Permohonan Rumah Kos Rendah Dan Mampu Milik Negeri Johor Online | NUSAJAYA 2 Jun - Seramai 9,465 orang memohon untuk memiliki rumah kos rendah dan mampu milik secara dalam talian yang diperkenalkan kerajaan negeri sejak April lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Abdul Latiff Bandi berkata, daripada jumlah itu, 4,077 permohonan adalah untuk memiliki rumah mampu milik.
Bakinya seramai 3,263 pula memohon untuk mendapatkan rumah kos rendah berharga RM42,000 seunit, manakala 2,125 lagi untuk rumah kos rendah berharga RM84,000.
"Permohonan dalam talian ini memudahkan orang ramai selain turut membantu kerajaan negeri membuat perancangan dengan lebih berkesan," katanya menjawab soalan Datuk Saipolbahari Suib (BN-Bukit Naning) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini.
Permohonan untuk rumah kos rendah dan rumah mampu milik di negeri ini boleh dibuat menerusi Aplikasi Sistem Permohonan Rumah Johor dengan melayari laman web erumah.johor.gov.my.
Abdul Latiff berkata, kerajaan negeri memandang serius berkaitan isu kegagalan pemaju membina rumah mampu milik dan sentiasa membuat pemantauan serta mengambil tindakan terhadap pemaju berkenaan.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 3,800 buah rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina pada tahun ini.
Katanya, kerajaan negeri juga sedang mengkaji cadangan supaya PPR dijadikan sebagai rumah sewa beli.
"Kerajaan negeri akan mempertimbangkan kesesuaian bagi melaksanakan cadangan ini," katanya.
Utusan online
CARA BUAT PERMOHONAN RUMAH KOS RENDAH DAN MAMPU MILIK NEGERI JOHOR SECARA ONLINE
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
1.Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas.
2.Berkahwin / bujang layak memohon
3.Hanya satu permohonan bagi pasangan suami/isteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
4.Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
5.Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ
6.Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
7.Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL
8.Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAH yang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
9.Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.
CARA PERMOHONAN
Layari laman web eRumah Johor di Applikasi Permohonan
Baca dengan teliti dan ikut kenyataan berikut.
Pastikan borang permohonan diisi dengan lengkap dan jelas.
Borang permohonan dan SALINAN DOKUMEN yang dilampirkan perlu JELAS agar permohonan TIDAK DITOLAK
Permohonan tidak akan diproses sekiranya maklumat didapati PALSU
Setiap permohonan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00
Pastikan setiap bayaran yang dibuat diakui terima dengan RESIT RASMI
Tempoh sah pendaftaran ADALAH 5 TAHUN dan boleh mendaftar semula selepas tamat tempoh
Setiap perubahan/kemaskini maklumat hendaklah dirujuk ke Pentadbiran ini
SYARAT PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK JOHOR
SUMBER eRumah Johor
Follow @rossacalla