Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Siapa Bakal Setiausaha Kerajaan Johor Yang Baru Ganti Datuk Obet

$
0
0
Siapa Bakal Setiausaha Kerajaan Johor Yang Baru Ganti Datuk Obet

Siapa Bakal Setiausaha Kerajaan Johor Yang Baru Ganti Datuk ObetJOHOR BAHRU: Johor akan mempunyai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) baharu bagi menggantikan Datuk Obet Tawil yang bersara hari ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pengganti Obet akan dilantik dan akan diumumkan bila sampai masanya. 


Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penyerahan sijil layak milik tanah kepada penduduk Kampung Pasir Gudang Baru, di sini, malam tadi. 

Obet,60, dilantik sebagai SUK pada 14 Mac 2011 menggantikan Datuk Abdul Latiff Yusof yang bersara wajib. 

Beliau memulakan perkhidmatan dalam kerajaan negeri Johor pada tahun 1979.


- BERNAMA



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>