Syarat Baru Kemasukan Ke Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM (PISMP).Anda berminat menjadi guru atau cikgu? Jika ya, berikut disertakan syarat minimum terbaru kemasukan Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) sesi 2015 atau bahasa mudahnya Syarat Jadi Guru. Kursus ini juga dikenali sebagai PISMP atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. KPLSPM atau PISMP adalah program yang sama. Untuk makluman kepada calon SPM, Kementerian Pendidikan akan menetapkan syarat kemasukan untuk pelajar mohon ke Institusi perguruan (IPG).
Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
Nota :
1. * Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM
2. ** Calon yang memohon bidang Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
MESTI MENDUDUKI DAN LULUS UJIAN AMALI bagi bidang pengkhususan tersebut.
Semoga Syarat Baru Kemasukan Ke Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM ini bermanfaat buat semua pemohon yang ingin ke IPG tahun ini.
Follow @rossacalla
- Permohonan Maktab Perguruan Lepasan SPM Secara Online Di PISMP
- Permohonan UPU ke IPTA/ UA online klik Permohonan UPU 2016
Apa Itu PPISMP/ PISMP
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah Program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS KEMASUKAN MAKTAB PERGURUAN TERKINI
Berikut adalah syarat asas dan kelayakan beserta syarat pengkhususan permohonan ke IPG seperti dikongsikan dari Applikasi Permohonan.Syarat Kemasukan Maktab Perguruan Semenanjung Malaysia
Kementerian Pendidikan menetapkan syarat baru minimum 7A bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari semenanjung untuk memohon menceburi profesion perguruan bermula tahun 2014.
Syarat Kemasukan Maktab Perguruan Sabah Dan Sarawak Malaysia
Bagi Sabah dan Sarawak, kelonggaran minima 5A telah diberikan kepada mereka yang tinggal di Sabah dan Sarawak. Langkah itu bagi memartabatkan profesion perguruan di negara ini dan sejajar dengan hasrat kementerian mahukan 30 peratus lulusan SPM terbaik menyertai profesion ini.
SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS LAIN
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2015 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1995.
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang Makluman Gred cemerlang merangkumi gred A-, A dan A+ dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
- i. Bahasa Melayu; dan
- ii. Sejarah.
- Lulus Bahasa Inggeris.
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan di bawah ini.
Syarat Bidang Pengkhususan
Berikut adalah syarat kemasukan dan senarai lengkap Bidang Pengkhususan mulai Ambilan 2015 :Bil | Bidang Pengkhususan | Aliran Sekolah | Pencapaian Gred Minimum Dalam Mata Pelajaran Peringkat SPM | |
---|---|---|---|---|
Mata Pelajaran Peringkat SPM | Gred Minimum | |||
1 | * Pendidikan Awal Kanak-Kanak | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Bahasa Melayu | A- | ||
SJKC | Bahasa Cina | B | ||
SJKT | Bahasa Tamil | B | ||
2 | * Bimbingan dan Kaunseling | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Bahasa Melayu | A- | ||
SJKC | Bahasa Cina | B | ||
SJKT | Bahasa Tamil | B | ||
3 | * Pendidikan Pemulihan | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Bahasa Melayu | A- | ||
SJKC | Bahasa Cina | B | ||
SJKT | Bahasa Tamil | B | ||
4 | * Bahasa Melayu | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Bahasa Melayu | A- | ||
SJKC | Bahasa Melayu | A- | ||
Bahasa Cina | B | |||
SJKT | Bahasa Melayu | A- | ||
Bahasa Tamil | B | |||
5 | * Bahasa Inggeris | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Bahasa Inggeris | A | ||
SJKC | Bahasa Inggeris | A | ||
Bahasa Cina | B | |||
SJKT | Bahasa Inggeris | A | ||
Bahasa Tamil | B | |||
6 | * Bahasa Cina | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Bahasa Cina | A- | ||
SJKC | A- | |||
7 | * Bahasa Tamil | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Bahasa Tamil | A- | ||
SJKT | A- | |||
8 | * Bahasa Iban | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Bahasa Iban | C | ||
9 | * Bahasa Kadazandusun | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Bahasa Kadazandusun | C | ||
10 | * Matematik | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Matematik | A- | ||
Matematik Tambahan | A- | |||
SJKC | Matematik | A- | ||
Matematik Tambahan | A- | |||
Bahasa Cina | B | |||
SJKT | Matematik | A- | ||
Matematik Tambahan | A- | |||
Bahasa Tamil | B | |||
11 | * Sains | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut: | |||
Fizik/Kimia/Biologi | A- | |||
SJKC | Bahasa Cina | B | ||
Mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut: | ||||
Fizik/Kimia/Biologi | A- | |||
SJKT | Bahasa Tamil | B | ||
Mana-mana dua (2) mata pelajaran berikut: | ||||
Fizik/Kimia/Biologi | A- | |||
12 | * Reka Bentuk dan Teknologi | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Mana-mana satu (1) mata pelajaran tersebut: | |||
» Lukisan Kejuruteraan/ | A- | |||
» Teknologi Kejuruteraan/ | ||||
» Pengajian Kejuruteraan Awam/ | ||||
» Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ | ||||
» Pengajian Kejuruteraan Elektrikal/ | ||||
» Reka Bentuk dan Teknologi | ||||
SJKC | Bahasa Cina | B | ||
Mana-mana satu (1) mata pelajaran tersebut: | ||||
» Lukisan Kejuruteraan/ | A- | |||
» Teknologi Kejuruteraan/ | ||||
» Pengajian Kejuruteraan Awam/ | ||||
» Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ | ||||
» Pengajian Kejuruteraan Elektrikal/ | ||||
» Reka Bentuk dan Teknologi | ||||
SJKT | Bahasa Tamil | B | ||
Mana-mana satu (1) mata pelajaran tersebut: | ||||
» Lukisan Kejuruteraan/ | A- | |||
» Teknologi Kejuruteraan/ | ||||
» Pengajian Kejuruteraan Awam/ | ||||
» Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ | ||||
» Pengajian Kejuruteraan Elektrikal/ | ||||
» Reka Bentuk dan Teknologi | ||||
13 | * Pendidikan Islam** | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK/SJKC/SJKT | Bahasa Arab | B | ||
Pendidikan Syariah Islamiah | A- | |||
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah | A- | |||
14 | * Bahasa Arab** | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Bahasa Arab | B | ||
Pendidikan Syariah Islamiah | A- | |||
Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah | A- | |||
15 | * Pendidikan Seni Visual | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Pendidikan Seni Visual | A- | ||
SJKC | Pendidikan Seni Visual | A- | ||
Bahasa Cina | B | |||
SJKT | Pendidikan Seni Visual | A- | ||
Bahasa Tamil | B | |||
16 | * Sejarah | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Sejarah | A- | ||
SJKC | Sejarah | A- | ||
Bahasa Cina | B | |||
SJKT | Sejarah | A- | ||
Bahasa Tamil | B | |||
17 | * Pendidikan Muzik** | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Bahasa Melayu | A- | ||
SJKC | Bahasa Cina | B | ||
SJKT | Bahasa Tamil | B | ||
18 | * Pendidikan Jasmani ** | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Bahasa Melayu | A- | ||
SJKC | Bahasa Cina | B | ||
SJKT | Bahasa Tamil | B | ||
19 | * Pendidikan Khas | Calon Memenuhi Syarat Umum, Syarat Asas Akademik DAN | ||
SK | Matematik | A- | ||
Mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut: | ||||
Fizik/Kimia/Biologi/Sains | A- | |||
SJKC | Matematik | A- | ||
Bahasa Cina | B | |||
Mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut: | ||||
Fizik/Kimia/Biologi/Sains | A- | |||
SJKT | Matematik | A- | ||
Bahasa Tamil | B | |||
Mana-mana satu (1) mata pelajaran berikut: | ||||
Fizik/Kimia/Biologi/Sains | A- | |||
Nota :
1. * Bidang yang ditawarkan adalah berdasarkan unjuran keperluan guru daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM
2. ** Calon yang memohon bidang Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab
MESTI MENDUDUKI DAN LULUS UJIAN AMALI bagi bidang pengkhususan tersebut.
Semoga Syarat Baru Kemasukan Ke Kursus Maktab Perguruan Lepasan SPM ini bermanfaat buat semua pemohon yang ingin ke IPG tahun ini.
Follow @rossacalla