Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Modul Baru Latihan PLKN Program Latihan Khidmat Negara Terkini

$
0
0
Latihan PLKN bakal berwajah baru apabila kerajaan akan memperkenalkan lima modul dan tiga sub-modul dalam  Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2.0 bagi transformasi program PLKN bermula tahun 2016. Langkah kerajaan ini diambil bagi memastikan PLKN kekal relevan dengan tuntutan semasa, praktikal dan mempunyai nilai tambah yang meyakinkan serta memberi kesan bermakna kepada pembangunan negara terutama setelah 10 tahun penubuhannya.
plkn 2.0

Modul Baru Latihan PLKN 2.0

Lima modul utama yang bakal diperkenalkan adalah
  1. 'Fit4Life'
  2. 'Tech and Talk'
  3. 'Malaysiaku'
  4. 'Be Safe Be Alert' 
  5. 'I-Upgrade'
Tiga sub-modul adalah
  1. 'Spirituality'
  2. 'My Future'
  3. 'Khidmat Komuniti'

Modul Fit4Life

  • Bakal mengajar peserta PLKN kemahiran survival, aktiviti ekstrem dan latihan kecergasan bertujuan untuk melatih generasi muda tentang gaya hidup sihat di samping membentuk keberanian, disiplin dan daya tahan. 

Modul 'Tech & Talk' 

  • Menekankan aspek pembangunan interpersonal serta pemikiran kreatif dan kritikal

Modul 'MalaysiaKu' dan "Be Safe, Be Alert' 

  • Memberi penekanan kepada patriotisme, semangat cintakan negara dan bina pemahaman mengenai cabaran dan ancaman semasa sama ada berbentuk moden atau tradisional.
Program PLKN yang akan bermula tahun hadapan menggalakkan penyertaan secara sukarela. Penangguhan PLKN diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Januari lalu. Ketika membentangkan Bajet 2015 pada Oktober tahun lepas, Naib mengumumkan PLKN yang diperkenalkan pada 16 Februari 2004, akan dikaji semula, selain memperkenalkan konsep baharu menjalinkan keperluan kemahiran dan kenegaraan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604