Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Relakan Diri Dicabul Oleh Pensyarah Bimbang Gagal Dalam Peperiksaan

$
0
0
Relakan Diri Dicabul Oleh Pensyarah Bimbang Gagal Dalam Peperiksaan


Relakan Diri Dicabul Oleh Pensyarah Bimbang Gagal Dalam PeperiksaanARAU - Seorang pelajar perempuan dari sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) negeri ini mendakwa terpaksa merelakan diri dicabul kerana bimbang digagalkan dalam subjek yang diajar pensyarahnya.

Mangsa berusia 20 tahun itu terpaksa bertahan diperlakukan sedemikian selama beberapa bulan kerana bimbang jika perkara itu didedahkan, pensyarah berkenaan dengan sengaja menggagalkan subjek itu dalam peperiksaan akhir semester yang berakhir bulan lalu.

Bagaimanapun, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Arau, sejurus selesai menduduki peperiksaan akhir semester.

Sumber berkata, kejadian terbaharu berlaku pada 28 Mac lalu, ketika mangsa dan dua rakannya berada di bilik pensyarah itu untuk mengulangkaji pelajaran.

“Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mangsa bersama dua rakannya itu diminta datang ke bilik pensyarah berkenaan, sebelum pensyarah berusia 40-an itu duduk di sebelah mangsa,” katanya.

Mangsa seterusnya dicabul kehormatan termasuk dengan menyentuh payu daranya oleh pensyarah berkenaan.

“Mangsa juga didekati pensyarah itu dan dengan sengaja meraba bahagian kakinya hingga ke bahagian dada beberapa kali.

"Mangsa terkejut dan cuba menghalang perbuatan itu, namun bimbang digagalkan pensyarah terbabit dalam subjek itu kerana peperiksaan sangat hampir dan membiarkan suspek berbuat sedemikian,” katanya.

Sumber berkata, mangsa turut mendakwa beberapa rakannya turut menjadi mangsa pensyarah itu dan perkara itu turut dimaklum kepada pengurusan IPT itu.

Sementara itu, Ketua Polis Perlis, Datuk Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis pelajar itu yang dibuat di Balai Polis Arau terhadap pensyarah terbabit.

“Kita sudah terima laporan polis itu dan kes kini dalam siasatan polis. Beberapa keterangan telah diambil terutama daripada pelajar berkenaan,” katanya - Sinar Harian



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>