Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Plat Kenderaan KL Laku Macam Goreng Pisang Panas

$
0
0
Plat KL

Plat Kenderaan KL Laku Macam Goreng Pisang PanasPerubahan nombor plat kenderaan di Wilayah Persekutuan mencatat kenaikan10,000 ‎angka dalam seminggu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk ‎Ismail Ahmad berkata, ia sekaligus membuktikan jumlah pertambahan bilangan kenderaan di ibu kota.

"Ia meningkat sejak tahun lalu. Jika dahulu setiap perubahan abjad akan dicatat dalam masa tiga minggu.

"Sebagai contoh kini, plat W, nombor dan akhirnya U sudah mula ditender selepas akhiran abjad T habis minggu lepas," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Putrajaya.

Jelasnya, ia dilihat salah satu faktor ‎kesesakan jalan raya utama di ibu kota terutama pada waktu puncak.

Tegasnya, kerajaan juga harus memperkenalkan polisi baru dalam membendung masalah kesesakan ini daripada menjadi semakin kronik.

"Kita nampak usaha kerajaan dalam membina persimpangan atau jejantas baru untuk menampung pertambahan bilangan kenderaan.

"Bagaimanapun situasi itu dijangka akan sampai pada tahap sesak akan datang," ujarnya.

Ketika ditanya adakah meningkatkan harga jualan nombor plat di Wilayah Persekutuan dapat mengurangkan kesesakan, ini katanya;

"Tidak ada beza, pembeli nombor plat sanggup membida sehingga berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkan nombor idaman mereka."

Isu kesesakan jalan raya di ibu disifatkan bukan lagi perkara baru di ibu kota.

Pelbagai usaha dan kempen termasuk Kempen Berkongsi Kenderaan dan menggalakkan orang ramai menggunakan kenderaan awam dilakukan namun semuanya disifatkan tidak menemui kejayaan.

Astro Awani

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>