Panduan Membeli Telefon Pintar Smartphone Terbaik. Telefon pintar atau smartphone adalah satu barangan keperluan masa kini sesuai dengan kepesatan teknolgi abad kini. Smartphone kini menjadi kegilaan generasi baru dengan banyak model dan jenama dikeluarkan dari masa kesemasa dengan fungsi dan harga yang berbeza. Namun perlu diingat yang jangka hayat telefon pintar kini kebanyakannya tidak panjang seperti telefon mudah alih di zaman awal pengeluaran dulu. Selain aplikasi canggih dan menarik yang memakan penggunaan bateri, telefon pintar juga dikatakan mudah terdedah kepada virus yang diperoleh ketika melayari internet. Sebelum membeli, pastikan wang dilaburkan setimpal dengan fungsi, kegunaan, kualiti seterusnya pakej pelan ditawarkan telefon berkenaan.
Berikut disertakan Panduan Membeli Telefon Pintar Yang Terbaik dan berbaloi yang mengambil kira banyak aspek seperti bajet, pakej, fungsi dan sebagainya :-
1. Bandingkan harga smartphone di banyak kedai
Keghairahan memiliki telefon pintar seperti mana diiklankan membawa kerugian jika tidak menepati selera dan keperluan. Lebih dikesalkan, ia dibeli dengan harga mahal sedangkan nilai di pasaran menunjukkan penurunan. Sebab itu, jangan terus beli sebaliknya kunjungi dua tiga kedai yang menawarkan telefon berserta aksesori terlebih dulu bagi membuat perbandingan harga. Pilih yang menawarkan harga paling rendah dan sebolehnya, cuba tawar-menawar untuk mendapatkan pembelian bernilai.
Anda dinasihatkan tidak membeli telefon yang baharu saja dilancarkan di pasaran tetapi tunggu sehingga enam bulan. Biasanya harga telefon bimbit akan turun sebaik model baru dilancarkan.
2. Membeli secara tunai
Teknologi dan aliran telefon pintar berubah saban minggu. Persaingan sengit dalam kalangan pelbagai jenama dan syarikat pengeluar gajet itu memungkinkan kemunculan model baru dalam tempoh singkat. Kecenderungan memiliki model telefon pintar terkini bukan saja mendorong pembeli berbelanja besar tetapi lebih parah, kerap menukar telefon demi mengejar aliran baharu. Ia mendatangkan kerugian terutama jika ia dibeli secara ansuran dengan tempoh penggunaan belum mencecah setahun.
Sebaiknya, lakukan pembelian tunai manakala jika berkenan dengan model tertentu, tunggu sehingga harganya jatuh. Harga boleh turun sehingga RM300 dan lebih sebaik muncul model baharu yang menawarkan aplikasi lebih canggih.
3. Pilih Pelan Pakej Komunikasi Yang Bersesuaian Dan Berpatutan
Telefon pintar menawarkan sambungan data yang membolehkan penggunanya melayari internet, laman sosial seperti Facebook dan Twitter selain berhubung menerusi aplikasi Whatsapp, Telegram, Line dan sebagainya. Pakej pelan internet itu meliputi 1MB (megabit), 2MB, 5MB dan seterusnya, namun semakin tinggi MB, semakin besar jumlah bil perlu dilunaskan. Memilih pelan paling mahal menyebabkan anda perlu membayar bil bulanan hingga mencecah ratusan ringgit sedangkan kadar penggunaan mungkin hanya separuh daripada pelan dipilih. Untuk lebih penjimatan, anda disarankan memilih pelan prabayar yang membolehkan anda melayari internet selama sebulan dengan harga belasan ringgit.
4. Aksesori penting smartphone
Telefon pintar memerlukan pelindung skrin bagi melindungi skrin daripada calar, comot, malah retak. Namun, elakkan terpedaya dengan tawaran harga pelindung skrin yang ada kalanya tidak masuk akal. Berbanding memasang pelindung skrin berharga puluhan ringgit, rajinkan diri mencari kedai aksesori menawarkan harga berpatutan, misalnya tidak lebih RM30 berserta upah memasangnya. Aksesori lain wajib ada termasuk alat bebas tangan (handsfree), alat pengecas kuasa tambahan (power bank), sarung (casing) dan sebagainya yang amat diperlukan bagi telefon berbilang kegunaan seperti ini.
