Quantcast
Channel: Panduan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604

Ivory Coast Juara Piala Negara-Negara Afrika 2015

$
0
0
Ivory Coast Juara Piala Negara-Negara Afrika 2015. Yaya Toure pemain bintang Man City akhirnya berjaya menjulang Piala berprestij di benua Afrika pagi tadi. Penjaga gol Boubacar Barry menghadirkan jaringan bermakna buat Ivory Coast bagi menamatkan penantian 23 tahun menjuarai Piala Negara-Negara Afrika pada final menentang Ghana menerusi penentuan penalti 9-8, awal pagi tadi.

Kedua-dua terus terikat 0-0 selepas masa tambahan sehingga memaksa pemenang ditentukan dengan sepakan penalti.

Sejarah berulang bagi Ivory Coast apabila kembali mendakap piala berkenaan selepas menjuarainya pada 1992, juga menewaskan Ghana yang turut mengheret kepada penentuan penalti.

Piala Negara-Negara Afrika 2015
Perlawanan final yang diadakan di Bata, ibu negara Equatorial Guinea dipenuhi persembahan taktikal dan kemahiran pemain pada kemuncak merebut piala berprestij benua Afrika itu. - AFP

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


Viewing all articles
Browse latest Browse all 5604


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>