2-3 kali sehari. Mujur kini ada 'power bank' yang dapat membantu anda untuk memanjangkan hayat telefon anda.

Tips penjagaan bateri laptop pula boleh dirujuk di Bateri Laptop.
Bateri telefon adalah ibarat denyutan nadi telefon itu. Kalau tidak dijaga dengan baik, ia boleh mendatangkan masalah seperti bateri rosak atau bateri kembung. Kalau nak tahu bateri itu kembung mudah sahaja, keluarkan bateri dan letakkan di permukaan yang licin dan cuba putarkan. Kalau bateri itu boleh berputar seperti gasing, alamatnya terpaksalah keluarkan duit untuk beli bateri baru.

Cara Untuk Panjangkan Hayat Bateri : -

1) Mod penjimatan kuasa

Telefon pintar Android dan Telefon Windows termasuk kuasa atau mod penjimatan bateri yang biasanya terletak di menu tetapan. Ia diaktifkan sekiranya bateri mencapai tahap tertentu, memaksa bateri mematikan ciri intensif termasuk e-mel push, kecerahan skrin dan kemaskini Facebook. Malangnya Apple tidak termasuk apa-apa kuasa atau penjimatan bateri ciri-ciri pada telefon pintar, walaupun aplikasi percuma seperti 'Battery Life Pro' memantau prestasi bantuan dan menutup aplikasi

2) Kecerahan skrin 

Penggunaan bateri paling tinggi adalah pada pencahayaan skrin telephone anda makin besar skrin makin byk penggunaan bateri. Bagi menjimatkan kuasa bateri dengan memilih 'kecerahan automatik' dan skrin akan melaraskan kecerahan secara automatik bergantung kepada keadaan pencahayaan. 

Selain itu, jika penunjuk bateri mencapai tahap yang tidak menentu menjadikan kecerahan turun serendah selesa untuk memelihara kuasa seberapa banyak yang mungkin. Pastikan kunci auto diaktifkan, jadi apabila telefon anda tidak digunakan skrin menutup menjimatkan kuasa. Jika anda mempunyai telefon dengan skrin AMOLED (seperti Samsung Galaxy S3 atau S2) menggunakan kertas dinding gelap juga boleh membantu menjimatkan bateri.


3) Kurang penggunaan getaran (Vibrate)

Dalam persekitaran kerja penggunaan ringtones kuat amat disukai, tidak menggunakan mod begetar sekiranya anda berada dalam meeting malah lebih baik gunakan mod senyap lebih efektif untuk menyelamatkan penggunaan bateri anda. 


4) Offkan Telefon Ketika Mengecas 

Pastikan telefon korang di OFF dulu sebelum korang mengecas kerana arus elektrik yang keluar masuk akan merosakkan molekul dalam bateri. 

5) Jangan Cas Telefon Di Dalam Kereta

Voltage pada kereta selalunya tidak stabil menyebabkan arus yang masuk ke dalam bateri juga tidak stabil. Ini akan menyebabkan komponen bateri cepat rosak. (pasti ramai yang buat cara ni kan)

6) Habiskan Bateri Sebelum Di Cas 

Pastikan bateri telefon korang betul-betul habis baru dicas semula untuk mengelakkan ‘memory effect’. 

7) Pastikan Bateri Dicas Sepenuhnya Kali Pertama sekurang-kurangnya 8 jam

Apa jua jenis bateri telefon bimbit, pastikan ianya dicas sepenuhnya sewaktu pertama kali membelinya. Ini untuk menentukan usia bateri. Ini kerana ketika kita mengecas bateri seluruh sel dalam telefon bimbit akan berfungsi. (Ada yang beli je, terus guna walaupun bateri separuh. betul tak?)

8) Kawal Waktu Mengecas 

Jangan biarkan bateri dicas begitu lama kerana boleh merosakkan komponen di dalam bateri tersebut. Di Malaysia masih kurang lagi pengunaan charger yang akan Off sendiri selepas bateri habis dicas. 

9) Jauhkan Bateri Dari Haba contoh TV dan alat elektrik yang mengeluarkan haba

Sumber haba boleh menyebabkan bateri telefon meletup. 

10) Matikan sambungan

WiFi, GPS dan Bluetooth adalah antara yg tersedia dalam telefon moden anda. Lupa untuk mematikan WiFi anda apabila anda meninggalkan rumah dan ia akan sentiasa mencari sambungan WiFi dan menggunakan bateri lebih pada masanya. Jadi pastikan anda mematikan mana-mana sambungan luar apabila anda tidak menggunakannya. 


Ini antara cara yang boleh anda cuba untuk memanjangkan hayat bateri telefon. Semoga Tips Penjagaan Bateri Handphone Yang Betul ini bermanfaat buat semua.

Jumlah Dividen Dan Bonus Tabung Haji 2015-2016

$
0
0
Kadar Dividen Dan Bonus Tabung Haji 2015-2016. Berapa kadar dividen dan bonus Tabung Haji bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015? Pasti ramai pendeposit Tabung Haji ingin mengetahui tarikh pengumuman dan kadar Dividen dan Dividen Tabung Haji bila menjelang bulan Januari setiap tahun. Tarikh pengumuman pengagihan dijangka dibuat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada minggu ke 4 bulan Januari 2016.

