Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Punca Syabas Kritik Balik MB Selangor Isu Bekalan Air

$
0
0
isu bekalan air selangor
Syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) "berterima kasih" kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana mengakui keadaan sebenar paras air di Selangor, sambil menambah bahawa Khalid tidak sepatutnya mengelirukan orang ramai mengenai isu bekalan air di negeri itu.
"Syabas berterima kasih kepada Menteri Besar kerana akhirnya mengaku dan memberitahu tentang kebenaran mengenai kekurangan air yang berlaku di Selangor, walaupun beliau menafikan perkara ini banyak kali sebelum ini, dengan mengatakan bahawa bekalan air yang tidak cekap untuk pengguna," kata Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal Syabas, Ir V. Subramaniam.
Subramaniam, yang mengeluarkan kenyataan media pada Selasa menambah bahawa Syabas turut berterima kasih kepada Khalid kerana "akhirnya menghargai" peranan yang dimainkan oleh Syabas dan kakitangannya dalam situasi kritikal seperti meminta untuk mengadakan pelan catuan air yang dilakukan oleh Syabas dengan segera.
Beliau seterusnya berkata bahawa Khalid enggan untuk melaksanakan projek-projek yang akan mengurangkan masalah air di negeri ini, walaupun diberitahu mengenai krisis dan kekurangan air yang bakal berlaku sejak 2008.
"Khalid enggan melaksanakan banyak projek, pembangunan dan projek pembangunan dan penambahbaikan kapasiti bekalan air yang dicadangkan oleh Syabas. Bagaimanapun, Menteri Besar telah mengarahkan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) untuk menafikan perbelanjaan modal oleh Syabas sejak 2008," kata Subramaniam.
Subramaniam berkata, perbelanjaan modal yang dinafikan itu telah digunakan dalam projek-projek yang dirancang oleh Syabas untuk memperbaiki dan menaik taraf sistem pengagihan air dan mengurangkan kadar kekurangan air sebagai air tidak terhasil.
Beliau menambah bahawa Khalid dengan kapasitinya mengetuai kerajaan Selangor gagal mematuhi Perjanjian Konsesi, dengan mengatakan bahawa Menteri Besar itu mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk mengawal dan membekalkan air mentah kepada konsesi yang mengendalikan loji rawatan air.
Bercakap mengenai catuan air, Subramaniam berkata, persediaan dilakukan berikutan penutupan dua loji rawatan air iaitu Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi loji yang telah dibentangkan pada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada 18 Februari lalu.
Dua loji itu ditutup sejak 28 Januari akibat pencemaran ammonia di Sungai Langat.
"Berikutan kejadian itu, kerajaan negeri bersedia mengemukakan pelan untuk pengagihan air yang dijadualkan oleh SPAN pada 21 Februari ini," kata Subramaniam.
Beliau menambah, dakwaan Khalid bahawa Syabas tidak menyediakan pelan pengagihan air berjadual adalah tidak benar kerana sebarang rancangan telah disediakan dan diluluskan oleh SPAN pada 24 Februari.
"Rancangan terperinci untuk beberapa kawasan di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang," kata Subramaniam - mStar online

Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>