Muruku adalah makanan yang sinonim dengan masyarakat India yang digemari oleh pelbagai masyarakat di Malaysia tidak kira semasa perayaan mahupun ketika bersantai di rumah. Dengan kreativiti rakyat Malaysia, pelbagai variasi muruku dihasilkan dengan tidak lagi mengikut resepi tradisi. Ia lebih sedap dan lebih disukai oleh ramai orang kerana pelbagai rempah ditambah.
Berikut dikongsikan Resepi Muruku Yang Sedap Dan Murah dari FB CHEF ZUBAIDAH CHE PA (FB)
Bagi mereka yang inginkan kelainan dalam kesedapan muruku ini dan boleh mencuba 3 resepi muruku sedap dan murah di bawah ini :-
Berikut dikongsikan Resepi Muruku Yang Sedap Dan Murah dari FB CHEF ZUBAIDAH CHE PA (FB)
Resepi Muruku Yang Sedap Dan Rangup Cara Mudah
BAHAN-BAHAN
- 250gm Marjerin - cairkan dan sejukkan
- 1 bungkus @ 500g Tepung Kacang kuda
- 2 bungkus @ 500g + 500g Tepung pulut
- 2 biji Telur
- 30gm Jemuju/lemuju - disangai dulu dan kisar halus
- 3 sudu besar Serbuk cili (BABAS)
- 5 sudu besar Gula halus
- 1 1/2 sudu besar Garam halus (membumbung)
- 1 paket Udang geragau - basuh, keringkan dan kisar halus
- 800gm Air
- 1 sudu besar bijan putih (opt)
- Daun kari secukupnya
CARA MEMBUAT MURUKU SEDAP
- Satukan bahan2 kering dan gaulkan hingga sebati.
- Masukkan telur, marjerin dan air. Gaulkan lagi hingga menjadi doh yang lembut.
- Panaskan minyak dan masukkan doh kedalam acuan dan terus tekan ke dalam kuali yang telah panas.
- Gorengkan dengan penuh hingga kekuningan. Setelah muruku hampir garing, taburkan daun kari dan goreng hingga muruku betul2 masak dan garing.
- Angkat dan toskan bekas yang telah dialas kitchen towel.
- Biarkan sejuk sebentar dan simpan ke dalam bekas kedap udara.
Bagi mereka yang inginkan kelainan dalam kesedapan muruku ini dan boleh mencuba 3 resepi muruku sedap dan murah di bawah ini :-
- Muruku Letup
- Muruku Green Peas
- Muruku Power