Membeli telefon nampak mudah tetapi kalau salah beli, buruk padahnya,berikut adalah panduan tambahan dan sedikit tips membeli telefon pintar yang kurang diendahkan pengguna.
1. Fikirkan Keperluan atau kehendak
Beringatlah! Bajet adalah berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan. Pendapatan serta perbelanjaan pula berbeza mengikut kemampuan individu, oleh itu bajet anda sepatutnya berasaskan kepada keperluan dan kehendak.
Ada yang bertanya, bagaimana caranya untuk membezakan antara keperluan dan kehendak? Tentunya, banyak keperluan dan kehendak timbul dalam diri anda. Keperluan adalah sesuatu yang perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya. Betul, telefon adalah keperluan tetapi anda perlu beringat-ingat.
Sebagai contoh, telefon bimbit bukanlah keperluan bagi seorang individu kalau diikutkan 20 tahun lepas. Sebaliknya, di dunia moden hari ini, telefon bimbit sudah menjadi keperluan dan bukan lagi suatu kehendak. Namun, apabila anda memilih telefon bimbit yang mahal dengan ciri terkini yang anda sendiri jarang gunakan, anda sebenarnya sudah mengubah daripada keperluan kepada kehendak.
2. Jangan Terikut-ikut orang atau trend
Bak kata-kata dalam salah satu filem P Ramlee (tidak ingat pula saya tajuknya), 'Orang mahu radio, dia mahu radio...orang mahu motokar baru, dia mahu motokar baru...' kita terlalu ikut rentak orang di sekeliling sehingga lupa, selera kita tak sama dengan selera orang lain. Orang lain mungkin sesuai dengan Samsung dan kita pun turut beli produk Samsung walaupun sebenarnya kita lebih sesuai memakai Blackberry atau iPhone saja.
Terikut-ikut kawan berbeza dengan meminta nasihat dari mereka.
Anda boleh bertanya tentang telefon pintar dari rakan anda tetapi tidak semestinya ia sesuai dengan keperluan anda. Misalnya, kawan anda beli jenama tersebut disebabkan mereka sudah biasa memakai produk syarikat tersebut. Anda pula terus membeli tanpa mengkaji terlebih dahulu. Akibtanya, wang beribu ringgit hangus dan anda bosan dengan telefon anda tidak sampai tiga bulan memakainya.
Kadang-kadang, lebih baik kita membeli model lama yang dikeluarkan enam bulan atau setahun lamanya yang lebih murah tetapi elok dipakai. Apatah lagi, harganya sudah jatuh sekitar RM300-RM500.
3. Pilih storan yang tidak mencukupi
Akibat kekurangan bajet, kita membeli telefon dengan kapasiti setoran minimum yang menyebabkan kekurangan ruang untuk menambah aplikasi-aplikasi menarik. Pada waktu sekarang, ada 16GB simpanan secara minimum untuk kebanyakan telefon pintar.
Ada juga yang bagi tambahan slot kad microSD tetapi lebih baik juga kalau gunakan khidmat storan cloud kalau boleh. Kalau anda pengguna yang tegar, beli kapasiti lebih iaitu sekitar 32GB.
4. Memilih saiz skrin
Ada yang sukakan saiz melebihi 4.0 inci, ada juga yang melebihi 5.5 inci, tetapi beli disebabkan suka saja mengakibatkan anda menyesal,. Mengapa? telefon sukar digenggam, tidak ergonomik, tidak muat dalam poket. Jadi pilih dengan berhati-hati, kalau saiz tangan anda kecil, beli telefon pintar berskrin 3.7 inci hingga 4.3 inci. Ia membolehkan anda mengoperasikan telefon hanya menggunakan satu tangan yang lebih baik. Saiz besar juga mengakibatkan poket terlalu penuh dan sukar ketika bergerak (untuk lelaki). Seperti yang disarankan dari awal, cuba dulu telefon tersebut sebelum membelinya.