KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan akan menyiapkan rang undang-undang persendirian untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi bagi membuka jalan ke arah pelaksanaan undang-undang jenayah Islam hudud dan qisas di negeri itu selewat-lewatnya pada tahun depan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Ahmad Yakob berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu sebagai menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bahawa kerajaan pusat sedia menyokong mana-mana negeri yang mahu menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam.
"Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat berkenaan.
Dua rang undang-undang yang akan dikemukakan ke Parlimen itu ialah pertama, kebenaran kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud dan qisas mengikut Artikel 76(A) Perlembagaan Persekutuan dan kedua, pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa) 1965 untuk bidang kuasa lebih luas kepada mahkamah syariah di Kelantan.
Bidang kuasa lebih luas itu akan membolehkan mahkamah berkenaan mengenakan hukuman sejajar dengan peruntukan hudud dan qisas dalam Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang diluluskan pada 1993.
Enakmen itu tidak dilaksanakan sehingga sekarang kerana dari segi undang-undang, kuasa pelaksanaan undang-undang jenayah bagi kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam enakmen itu seperti hudud untuk mencuri dan merompak serta qisas untuk jenayah bunuh terletak pada kerajaan Persekutuan.
Kerajaan Persekutuan juga berpendirian undang-undang jenayah Islam yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan itu sebagai ciptaan PAS serta bertentangan dengan prinsip keadilan dalam Islam.
Jamil Khir dalam kenyataannya semasa menggulung usul titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat minggu lalu berkata kerajaan Persekutuan sedia untuk bersama menyokong sekiranya ada undang-undang persendirian berkaitan hudud dikemukakan di Parlimen - Astro Awani
Follow @rossacallaMenteri Besar Kelantan, Datuk Seri Ahmad Yakob berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu sebagai menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bahawa kerajaan pusat sedia menyokong mana-mana negeri yang mahu menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam.