Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Senarai Tiga Produk Pelangsing Badan Yang Beracun April 2014

$
0
0
Senarai Tiga Produk Pelangsing Badan Yang Beracun

Senarai Tiga Produk Pelangsing Badan Yang Beracun April 2014Putrajaya: Orang ramai dinasihat menghentikan segera pengambilan produk pelangsing badan (1) ‘Collagen Slim’, (2) ‘Beautiful Body Slim’ dan (3) ‘Figure Up’ kerana didapati mengandungi bahan racun berjadual sibutramine. 

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah Abdul Rahman, berkata badan peraturan ‘Australia, Therapeutic Goods Administration’ (TGA) mendapati ‘Collagen Slim’, ‘Beautiful Body Slim’ dipromosi dan dipasarkan melalui internet untuk kecantikan serta penurunan berat badan. 


Katanya, berhubung ‘Figure Up’ pula, Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan menerima laporan dua pengguna berusia 14 dan 38 tahun yang mengalami sawan selain pendarahan ulser duodenal. 

“Sibutramine adalah ubat terkawal yang digunakan untuk rawatan obesiti tetapi pendaftaran ubat mengandungi bahan terbabit ditarik balik di Malaysia pada 23 Disember 2012 kerana peningkatan risiko kesan advers kardiovaskular - BH Online




Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>