Selangor Batal Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex). Kerajaan Negeri Selangor hari ini mengumumkan pembatalan Projek Lebuhraya Kinrara Damansara (Kidex) seperti dipetik dari Astro Awani.
Menurut satu kenyataan kepada media oleh pejabat menteri besar Mohamed Azmin Ali, tindakan itu diambil kerana kerajaan negeri mendapati pihak Kidex gagal mematuhi syarat-syarat yang dipersetujui sebelum tarikh akhir 14 Februari 2015.
Kerajaan Selangor sebelum ini telah meminta syarikat itu untuk menyediakan penilaian bebas tentang impak lalu lintas, sosial dan alam sekitar untuk membuktikan manfaat lebuh raya itu kepada penduduk di kawasan yang terlibat.
Pihak konsesi juga telah diminta memberikan anggaran rasmi jumlah tol yang akan dikutip dan kadar pulangan kepada pelaburan.
"Oleh kerana tidak ada satu pun syarat-syarat ini yang dipatuhi oleh KIDEX setelah tempoh masanya tamat, maka Kerajaan Negeri Selangor dengan ini mengumumkan pembatalan projek KIDEX," katanya dalam kenyataan media itu.
Menurut Mohamed Azmin, pendekatan yang sama akan digunakan dalam mempertimbangkan permohonan kelulusan oleh lebuhraya lain yang dicadangkan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI