Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Bajet Johor 2016 Intipati Dan Pembentangan Lengkap

$
0
0
Intipati Bajet Johor 2016Kerajaan Negeri Johor melalui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, telah membentangkan Bajet Johor 2016 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di Johor Bahru Khamis, 19 November 2015. Berikut adalah pembentangan lengkap dan Intipati Bajet Johor 2016 untuk panduan semua.

Intipati Bajet Johor 2016

Bajet adalah pembentangan rancangan pembangunan, pengurusan dan penambahbaikan oleh Kerajaan Negeri bagi tahun mendatang. Bagi tahun ini, selain menjadi panduan pembangunan dan pengurusan, Bajet Johor 2016 ini telah dirangka dan disusun dengan beberapa keutamaan.

  1. Pertama, ia adalah pelan terancang untuk mengangkat kesejahteraan rakyat Johor pada tahap yang lebih baik. Kesejahteraan yang seiring dengan kepesatan pembangunan dan pemodenan yang kita kecapi. Kesejahteraan yang akan menjadikan kita sebuah masyarakat yang lebih baik, bersatu padu, madani dan berbudaya tinggi.
  2. Kedua, Bajet 2016 ini adalah manifestasi pengiktirafan Kerajaan Negeri di atas segala kerja keras, pengorbanan dan sokongan rakyat Johor selama ini. Kerja keras dan sokongan yang tidak berbelah bahagi inilah yang telah banyak menyumbang kepada Johor yang semakin membangun, berdaya saing dan sejahtera.
  3. Ketiga, Bajet 2016 adalah sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang Johor untuk beralih dari sebuah negeri berpendapatan sederhana kepada sebuah ekonomi berkesejahteraan. Dari sebuah ekonomi material yang membangun kepada sebuah kuasa ekonomi yang inklusif, melangkaui unjuran dan perkiraan KDNK semata-mata.
  4. Dan keempat, Bajet 2016 adalah landasan menyerlahkan lagi budaya muafakat Johor. Kemuafakatan yang mengizinkan kebersamaan dalam perbezaan pada tahap tertinggi. Agar kesepaduan erat masyarakat Johor yang majmuk ini, menjadi kekuatan yang mampu melonjak pembangunan negeri ini.

Bajet Johor 2016

ENAM TERAS BAJET JOHOR 2016

Bajet ini dipasak pada enam teras yang akan menjadi keutamaan perancangan pembangunan inklusif Kerajaan Negeri. Setiap teras ini akan disokong dengan pelbagai Agenda Besar, titik sentuhan dan inisiatif yang sesuai, inovatif dan perlu bagi menjayakannya.

SUMBER - FB MB Johor


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>