Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all 5604 articles
Browse latest View live

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Januari 2016

$
0
0
Harga Terkini Minyak RON95 RON97 Diesel Januari 2016.Apakah harapan baru untuk tahun 2016 nanti? Nak harga petrol diesel bulan Januari 2016 naik atau turun? Berikut adalah harga terkini minyak petrol RON 95/RON 97 dan Diesel untuk bulan Januari 2016. Harga runcit rasmi Petrol dan Diesel untuk bulan Januari 2016 akan diumumkan pada hari terakhir bulan Disember iaitu pada hari Khamis, 31 Disember 2015. 

  • Sila klik KPDNKK untuk harga terkini yang akan dikemaskini dari masa kesemasa
Harga Minyak Petrol ron95 ron 97 Dan Diesel Januari 2016
*Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan bahawa notis pemberitahuan perubahan harga petrol dan diesel hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.

Harga Terkini Minyak Petrol Dan Diesel Bermula 1 Januari 2016

* Berkuatkuasa pukul 12.01 minit pada hari Jumaat, 1 Januari 2016, harga runcit petrol dan diesel bagi bulan Januari 2016 adalah seperti berikut:
  • RON95 : RM1.95 : * akan dikemaskini (Turun 10 sen (RM2.05 seliter)
  • RON97 : RM2.45 : * akan dikemaskini (Kekal (RM2.45 termasuk 6% GST)
  • DIESEL : RM1.90 : * akan dikemaskini (Kekal (RM1.90 seliter)
  • Harga bulan Disember 2015 dalam (  )

Harga Bulanan Rasmi Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Di Malaysia

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Januari 2016
BulanHarga Petrol RON95 (RM/liter)Harga Petrol RON97 (RM/liter)Harga Diesel (RM/liter)
Januari 2016* akan dikemaskini* akan dikemaskini* akan dikemaskini
Disember 2015* 1.95* 2.45 termasuk 6% GST* 1.9
Nov-152.052.45 termasuk 6% GST1.9
Oktober 20152.052.45 termasuk 6% GST1.9
Sep-151.952.35 termasuk 6% GST1.8
Ogos 20152.052.45 termasuk 6% GST1.95
Julai 20152.152.55 termasuk 6% GST2.05
Jun-152.052.35 termasuk 6% GST2.05
Mei 20151.952.25 termasuk 6% GST1.95
Apr-151.952.25 termasuk 6% GST1.95
Mac 20151.952.251.95
Februari 20151.721.7
Januari 20151.912.111.93
Disember 20142.262.462.23

Semoga Harga Minyak Petrol Dan Diesel Januari 2016 ini akan terus turun bagi mengimbangi kos kehidupan yang terus meningkat masa kini.



Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Januari 2016

$
0
0
Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Januari 2016. Tahun baru masehi 2016 bakal menjelang tiba. Berikut dikongsikan Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI)bulan Januari 2016 yang dikongsikan dari FB Ustaz Azhar Idrus Original. Untuk mengetahui lanjut siapa Ustaz Azhar Idrus, anda boleh merujuk serba sedikit Biodata UAI di sini

Semoga jadual ceramah meliputi panduan maklumat tarikh dan tempat/masa ini bermanfaat bagi mereka yang berhajat untuk menghadiri ceramah UAI yang penuh dengan ilmu, panduan, informasi semasa dan humor. In Sha Allah ceramah beliau pasti tidak membosankan. 

Jadual Kuliah Ustaz Azhar Idrus (UAI) Januari 2016

tarikh Kuliah uai Januari 2016

    Semoga jadual ceramah UAI dan maklumat yang berguna ini bermanfaat buat semua.


    Jadual Karnival Pedidikan Tinggi Negara (KPTN) 2016

    $
    0
    0
    Tarikh Dan Lokasi Karnival Pedidikan Tinggi Negara (KPTN) 2016. Anda ingin memohon ke UA/ IPTA tetapi tidak tahu apa kursus yang perlu dipilih? Kami cadangkan anda pergi ke Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) yang juga dikenali sebagai Karnival Jom Masuk U atau Karnival Pengajian Tinggi tahun 2016 nanti. 

    Karnival KPTN ini bertujuan memberi peluang kepada orang ramai terutama pelajar lepasan SPM dan STPM untuk mendapatkan panduan serta maklumat terperinci dan terkini dari universiti-universiti dan kolej-kolej di Malaysia yang menyertai pameran pendidikan tersebut.

    tarikh dan lokasi Karnival Pedidikan Tinggi Negara (KPTN) 2016
    Untuk makluman semua pelajar, permohonan UPU ke IPTA/ UA untuk sesi akademik 2016/ 2017 akan dibuka dari 18 Januari 2016 sehingga tarikh tutup 4 April 2016.

    Berikut adalah tarikh dan lokasi Jadual Karnival Pedidikan Tinggi Negara (KPTN) 2016 Jom Masuk U untuk panduan semua.

    Jadual Tarikh & Lokasi Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2016

    KAWASAN TARIKH NEGERILOKASI/ TEMPAT
    Zon 130 - 31 Jan 2016ZON UTARA Kedah
    Perlis
    Pulau Pinang
    Perak
    Perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah
    Zon 213 - 14 Feb 2016ZON PANTAI TIMUR
    Terengganu
    Kelantan
    Pahang
    Dataran DABS, Kampus Gong Badak, UNISZA, Kuala Terengganu, Terengganu
    Zon 320 - 21 Feb 2016ZON SELATAN
    Johor
    Melaka
    PERSADA, Johor Bahru, Johor
    Zon 45 - 6 Mac 2016SABAH
    Sabah
    WP Labuan
    One Borneo Mall, Kota Kinabalu, Sabah
    Zon 519 - 20 Mac 2016SarawakPullman Hotel & Hill Shopping Mall, Kuching, Sarawak
    Zon 6 02 - 03 Apr 2016ZON TENGAH
    Selangor
    Perak (Selatan)
    WP (KL & Putrajaya)
    Negeri Sembilan
    Dataran Gemilang, UKM, Bangi, Selangor
    Berikut adalah panduan masa waktu buka dan tutup Karnival KPTN 2016. Masuk adalah percuma.
    • 9:00 pagi hingga 6:00 petang (Semenanjung Malaysia)
    • 8:30 pagi hingga 5:30 petang (Sabah dan Sarawak)


      Permohonan Kursus Sijil Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2016

      $
      0
      0
      Tawaran Mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SPAKK) KEMAS 2016. Anda berminat mengikuti kursus SPAKK di Kemas? Merujuk kepada makluman dari FB Kemas, warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengikuti Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (TABIKA / TASKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk Tahun 2016. Panduan dan borang permohonan Kemas 2016 boleh dimuat turun di link di bawah ini.

      Permohonan guru Kemas (SPAKK) 2016

      Permohonan Kursus Sijil Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2016

      1. Syarat-syarat:

      1. *Warganegara Malaysia;
      2. *Berumur tidak kurang dari 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh tutup iklan;
      3. *Terbuka kepada lelaki dan perempuan;
      4. *Pemohon mestilah memiliki kelayakan akademik seperti berikut :-
      5. (a) Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (keutamaan kepada calon yang memiliki Diploma dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak); dan
      6. (b) Kepujian Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
      7. *Kakitangan bertaraf tetap dan lulusan Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak layak untuk memohon jawatan ini;
      8. *Hanya calon yang telah menamatkan pengajian di peringkat diploma dan telah bergraduasi sahaja dibenarkan memohon.

      2. Maklumat Asas Kursus

      Tempat Latihan : Institut/ Pusat Latihan KEMAS
      Tempoh Latihan adalah selama Tiga (3) atau Enam (6) bulan atau tertakluk kepada perubahan yang ditetapkan oleh Jabatan

      Panduan iklan jawatan kosong SPAKK dan Borang permohonan boleh dimuat turun pada pautan berikut:

      Kepada yang berminat untuk memohon, sila cepat-cepat membuat permohonan  Kursus Sijil Tabika Taska Kemas (SPAKK) 2016  ini keranan tarikh tutup adalah pada 11 JANUARI 2016. Selamat memohon dan berjaya.

      Permohonan Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2016/ 2017 Online

      $
      0
      0
      Permohonan Kemasukan Ke Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2016/ 2017. Berbeza dengan IPTA yang lain, Universiti Sains Malaysia (USM) mempunyai proses permohonan tersendiri. Permohonan untuk mengikuti program pengajian di USM adalah SECARA TERUS ke USM tanpa melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (UPU) bagi Ijazah Pertama. Jika anda seorang pelajar lepasan Matrikulasi / Asasi, STPM atau Diploma dan ingin meneruskan pengajian di USM, berikut disertakan cara ringkas dan mudah bagaimana untuk memohon kemasukan ke USM seperti dipetik dari laman web Pohon @ USM.

      Cara Buat Permohonan Ke USM 2016

      1.Tarikh Permohonan ke Universiti Sains Malaysia (USM)

      Permohonan Kemasukan Ke USM Sidang Akademik 2016/2017 akan dimaklumkan kemudian. Tahun lepas ianya dibuka bermula dari 23 Januari 2015.
      Application to First Degree in Universiti Sains Malaysia Academic Session 2015/2016

      • * Akan dikemaskini
      • Tahun 2015 - Date: 23 January - 12 7 April 2015 (Tentative)
      • Saluran Perdana permohonan terbuka kepada :
        1. Lepasan Matrikulasi/Asasi 2015
        2. Lepasan STPM 2015
        3. Lepasan Diploma/Setaraf - IB, AUSMAT, A-LEVEL dan lain-lain.


      Langkah-Langkah Permohonan USM Online

      • 1.1 Calon-calon perlu mendaftar melalui applikasi permohonan di laman web https://pohon.usm.my yang boleh dicapai melalui laman web rasmi USM http://www.usm.my.
      • 1.2Calon perlu membeli nombor PIN USM PERDANA [RM40] di mana-mana cawangan BSN terlebih dahulu sebelum melakukan proses pendaftaran.
      • 1.3Calon akan diberikan nombor Rujukan selepas melakukan pendaftaran. 
      • 1.4 Calon-calon perlu memohon program pengajian yang benar-benar diminati sahaja di USM.
      • 1.5 Calon-calon boleh memilih sekurang-kurangnya [1] program pengajian dan maksima lapan [8] program pengajian bagi lepasan Matrikulasi/Asasi Uitm/PASUM dan STPM, manakala empat [4] program pengajian bagi lepasan Diploma/setaraf.
      • 1.6Program pengajian Doktor Perubatan, Doktor Pergigian, Sains Farmasi, Kejuruteraan Kimia dan Perakaunan merupakan program yang sangat kompetitif di USM dan bilangan tempat adalah terhad.
      • 1.7Calon-calon tidak akan ditawarkan program pengajian yang tidak dipohon.
        
      Selain permohonan USM, anda juga boleh membuat permohonan ke UA/ IPTA lain melalui Permohonan UPU online.

      2.Permohonan di IPTA lain

      Pemohon yang memohon USM dinasihati supaya turut juga mengemukakan permohonan ke IPTA lain melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP) seperti yang akan diiklankan oleh BPKP, Jabatan Pengajian Tinggi. Tarikh permohonan adalah dari 18 Januari hingga 4 April 2016. Panduan Permohonan dan link permohonan boleh dirujuk di Permohonan UPU 2016
        

      3.Calon Yang Berjaya Ditawarkan Tempat Di USM

      Calon perlu mengesahkan penerimaan atau penolakan terhadap tawaran yang diterima dari USM. Sekiranya calon tidak memberi sebarang maklum balas dalam tempoh yang ditetapkan, calon akan dianggap sebagai MENOLAK tawaran.
        

      4.Maklumat Am Permohonan

      • 4.1 Bagi Program Pengajian yang memerlukan temuduga, calon-calon wajib hadir dan lulus temuduga tersebut.
      • 4.2 Tarikh temuduga akan dimaklumkan mulai akhir bulan April dan boleh disemak di laman web http://pohon.usm.my
      • 4.3 Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temuduga adalah di bawah tanggungan calon.
      Untuk sebarang pertanyaan mengenai permohonan USM 2016, sila hubungi talian 1 300 888 876 atau email di admissions@usm.my
      Semoga panduan Permohonan Ke Universiti Sains Malaysia (USM) Sesi 2016/ 2017 ini bermanfaat kepada semua. 
       


      Senarai Lagu Tema OST Cinta Si Wedding Planner

      $
      0
      0
      Senarai Lagu Tema OST Cinta Si Wedding Planner. Drama terbaru di Slot Akasia TV3 iaitu Cinta Si Wedding Planner akan menemui penonton bermula hari Rabu, 30 Disember 2015. Drama lakonan Adi Putra dan Mira Filzah (biodata di sini) adalah adaptasi NovelCinta Si Wedding Planner karya Dhiyana.  Lagu Tema OST drama ini pula adalah Takkan Pergi nyanyian Hyper Act dan Kekal Bahagia nyanyian Ippo Hafiz.
      Anda boleh membaca sinopsis ringkas dan novel Cinta Si Wedding Planner secara online di Baca Novel Online.
      lagu lirik takkan pergi hyper act

      Berikut adalah lirik lagu Takkan Pergi nyanyian Hyper Act :-

      Hariku yang pergi
      Hilang ku mencari
      Gelora cinta kau bawa tiada kembali

      Rinduku tak sudah
      Kelam dalam sedar
      Mungkin ku menanti sepi
      Hangat yang hadir
      Kenangan bagai mengejar mentari

      Terbakar debunga kasturi
      Apakah tandanya yang tersembunyi
      Di balik rahsia semalam

      Hadir dirimu
      Memulihkanku
      Dalam lumpuh dan lesu
      Menghidup jiwaku

      Namun rasa ini
      Dalam mencari erti
      Yakinku kekal mu disisi takkan pergi

      Mungkin sebenarnya
      Ruangku tiada
      Mengisi kasih nan pilu
      Sebentar cuma
      Kenangan bagai mengejar mentari

      Terbakar debunga kasturi
      Apakah tandanya yang tersembunyi
      Di balik rahsia semalam

      Hadir dirimu
      Memulihkanku
      Dalam lumpuh dan lesu
      Menghidup jiwaku

      Namun rasa ini
      Dalam mencari erti
      Yakinku kekal mu disisi takkan pergi

      Hadir dirimu
      Memulihkanku
      Dalam lumpuh dan lesu
      Menghidup jiwaku

      Namun rasa ini
      Dalam mencari erti
      Yakinku kekal mu disisi takkan pergi

      Kelibat cinta permain rindu kecewa
      Bisikan indah khayalanku seketika
      Air mata ini mengalir ku sendiri
      Moga kelam resah ku kan berlalu pergi 

      Video Lagu Takkan Pergi Hyper Act boleh ditonton di Youtube.

      Semoga drama Cinta Si Wedding Planner ini mampu menghiburkan anda semua.


      Amalan Harian Yang Perlu Dijaga

      $
      0
      0
      Amalan Harian Yang Perlu Dijaga. Berikut adalah senarai 22 amalan harian yang perlu dijaga buat panduan semua. Panduan ini menyenaraikan amalan solat, surah dan lain-lain lagi yang perlu kita sama-sama amalkan untuk kehidupan yang lebih baik di dunia dan di akhirat. 
      Amalan Harian terbaik

      22 Amalan Harian Yang Perlu Dijaga

      • 1. Solat Tahajud di waktu ¾ malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat Witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh- Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali Allah yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
      • 2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
      • 3. Kemudian bacalah surah Yasin - Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
      • 4. Kemudian selepas 26 minit naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
      • 5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
      • 6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
      • 7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
      • 8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
      • 9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
      • 10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
      • 11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
      • 12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
      • 13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
      • 14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kepada Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
      • 15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
      • 16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
      • 17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
      • 18. Hendaklah hati dan lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
      • 19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
      • 20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
      • 21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
      • 22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
      Kredit : FB Ustaz Hasnan via Ustazah Fatimah

      Semoga senarai Amalan Harian Yang Perlu Dijaga ini bermanfaat buat semua.
       

      Biodata Mira Filzah Pelakon Cinta Si Wedding Planner

      $
      0
      0
      Biodata Mira Filzah Pelakon Cinta Si Wedding Planner. Siapa sebenarnya Mira Filzah? Beliau adalah seorang pelakon, model dan pengacara wanita yang sedang meningkat naik. Kini lakonan beliau bersama dengan Adi Putra sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3 bertajuk Cinta Si Wedding Planner. Anda boleh membaca novel ini secara online di Baca Novel Online.
      Biodata Mira Filzah
      Berikut adalah biodata ringkas Mira Filzah, pelakon wanita yang sedang meningkat naik di Malaysia masa kini.

      Biodata Mira Filzah

      • Nama Komersial :  Mira Filzah
      • Nama Sebenar : Nur Amirah Filzah Badiozaman
      • Umur  : 22 Tahun (2015)
      • Asal : Bangi, Selangor
      • Kerjaya : Pelakon, Model, Blogger dan Pengacara 
      • Pendidikan : Bekas pelajar cemerlang SMK Aminuddin Baki, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam (Jurusan Perniagaan Antarabangsa).
      • Drama : Cinta Si Wedding Planner, Eksperimen Cinta, Dahlia, Dunia Lola
      • Pengacara Program TV : Qari Junior TV3, Hijabista & KL TV
      • Telefilem : Din Sardin, Abang Haji, Abang Beduk, Nasi Dagang Lembu Korban
      • Blog : http://mirarafilzah.blogspot.com/
      • Twitter : https://twitter.com/mirafilzah
      • Instagram : https://www.instagram.com/mirafilzah_/
       
        Semoga anda terhibur dengan lakonan Mira Filzah dalam drama Cinta Si Wedding Planner.



        Doa Pagi Dalam Bahasa Melayu

        $
        0
        0
        Doa Pagi Dalam Bahasa Melayu. Berikut dikongsikan doa pagi dalam bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia yang dikongsikan dari FB Ustaz Hasnan.Semoga kita sama-sama mengamalkan kerana sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Mendengar, Anda juga boleh merujuk di Doa selepas solat untuk doa ringkas selepas solat fardhu.
        Doa Pagi Dalam Bahasa Melayu

        Doa Pagi Dalam Bahasa Melayu

        Ya الله Ya Rahman Ya Rahim, kami memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu Ya الله semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Mendengar.

        Ya Fattahu Ya Alim ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami.

        Ya الله bukakanlah hijab kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu.

        Ya الله takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, janganlah Kau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui.

        Ya الله bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami Ya الله .

        Ya الله sejahterakanlah kami dengan kesihatan yang baik supaya dengannya kami dapat beribadah kepadaMu.

        Ya الله ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepadaMu Ya الله .

        Ya الله , jadikanlah kami redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kami.

        Ya الله kami percaya Ya الله Engkau akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebeh baik bagi kami.

        Ya الله , dorongilah kami untuk melakukan segala kebaikan sekecil apa pun kerana kami tidak tahu kebaikan mana yang akan membawa kami ke syurga.

        Ya الله Ya Rahman Ya Rahim ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami dan Kau gantilah segala pengorbanan mereka dengan kebajikan untuk mereka yang boleh membawa mereka ke syurgaMu Ya الله .

        Ya الله sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Justeru itu Ya الله , kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya الله .

        Ya الله janganlah Kau jadikan hari ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan hari2 mendatang.

        Tapi Ya الله , andainya hari ini hari terakhir buat kami, Engkau rahmatilah kami dan jadilah hari ini paling bererti, penoh dengan cahaya iman, menerangi kasih sayangMu.
        َ
        Ya الله Ya Ghaffar ampunkanlah juga dosa anak isteri kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

        Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

        Segala puji pujian hanya untukMu Ya الله .

        Alhamdulillah. Marilah sama-sama kita amalkan doa pagi ini.


        Harga Terkini Kad Top Up Prepaid Telefon 2016

        $
        0
        0
        Harga Terkini Kad Top Up Prepaid Telefon 2016. Bagaimana format harga baru Top Up Prepaid Bermula Januari 2016? Menerusi makluman yang dikongsikan dari FB PM Najib Razak, pengguna kad telefon prabayar (prepaid) di Malaysia akan menerima rebat jumlah GST yang dibayar.
        Jumlah ini akan dikreditkan terus ke akaun mereka dalam tempoh 24 jam mulai 1 Januari.

        Langkah ini seiring dengan pengumuman Kerajaan dalam Bajet 2016. Contoh format baru top up kredit atau prabayar bermula Januari 2016 adalah seperti di gambarajah di bawah ini. 

        Harga Terkini Kad Top Up Prepaid Telefon 2016

        format harga baru prepaid 2016
        Pihak MCMC akan memastikan proses pemberian rebat kepada pengguna dikreditkan dengan segera ataupun dalam tempoh waktu bertindak maksimum iaitu 24 jam.

        Pengguna juga boleh berhubung secara terus dengan Talian Hotline Aduan MCMC di 1-800-188-030 ataupun pihak penyedia perkhidmatan melalui e-mel dan nombor telefon yang tertera di bawah:-
        Sumber SKMM
        no talian hotline telcos
        Semoga format dan Harga Terkini Kad Top Up Prepaid Telefon 2016 ini dapat menggembirakan anda semua.


        Senarai Produk Diharamkan KKM Mengandungi Bahan Terlarang

        $
        0
        0
        Senarai Produk Yang Diharamkan Oleh KKM Kementerian Kesihatan Malaysia. Apakah senarai produk yang diharamkan oleh KKM? Dikongsikan dari Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), berikut adalah senarai produk yang diharamkan oleh KKM kerana mengandungi barangan terlarang atau faktor lain. 


        Produk yang disenarai hitam dan mengandungi bahan kimia terlarang termasuk racun berjadual antara lain adalah dari jenis ubat tradisional, makanan/ minuman dan kosmetik. Semua produk ini telah dibatalkan pendaftaran/ tidak berdaftar/ tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan tidak dibenarkan dijual di pasaran.

        Senarai Produk Yang Diharamkan KKM

        * Dikemaskini pada 7 Disember 2015

        NoNama ProdukJenisRacun Dikesan
        1357 NASAL SPRAY TRADISIONALDEXAMETHASONE
        2ACAI BERRY ABCTRADISIONALSIBUTRAMINE
        3ADEQUINN NUTRICOCO - NATURAL SLIMMING SUPPLEMENTMAKANAN/MINUMANSIBUTRAMINE
        4AIR IKAN HARUANMAKANAN/MINUMANDEXAMETHASONE
        5AMBERINE TRADISIONALSIBUTRAMINE
        6ATIKA BEAUTY RENEWAL CREAM KOSMETIKHYDROQUINONE DAN TRETINOIN
        7BEAUTE FIT BODY CONTOURMAKANAN/MINUMANSIBUTRAMINE
        8BEAUTIFUL SLIM BODYTRADISIONALSIBUTRAMINE
        9BEAUTY LINE BEAUTITUDE MULTIPURPOSE CREAMKOSMETIKTRETINOIN
        10BIO DREAM GOLDMAKANAN/MINUMANTADALAFIL
        11BIO MACA PLUSTRADISIONALSILDENAFIL
        12BMI-9 XYLIMMING CAPSULETRADISIONALSIBUTRAMINE
        13BODY BEAUS TRADISIONALSIBUTRAMINE
        14BODY BEAUTY SLIMMING COFFEEMAKANAN/MINUMANSIBUTRAMINE
        15BODY LIFT BIODEX MAKANAN/MINUMANSIBUTRAMINE
        16BODY TRIMZ MAKANAN/MINUMANSIBUTRAMINE
        17BRAZILIAN CATUABAMAKANAN/MINUMANTADALAFIL
        18BRAZILIAN PROMAN-CATUABA COFFEE BLENDMAKANAN/MINUMANTADALAFIL
        19BRO ALI COFFEEMAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        20CAFÉ ABANG YESMAKANAN/MINUMANTADALAFIL
        21CANDIGOLDMAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        22CANDY 193 MAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        23CATUABAMAKANAN/MINUMANTADALAFIL
        24CHANTIQUE WHITENING NIGHT CREAM KOSMETIKTRETINOIN
        25COLLAGEN SLIMTRADISIONALSIBUTRAMINE
        26CORAL PLUS UA 350MG TRADISIONALCHLORPHENIRAMINE
        27COSA GRANDE PLATINUMTRADISIONALTADALAFIL DAN AVANAFIL
        28DE PUTIH NIGHT CREAMKOSMETIKTRETINOIN
        29DELIMA RAJA URATTRADISIONALDEXAMETHASONE
        30DERMACEUTIC SPOT CREAMKOSMETIKHYDROQUINONE DAN TRETINOIN
        31DERMACEUTIC SPOT PEEL CREAMKOSMETIKHYDROQUINONE DAN TRETINOIN
        32DIEM CAPSULETRADISIONALTADALAFIL
        33DNARS MAGIC GOLD FOUNDATIONKOSMETIKHYDROQUINONE
        34ELITE RIAS ER CREAM KOSMETIKHYDROQUINONE DAN TRETINOIN
        35ENG LEONG CORDYCEPS CHUANBEI PLUS COUGH PILLTRADISIONALDIPHENHYDRAMINE
        36ERIESYA SPA BEAUTY CREAM KOSMETIKHYDROQUINONE
        37EXTEND UP ENERGY DRINKMAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        38EXTREME - ENERGY COFFEMAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        39EXTREMEN MAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        40EXTREWOMEN MAKANAN/MINUMANTADALAFIL
        41F250- HEALTH SLIM FITNESSMAKANAN/MINUMANSIBUTRAMINE
        42FIGURE UPTRADISIONALSIBUTRAMINE
        43GINSENG JIN FUI WAN TRADISIONALDEXAMETHASONE
        44GOJI GUARANA EXTRAMAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        45GOJI GUARANA MAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        46GOJI MORE MAKANAN/MINUMANANALOG TADALAFIL
        47GOJI PLUS CAPSULETRADISIONALANALOG SILDENAFIL
        48GOJI YUMBERRY MAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        49GUARACAFE MAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        50HANS BEAUTY TREATMENT TONERKOSMETIKHYDROQUINONE
        51HBW ICE LEMON TEA MAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        52HOTTON VITALITY CANDYMAKANAN/MINUMANANALOG TADALAFIL
        53IE2 O MAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        54JAMU TRADISIONAL JAYA ASLI (ANTI ASAM URAT)TRADISIONALDEXAMETHASONE
        55JINGLIDA TRADISIONALANALOG TADALAFIL
        56KAPSUL LELAKI KUATTRADISIONALSILDENAFIL
        57KING CAPPUCINO MAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        58KINTOP TRADISIONALSIBUTRAMINE
        59KNIGHT COFFEE MAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        60KOLEKCAFE POWER PLUSMAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        61KOPI ANGGOK MAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        62KOPI ASMARA MAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        63KOPI BAGUS AAAMAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        64KOPI CAMPURAN KEDAI KOPI ALI BAGUSMAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        65KOPI HARI-HARI MAUMAKANAN/MINUMANTADALAFIL
        66KOPI JANTAN TRADISIONALMAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        67KOPI PAHLAWAN MAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        68KOPI PAK GURUMAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        69KOPI PAK SHEIKHMAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        70KOPI PANGGUNG AL-AMBIAKMAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        71KOPI SUPER ANGGOK MAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        72KOPI TENAGA TOK LEBAI PLUS MAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        73KRIM MALAM MISHAKOSMETIKHYDROQUINONE DAN TRETINOIN
        74LAMI TRADISIONALSIBUTRAMINE
        75MA'JUN BURUNG UNTATRADISIONALDEXAMETHASONE
        76MAAJUN TENAGA HERBA-UBI JAGATRADISIONALDEXAMETHASONE
        77MAAJUN TOLAK ANGINTRADISIONALDEXAMETHASONE
        78MACA MAX MAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        79MACAGIN GINSENG CANDY MAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        80MADU ADUNAN HERBATRADISIONALDEXAMETHASONE
        81MAJUN DUA ISTIMEWA TRADISIONALDEXAMETHASONE
        82MAKJUN SYAFIQ 3 ISTIMEWATRADISIONALDEXAMETHASONE
        83MAKJUN TAUFIQ DUA ISTIMEWATRADISIONALDEXAMETHASONE
        84MENTALK CANDY MAKANAN/MINUMANANALOG TADALAFIL
        85MIRACLE OF E250MAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        86MY ENERGY PLUS+MAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        87NATASYA KRIM HERBAKOSMETIKHYDROQUINONE DAN TRETINOIN
        88NATASYA KRIM HERBA GOLDKOSMETIKHYDROQUINONE DAN TRETINOIN
        89NATURAL SOLUTION - GOJI CATUABAMAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL DAN ANALOG TADALAFIL
        90NATURAL SOLUTION - GOJI COCOMIANAMAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        91NATURAL SOLUTION - LYCIUM GUARANAMAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL DAN ANALOG TADALAFIL
        92NEXUS MXP MAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        93NIGHTCAFEMAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        94NIQMAT 69MAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        95NURIZ DAY & NIGHT CREAM KOSMETIKHYDROQUINONE DAN TRETINOIN
        96OBEXLIM MAKANAN/MINUMANSIBUTRAMINE
        97PENAWAR SENDI TULANGTRADISIONALDEXAMETHASONE
        98PHYTOSHAPE TRADISIONALSIBUTRAMINE
        99PIGMENTATION RECOVERY COMPLEXKOSMETIKTRETINOIN
        100PIL RESDONGTRADISIONALDEXAMETHASONE
        101PIL ZHEN ZHU BAI FONG WANTRADISIONALCHLORPHENIRAMINE
        102PROMAX CAPSULE TRADISIONALANALOG SILDENAFIL
        103PRONOTONTRADISIONALSILDENAFIL
        104QIAN TONG DANTRADISIONALCHLORPHENIRAMINE
        105R DREAMMAKANAN/MINUMANTADALAFIL
        106R&Z WHITENING NIGHT CREAM KOSMETIKTRETINOIN
        107RAJA UBAT RESDUNGTRADISIONALDEXCHLORPHENIRAMINE
        108RATNA SARI WHITENING NIGHT CREAM KOSMETIKTRETINOIN
        109RED BRAND GINSENG PLUS ZHENG FEI CAPSULETRADISIONALDEXAMETHASONE
        110RED ENERGIZER CANDY FOR MENMAKANAN/MINUMANANALOG TADALAFIL
        111REEPOTRADISIONALDEXAMETHASONE
        112REN SEM TU CHON CHIN KUO PILLTRADISIONALDEXAMETHASONE
        113ROYAL BEVERAGE MAQRIFATUN MAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        114RZAC WHITE PEARL CREAM KOSMETIKTRETINOIN
        115SASANERGY DRINK MAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        116SENNA PLUS CAPSULETRADISIONALSIBUTRAMINE
        117SKYLINE AL-TAQWA GOUT ASAM URATTRADISIONALDEXAMETHASONE
        118SKYLINE AL-TAQWA SAKIT PINGGANG & LUTUTTRADISIONALDEXAMETHASONE
        119SLIMAX COFFEE MAKANAN/MINUMANSIBUTRAMINE
        120SLIMINA SLIMMING COFFEEMAKANAN/MINUMANSIBUTRAMINE
        121SPARTANTRADISIONALANALOG SILDENAFIL
        122STIFFNITE COFFEEMAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        123SWEET 17-ORANGE+MANGO SLIMMING FIBERMAKANAN/MINUMANANALOG SIBUTRAMINE
        124TEMULAWAK WHITENING PEARL CREAM PAPAYA KOSMETIKTRETINOIN
        125TIA AMELIA KRIM JERAGATKOSMETIKHYDROQUINONE DAN TRETINOIN
        126TOMABESTTRADISIONALANALOG TADALAFIL
        127TRI-MAXMAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        128TRICAJUS MAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        129TRUE SELF REPAIRMAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        130TRUE SR MAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        131VEGROW TRADISIONALANALOG SILDENAFIL
        132VENERGY CAPSULETRADISIONALANALOG SILDENAFIL
        133VIGOR CANDY MAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        134VITAL + ESSENCE CAPSULETRADISIONALNORTADALAFIL
        135VITCA-F MAKANAN/MINUMANTADALAFIL
        136VITCA-M MAKANAN/MINUMANTADALAFIL
        137VNG400 TRADISIONALANALOG TADALAFIL
        138WINNIE BEAUTY V1 MAKANAN/MINUMANSILDENAFIL
        139XKL SKYFRUIT JUICE PREMIX MAKANAN/MINUMANANALOG SILDENAFIL
        140YELLOW CREAM (KRIM KU-NENG)KOSMETIKHYDROQUINONE
        141YI ZHI YANGTRADISIONALSILDENAFIL
        142ZARA REJUVENATION CREAMKOSMETIKHYDROQUINONE
        Semoga Senarai Produk Diharamkan KKM Mengandungi Bahan Terlarang ini bermanfaat buat semua dan boleh dijadikan panduan dalam membeli produk dan ubat-ubatan yang disahkan oleh KKM sahaja.

        Logo Baru Pahang FC 2016

        $
        0
        0
        Logo Baru Pahang FC 2016. Tahun baru azam baru dan logo baru? Pahang FC telah mengorak langkah untuk musim 2016 yang lebih gemilang. Tepat pada jam 12 malam, 1 Januari 2016, logo baru pasukan bolasepak ‪Pahang FC‬ telah diperkenalkan menandakan permulaan baru bagi cabaran Liga Super Malaysia 2016.

        Berikut adalah logo Pahang FC, amacam cantik tak?

        Logo Baru Pahang FC 2016

        Pahang FC 2016
        Logo yang simple dan mempunyai hanya 2 warna iaitu Hitam dan Kuning Emas ini mendapat reaksi berbeza-beza dari peminat bolasepak. Ada yang memuji dan ada juga yang tidak setuju dengan logo yang diperkenalkan. Logo yang baru nampaknya seiras dengan Logo Liverpool FC. Apa-apa pun, peminat Pahang FC berharap skuad mereka akan berjaya tahun 2016 nanti di bawah kendalian jurulatih baru, Ahmad Shaharuddin Rosdi walaupun ramai pemain bintang mereka telah berpindah ke pasukan lain dalam musim perpindahan 2016
        logo liverpool fc

        Cantik atau tidak bukan ukuran, yang penting peminat Pahang FC berharap pasukan mereka mampu menjulang sesuatu dalam musim Liga Malaysia 2016.


        Permohonan Universiti Malaya (UM) Sesi 2016/ 2017

        $
        0
        0
        Borang Permohonan Kemasukan Ke Universiti Malaya (UM) Sesi 2016/ 2017 Secara Online. Berikut disertakan makluman terkini dan cara-cara membuat permohonan kemasukan ke Universiti Malaya (UM) untuk lepasan SPM dan STPM/ setaraf.

        Permohonan Lepasan STPM/ Setaraf UM

        1. Dipetik dari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia, memaklumkan yang permohonan kemasukan ke Universiti Malaya untuk pemohon lepasan STPM/setaraf sesi akademik 2016/ 2017 perlu dilakukan menerusi laman web rasmi UM di www.um.edu.my.

        * Terkini : Permohonan Kemasukan ke Program Pengajian Peringkat Ijazah Pertama Universiti Malaya SEMESTER II Sesi Akademik 2015/2016 (Ambilan Februari 2016)!
        Sila layari portal permohonan https://myum-id.um.edu.my/
        • Tarikh buka permohonan : 1 November 2015
        • Tarikh Tutup : 15 November 2015 
        Permohonan Kemasukan Ke Universiti Malaya (UM)

        Permohonan Lepasan SPM/ Setaraf UM

        2. Permohonan UM untuk lepasan SPM setaraf masih melalui UPU. Sila rujuk di Permohonan UPU 2016 online.
         

        Permohonan Ke USM/ UUM Online

        UPU juga memaklumkan perkara penting berikut untuk panduan semua pelajar yang ingin membuat permohonan pada 19 Januari 2015 nanti 
        • Permohonan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sesi akademik 2015/ 2016 perlu dilakukan di laman web USM di www.usm.my. Cara buat permohonan online ke USM boleh rujuk di SINI.
        • Program Asasi Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mula diperkenalkan pada sesi 2015/ 2016. Layari laman web rasmi UUM di www.uum.edu.my
        * Semakan panggilan temuduga UM Sesi 2015-2016 boleh disemak bermula pada 19 Mei 2015 jam 400 petang di e-POHON UM
        Permohonan Ke Universiti Malaya (UM) Sesi 2015/ 2016
        Permohonan Kemasukan Ke Universiti Malaya (UM) Sesi 2015/ 2016

        KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


        Kalendar MATTA Fair 2016

        $
        0
        0
        Jadual Tarikh Dan Lokasi Matta Fair 2016. Anda merancang untuk bercuti semasa Cuti sekolah 2016 nanti? Berita baik, MATTA Fair 2016 akan kembali lagi dengan tawaran yang hebat serta lebih menarik lagi dan akan diadakan dua kali iaitu pada Mac dan September 2016. The Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA) atau MATTA Fair merupakan pameran pelancongan terbesar yang bakal diadakan di beberapa lokasi utama di Malaysia sepanjang tahun 2016 ini. 

        jadual dan tarikh MATTA Fair 2016

        Kalendar Jadual Dan Tarikh MATTA Fair 2016

        Pameran MATTA FAIR 2016 yang dinantikan dan yang terbesar sudah pasti pada 11 hingga 13 Mac 2016 di PWTC yang dijangka menarik ratusan ribuan pengunjung. Tarikh bulan September 2016 akan dimaklumakn kemudian.
         
        Oleh itu bagi mereka yang mencari percutian yang mampu dimiliki pada tahun 2016 kini boleh mengunjungi pameran MATTA Fair. Apa yang pasti, pengunjung akan mempunyai pilihan tambahan dalam pakej pelancongan termasuk Muslim Package, International dan sebagainya.

        Berikut adalah Kalendar Jadual Tarikh Dan Lokasi Matta Fair 2016 yang bakal diadakan di seluruh Malaysia tahun 2016 ini. Acara utama pada Mac dan September 2016 adalah selama tiga hari itu dan akan dibuka kepada orang ramai bermula jam 10:00 pagi hingga 9:00 malam. 

        • * Kalendar Matta Fair 2016 akan dikemaskini dari masa kesemasa.
        • Matta Fair 2016 Bulan Mac Di PWTC : 11 hingga 13 Mac 2016 
         
          Klik Kalendar MATTA 2015 untuk download

          Semoga Kalendar MATTA Fair 2016 ini membolehkan anda membuat perancangan kewangan sebaiknya bagi membolehkan anda merancang percutian tahun 2016 nanti.

          Harga Baru Kereta Honda Dan Toyota 2016

          $
          0
          0
          Senarai Kereta Honda Dan Toyota Naik Harga Bermula 1 Januari 2016. Apa punca harga kereta naik bermula 1 Januari 2016? Berikut adalah senarai harga baru kereta Honda dan Toyota terkini bermula 1 Januari 2016. Sebelum ini kedua-dua pembuat kenderaan popular di Malaysia, Toyota dan Honda telah memaklumkan akan berlaku kenaikan harga kereta akibat dari pengukuhan dolar AS berbanding mata wang Malaysia di mana nilai ringgit telah menyusut nilai sebanyak hampir 20% kepada dolar AS, sekali gus meningkatkan kos operasi.  

          Nampaknya tahun 2016 yang baru muncul ini memerlukan pengorbanan kita dalam berjimat cermat susulan beberapa kenaikan tambang pengangkutan awam dan kos hidup yang tinggi yang menjadikan tahun ini penuh dengan cabaran.

          Senarai Jadual Kenaikan Harga Kereta 2016

          Peningkatan harga kereta walau bagaimanpun tidak melibatkan kereta Honda Civic versi Hybrid, Honda CR-Z dan Toyota Camry Hybrid. Model yang mengalami peningkatan harga ketara adalah Toyota Hilux yang naik dari 5.8 hingga 8.6 % manakala Toyota Vios, kereta popular rakyat Malaysia naik sekitar 3.2 hingga 4.3 % sahaja. Kereta Honda tidak mengalami peningkatan berbanding Toyota dengan harga baru meningkat tidak lebih dari 3%. 

          Bagi mereka yang merancang untuk membeli kereta baru dari jenama Honda dan Toyota, jadual harga baru di bawah ini akan dapat membantu di mana ianya memaparkan harga setiap model meliputi harga baru dan harga sebelum 2015, perbezaan harga dan peratus kenaikan.

          Harga Baru Honda 2016

          senarai Harga Baru Kereta Honda 2016

          Harga Baru Toyota 2016

          senarai Harga Baru Kereta Toyota 2016
          Semoga jadual harga baru kereta Honda dan Toyota yang disertakan ini boleh dijadikan panduan dalam membuat pilihan yang tepat dalam membeli kereta baru tahun 2016.

          Sumber Jadual Harga : Paultan



          Senarai Pemain Pahang FC 2016

          $
          0
          0
          Senarai Rasmi Pemain Pahang FC 2016. Pahang FC kini dalam proses untuk memperkemaskan pasukan untuk kancah Liga Malaysia musim 2016 setelah kehilangan ramai pemain utama ke pasukan lain terutama Selangor dalam musim perpindahan pemain 2016.Pahang FC dengan jurulatih baru, Ahmad Shaharuddin Rosdi kini berharap kepada pemain-pemain muda dalam menggalas pasukan di Liga Super 2016.
          Pemain Pahang FC 2016 rasmi
          Berikut adalah senarai rasmi pemain Pahang FC Musim 2016 yang akan di kemaskini dari masa kesemasa. Untuk makluman, Pahang FC baru sahaja memperkenalkan logo baru pasukan baru-baru ini.

          Senarai Pemain Pahang FC 2016

          NO (BUKAN NO JERSI)NAMA PEMAINPOSISI GK, M & FW
          Goalkeeper

          1Mohd Daniel Wafiuddin SadunGK
          2Muhd Saufi MohamadGK
          3Mohd Nasril NourdinGK
          Defenders

          4Saiful Nizam MiswanCB,RB,LB
          5Ridhwan MaidinCB, DM
          6Zesh RehmanCB, DM
          7Mohd Faisal Mohd RosliLB,LWB
          8Nejc PotokarCB
          9Mohd Shahrizan SallehLB,LWB,LM,CM
          10Matthew DaviesRB,RWB
          11Asyar Al-AafizRB,RWB, RM
          Midfielders

          12D. SaarvindranAM,CM,LM,LW
          13Muhd Nor Azam Abdul AzihCM
          14Muhd Shah AmirulRM, RW
          15Mohd Rizua Shafiqi KamarulzamanRM, RW
          16Mohd Faisal Abdul HalimST, AMC
          17Salomon RajCM, DMC
          18R.KogileswaranAMC, ST
          19R. DineshLM, LW, LB
          20Muhammad Hariz Fazrin Mohd NazriLM, LW
          Forwards

          21Mohd Fauzi RoslanST, LW
          22Mohd Shafie ZahariST
          23Mohd Faizal Abdul RaniST
          24German PachecoST
          25Muhd Amirul KasmuriST
          26Felipe Alves de LimaST

          Senarai rasmi Pemain Pahang FC 2016

          Semoga senarai pemain Pahang FC 2016 ini mampu menaikkan nama Pahang dalam arena bolasepak di Malaysia tahun ini.



          Sinopsis Sha & Shah Drama Astro

          $
          0
          0
          Sinopsis Drama Sha & Shah Astro. Drama ganti Tersuka Tanpa Sengaja? Drama terbaru adaptasi novel Sha & Shah akan bersiaran di Astro Ria pada Januari 2016 nanti menggantikan drama Tersuka Tanpa Sengaja. Drama Sha & Shah adalah adaptasi dari karya novel Sha Ibrahim yang merupakan karya beliau yang ketiga. Pelakon utama drama ini yang akan menemui penonton di Astro Ria adalah Kamal Adli, Syatilla Melvin, Shima Anuar, Azwan Kombos dan Nina Iskandar.
          Sinopsis novel Sha & Shah Drama Astro

          Sinopsis Drama Sha & Shah Di Astro Ria

          Drama ini mengisahkan tentang dua orang sahabat baik dari kecil sehinggalah mereka dewasa. Sha dan Shah yang berkawan dari zaman sekolah sehinggalah mereka berpisah sewaktu Shah membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara (overseas).

          Sekembalinya Shah ke Malaysia, suatu peristiwa yang tidak terduga telah berlaku di mana dia di minta untuk berkahwin dengan Sha kawan baiknya sendiri. Rancangan tersebut di suara kan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Dia juga telah di ugut oleh ibunya untuk mengkahwinkan dia dengan perempuan lain jika dia tak bersetuju dengan pemintaan keluarganya itu.

          Akibat tidak mahu berkahwin dengan orang yang dia tidak kenali, dia mengambil keputusan untuk menerima tawaran tersebut. Pada mulanya Sha merasakan rancangan gila Shah ini tidak masuk akal. Nantikan drama menarik ini di Astro Ria. Adakah Sha akan akan menerima Shah sebagai suaminya?

          Sinopsis Novel Sha & Shah

          • Jumlah M/S: 776
          • No. ISBN:- 978-967-0448-15-2
          • SEMENANJUNG: RM 26.00 AHLI KN: RM 22.00
          • SABAH/SARAWAK: RM 29.00 AHLI KN: RM 25.00
          Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

          Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
          mereka mendapat tentangan.


          Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu?  


          Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

          Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN… Beli novel di http://www.kakinovel.my/beli-novel/sha-shah/


          Selamat menonton drama Sha & Shah di Astro Ria Januari 2016.


          Jadual Dan Keputusan Terkini Piala FA 2016 Malaysia

          $
          0
          0
          Piala FA 2016 Jadual Dan Keputusan Terkini Live Score. Pasukan mana yang bakal menjuarai Piala FA 2016? Berikut adalah jadual dan keputusan terkini Piala FA 2016 Malaysia. Informasi penting serta panduan salah satu piala dalam Liga Malaysia 2016 iaituPiala FA 2016 ini akan dikemaskini dari masa kesemasa. Ianya akan memaparkan jadual perlawanan beserta keputusan undian, tarikh dan masa perlawanan dan keputusan penuh rasmi perlawanan.

          Piala FA 2016 Malaysia

          Majlis undian perlawanan Piala FA 2016 akan berlangsung pada 9 Januari 2016 di Hotel Grand Bluewave Shah Alam, Selangor. Saingan Piala FA 2016 hanya membabitkan 32 pasukan sahaja iaitu :-
          • 12 pasukan dari Liga Super
          • 12 pasukan dari Liga Premier (Liga Perdana)
          • 8 pasukan terbaik dari Liga FAM
          Untuk pasukan dari Liga FAM 2016, perlawanan play-off akan dijalankan bagi memilih 8 pasukan yang terbaik.

          Pasukan dari Liga FAM 2016

          • 1) MOF FC
          • 2) Megah Murni FC
          • 3) Sungai Ara FC
          • 4) MISC-MIFA
          • 5) Hanelang FC
          • 6) Penjara FC
          • 7) Air Asia FC
          • 8) UKM FC
          • 9) Felcra FC
          • 10) Ipoh FA
          • 11) TBC

          Pasukan manakah yang bertuah dalam undian kali ini. Untuk makluman, Lions XII adalah juara bertahan Piala FA 2015.

          Keputusan Undian Piala FA 2016

          • * Jadual perlawanan dan keputusan undian kan dikemaskini selepas tamat undian
          • ** Untuk keputusan terkini Liga Super dan Perdana 2016 sila klik Liga Malaysia 2016.
          Semoga Jadual Dan Keputusan Terkini Piala FA 2016 Malaysia ini boleh dijadikan panduan buat kaki bola di Malaysia dalam mendapatkan informasi terkini.




          Senarai Pemain Berdarah Campuran JDT 2016

          $
          0
          0
          Senarai Pemain Berdarah Campuran JDT 2016. JDT bakal diperkuatkan oleh pemain berdarah campuran atau pemain naturalisasi? Ya JDT musim 2016 ini akan diperkuatkan  dengan kehadiran beberapa pemain berdarah campuran yang merupakan sebahagian daripada projek pembangunan bolasepak negeri Johor seperti dikongsikan dari FB Johor Southern Tigers.

          Seorang pemain iaitu Samuel Somerville akan bermain untuk JDT musim ini manakala pemain yang lain pula akan bersama pasukan JDT II dan dua lagi pemain telah dipinjamkan kepada Negeri Sembilan.

          pemain naturalisasi jdt

          Apa Itu Pemain Berdarah Campuran Atau Pemain Naturalisasi?

          Menurut Wikipedia, naturalisasi adalah
          Naturalisasi adalah proses perubahan status dari penduduk asing menjadi warga negara suatu negara. Proses ini harus terlebih dahulu memenuhi beberapa persyaratan yang ditentukan dalam peraturan kewarganegaraan negara yang bersangkutan.

          Berikut adalah Senarai Pemain Berdarah Campuran JDT 2016 :-

          1. Samuel Somerville (England)

          samuel somerville jdt

          2. Curran Singh Ferns (Australia)

          3. Nick Swirad (England)

          4. Stuart Wark (Scotland)

          stuart wark jdt

          5. Shaz Ramlee (Australia)

          shaz ramlee jdt

          Semoga Senarai Pemain Berdarah Campuran JDT 2016 ini mampu menaikkan dan merevolusikan landskap bolasepak tanahair. Luaskan Kuasamu Johor.


          Nota Ringkas Sains Tingkatan 5 SPM

          $
          0
          0
          Nota Ringkas Sains SPM Tingkatan 5. Anda pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun 2016 ini? Berikut dikongsikan Nota Ringkas Sains Tingkatan 5 SPM sebagai rujukan pelajar semua dalam mengulangkaji pelajaran.Tarikh peperiksaan SPM 2016 adalah pada 7 November hingga 5 Disember 2016.

          Disenaraikan juga nama tajuk bab mata pelajaran Sains SPM dari Bab 1 hingga Bab 8.
          Nota Ringkas Sains Tingkatan 5

          Nota Ringkas Sains Tingkatan 5

          • Bab 1 - Mikroorganisma dan Kesannya Terhadap Kehidupan (Microorganisms and Their Effects on Living Things)
          • Bab 2 - Nutrisi (Nutrition)
          • Bab 3 - Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar (Preservation and Conservation of the Environment)
          • Bab 4 - Sebatian Karbon (Carbon Compounds)
          • Bab 5 - Gerakan (Motion)
          • Bab 6 - Teknologi Makanan dan Pengeluaran (Food Technology and Production)
          • Bab 7 - Bahan Sintetik Dalam Industri (Synthetic Material in Industry)
          • Bab 8 - Elektronik dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (Electronics and Information & Communication Technology, ICT)


          Viewing all 5604 articles
          Browse latest View live


          <script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>