PETALING JAYA: Daripada 114 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perak dan Selangor, hanya lima daripada mereka memberi respon yang baik ketika dihubungi melalui emel, Facebook dan Twitter, menurut sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai KUASA.
Kata Ketua Eksekutif badan itu, Praba Ganesan, hasil kajian mereka mendapati 23 peratus daripada ADUN di Perak dan 67 peratus daripada ADUN di Selangor membalas sekurang-kurangnya satu daripada ketiga-tiga saluran media tersebut.
KUASA telah mengendalikan kajian menerusi ujian 'tetamu misteri', di mana mereka telah menghubungi ADUN-ADUN tersebut melalui media elektronik dengan menyamar sebagai rakyat biasa, tanpa mendedahkan identiti sebagai pengendali kajian.
"Ujian ini tidak melibatkan cara hubungan tradisional seperti telefon, surat dan faks. Kebanyakan rakyat di negeri tersebut mempunyai akses kepada internet, maka wakil rakyat di tempat-tempat tersebut seharusnya boleh dihubungi melalui internet juga," jelas Praba dalam satu sidang di pejabat Amnesty Malaysia, pada Rabu.
Kajian telah dilakukan di antara 22 Mac 2013 hingga 31 Mac 2014, dan menurutnya ADUN Pakatan Rakyat (PR) lebih responsif berbanding dengan ADUN Barisan Nasional (BN).
Selain itu, kata Praba, ADUN yang lebih muda juga dilihat lebih responsif apabila dihubungi 'rakyat' melalui media elektronik jika dibandingkan dengan ADUN yang lebih tua atau berumur 50 tahun ke atas.
Respon dinilaikan melalui gred warna yang telah dikategorikan oleh KUASA, di mana 'hijau' menandakan ADUN itu tiada masalah ketika dihubungi menerusi ketiga-tiga medium tersebut, 'jingga' menandakan terdapat sedikit masalah atau halangan dan merah menandakan ADUN itu tidak memberi respon ataupun tidak memiliki akaun media sosial berkaitan atau emel.
"Satu trend yang membimbangkan adalah apabila alamat pejabat DUN atau ADUN dihubungi, kerana emel yang dihantar tidak dibalas atau tidak berjaya dihantar ke alamat emel yang didapati, pejabat DUN atau dalam beberapa kes ADUN sendiri yang meminta pemanggil supaya menulis surat atau menghantar faks aduan kepada pejabat DUN berbanding mencari jalan untuk menyelesaikan masalah," kata Praba yang juga ahli PKR dan bekas ahli strategi media sosial parti berkenaan.
Dakwanya, hal tersebut berkemungkinan tercetus akibat mereka kurang sokongan daripada pengundi golongan muda iaitu generasi-y dan generasi-x yang rata-ratanya berkomunikasi melalui media elektronik dan media sosial.
Namun, katanya tiada sebab untuk wakil-wakil rakyat tidak mempunyai akaun aktif di Facebook kerana terdapat lebih kurang 14 juta pengguna Facebook di Malaysia.
Bagaimanapun, katanya ada ADUN yang mempunyai banyak akaun Facebook tetapi tetap tiada respon, seperti bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang memiliki empat akaun Facebook.
Meski pun begitu Praba memuji ADUN Kuala Kubu Baru, Lee Kee Hiong yang menurutnya telah memberi respon kepada semua emel, Facebook dan juga Twitter pada hari yang sama serta dalam masa 15 minit.
Beliau juga memuji ADUN-ADUN seperti PAS-Gombak Setia (Hasbullah Ridzwan), DAP-Teratai (Tiew Way Keng), DAP-Kinrara (Ng Sze Han), DAP-Bukit Gasing (Rajiv Rishyakaran), DAP-Kampung Tunku (Lau Weng San), DAP-Pasir Pinji (Howard Lee), BN-Trong (Zabri Abd Wahid), DAP-Sitiawan (Ngeh Koo Ham) dan PKR-Teja (Chang Lih Kang).
Dalam pada itu, katanya jika ADUN-ADUN itu tidak berjaya dihubungi emel yang tertera di laman web mereka, KUASA akan menghubungi melalui telefon atau pejabat mereka untuk menadapatka emel sebenar atau memastikan emel tersebut sampai.
Ketika ditanya mengapa KUASA hanya memilih Perak dan Selangor, Praba berkata, ianya kerana badan itu hanya brgantung pada rakyat yang prihatin dan tidak diberi dana oleh mana-mana parti politik.
Selain itu, Praba memberitahu, KUASA juga akan menghantar mesej ke semua akaun Facebook dan Twitter yang berkemungkinan besar dimiliki oleh wakil-wakil rakyat berkenaan, dan jika tiada maklumbalas mereka akan menghantar lagi mesej.
Antara soalan-soalan yang diajukan di emel termasuk "YB @ , boleh tau mengenai peluang pekerjaan di DUN? Saya menganggur" dan "Selalu je paip pecah di kawsan kami, YB @ boleh bantu?"
Sementara itu, KUASA juga memaklumkan akan mengeluarkan kad laporan yang merupakan penilaian prestasi yang lebih menyeluruh bagi kerajaan negeri Perak dan Selangor sebelum 5 Mei nanti.
"Dengan itu kajian KUASA lebih bernas dan bermakna bila menimbang beberapa janji yang dibuat oleh kerajaan BN Perak dan kerajaan PR Selangor termakbul sejak PRU13," kata Praba.
Tambahnya laporan tersebut akan dipaparkan di laman web www.mykuasa.org . - Astro Awani
Follow @rossacallaKata Ketua Eksekutif badan itu, Praba Ganesan, hasil kajian mereka mendapati 23 peratus daripada ADUN di Perak dan 67 peratus daripada ADUN di Selangor membalas sekurang-kurangnya satu daripada ketiga-tiga saluran media tersebut.

Antara soalan-soalan yang diajukan di emel