Tahniah Ashraf Muslim Timang Cahaya Mata Pertama | PELAKON, Ashraf Muslim selamat menimang cahaya mata pertamanya, malam tadi.
Melalui laman instagramnya, isteri keduanya, Wan Sakinah Ahmad Saburi berkongsi berita gembira itu dan menyatakan kesyukuran.
“ALLAHUAKBAR... Salam Subuh semua. Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.51 kilogram secara normal. Terima kasih kepada yang sudi mendoakan. Alhamdulillah ibu dan anak sihat,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sakinah dilihat menulis kata-kata semangat kepada isteri pertama Ashraf, Noor Dayana Lokman.
“Assalamualaikum sayang. Selamat datang ke bumi ALLAH. Awak ada dua ibu tau. Kami sayang kamu Dayana!!
“Tahniah B (Ashraf)!! Awak dah jadi ayah,” tulisnya lagi.
Ashraf dan Sakinah berkahwin pada 7 Julai tahun lalu di Thailand - Sinar Harian
Follow @rossacalla