Keputusan Penuh Malaysia Vs Sepanyol Hoki Piala Dunia 2014 | Malaysia tewas lagi kali ini kepada Sepanyol dalam perlawanan terakhir iaitu kelima perlawanan peringkat kumpulan Hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda malam ini.
Malaysia tewas 2-5 kepada Sepanyol walaupun beraksi baik pada separuh masa pertama dengan ketinggalan 1-2.
Sebelum ini Malaysia tewas perlawanan pertama dengan juara bertahan, Australia 0-4, kemudian dibelasah Belgium 6-2, tewas 0-2 kepada England dan 2-3 kepada wakil dari Asia, India.
Malaysia menamatkan peringkat kumpulan tanpa sebarang kemenangan dan berada di tangga tercorot Kumpulan A Piala Hoki Dunia 2014
KEDUDUKAN PASUKAN KUMPULAN A HOKI PIALA DUNIA 2014
* Perlawanan antara Belgium dan England sedang berlangsung
Follow @rossacalla