Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Permohonan UPU Ke IPTA Sesi 2016/ 2017 Online

$
0
0
Permohonan UPU Ke IPTA/UA ILKA Dan Politeknik Sesi 2016/2017 Online. Berikut adalah panduan penting berkenaan dengan Permohonan UPU secara online untuk kemasukan pelajar ke Universiti Awam (UA)/ Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Politeknik Premier bagi sesi akademik 2016/2017. Borang Permohonan UPU2016/ 2017 juga di buka untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) bagi ambilan tahun 2016.
* Tarikh permohonan UPU 2016/2017 adalah dari 18 Januari hingga 5 April 2016. Menurut Laman Web BSN, tarikh pembelian PIN Unik UPU pula adalah pada 18 Januari 2016 hingga 4 April 2016 dimana pada tahun lepas, tarikh buka permohonan adalah pada 19 Januari 2015. Jangan dedahkan Nombor  Unik  ID  kepada  orang  lain,  kerana  ianya adalah SULIT

Permohonan UPU 2016 Online

Iklan permohonan akan dikeluarkan awal di akhbar utama tempatan sebelum Sistem Permohonan UPU 2016/ 2017 Online IPTA ILKA Dan Politeknik dibuka pada tarikh yang sama dengan tarikh pembelian PIN Unik ID BSN. Kebiasaannya pada bulan Jun/Julai adalah sesi kemasukan ke program asasi/diploma/sijil bagi lepasan SPM yang mana proses permohonan bermula seawal Januari (pembelian no pin) dan akan ditutup 2 - 3 minggu selepas keputusan SPM diumumkan. 

Panduan Permohonan UPU 2016 

  1. Semak Syarat Akademik ke IPTA - Semak
  2. Soalan Lazim/ FAQ Permohonan - BPKP
  3. Semakan Senarai Program Yang Ditawarkan - e-Panduan

    Pekeliling Permohonan UPU Online 

    Sila baca Pekeliling Permohonan UPU Online di bawah ini mengikut kategori kelayakan yang boleh membantu anda dalam mengisi borang permohonan :-
    1. Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Pertama UA Bagi Lepasan STPM/Setaraf Kategori Matrikulasi/Asasi - klik Matrikulasi/ Asasi
    2. Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Asasi & Diploma UA dan Politeknik Premier Bagi Lepasan SPM/Setaraf - klik Asasi/ Diploma
    3. Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Sijil dan Diploma Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) Bagi Lepasan SPM - klik Sijil/ Diploma 
    4. Dasar & Prosedur Kemasukan ke Program Pengajian Ijazah Pertama UA Bagi Lepasan STPM/Setaraf Kategori STPM dan STAM - Ijazah Pertama STPM
    Permohonan UPU ke IPTA ILKA Dan Politeknik sesi 2016/2017 online

    BORANG PERMOHONAN UPU KE IPTA SESI 2016/ 2017

    JENIS PERMOHONANLINKTARIKH BUKATARIKH TUTUP
    MELALUI UPU UNTUK KE IPTA, POLITEKNIK, ILKA http://upu.mohe.gov.my/web/18 Januari 2016 (Mula 12 tengahari)5 April 2016 (Sehingga 4 petang)
    UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM)Permohonan USM 201618 Januari 2016 (Mula 12 tengahari)4 April 2016 (Sehingga 12 tengah malam)
    UNIVERSITI MALAYA (UM)Permohonan UM 2016akan dikemaskiniakan dikemaskini

    TARIKH PENTING PERMOHONAN UPU

    Berikut adalah tarikh penting permohonan UPU2016/2017 online.
    TARIKHPERKARA
    17 Januari & 6 Mac 2016 (Ahad)Iklan Permohonan Dalam Akhbar Tempatan
    18 Januari 2016 bermula 12 tengahari (Isnin) Pembelian No Pin & Permohonan Kemasukan
    5 April 2016, 4 Petang Tarikh tutup permohonan UPU
    18 Januari hingga 5 April 2016 Permohonan Fasa 1 - Cara kemaskini Borang Permohonan UPU online di Kemaskini UPU
    Minggu ke 4 bulan Mei 2016 (Minggu pertama Mei 2015)Hebahan keputusan kemasukan SPM/setaraf ke IPTA  Linksemakan UPU 2016-2017
    (1 hingga 6 Mei 2015)Pengemaskinian maklumat permohonan Fasa 2 dibuka bagi pemohon lepasan STPM/setaraf
    (Minggu ke 2 Mei 2015)Hebahan keputusan Kemasukkan ke Politeknik Konvensional/ Metro/ Kolej Komuniti dan ILKA. Tarikh semakan (akan dikemaskini) di http://upu.mohe.gov.my/web/
    (2 Jun 2015)Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan SPM / setaraf 
    (3 hingga 9 Jun 2015)Pengemaskinian permohonan Fasa 2 di buka bagi pemohon lepasan Matrikulasi / Asasi
    (Minggu ke 2 Jun 2015)Hebahan keputusan Rayuan SPM/Setaraf 
    (15 Jun 2015)Pendaftaran Pelajar Rayuan bagi kemasukan SPM/Setaraf 
    (23 Jun 2015)Pendaftaran Pelajar Ke Kolej Komuniti 
    (7 hingga 14 Julai 2015)Pendaftaran Pelajar ke Politeknik Konvensional/ Metro dan ILKA kecuali CIAST
    (Minggu ke 2 Ogos 2015)Hebahan keputusan kemasukan STPM / Setaraf
    (1 hingga 2 September 2015)Pendaftaran Pelajar bagi kemasukan STPM/ setaraf
    (6 hingga 12 September 2015)Hebahan keputusan rayuan kemasukan STPM/ setaraf
    (17 September 2015)Pendaftaran Pelajar Rayuan bagi kemasukan STPM/ setaraf

    * Tarikh tahun lepas dalam kurungan ( ) sebagai panduan kepada pemohon
    * Tarikh permohonan tahun 2016/ 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa

    Cara Buat Permohonan Menerusi UPU 

    Permohonan ke IPTA, Politeknik & ILKA melalui UPU hanya boleh di pohon secara online. Berikut adalah cara-cara membuat permohonan kemasukan :-

    Langkah- Langkah Buat Permohonan

    LANGKAHPERKARA
    LANGKAH PERTAMABeli nombor pin Unik ID UPU (nombor Pin UPU) di kaunter atau mesin ATM Bank Simpanan Nasional seluruh negara. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.Cara beli klik PIN UNIK UPU BSN
    Kategori AUntuk lepasan SPM/Setaraf, SKM, Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil ILKA
    Harga No. Unik ID Kategori A ialah 15.64
    Kategori BUntuk lepasan STPM/Setaraf, Matrikulasi KPM/PASUM/Asasi, Diploma/Setaraf, STAM, Diploma Politeknik
    Harga No. Unik ID Kategori B ialah RM15.64
    LANGKAH 2Isi borang permohonan UPU secara online melalui laman web Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar di pautan berikut:http://upu.mohe.gov.my/web/ 
    Selepas klik, sila pilih Jenis Permohonan, Program Pengajian & Kategori (jika berkenaan) dan klik butang "Masuk" untuk akses ke laman utama permohonan.Cara Pengiraan Merit Kemasukan Ke IPTA terkini 2016 - klik KIRA
     Syarat baru keputusan Malaysian University English Test (MUET) untuk kemasukan ke UA/ IPTA. Klik Syarat Band

    Gambarajah di bawah ini mungkin dapat membantu dengan lebih jelas cara buat permohonan ke UPU.
    cara buat permohonan upu 2016 online

    cara memohon UPU ke IPTA terkini

    Syarat Am Permohonan

      Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA (akan dikemaskini dari masa kesemasa) adalah seperti berikut :-