Pendeposit boleh merujuk kepada Laman Web Tabung Haji untuk mendapatkan panduan lengkap dan informasi terkini berkenaan kadar bonus, cara pengiraan bonus TH, soal jawab pendeposit dan perkara penting lain. 


dividen dan Bonus Tabung Haji 2015
Berikut adalah jumlah dividen dan bonus Tabung Haji untuk tahun 2015 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa :

Kadar Dividen & Bonus Tabung Haji 2015

  • 2015 : ___ % bonus tahunan dan tambahan bonus haji __ % = __% (Akan dikemaskini)

Berikut pula adalah sejarah pembayaran dividen dan bonus TH dari tahun 2010 hingga 2015 :-

TAHUNKADAR DIVIDENKADAR BONUSJUMLAH DIVIDEN + BONUS
2015* akan dikemaskini* akan dikemaskini* akan dikemaskini
20146.25%2%8.25%
20136.00%2%8%
20126.50%1.50%8%
20116.00%Tiada bonus6.00%
20105.50%Tiada bonus5.50%

Semoga kadar dividen dan bonus TH yang akan diumumkan nanti mampu mengembirakan pendeposit Tabung Haji selepas kadar dividen & bonus ASB tahun 2015 berkurangan sedikit.




Hukum Menipiskan Bulu Kening

$
0
0
Hukum Menipiskan Bulu KeningDalam Islam. Berikut dikongsikan hukum wanita menipiskan bulu kening yang dikongsikan dari Portal Rasmi JAIS. Menipiskan termasuk mencabut, mencukur atau mengubahsuai bulu kening atau alis mata. 
“Allah melaknat perempuan-perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu pada badannya, perempuan-perempuan yang minta dicukur alis (bulu keningnya) dan perempuan-perempuan yang menjarangkan giginya untuk kelihatan cantik iaitu perempuan-perempuan yang merubah ciptaan Allah”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin Mas’ud r.a.)

Menurut Wikipedia, maksud bulu kening adalah :-
Bulu kening, kening atau alis ialah bulu yang halus dan tebal di atas kelopak mata dan di bahagian bawah dahi.
cukur bulu kening

Oleh itu bacalah seterusnya untuk mengetahui apakah hukum wanita menipiskan bulu kening mereka?

Nabi Laknat Perempuan Nipiskan Bulu Kening

Firman Allah bermaksud: "Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain daripada yang nyata (mesti terbuka daripada bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan tudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, lelaki yang menjalankan kewajibannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpamanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalnya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang / rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah wahai orang yang beriman, supaya kamu beruntung." (Surah an-Nur, ayat 31)

Hadis Lain Berkenaan Larangan Untuk Wanita

  • Wahai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang. (Maksud surah al-Ahzab, ayat 59)
  • Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Menurut Bukhari, Nabi Muhammad saw melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Hadis riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari)
  • Siapa saja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina. (Hadis riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban)
  • Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Hadis riwayat at-Thabrani)
  • Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah: "Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Hadis riwayat Muslim dan Bukhari.
  • Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Hadis riwayat at-Tabrani dan Baihaqi).

Video Ustaz Azhar Idrus - Hukum Wanita Cukur Bulu Kening

Ada dua kaedah hukum iaitu Haram dan Harus. Jom tonton.


Semoga anda mendapat iktibar dan pengajaran daripada petikan hadis di atas mengenai Hukum Menipiskan Bulu Kening. Wallahu a'lam..

Permohonan RUMAWIP Online Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan

$
0
0
Permohonan RUMAWIP Online. Anda warga Wilayah Persekutuan dan ingin memiliki rumah mampu milik? Berita baik buat anda di mana permohonan Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (Rumawip) kini boleh dimohon secara atas talian atau online.

Apa Itu RUMAWIP

Menurut FAQ, RUMAWIP ialah singkatan kepada Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan. Ia merupakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap dan bekerja di Wilayah Persekutuan.
Bagi mereka yang berminat, sila layari laman sesawang Kementerian Wilayah Persekutuan untuk mengetahui butiran lanjut mengenai RUMAWIP termasuk cara permohonan, syarat kelayakan, soalan lazim, senarai projek dan banyak lagi. Dijangkakan sebanyak 30,000 unit rumah akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang melibatkan 20,000 unit di Kuala Lumpur, 8,000 unit di Putrajaya dan baki 2,000 unit di Labuan
Permohonan RUMAWIP Online
RUMAWIP online

Cara Buat Permohonan RUMAWIP Online

Syarat Kelayakan RUMAWIP


  • Warganegara Malaysia berumur 21 tahun keatas dan telah bekerja atau bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 3 tahun (Penyata KWSP dan Borang J LHDN diperlukan)
  • Pendapatan kasar isi rumah bagi pemohon tidak melebihi RM10,000
  • Pemohon tidak mempunyai sebarang rumah kediaman di Wilayah Persekutuan
  • Pembeli hendaklah menduduki rumah dan tidak boleh disewakan kecuali mendapat kebenaran daripada agensi khas MUAWIP
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang tinggal berhampiran dengan kawasan rumah mampu milik yang dibangunkan

Borang Permohonan RUMAWIP

Garis Panduan Permohonan Rumah Mampu Milik

1. Selepas mendaftar, pemohon hendaklah mengemaskini Profil Peribadi mereka.
2. Apabila projek telah dibuka untuk permohonan, pemohon hendaklah mengemukakan permohonan secara online. Sila login sistem pendaftaran.
Garis Panduan Permohonan Rumah Mampu Milik
3. Sekiranya permohonan tersebut LAYAK DIPROSES, maka pemohon diminta mengemukakan dokumen sokongan berikut :-

       -  Salinan Kad Pengenalan Pemohon

       -  Salinan Kad Pengenalan Pasangan (Suami/Isteri)

       -  Salinan Surat Nikah / Sijil Perkahwinan / Surat Cerai / Sijil Kematian

       -  Penyata Gaji Terbaru Pemohon

       -  Penyata Gaji Terbaru Pasangan

       -  Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pemohon

       -  Penyata KWSP atau Penyata Cukai Pendapatan Pasangan

       -  Salinan Bil Elektrik

       -  Salinan Bil Air

       -  Salinan Sijil Kelahiran Anak-anak / Tanggungan

       -  Surat Pengesahan OKU Pemohon / Surat Pengesahan OKU Tanggungan (jika ada)

       -  Surat Pengesahan Majikan Pemohon

       -  Surat Pengesahan Majikan Pasangan

       -  Salinan Geran / Salinan S&P harta yang dimiliki (jika ada)

       -  Surat Akuan Sumpah

       -  Cetak Borang Permohonan/Pendaftaran


       Klik disini untuk muat turun Senarai Semak dan Surat Akuan Sumpah

4. Sekiranya permohonan LAYAK DIUNDI, maka Surat Jemputan menghadiri proses pengundian akan dihantar kepada pemohon melalui e-mel. Sila semak e-mel atau Daftar Masuk sistem untuk melihat status permohonan.Pemohon yang tidak dapat hadir, sila kemukakan Borang Pelantikan Proksi. Klik di sini untuk muat turun Borang Pelantikan Proksi.

5. Sekiranya Pemohon BERJAYA dalam proses pengundian, Surat Pengesahan akan dihantar melalui e-mel kepada Pemohon.

6. Senarai nama permohon yang berjaya akan diserahkan kepada PEMAJU yang terbabit untuk mengeluarkan Surat Tawaran Pembelian. Urusan seterusnya pihak Pemohon akan berurusan dengan Pemaju sehingga Pemohon berjaya menduduki rumah yang dipohon.


Maklumat lanjut sila klik Panduan MUAWIP

Permohonan Rumah PR1MA Borang Pendaftaran Online

$
0
0
Permohonan Dan Pendaftaran Rumah PR1MA Online. Anda seorang yang berpendapatan sederhana dan ingin memiliki rumah yang mempunyai harga mampu milik dan berpatutan? Rumah PR1MA adalah jawapannya. Justeru itu jika merasakan diri anda layak, jangan berlengah lagi jom daftar dan isi borang Permohonan Rumah PR1MA secara Online. Sila ikuti panduan dan langkah-langkah membuat permohonan seperti dinyatakan di bawah ini.

Pendaftaran Rumah PR1MA Online

Apa Itu Rumah PR1MA

Menurut Portal Rasmi PRIMA Rumahku Komunitiku, Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012 dan bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama.
Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM10,000.00. Tawaran harga rumah adalah dari RM100,000 hingga ke RM400,000.

Cara Buat Permohonan Rumah PR1MA Online

1. Semak Syarat Kelayakan

  • Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah berumur sekurang-kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat (Bujang atau berkahwin).
  • Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan  
  • pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 10,000.
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
2. Jika anda layak, sila ke langkah seterusnya iaitu sila klik MENDAFTAR RUMAH PR1MA.

** Peringatan

  • Pendaftaran akaun PR1MA adalah bagi mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan yang boleh diperlukan untuk mengakses borang permohonan dan memuat naik dokumen permohonan yang diperlukan
  • Pemohon yang telah berjaya mendaftar dikehendaki menggunakan ID Pengguna dan kata laluan semasa pendaftaran untuk mengakses borang permohonan online

3. Mengisi Borang Permohonan

Sila Klik https://register.pr1ma.my/Account/Login
  • PR1MA tidak meletakkan sebarang tarikh tutup untuk pendaftaran. 
  • Rakyat Malaysia dari golongan pertengahan, iaitu berpendapatan dari RM2,500 hingga RM10,000, boleh terus mendaftar pada bila-bila masa.
  • Salan Lazim/ FAQ klik - FAQ PR1MA

4. Dokumen Yang Diperlukan 

Pemohon perlu menyediakan dokumen dan maklumat yang berkaitan seperti yang diminta untuk memastikan proses pendaftaran yang lancar.

5. Senarai Projek Perumahan PR1MA 

6. Keputusan Permohonan Rumah PR1MA

Pemohon yang berjaya di undi akan dihubungi melalui e-mel dan SMS
Keputusan Cabutan Undi akan dipaparkan di Laman Web PR1MA

7. Cara Hubungi PR1MA

Maklumat terkini dan sebarang pertanyaan boleh dirujuk di Laman FB PR1MA atau alamat serta telefon berikut :-
PERBADANAN PR1MA MALAYSIA
1st Floor, Block F, No.2, Jalan PJU 1A/7A
Oasis Square, Ara Damansara
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Pertanyaan : No Tel Pusat Panggilan: (+603) 7962 4374

Semoga panduan Permohonan Rumah PR1MA Borang Pendaftaran Online ini bermanfaat buat semua. Sila pastikan anda dapatkan informasi terkini dan benar di Laman Web PR1MA.

Semakan Slip Daftar MUET 2016 Online

$
0
0
Semak Slip Daftar Ujian MUET 2016 Online. Dipetik dari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), pelajar kini boleh membuat Semakan Slip Daftar MUET 2016 Sesi Mac, Julai dan November secara online. Untuk makluman, Slip Daftar ini perlu ditunjukkan kepada pengawas peperiksaan untuk kebenaran atau kemasukan menduduki ujian MUET. Calon perlu Semak Slip Daftar Ujian MUET Online ini dan seterusnya mencetak slip sebelum masuk ke dewan peperiksaan MUET.
 
Semak Slip Daftar MUET Online
Semakan slip menduduki ujian atau peperiksaan MUET Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) boleh dicetak secara online dengan mengikuti panduan berikut.

Tarikh Semakan Slip Daftar Ujian MUET 2016 Online

Pengesahan butiran pendaftaran calon untuk menduduki MUET akan diberitahu kepada calon dalam Slip Daftar MUET (MUET/D) melalui portal MPM www.mpm.edu.my seperti tarikh berikut :-
  1. MUET MAC 2016 - Bermula 22 Januari 2016
  2. MUET JULAI 2016 - 18 Jun 2016
  3. MUET NOVEMBER 2016 - 9 September 2016

Jika maklumat calon tiada dalam semakan MUET/D, sila hubungi terus Majlis Peperiksaan Malaysia dengan kadar SEGERA.  Bagi calon sekolah/institusi, sila hubungi Majlis Peperiksaan Malaysia melalui Pengetua sekolah/institusi masing-masing.  

Semakan Slip Daftar Ujian MUET Online

Semakan Secara SMS

Calon boleh menyemak status MUET/D melalui khidmat Sistem Mesej Ringkas (SMS) dengan menaip MUET[jarak]INFO[jarak]nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888.

Tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang. Bagi mereka yang inginkan lulus cemerlang Peperiksaan MUET, anda boleh membeli panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan MUET ini dengan harga RM30. Sila klik link di bawah ini untuk pesanan.
  Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini! Semoga berjaya...

Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS

$
0
0
Semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS. Sudahkah anda membayar hutang PTPTN? Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah satu kemudahan pinjaman yang diberikan kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti Awam/ IPTA dan IPTS. Kini terdapat cara mudah dan pantas buat peminjam untuk mengetahui baki pinjaman pendidikan secara cepat dan tepat dengan menggunakan semakan PTPTN secara online atau SMS.
Semak Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS

Cara Semak Baki PTPTN

Berikut disertakan langkah-langkah untuk membuat semakan baki bagi memudahkan anda untuk membuat pembayaran balik menurut jadual bagi membolehkan pelajar lain yang memerlukannya dapat menikmati kemudahan pinjaman PTPTN yang sama seperti anda.

Semak Baki PTPTN Secara Online

Semak Baki PTPTN Melalui SMS

  • 1. Taip PTPTN<jarak>BAKI<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No PIN
  • 2. Hantarkan SMS ke 15888

Untuk makluman peminjam, sila dapatkan no pin/ no pinjaman dengan menghubungi talian Hotline PTPTN di 03-2080 4455 atau menghubungi melalui akaun Twitter rasmi PTPTN di https://twitter.com/twitptptn

Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj RM0.15 dan RM0.20 untuk penerimaan SMS.

Selain perkhidmatan di atas, PTPTN juga ada menyediakan perkhidmatan semakan seperti berikut :-

  1. Semakan baki deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN)
  2. Semakan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)
  3. Semak Baki Pinjaman Ujrah dan Pembiayaan Konvensional
  4. Semak Kelayakan Pelepasan Cukai SSPN-i
Untuk menyemak, sila rujuk panduan grafik di bawah ini.
semakan ptptn sms

Semoga panduan Semakan Baki Pinjaman PTPTN Online Dan SMS ini bermanfaat buat semua.
 



Panduan Peperiksaan Online PTD Gred M41 SPA

$
0
0
Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 SPA. Dikongsikan dari makluman terkini FB SPA, Peperiksaan online memasuki perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 akan diadakan pada tarikh 19 Januari 2016 (Selasa) bermula dari 08:00 hingga 09:40 malam. Sila layari laman web : http://e-semakan.spa.gov.my untuk menyemak senarai nama.

Menurut SPA, tugas Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 adalah merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat. 
panduan peperiksaan pegawai tadbir diplomatik

OK jika anda telah semak, panduan seterusnya adalah bagaimana nak buat persediaan untuk lulus cemerlang dalam peperiksaan ini?

Tak Tahu Nak Prepare Apa Untuk Exam PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK pada 19 Januari ini?
Kalau Tak Prepare Memang Susah Nak Lulus Exam Tu
Berikut dikongsikan satu rujukan khas yang dapat membantu calon dalam persediaan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 dan semua bahan di sini disusun berdasarkan pengalaman dan maklumbalas calon terdahulu. Bertajuk Pegawai Tadbir Diplomatik, komponen yang disediakan adalah bantuan bahan rujukan termasuk lebih 70 Nota Ringkas untuk persediaan calon.

  • Untuk membeli Panduan terbaik ini, sila klik PTD
 
    Satu perkara yang anda kena sedar, anda bakal bersaing dengan ribuan calon lain untuk merebut jawatan PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41 ini. Apa yang bakal membezakan anda dengan calon lain adalah, bagaimana persediaan anda untuk menghadapi PEPERIKSAAN ini. Selamat berjaya.

    Panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan Online SPA

    $
    0
    0
    Buku Panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan Online SPA. Anda berminat bekerja di Perkhidmatan Awam? Atau anda akan menghadiri temuduga atau peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dalam masa terdekat ini? Oleh itu jika anda ingin berjaya dan cemerlang dalam kedua-duanya, anda perlu berusaha dengan membuat ulangkaji atau membeli panduan buku ebook di online.  

    Salah satu lubuk buku panduan yang dicadangkan adalah di Tim Infokerjaya. Disamping membeli, anda juga boleh membuat duit secara online melalui program affiliate terbaik dan lumayan mereka dengan mendaftar di  http://jvsecurepay.com/go/affiliatekhas.php
    ebook Peperiksaan Online SPA
    Berikut adalah senarai produk yang dijual dan boleh dijadikan panduan buat mereka yang memerlukannya demi kerjaya dan masa depan yang cemerlang.

    Senarai produk

    Sila klik link untuk membeli.
    1. DVD Affiliate Ninja
    2. Kerjaya Swasta
    3. Rahsia Resume Kerja
    4. Strategi alternatif untuk kerja kerajaan tanpa melalui SPA
    5. Ebook Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan
    6. Pakej rujukan Kerjaya Jururawat khas intake lulusan SPM & Diploma
    7. Rahsia Bijak Temuduga
    8. Panduan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41
    9. Rujukan Pembantu Penguasa Kastam W17
    10. Panduan Peperiksaan Online Penolong Akauntan
    11. Panduan Temuduga Separa Perubatan
    12. Exam Online Separa Perubatan
    13. Soalan Temuduga Jururawat
    Oleh itu jangan lepaskan peluang ini. Semoga Panduan Lulus Cemerlang Peperiksaan Online SPA ini bermanfaat buat semua.
     

    Keputusan Pemenang Juara Ceria All Stars 2015 Final

    $
    0
    0
    Keputusan Pemenang Juara Ceria All Stars 2015 Final. Program realiti Ceria All Stars 2015 Astro yang mencungkil bakat kanak-kanak bawah 15 tahun akan berakhir malam ini, Jumaat 8 Januari 2016. Minggu final Ceria All Stars 2015 akhir akan menampilkan 5 finalis yang berentap untuk menjadi Juara Ceria All Stars 2015. Saksikan Ceria All Stars Akhir 2015 di saluran Astro Ceria (Saluran 611) dan Maya HD (saluran 135) bermula jam 900 malam. 
    Juara Ceria All Stars 2015 Final

    Ceria All Stars 2015 Final

    Berikut adalah serba sedikit informasi berkenaan Ceria All Stars 2015 Final
    • Hos - Jihan Muse
    • Juri Tetap - Nabil Ahmad dan Nora Danish
    • Juri Jemputan - Datuk Siti Nurhaliza
    • Sistem Pemarkahan - 50% dari juri dan 50% dari undian penonton

    Finalis

    Berikut adalah senarai 5 finalis Ceria All Stars 2015 Akhir
    1. Amira - pemain drum
    2. Lily - ahli gimnastik
    3. Born To Beat BTB - kumpulan tarian
    4. Fikry - persembahan seni kreatif
    5. LC - kumpulan tarian

    Keputusan Pemenang Juara Ceria All Stars 2015 Final & Hadiah


    • Juara Ceria All Stars 2015 -  Amira : RM 15,000 dan trofi
    • Kedua Naib Juara - Fikry : RM10,000 dan trofi
    • Ketiga - BTB RM5,000 dan trofi
    • Undian Tertinggi - Fikry : RM3,000

    Semoga finalis Ceria All Stars 2015 Final malam ini dapat memberikan persembahan terbaik dan menghiburkan penonton. Tahniah kepada semoga yang berjaya.


    Syarat Baru Kemasukan Ke Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM

    $
    0
    0
    Syarat Baru Kemasukan Ke Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM (PISMP).Anda berminat menjadi guru atau cikgu? Jika ya, berikut disertakan syarat minimum terbaru kemasukan Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) sesi 2015 atau bahasa mudahnya Syarat Jadi Guru. Kursus ini juga dikenali sebagai PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. KPLSPM atau PISMP adalah program yang sama. Untuk makluman kepada calon SPM, Kementerian Pendidikan akan menetapkan syarat kemasukan untuk pelajar mohon ke Institusi perguruan (IPG).
     
    • Permohonan Maktab Perguruan Lepasan SPM Secara Online Di PISMP
    • Permohonan UPU ke IPTA/ UA online klik Permohonan UPU 2016
    syarat kemasukan dan kelayakan ke maktab perguruan

    Apa Itu PPISMP/ PISMP

    Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah Program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

    Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


    Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.

    SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS KEMASUKAN MAKTAB PERGURUAN TERKINI

    Berikut adalah syarat asas dan kelayakan beserta syarat pengkhususan permohonan ke IPG seperti dikongsikan dari Applikasi Permohonan.

    Syarat Kemasukan Maktab Perguruan Semenanjung Malaysia

    Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baru minimum 7A bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semenanjung untuk memohon menceburi profesion perguruan bermula tahun 2014.

    Syarat Kemasukan Maktab Perguruan Sabah Dan Sarawak Malaysia

    Bagi Sabah dan Sarawak, kelonggaran minima 5A telah diberikan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion ini.
    syarat jadi guru

    SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS LAIN  

    1. Warganegara Malaysia.      
    2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2015 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1995.      
    3. Sihat tubuh badan.      
    4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.      
    5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.         
    6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:    
    7.             i. Bahasa Melayu; dan
    8.             ii. Sejarah.
    9. Lulus Bahasa Inggeris.      
    10. Memenuhi syarat bidang pengkhususan di bawah ini.

    Syarat Bidang Pengkhususan

    Berikut adalah syarat kemasukan dan senarai lengkap Bidang Pengkhususan mulai Ambilan 2015 :
    BilBidang Pengkhususan Aliran Sekolah Pencapaian Gred Minimum Dalam Mata Pelajaran Peringkat SPM
    Mata Pelajaran Peringkat SPM Gred Minimum
    1* Pendidikan Awal Kanak-Kanak Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKBahasa MelayuA-
    SJKCBahasa Cina B
    SJKTBahasa Tamil B
    2* Bimbingan dan KaunselingCalon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKBahasa MelayuA-
    SJKCBahasa Cina B
    SJKTBahasa Tamil B
    3* Pendidikan PemulihanCalon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKBahasa MelayuA-
    SJKCBahasa Cina B
    SJKTBahasa Tamil B
    4* Bahasa MelayuCalon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKBahasa MelayuA-
    SJKCBahasa Melayu A-
    Bahasa Cina B
    SJKTBahasa Melayu A-
    Bahasa Tamil B
    5* Bahasa InggerisCalon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKBahasa InggerisA
    SJKCBahasa InggerisA
    Bahasa Cina B
    SJKTBahasa InggerisA
    Bahasa Tamil B
    6* Bahasa Cina Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKBahasa Cina A-
    SJKCA-
    7* Bahasa TamilCalon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKBahasa Tamil A-
    SJKTA-
    8* Bahasa Iban Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKBahasa Iban C
    9* Bahasa KadazandusunCalon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKBahasa Kadazandusun C
    10* MatematikCalon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKMatematikA-
    Matematik Tambahan A-
    SJKCMatematikA-
    Matematik Tambahan A-
    Bahasa Cina B
    SJKTMatematikA-
    Matematik TambahanA-
    Bahasa Tamil B
    11* SainsCalon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKMana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
    Fizik/Kimia/Biologi A-
    SJKCBahasa Cina B
    Mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
    Fizik/Kimia/Biologi A-
    SJKTBahasa Tamil B
    Mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut:
    Fizik/Kimia/BiologiA-
    12* Reka Bentuk dan TeknologiCalon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKMana-mana satu (1) mata pelajaran tersebut:
    » Lukisan Kejuruteraan/A-
    » Teknologi Kejuruteraan/
    » Pengajian Kejuruteraan Awam/
    » Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
    » Pengajian Kejuruteraan Elektrikal/
    » Reka Bentuk dan Teknologi
    SJKCBahasa Cina B
    Mana-mana satu (1) mata pelajaran tersebut:
    » Lukisan Kejuruteraan/A-
    » Teknologi Kejuruteraan/
    » Pengajian Kejuruteraan Awam/
    » Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
    » Pengajian Kejuruteraan Elektrikal/
    » Reka Bentuk dan Teknologi
    SJKTBahasa Tamil B
    Mana-mana satu (1) mata pelajaran tersebut:
    » Lukisan Kejuruteraan/A-
    » Teknologi Kejuruteraan/
    » Pengajian Kejuruteraan Awam/
    » Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/
    » Pengajian Kejuruteraan Elektrikal/
    » Reka Bentuk dan Teknologi
    13* Pendidikan Islam**Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SK/SJKC/SJKTBahasa ArabB
    Pendidikan Syariah IslamiahA-
    Pendidikan Al-Quran dan Al-SunnahA-
    14* Bahasa Arab**Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKBahasa ArabB
    Pendidikan Syariah IslamiahA-
    Pendidikan Al-Quran dan Al-SunnahA-
    15* Pendidikan Seni VisualCalon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKPendidikan Seni VisualA-
    SJKCPendidikan Seni VisualA-
    Bahasa CinaB
    SJKTPendidikan Seni VisualA-
    Bahasa TamilB
    16* SejarahCalon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKSejarahA-
    SJKCSejarahA-
    Bahasa CinaB
    SJKTSejarahA-
    Bahasa TamilB
    17* Pendidikan Muzik**Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKBahasa MelayuA-
    SJKCBahasa CinaB
    SJKTBahasa TamilB
    18* Pendidikan Jasmani **Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKBahasa MelayuA-
    SJKCBahasa CinaB
    SJKTBahasa TamilB
    19* Pendidikan KhasCalon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN
    SKMatematikA-
    Mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:
    Fizik/Kimia/Biologi/Sains A-
    SJKCMatematikA-
    Bahasa Cina B
    Mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:
    Fizik/Kimia/Biologi/Sains A-
    SJKTMatematikA-
    Bahasa Tamil B
    Mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut:
    Fizik/Kimia/Biologi/SainsA-


    Nota :
    1. *   Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
             Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM
    2. ** Calon yang memohon bidang Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
    MESTI MENDUDUKI DAN LULUS UJIAN AMALI bagi bidang pengkhususan tersebut. 

    Semoga Syarat Baru Kemasukan Ke Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM ini bermanfaat buat semua pemohon yang ingin ke IPG tahun ini.



    Permohonan UPU Ke IPTA Sesi 2016/ 2017 Online

    $
    0
    0
    Permohonan UPU Ke IPTA/UA ILKA Dan Politeknik Sesi 2016/2017 Online. Berikut adalah panduan penting berkenaan dengan Permohonan UPU secara online untuk kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA)/ Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi sesi akademik 2016/2017. Borang Permohonan UPU2016/ 2017 juga di buka untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi ambilan tahun 2016.
    * Tarikh permohonan UPU 2016/2017 adalah dari 18 Januari hingga 5 April 2016. Menurut Laman Web BSN, tarikh pembelian PIN Unik UPU pula adalah pada 18 Januari 2016 hingga 4 April 2016 dimana pada tahun lepas, tarikh buka permohonan adalah pada 19 Januari 2015. Jangan dedahkan Nombor  Unik  ID  kepada  orang  lain,  kerana  ianya adalah SULIT

    Permohonan UPU 2016 Online

    Iklan permohonan akan dikeluarkan awal di akhbar utama tempatan sebelum Sistem Permohonan UPU 2016/ 2017 Online IPTA ILKA Dan Politeknik dibuka pada tarikh yang sama dengan tarikh pembelian PIN Unik ID BSN. Kebiasaannya pada bulan Jun/Julai adalah sesi kemasukan ke program asasi/diploma/sijil bagi lepasan SPM yang mana proses permohonan bermula seawal Januari (pembelian no pin) dan akan ditutup 2 - 3 minggu selepas keputusan SPM diumumkan. 

    Panduan Permohonan UPU 2016 

    1. Semak Syarat Akademik ke IPTA - Semak
    2. Soalan Lazim/ FAQ Permohonan - BPKP
    3. Semakan Senarai Program Yang Ditawarkan - e-Panduan

      Pekeliling Permohonan UPU Online 

      Sila baca Pekeliling Permohonan UPU Online di bawah ini mengikut kategori kelayakan yang boleh membantu anda dalam mengisi borang permohonan :-
      1. Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Pertama UA Bagi Lepasan STPM/Setaraf Kategori Matrikulasi/Asasi - klik Matrikulasi/ Asasi
      2. Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Asasi & Diploma UA dan Politeknik Premier Bagi Lepasan SPM/Setaraf - klik Asasi/ Diploma
      3. Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Sijil dan Diploma Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Bagi Lepasan SPM - klik Sijil/ Diploma 
      4. Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Pertama UA Bagi Lepasan STPM/Setaraf Kategori STPM dan STAM - Ijazah Pertama STPM
      Permohonan UPU ke IPTA ILKA Dan Politeknik sesi 2016/2017 online

      BORANG PERMOHONAN UPU KE IPTA SESI 2016/ 2017

      JENIS PERMOHONANLINKTARIKH BUKATARIKH TUTUP
      MELALUI UPU UNTUK KE IPTA, POLITEKNIK, ILKA http://upu.mohe.gov.my/web/18 Januari 2016 (Mula 12 tengahari)5 April 2016 (Sehingga 4 petang)
      UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)Permohonan USM 201618 Januari 2016 (Mula 12 tengahari)4 April 2016 (Sehingga 12 tengah malam)
      UNIVERSITI MALAYA (UM)Permohonan UM 2016akan dikemaskiniakan dikemaskini

      TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU

      Berikut adalah tarikh penting permohonan UPU2016/2017 online.
      TARIKHPERKARA
      17 Januari & 6 Mac 2016 (Ahad)Iklan Permohonan Dalam Akhbar Tempatan
      18 Januari 2016 bermula 12 tengahari (Isnin) Pembelian No Pin & Permohonan Kemasukan
      5 April 2016, 4 Petang Tarikh tutup permohonan UPU
      18 Januari hingga 5 April 2016 Permohonan Fasa 1 - Cara kemaskini Borang Permohonan UPU online di Kemaskini UPU
      Minggu ke 4 bulan Mei 2016 (Minggu pertama Mei 2015)Hebahan keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA  Linksemakan UPU 2016-2017
      (1 hingga 6 Mei 2015)Pengemaskinian maklumat permohonan Fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan STPM/setaraf
      (Minggu ke 2 Mei 2015)Hebahan keputusan Kemasukkan ke Politeknik Konvensional/ Metro/ Kolej Komuniti dan ILKA. Tarikh semakan (akan dikemaskini) di http://upu.mohe.gov.my/web/
      (2 Jun 2015)Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM / setaraf 
      (3 hingga 9 Jun 2015)Pengemaskinian permohonan Fasa 2 di buka bagi pemohon lepasan Matrikulasi / Asasi
      (Minggu ke 2 Jun 2015)Hebahan keputusan Rayuan SPM/Setaraf 
      (15 Jun 2015)Pendaftaran Pelajar Rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf 
      (23 Jun 2015)Pendaftaran Pelajar Ke Kolej Komuniti 
      (7 hingga 14 Julai 2015)Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/ Metro dan ILKA kecuali CIAST
      (Minggu ke 2 Ogos 2015)Hebahan keputusan kemasukan STPM / Setaraf
      (1 hingga 2 September 2015)Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/ setaraf
      (6 hingga 12 September 2015)Hebahan keputusan rayuan kemasukan STPM/ setaraf
      (17 September 2015)Pendaftaran Pelajar Rayuan bagi kemasukan STPM/ setaraf

