Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Kadar Baru Bayaran Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam 2015

$
0
0
Kadar Baru Bayaran Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) Kakitangan Awam 2015. Pemberian Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan adalah merupakan usaha Kerajaan dalam membantu meringankan kos sara hidup penjawat awam.  Sebanyak 1.1 juta penjawat awam bakal menikmati kenaikan kadar imbuhan tetap perumahan atau ITP berkuat kuasa November 2015.

Menurut Pekeliling terbaru JPA "PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2015 IMBUHAN TETAP PERUMAHAN BAGI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN", kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan dinaikkan kepada RM300 sebulan berbanding RM180 buat masa ini. Penyelarasan kenaikan itu akan dibuat secara berperingkat, sehingga Gred 41.


itp 2015

Selain kenaikan imbuhan tetap perumahan, Kerajaan turut mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam dalam pembentangan Bajet 2016 yang lalu


Berikut adalah Senarai Kadar Baru Bayaran Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam yang berkuatkuasa bermula November 2015 :-


Jadual 1: Kadar ITP bagi Kumpulan Pelaksana serta Kumpulan Pengurusan dan Profesional Perkhidmatan Awam Am Persekutuan


itp 1

Jadual 2: Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Bomba di Semenanjung

itp 2

Jadual 3: Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Bomba di Sarawak/ Sabah/ Labuan

itp 3

Jadual 4: Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Penjara di Semenanjung

itp 4

Jadual 5: Kadar ITP bagi Pegawai Perkhidmatan Penjara di Sarawak/ Sabah/ Labuan

itp 5

Jadual 6: Kadar ITP bagi Kumpulan Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam Am Persekutuan


itp 6

Untuk maklumat lanjut dan muat turun/ download Kadar Baru Bayaran Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam 2015, sila klik http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2015/pp082015.pdf atau di bawah ini

Kadar Baru Bayaran ITP Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam 2015





Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>