Tarikh Israk Dan Mikraj 2016 Di Malaysia. Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Rasulullah SAW dari Mekkah ke Madinah. Setiap tahun apabila sampai tanggal 27 Rejab, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis sambutan peristiwa Israk dan Mikraj. Mengikut Kalendar Islam 2016, Israk & Mikraj akan jatuh pada hari Khamis, 5 Mei 2016 bersamaan dengan 27 Rejab 1437H.
Maksud Israk Dan Mikraj
ISRAK bererti perjalanan malam Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis. MIKRAJ pula bererti perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratul Muntaha dan terus mengadap Allah SWT untuk menerima perintah solat lima kali sehari bagi umat Nabi Muhammad SAW.Para ulama berbeza pendapat menentukan tarikh pasti terjadinya peristiwa tersebut. Imam Al-Nawawi sendiri memiliki dua pendapat yang berlainan. Dalam kitab al-Raudah, beliau menegaskan bahawa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Sementara dalam kitab Fatwanya, beliau mengatakan peristiwa itu berlaku pada 27 Rabiulawal.