Video Amaran Kumpulan Anak Muda Malaysia Bersama Gambar Nora Danish Mahu Serang Mahkamah. Video YouTube memaparkan empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Malaysia mahu mengadakan bantahan terhadap sistem keadilan negara.
Kumpulan Anak Muda Malaysia yang menggunakan ID - Isis Malaysia 69 membuat ancaman melalui video berdurasi 1:01 minit yang dimuat naik melalui YouTube, semalam dengan mahu menyerang mahkamah pada 11.30 malam Rabu ini.
“Kepada mana-mana parti yang lama memerintah, kami anak muda Malaysia dengan ini mengumumkan hasil manipulasi tipu helah selama ini menggunakan demokrasi, kami tidak lagi percaya sistem demokrasi.
“Andalah yang membentuk kami, kami terbentuk hasil dari tangan-tangan anda,” itu antara kata-kata ugutan oleh kumpulan itu.
Video memaparkan empat lelaki berbaju hitam dan menutup muka itu turut menegaskan bahawa perjuangan mereka baru bermula.
“Perjuangan kami baru bermula dan akan pergi jauh, semakin rosak demokrasi, semakin berkembang dan jauh cara kami menentang,” katanya.
Gambar aktres jelita, Nora Danish juga kelihatan dipegang oleh kumpulan ini. Ianya masih misteri kenapa gambar Nora Danish berada di sisi kerana jelas mereka tidak menyebut nama beliau malah perkara yang dibualkan juga tiada kena mengena dengan Nora Danish.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi berkata, PDRM akan menyiasat berhubung perkara ini.
Video Amaran Kumpulan Anak Muda Malaysia Mahu Serang Mahkamah
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI