Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Permohonan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2016 Online

$
0
0
Dipetik dari makluman rasmi Portal KPM yang memaklumkan bahawa Permohonan 2016 Program SKM Sijil Kemahiran Malaysia secara online bagi kemasukan ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Ambilan Januari 2016 kini di buka bermula 26 November hingga 20 Disember 2015. 


permohonan skm iktbn


Murid Tingkatan Tiga (3) tahun 2015 dipelawa untuk memohon bagi mengikuti

Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) seperti berikut:


Permohonan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2016 Online

IKTBN Bukit Mertajam , Pulau Pinang
Kursus SKMTeknologi Pemesinan CNC
Teknologi Pembuatan Perkakasan (Die)
Mekanik Industri
Elektronik Industri
IKTBN Pagoh , Johor
Kursus SKMTeknologi Pemesinan CNC
Teknologi Pembuatan Perkakasan (Die)
Mekanik Industri
Kimpalan

Cara Buat Permohonan Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) 2016 Online

Tarikh permohonan online Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Ambilan Januari 2016 dibuka seoerti ketetapan berikut :-

  • Tarikh Buka : 26 November 2015
  • Tarikh Tutup : 20 Disember 2015

Sila layari laman sesawang KPM, http://www.moe.gov.my / atau https://sptv.moe.gov.my/ untuk membuat permohonan.

Syarat Kemasukan Murid

Bagi Murid Tingkatan 3 Tahun 2015 ((Aliran Perdana & Aliran Pendidikan Asas Vokasional)


  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Menengah Kerajaan /
  • Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) atau
  • Calon merupakan murid Program Pendidikan Asas Vokasional (PAV)
  • Tingkatan Tiga (3) Tahun 2015;
  • Calon bebas daripada sakit kronik (masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy), kecacatan dan lain-lain penyakit yang boleh mengehadkan murid daripada melaksanakan kerja amali);
  • Calon sihat tubuh badan;
  • Calon bebas daripada masalah mental ;
  • Calon menguasai 3M (membaca, menulis dan mengira); dan
  • Calon berminat dengan kursus dipohon.

Kemudahan yang disediakan 


  • Asrama disediakan
  • Elaun RM 100/bulan (Tahap 1/2)
  • Elaun RM 200/bulan (Tahap 3)
  • Makan minum : ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan

Maklumat kursus 


  • Murid akan mengikuti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1/2/3 selama dua (2) tahun di IKTBN yang terlibat.
  • Murid akan mengikuti On Job Trainning selama 3 bulan di bawah tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan (KBS)
  • Murid akan mengikuti modul pengajaran sepenuhnya oleh IKTBN dan KBS
  • Murid akan menjadi belajar sepenuh masa di bawah tanggung jawab KBS.

Sebarang pertanyaan berhubung dengan permohonan, boleh terus menghubungi talian di 03 884 5067 /5089 / 5088.

Sila muat turun Maklumat Permohonan untuk maklumat lanjut.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>