Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Semakan Keputusan MRSM 2016 Tingkatan 1 Online

$
0
0
Semakan Keputusan MRSM 2015 Tingkatan 1 Online Dan SMS. Bagi pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke MRSM 2016 Tingkatan Satu (1), result keputusan kemasukan dijangka akan diumumkan pada minggu ketiga/ keempat bulan Januari atau awal Februari 2016. Keputusan tahun lepas telah dibuka untuk semakan pada 23 Januari 2015. Keputusan kemasukan ke Tingkatan Empat (4) pula dijangka diumumkan pada bulan Februari 2016. Semua tarikh adalah tertakluk kepada pengumuman terkini dari Portal Rasmi MARA. 
Tarikh rasmi semakan keputusan MRSM 2016 akan diumumkan di Portal Rasmi MARA di bahagian Terkini dan Pengumuman atau di Portal Rasmi MRSM : Permohonan Online Status Permohonan. Sila rujuk tarikh rasmi ini sebagai panduan untuk membuat semakan.

Semakan Keputusan MRSM 2016 Tingkatan 1 Online

Keputusan kemasukan ke MRSM bagi Tingkatan 1 dan 4 Tahun 2016 boleh disemak mulai 4 Februari 2016 jam 10.00 malam. Tarikh bagi pendaftaran pelajar baru adalah pada 15 Februari 2016 (kecuali MRSM Kuala Krai pada 20 March 2016)

  • Semakan Keputusan MRSM Tingkatan 4 - Klik MRSM 2016
  • Semakan Keputusan SBP 2016 Tingkatan 1 dan 4 Online - Klik SBP 2016

1. Semakan keputusan Secara Online

Sila klik applikasi semakan di bawah ini yang akan diaktifkan pada tarikh keputusan diumumkan :-

2. Semakan Melalui SMS

Melalui perkhidmatan mySMS :
mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran 
dan hantar ke 15888Dikongsikan juga semakan calon yang layak dipanggil ke UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM sebelum pemilihan akhir pelajar ke MRSM dibuat.

Semakan Calon Layak UKKM

  • Tempoh log in semula dalam Sistem Permohonan bagi calon yang layak menduduki UKKM adalah pada 30 November hingga 6 Disember 2015. Klik MARA untuk Semak Keputusan
  • Tempoh UKKM berlangsung adalah pada 14 - 18 Disember 2015
Pengumuman rasmi akan dibuat melalui Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di link www.mara.gov.my 
MRSM 2016 Tingkatan 1
Berikut disertakan cara-cara membuat semakan keputusan MRSM 2016 Tingkatan 1 secara online dan SMS :-

e-Rayuan MRSM 2016 Tingkatan 1 

Rayuan bagi yang gagal boleh dibuat secara online. Keputusan rayuan adalah berdasarkan jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2016.
 

Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat).  

Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604