      * Tarikh tahun lepas dalam kurungan ( ) sebagai panduan kepada pemohon
      * Tarikh permohonan tahun 2016/ 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa

      Cara Buat Permohonan Menerusi UPU 

      Permohonan ke IPTA, Politeknik & ILKA melalui UPU hanya boleh di pohon secara online. Berikut adalah cara-cara membuat permohonan kemasukan :-

      Langkah- Langkah Buat Permohonan

      LANGKAHPERKARA
      LANGKAH PERTAMABeli nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU) di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional seluruh negara. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.Cara beli klik PIN UNIK UPU BSN
      Kategori AUntuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA
      Harga No. Unik ID Kategori A ialah 15.64
      Kategori BUntuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik
      Harga No. Unik ID Kategori B ialah RM15.64
      LANGKAH 2Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di pautan berikut:http://upu.mohe.gov.my/web/ 
      Selepas klik, sila pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan) dan klik butang "Masuk" untuk akses ke laman utama permohonan.Cara Pengiraan Merit Kemasukan Ke IPTA terkini 2016 - klik KIRA
       Syarat baru keputusan Malaysian University English Test (MUET) untuk kemasukan ke UA/ IPTA. Klik Syarat Band

      Gambarajah di bawah ini mungkin dapat membantu dengan lebih jelas cara buat permohonan ke UPU.
      cara buat permohonan upu 2016 online

      cara memohon UPU ke IPTA terkini

      Syarat Am Permohonan

        Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA (akan dikemaskini dari masa kesemasa) adalah seperti berikut :-

        Syarat-Syarat Am

        PROGRAMSYARAT AM
        A. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf 1. Warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP dan My Kad sahaja
        2. Memiliki kelayakan SPM/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah mulai tahun 2013 dalam peperiksaan SPM.
        3. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang    dinyatakan    dalam    SYARAT    KHAS PROGRAM   e-Panduan Permohonan  Kemasukan  ke  UA  dan Politeknik  Premier  bagi  Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
        4. Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera sahaja
        Semua program pengajian di UiTM; Asasi UIAM, Asasi Sains UM,
        Asasi UNIMAS dan Asasi UMS
        5. Program   pengajian  Asasi Pengajian Islam UM, Asasi dan Diploma UPM dan UPNM, Tahmidi USIM, Asasi UKM, UUM dan Diploma  UPSI,  UTHM,  UMT,  UTeM,  UMP,  UniMAP,  UniSZA  dan Politeknik Premier  terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
        B. Program Lepasan STPM/Setaraf1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
        2. Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
        3. Pemohon  mestilah Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)
        dengan mendapat  kepujian  dalam  mata  pelajaran  Bahasa  Malaysia/  Bahasa Melayu  dan  lulus  dalam  mata  pelajaran  Sejarah  mulai  tahun  2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; dan
        4. STPM : Lulus STPM dengan mendapat  sekurang-kurangnya PNGK  2.00 dengan  Gred  C  dalam  3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
        5. Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
        6. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
        7. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi ; atau
        8. STAM : Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM ; atau
        9. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
        10. Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
        11. Mendapat  sekurang-kurangnya  Tahap  1  (Band  1) dalam  Malaysia Universiity English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku. 

        Kategori Permohonan

        Kategori permohonan untuk semua pemohonadalah seperti berikut (Akan dikemaskini dari masa kesemasa):

        Kategori Permohonan Ikut Kelayakan

        Kategori PermohonanJENIS
        Pemohon lepasan SPM/Setaraf1. Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2015 sahaja. 
        2. Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2014 atau 2013.
        3. Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
        4. Kategori D • Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2015
        SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015
        SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014
        Pemohon lepasan STPM/SetarafKategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2015.
        Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2015.
        Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTMKategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
        Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
        Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
        Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
        Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
        Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi BMKPM.
        Lepasan Diploma/Setaraf Kategori E • Aliran Sastera.
        Kategori F • Aliran Sains:
        Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
        Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2012 atau sebelumnya atau,
        Lulusan STPM Ulangan atau,
        Lulusan Matrikulasi Sesi 2013/2014 dan sebelumnya atau,
        Lulusan STAM tahun 2011 dan sebelumnya atau,
        Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
        Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
        Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
        Lepasan STAMKategori T - Pelajar Lepasan STAM tahun 2014 atau 2015 sahaja.
        Terbuka kepada Warganegara Malaysia  dan  Penduduk  Tetap  yang mempunyai No.KP/My Kad sahaja
        Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.

        Cara Menghubungi UPU

        Untuk Maklumat Terkini, Lengkap Dan Tepat, sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.moe.gov.my/web/. Juga di INSTAGRAM @kemasukanbpkp

        Maklumat lanjut boleh juga diperolehi dengan menelefon talian helpline UPU di 03-8870 6767 atau 03-8870 6777, pada hari bekerja bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
        * Maklumat Permohonan UPU Ke IPTA Politeknik Dan ILKA Sesi 2016/ 2017 Online di atas akan dikemaskini dari masa kesemasa jika ada sebarang perubahan.
        Oleh itu kepada pemohon yang berminat dan layak, sila bookmark page ini untuk maklumat lanjut permohonan UPU 2016/ 2017 online.
         


        Viewing all 5604 articles
        Browse latest View live


        <script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>