      Syarat-Syarat Am

      PROGRAMSYARAT AM
      A. Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf 1. Warganegara Malaysia yang mempunyai No. KP dan My Kad sahaja
      2. Memiliki kelayakan SPM/setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah mulai tahun 2013 dalam peperiksaan SPM.
      3. Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat khas program pengajian seperti yang    dinyatakan    dalam    SYARAT    KHAS PROGRAM   e-Panduan Permohonan  Kemasukan  ke  UA  dan Politeknik  Premier  bagi  Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
      4. Program pengajian yang terbuka kepada Bumiputera sahaja
      Semua program pengajian di UiTM; Asasi UIAM, Asasi Sains UM,
      Asasi UNIMAS dan Asasi UMS
      5. Program   pengajian  Asasi Pengajian Islam UM, Asasi dan Diploma UPM dan UPNM, Tahmidi USIM, Asasi UKM, UUM dan Diploma  UPSI,  UTHM,  UMT,  UTeM,  UMP,  UniMAP,  UniSZA  dan Politeknik Premier  terbuka kepada pemohon Bumiputera dan Bukan Bumiputera.
      B. Program Lepasan STPM/Setaraf1. Terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad dan Bukan Warganegara Malaysia.
      2. Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
      3. Pemohon  mestilah Lulus  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)
      dengan mendapat  kepujian  dalam  mata  pelajaran  Bahasa  Malaysia/  Bahasa Melayu  dan  lulus  dalam  mata  pelajaran  Sejarah  mulai  tahun  2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira; dan
      4. STPM : Lulus STPM dengan mendapat  sekurang-kurangnya PNGK  2.00 dengan  Gred  C  dalam  3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am; atau
      5. Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am, dan
      6. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain, atau
      7. Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi ; atau
      8. STAM : Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM ; atau
      9. Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA; atau
      10. Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 dan sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; dan
      11. Mendapat  sekurang-kurangnya  Tahap  1  (Band  1) dalam  Malaysia Universiity English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku. 

      Kategori Permohonan

      Kategori permohonan untuk semua pemohonadalah seperti berikut (Akan dikemaskini dari masa kesemasa):

      Kategori Permohonan Ikut Kelayakan

      Kategori PermohonanJENIS
      Pemohon lepasan SPM/Setaraf1. Kategori A • Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun 2015 sahaja. 
      2. Kategori B • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2014 atau 2013.
      3. Kategori C • Pemohon yang menggunakan keputusan SPM tahun 2012 atau sebelumnya atau sijil yang setaraf dan diiktiraf oleh IPTA.
      4. Kategori D • Pemohon yang menggunakan keputusan; SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2015
      SPM 2014 dengan sijil ulangan SPM 2015
      SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014
      Pemohon lepasan STPM/SetarafKategori A • Aliran Sastera Calon STPM 2015.
      Kategori S • Aliran Sains Calon STPM 2015.
      Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTMKategori N • Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
      Kategori P • Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
      Kategori U • Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
      Kategori L • Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
      Kategori K • Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
      Kategori J • Aliran Teknikal Calon Matrikulasi BMKPM.
      Lepasan Diploma/Setaraf Kategori E • Aliran Sastera.
      Kategori F • Aliran Sains:
      Lulusan Diploma dari IPTA/IPTS atau,
      Lulusan STP/ HSC/ STPM Tahun 2012 atau sebelumnya atau,
      Lulusan STPM Ulangan atau,
      Lulusan Matrikulasi Sesi 2013/2014 dan sebelumnya atau,
      Lulusan STAM tahun 2011 dan sebelumnya atau,
      Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bukit Jalil, Lulusan Pra U Sekolah Sukan Bandar Penawar atau,
      Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia atau SKM Tahap 4 dari Institusi Latihan Kemahiran atau,
      Lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA.
      Lepasan STAMKategori T - Pelajar Lepasan STAM tahun 2014 atau 2015 sahaja.
      Terbuka kepada Warganegara Malaysia  dan  Penduduk  Tetap  yang mempunyai No.KP/My Kad sahaja
      Pemohon bertaraf Bukan Warganegara perlu memohon terus ke IPTA.

      Cara Menghubungi UPU

      Untuk Maklumat Terkini, Lengkap Dan Tepat, sila layari Facebook page rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi (BPKP JPT) atau laman web Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di pautan http://upu.moe.gov.my/web/. Juga di INSTAGRAM @kemasukanbpkp

      Maklumat lanjut boleh juga diperolehi dengan menelefon talian helpline UPU di 03-8870 6767 atau 03-8870 6777, pada hari bekerja bermula dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
      * Maklumat Permohonan UPU Ke IPTA Politeknik Dan ILKA Sesi 2016/ 2017 Online di atas akan dikemaskini dari masa kesemasa jika ada sebarang perubahan.
      Oleh itu kepada pemohon yang berminat dan layak, sila bookmark page ini untuk maklumat lanjut permohonan UPU 2016/ 2017 online.
       



      Viewing all articles
      Browse latest Browse all 5604


      <script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>