Biodata Ahmad Bashah Menteri Besar Baru Kedah 2016. Hendak tahu siapa dia MB Kedah yang baru? Umum sedia maklum yang Datuk Seri Ahmad Bashah Bin Md Hanipah telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang baru berkuatkuasa 4 Februari 2016 (Khamis) susulan perletakan jawatan serta merta Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir pada hari Rabu yang sekaligus menamatkan krisis politik Kedah yang bermula sejak 20 Januari 2016. Difahamkan perletakan jawatan dibuat selepas beliau dilaporkan hilang sokongan majoriti wakil rakyat di Kedah. Beliau juga telah melepaskan jawatan Presiden Bolasepak Negeri Kedah (KFA).
Berikut dikongsikan biodata Datuk Seri Ahmad Bashah Bin Md Hanipah yang merupakan ADUN Bakar Bata, Kedah dari tahun 1999.
![]()
Berikut dikongsikan biodata Datuk Seri Ahmad Bashah Bin Md Hanipah yang merupakan ADUN Bakar Bata, Kedah dari tahun 1999.
Biodata Ahmad Bashah MB Baru Kedah
Berikut adalah biodata ringkas Datuk Seri Ahmad Bashah :-
- Nama Penuh : Datuk Seri Ahmad Bashah Bin Md Hanipah
- Tarikh Lahir : 10 Oktober 1950
- Umur : 66 tahun (Tahun 2016)
- Tempat Lahir : Mukim Langgar, ALor Setar, Kedah
- Jawatan Sekarang : Menteri Besar Kedah bermula 4 Februari 2016
- Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
- Jawatan Terdahulu : Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
- Senator
- Kawasan : ADUN Bakar Bata N12, Kedah
- Menang pilihan raya pada tahun 1999, 2004, 2008 dan 2013. Pada PRU ke-13 beliau memenangi DUN Bakar Bata dengan menewaskan Mohd Eekmal Ahmad dari PKR dan calon bebas dengan majoriti 895 undi.
