Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Panduan UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM

$
0
0
Panduan UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM. Dipetik daripada Maklumat kemasukan permohonan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), pelajar harus menduduki satu ujian khas iaitu Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM (UKKM) sebelum diterima masuk. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam ujian ini akan diberi keutamaan untuk kemasukan ke tingkatan 1 dan 4 di MRSM seluruh negara.

Panduan UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM

Berikut dikongsikan maklumat secara general berkaitan UKKM yang dikongsikan dari pelajar-pelajar yang telah menduduki ujian sebelum ini. Menurut makluman MARA, UKKM akan diadakan buat pelajar Tingkatan 1 (Kemasukan Sabah dan Sarawak) pada 14 hingga 18 Disember 2015. UKKM Tingkatan 4 (Semenanjung) pula akan diadakan dari 16 hingga 20 November 2015.


ukkm mrsm


Contoh Format UKKM


  • Bahasa Inggeris - 15 soalan
  • Sains - 50 soalan
  • Matematik - 40 soalan
  • Psykologi - 100 soalan
atau

  • 1) Soalan Matematik (50 soalan) : 75 minit
  • 2) Soalan Sains (50 soalan) : 60 minit
  • 3) Soalan Keperibadian/ Personaliti (100 soalan) : 30 minit

Pemohon perlu membawa Cetakan Borang Permohonan dan semua dokumen berkaitan yang telah disahkan perlu di bawa ke Pusat Ujian semasa UKKM seperti Kad Pengenalan, Angka Giliran, Kalkulator dan lain-lain lagi.


Untuk sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

Semoga Panduan UKKM Ujian Kecenderungan Kemasukan Ke MRSM secara asas ini serba sedikit dapat membantu pelajar/ pemohon dalam membuat persediaan ke ujian ini. Pelajar yang telah menduduki ujian UKKM ini boleh berkongsi pengalaman mereka untuk kemudahan dan rujukan pemohon untuk tahan berikutnya. Semoga berjaya dengan cemerlang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>