Keputusan Penuh Man United Vs Man City Liga Perdana Inggeris 12 April 2015. Pertemuan menarik musuh setempat 'derby' berakhir dengan Manchester United mempamerkan persembahan bertenaga untuk mudah membenam Manchester City 4-2 di Old Trafford, malam tadi. Kemenangan ini sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris. Biarpun ketinggalan menerusi jaringan awal pelawat selepas Sergio Aguero mudah menolak masuk hantaran David Silva pada minit ketujuh, United berjaya membalas dua gol menerusi jaringan Ashley Young pada minit ke-13 dan tandukan Marouane Fellaini, minit ke-27 untuk tuan rumah mendahului 2-1 pada separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, anak buah Louis van Gaal terus garang apabila berjaya menambah dua lagi gol menerusi Juan Mata pada minit ke-66 dan tandukan Chris Smalling, minit ke-73 untuk membuatkan pengendali City, Manuel Pellegrini merah padam.
Namun Aguero berjaya menambah gol kedua City pada minit ke-88 untuk mengurangkan defisit gol. Dengan kemenangan itu, United kini 65 mata, hanya satu mata di belakang pasukan tangga kedua, Arsenal tetapi lapan mata di belakang pendahulu, Chelsea manakala City terus ketinggalan di tangga keempat, kini tercicir empat mata di belakang United. Chelsea malam tadi menewaskan QPR 1 - 0 hasil jaringan lewat permain Cesc Fabregas - Agensi