Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

IKEA Johor Bahru Permohonan Jawatan Kosong

$
0
0
IKEA Johor Bahru Permohonan Jawatan Kosong 2016. Umum sedia maklum yang gedung perabot terkenal dari Sweden iaitu IKEA akan mula beroperasi dan dibuka di Johor Bahru pada akhir tahun 2017. Sehubungan dengan itu, pihak IKEA kini ada menawarkan jawatan kosong kepada mereka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di IKEA Johor Bahru yang bakal terletak berhampiran Jusco Desa Tebrau. 

Permohonan Jawatan Kosong IKEA JB

Permohonan Jawatan Kosong IKEA Johor Bahru

Kekosongan jawatan hampir 50 jawatan untuk fasa pertama adalah termasuk Pengurus Gudang, Pengurus & Penolong Pengurus untuk Jabatan Jualan, Interior Design, Shopkeeper, Keselamatan, Restoran, Logistik dan Komunikasi. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai IKEA, sila rujuk panduan permohonan di bawah ini seperti dikongsikan dari IKEA :-

1: Gunakan enjin carian IKEA dalam mencari pekerjaan yang menarik/ sesuai untuk anda. Klik Mohon IKEA
  • Sila filter : Country - Malaysia, Location - All dan Bidang - All 
  • Senarai jawatan kosong yang ditawarkan akan terpapar
  • Klik jawatan kosong yang hendak dipohon dimana link akan membawa pemohon ke maklumat penuh jawatan
  • Sila klik link Apply For Job untuk memohon. Pastikan anda mendaftar dulu menggunakan email bagi mendapatkan akses permohonan  
2: Hantar surat permohonan yang terbaik beserta Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi apa-apa maklumat yang berkaitan dalam menyokong permohonan anda. 
3: Seteleh menghantar permohonan, pihak IKEA akan memaklumkan telah menerima permohonan anda dengan jawapan balas akan diberitahu dalam masa 30 hari.  

Selamat memohon jawatan kosong kepada mereka yang berminat menyertai IKEA Johor Bahru. Semoga berjaya. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604