Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Semakan Keputusan Tawaran SBP 2016 Tingkatan 1 Online

$
0
0
Semakan Keputusan Tawaran SBP 2016 Tingkatan 1 Online Dan SMS. Pemohon murid Darjah 6 yang telah membuat permohonan kemasukan ke SBP 2016 Tingkatan 1 yang telah ditutup pada 15 November 2015 yang lalu boleh mengetahui keputusan permohonan mereka pada hujung bulan Disember 2015 nanti.

Menerusi makluman FAQ SBP 2016, keputusan  pemilihan  dan  penempatan  ke Tingkatan  Satu  (1)  SBP akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 27 hari setelah keputusan  UPSR  diumumkan. Keputusan UPSR 2015 telah diumumkan pada 17 November 2015 yang lalu.   
SBP 2015 Tingkatan 1 Online

Cara Buat Semakan Keputusan Permohonan SBP 2016 Tingkatan 1 Online


Semakan Keputusan Tawaran SBP 2016 Tingkatan 1 Online
KEPUTUSAN SBP 2016 (TINGKATAN 1)NOTA
TARIKH RASMI SEMAKANAkan dikemaskini
APPLIKASI SEMAKANAkan dikemaskini
MAKLUMAN RASMI Di Portal KPM
ALTERNATIF SEMAKANKaunter Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, (BPSBPSK) KPM
Talian hotline BPSBPSK 03-8321 7400
Kaunter JPN/PPD yang berhampiran
Makluman melalui SMS
Mobile Apps (bagi pengguna Android)
TARIKH PENDAFTARANAkan dikemaskini


* ARAHAN KEPADA PEMOHON YANG BERJAYA

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, sila CETAK surat dan lampiran tawaran yang dibawa semasa hari pendaftaran. Bahagian ini berhak menarik balik tawaran sekiranya dokumen calon tidak lengkap semasa hari pendaftaran di SBP.

Permohonan e-Rayuan SBP 2016

Pemohon yang gagal mendapat tempat di SBP boleh membuat e-Rayuan, tetapi ianya bergantung pada kekosongan tempat.

Nota : Murid yang gagal/tidak membuat permohonan secara online pada
pada tarikh yang ditetapkan ingin memohon. Bagaimanakah caranya?

  • Makluman, murid yang tidak membuat permohonan secara atas talian / terlepas memohon pada tarikh yang ditetapkan, tidak akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan pertama.
  • Murid tersebut akan dipertimbangkan dalam pemilihan ambilan kedua sekiranya membuat e-Rayuan secara online.

Permohonan e-Rayuan akan mula dibuka bersamaan tarikh pengumuman
penawaran kepada murid yang berjaya.


Cara Mengisi Permohonan e-Rayuan secara online Dan Cara Menyemak e-Rayuan

1. Calon yang telah membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi Tidak Berjaya:

  • Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my
  • Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta dalam ruangan catatan.
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar.

2. Calon yang tidak membuat permohonan atas talian kali pertama tetapi ingin memohon:

  • Masuk ke laman sesawang: www.moe.gov.my
  • Klik semakan ke SBP tingkatan 1 atau tingkatan 4
  • Masukkan angka giliran UPSR/PBS
  • Masukkan maklumat yang diminta seperti alamat rumah dan catatan
  • Klik pada e-rayuan
  • Hantar
Didoakan semoga pemohon berjaya mendapat tawaran kemasukan ke SBP 2016 kali ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>