Panduan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Ganti PMR Bermula 2014 | Timbalan Perdana Menteri pada 18hb Mac 2014 mengumumkan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi menggantikan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mulai tahun 2014.
Pelaksanaan PT3 merupakan sebahagian langkah penambahbaikan yang dilakukan terhadap Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Berikutan itu, peperiksaan berpusat untuk pelajar tingkatan 3 di peringkat sekolah tidak lagi dijalankan.
"PT3 ini juga akan digunakan sebagai asas menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk sekolah menengah teknik (SMT) dan kolej vokasional.
"Di samping PT3, kemasukan ke sekolah-sekolah tersebut juga menggunakan Ujian Psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan murid bersesuaian dengan kemampuan dan minat mereka,"
PT3 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan dilaksanakan dengan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis serta ujian lisan.
Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup dan bahasa-bahasa lain seperti Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja.
"Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, kajian lapangan atau kajian kes,"
FORMAT PENTAKSIRAN MATAPELAJARAN KECUALI KEMAHIRAN HIDUP KLIK SINI
Pihak sekolah akan mentadbir, mentaksir dan memberi skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan instrumen serta panduan peraturan penskoran setara yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).
"LP dan pentaksir luar yang dilantik oleh LP akan melaksanakan moderasi dan verifikasi sebelum laporan dikeluarkan,"
FORMAT PENTAKSIRAN KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL KLIK SINI
Pihak sekolah seterusnya akan mengeluarkan slip keputusan PT3 bagi setiap pelajar dan tidak mengeluarkan sijil seperti yang dilaksanakan menerusi PMR sebelum ini.
Utusan OnlineContoh soalan/ instrumen untuk semua mata pelajaran Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) :-
21 - Sejarah
23 - Geografi
31 - Bahasa Arab
32 - Bahasa Cina
33 - Bahasa Tamil
37 - Bahasa Iban
38 - Bahasa Kadazandusun
45 - Pendidikan Islam
50 - Mathematics
55 - Science
Kemahiran Hidup Bersepadu
76 - Kemahiran Teknikal
77 - Ekonomi Rumah Tangga
78 - Pertanian
Follow @rossacalla