Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama 2016 Online. Ramai Rakyat Malaysia yang inginkan rumah pertama sendiri namun pembayaran deposit rumah kerap kali menjadi isu berbangkit dan penghalang untuk mereka memiliki rumah. Langkah kerajaan menyediakan peruntukan RM200 juta bagi pembeli rumah pertama dalam Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama 2016 Online merupakan satu peluang terbaik untuk mereka memiliki rumah khususnya bagi kumpulan berpendapatan rendah dan pertengahan.
Objektif utama Skim Deposit Rumah Pertama 2016 Online ini seperti dibentangkan dalam Bajet 2016 adalah membantu pembeli rumah pertama memiliki rumah mampu milik dengan memberi bantuan bayaran deposit sekaligus meringankan beban rakyat.
Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila layari http://www.kpkt.gov.my/
Syarat-syarat Permohonan Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama 2016 Online
- Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas
- Belum pernah membeli atau memiliki rumah pertama
- Pendapatan bulanan isi rumah adalah di bawah RM5,000 bagi mereka yang sudah berkahwin
- Pendapatan bulanan individu tidak lebih daripada RM2,500 (Belum berkahwin)
- Tarikh Permohonan - Orang ramai boleh mengemukakan permohonan bermula Januari 2016
![](http://www.klikjer.com/members/banners/pm468X60.gif)