Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Gambar Kebahagian Berpoligami Ashraf Muslim, Dayana Dan Sakinah

$
0
0
Gambar Kebahagian Berpoligami Ashraf Muslim, Dayana Dan Sakinah



Gambar Kebahagian Berpoligami Ashraf Muslim, Dayana Dan Sakinah“TERIMA kasih Sakinah, terima kasih Dayana dan yang paling penting terima kasih Allah kerana mendengar doa-doaku selama ini,” begitulah luahan Ashraf Muslim menerusi laman Instagram yang turut memuat naik foto kelahiran bayi pertamanya.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu, membayangkan betapa bahagianya Ashraf,  sementelah isteri pertamanya Dayana turut hadir melawat anak pertama mereka. Malah Sakinah, yang baru sahaja melahirkan bayi itu pada Ahad malam lalu, turut berada sama di sisi mereka.
Melihat kemesraan itu, jelas menunjukkan mereka kini semakin bahagia hidup berpoligami.

Teruja dengan kehadiran 'orang baru' dalam kehidupan mereka, Ashraf turut memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan bayi perempuan sempurna dengan seberat 2.51 Kilogram itu.
Gambar Kebahagian Berpoligami Ashraf Muslim, Dayana Dan Sakinah

Malah akui Ashraf, kehadiran bayi itu melengkapkan lagi serta merapatkan lagi silaturahim antara mereka sekeluarga.

Bagi Ashraf, ia merupakan saat  dan momen indah buat mereka sekeluarga dan mengharapkan semua peminat dan masyarakat mendoakan kesihatan bagi anaknya yang baru lahir.

Sebelum ini kisah poligami mereka pernah menjadi perhatian masyarakat apabila Ashraf bertindak mengahwini Sakinah di Thailand. Bagaimanapun, kini Ashraf berjaya membuktikan mereka mampu bahagia meskipun harus berbahagi kasih - Sinar Harian




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>